Jun 18, 2011

Sempit

Islam itu di turunkan bukan untuk mereka yang ditulis ISLAM di atas kad pengenalan sahaja. Islam itu untuk seluruh manusia.

Di suruh kita mengucap Innalillah kepada mereka yang meninggal dunia. Bukan hanya untuk yang Islam sahaja. Jika Ah Beng atau Ramu yang meninggal, kita perlu juga ucapkan Innalillah.

Kenapa ya kita kuat menghujahkan bahawa kita pengamal tegar Sunnah Wal-Jamaah tetapi kita terus menyempitkan Islam kita dalam kelompok Islam sahaja?

Menyempitkan ajaran Islam kita hanya kerana dia bermata sepet dan berkulit hitam legam. Menyempitkan ajaran Islam kita hanya kerana dia Caucasian, Yahudi dan mungkin orang-orang Mongol.

Adakah Tuhan Yang Maha Penakluk itu menyuruh kita sebegitu?

Tidak.

Tetapi, kita melakukan sebegitu kerana kita merasakan sudah terlalu Islam dan syurga itu seolah selangkah kaki ke syurga apabila kita sudah mengucapkan syahadah. Kita berkata dalam hati ;
"Padan muka Tan Chong Min, dia akan masuk neraka sebab dia kapir. Padan muka Muthusamy Kalupalai, dia akan di bantai malaikat di dalam kubur sebab dia sembah berhala"
Kita bercakap tentang masjid kita yang cantik. Tetapi kita tak sedar bahawa ada kuil yang sedang di robohkan. Ya, mungkin persepsi "Orang Hindu, asal ada pokok besar, mesti nak bina kuil" tidak lupus dari pemikiran kita. Ini menyedihkan.

Kadang-kala aku cukup jelik dengan pernyataan sempit beberapa 'pendakwah' yang konon menjadi hero masyarakat dalam Islam menyatakan video seks itu tidak boleh di jadikan saksi pengadilan kerana tetap, tanpa empat orang saksi, video itu tidak boleh di jadikan bahan bukti. Ini syariat Islam. Ini Tuhan yang cakap.

Fikir balik lah wahai kawan. Bermakna segala pahala kau menonton video dan ceramah agama selama ini adalah sia-sia lah! Hilang begitu saja.

Kenapa?

Ya lah, kau katakan video itu tidak boleh di jadikan saksi. Bermakna video ceramah agama juga sama sekali tidak boleh menjadi saksi terhadap pahala kau di akhirat. Kiranya selepas ini, menonton porno. Ia juga tidak boleh menjadi saksi kepada dosa kita semua. Seronok lah kita menonton porno sewenang-wenangnya hanya kerana pernyataan golongan agama yang tidak boleh menerima arus permodenan dalam Islam.

Kenapa jumud sangat?

Menonton video porno. Berdosa. Mata kita menilai dan menjadi saksi dosa kita untuk di pernilai di akhirat. Menonton video ceramah agama. Berpahala. Mata kita menilai dan menjadi saksi pahala kita untuk di timbang di akhirat.

Tiba masa, hanya kerana politik. Menyelamatkan politik. Video seks tersebut tidak boleh di jadikan saksi. Sedarlah bahawa yang menjadi saksi ialah mata kita yang melihat isi video. Bukannya video semata-mata. Tak sangka aku perkara sekecil sebegini ada orang berfikir dengan kepala lutut.

Aku cuma tidak setuju jika berita dan video itu di siar dan di sebar pada umum. Itu baru di katakan tidak menjaga aib. Seeloknya video tersebut berlegar kepada orang tertentu dan berkuasa sudahlah. Sekarang ni aku sudah tengok, ada sesiapa yang mahu berkongsi dosa dengan aku? Pasti tidak punya.

Sudahlah, aku hendak bersolat taubat. Jaga diri kamu semua baik-baik.

Bye.

p/s : Padahal di hari penghitungan dan pengadilan nanti, Tuhan akan tunjukkan tayangan video BESAR-BESAR untuk memperlihatkan apa yang kita buat di dunia. Heh.

41 ulasan:

EmyAmalina berkata...

Lu jangan sempitkan pemikiran lu. Hukum tetap hukum.

Memang, hukum zina tidak boleh disabitkan kalau tiada empat orang saksi atau pengakuan dari si pelaku.

Itu hukum Allah.

Gua rasa lu salah paham.

PEACE.

Miscellaneous Smiles berkata...

AKU TAK PHM APA Y EMY CKP..~

Topek berkata...

kau dah kaji betul2 ke. jangan fikir logik je aqram. ini soal hukum.

cuma memperingatkan. aku pun tak pro bab2 camni.

wan zuliyana [apel] berkata...

video teknologi manusia yg boleh dibuat sewenang2nya. boleh di edit boleh diputar belitkan. Jadi ade ragu2, ade syak, tak sahih. Aku rase sebab tu tak seswai jadi saksi. .

klu ko x setuju, cube keluarkan hujah yg lebih kuat. Aku teringin nak bace. :)

afrohead berkata...

politik dude. kita pilih apa yang kita mahu percaya. asalkan selari dengan fahaman politik kita.

bila dipengaruhi pegangan politik, kita hanya akan percaya apa yang kita mahu percaya sahaja.

heh.

free compass berkata...

emy : kau tahu apa itu QARINAH. search kat google.
misc. smiles : apa yang dia tulis tu betul lah. nak betul macam lagi?

bab tayang di khalayak, aku tak setuju. tunjuk kat polis sudah.

AlexiaAqram berkata...

@emy

sila baca lagi mengenai perundangan hudud, tagzir dan qisas. jangan sempitkan dengan satu pernyataan 'empat saksi'. perundangan islam dalm pembuktian ini luas. seperti komen free compas, rujuk qarinah qat'ie.

@misc

well, takpe. tunggu dan lihat saja.

@topek

hmm, aku tak tahu nak ckp macam mana kalau aku di katakan tidak mengkaji betul2. apa yang aku tulis ini adalah dari sudut ANALOGI atau dalam istilah arab-nya ialah Qiyas. itu di sebut dalam hukum Islam. mana aku belajar benda ini? mestilah dalam pelajaran JENAYAT di universiti dahulu.

@wan

ya aku setuju. tapi, dalam kes video ini, video itu telah di sahkan oleh pakar dan polis sebagai TULEN. atau lebih mudah ayatnya, tidak di-EDIT mahupun di-PUTAR BELIT. jadi, bagaimana
@afrohead

ya. benar. sekurang-kurangnya kita kena bersikap adil dalam mengadili.

@free compas

aku memang tak setuju dengan bab penayangan. ia tidak patut. tapi, tak bermakna aku tak setuju dengan video tersebut. dan tidaklah tergesa-gesa mangatakan video itu TIPU tanpa selidik. kena adil lah.

Farhan AJ berkata...

aku pun fikir sama macam pengkomen first kat atas tu..

lu x ngaji tnggi2,lu duk diam...

video x video,hukum tetap hukum..lu jangan memandai guna otak nak buat hukum sendiri..

sejak zaman Rasulullah SAW lagi, Baginda tak akan menjatuhkan hukuman selagi tiada saksi..

lu masuk mahkamah pun,lu xdak saksi, sampai kiamat pun lu belum tentu boleh menang..

jangan hanya kerana lu pro-kerajaan,lu nak halalkan semua yg bangsat2 tu buat...

ISLAM adalah satu cara hidup yg ditetapkan oleh Allah SWT.. bukan ditetapkan oleh manusia keparat macam lu ni,,

guwa tak jadi anonymous nak komen ni ye,guwa bukan pengecut..anytime lu bleh datang nak serang ke ape ke

wan zuliyana [apel] berkata...

aku rasa org takut nak percaya kat org yang sahkan benda tu tulen.
klu polis dgn orang atasan sibuk berasuah sana sini, macam mane nak yakin keputusan tu tak di bayar oleh pihak2 tertentu?

personaly, aku tak percaya.

Farah Izaty berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
wan zuliyana [apel] berkata...

aku suke komen farah izaty.
ni kes berat, bukan boleh buat main. klu org tu dah kena hukum sbb tduhan kita then rupa2nya slh, tak boleh nak patah balik dah.

AlexiaAqram berkata...

@farhan aj

akhirnya, keluar juga pengomen tanpa nama yang pengecut selama ini. tahniah kerana menjadi berani.

aku memang pantang kalau ada orang guna nama Rasuluallah SAW untuk hujah dia. apa kau cakap tadi?

"sejak zaman Rasulullah SAW lagi, Baginda tak akan menjatuhkan hukuman selagi tiada saksi.."

aku tahu, pemikiran macam kau. bila sebut saksi, hanya fikir 4 orang saksi. 4 manusia sebagai saksi.

well aku nak bagitau kau. kau silap. apa kata kau rujuk dulu link yang kat bawah aku bagi ni. ada point yang penting mengenai, tanpa bawa 4 orang saksi, hukuman boleh di jatuhkan. kadang2 tak perlu bawa saksi sampai 4 orang sekalipun, kalau pesalah/pelakunya datang sendiri mengaku berbuat salah. celah mana nak ambil saksi 4 orangnya?

http://hazimmohdnoh.wordpress.com/2011/04/08/

aku rasa nak tergelak dengan dakwaan kau. terberak pun ada juga. kau kata aku pro-kerajaan? haha. ini lagi lawak.

apa2pon, terima kasih kerana syok sendiri.

AlexiaAqram berkata...

@wan dan farah

secara personal, aku tak rasa ia sebagai video fitnah jika telah di kaji secara betul dan professional berlandaskan syarak. kita bolh buat andaian tentang polis dan rasuah. tapi, sama jugak. betul ke andaian kita tu? betul ke andaian mereka makan rasuah? ada bukti dan saksi? mungkin ia hanya persepsi negatif kita terhadap polis secara tak tentu hala. macam juga yang korang dakwa padai video tersbut. berulang-alik sistem ini.

see no evil, hear no evil, speak no evil. - mahatma gandhi

Amiey White berkata...

Baru cerita hal ni denan my bf , dia pun cakap point yg sama dengan AA , bila difikirkan , video seks itu boleh disahkan dengan teknologi kita sekarang .Entah lah , bercakap soal hukum hakam dan saksi 4 orang itu , serupalah kita bercakap macam mana video budak2 sekolah yg kantoi beromen pastu ditonton oleh ibu bapa dan buat repot kat balai polis .

sebenarnya issue sekarang lebih pada political , kalau ini bukan sesiapa dia dah dihukum dan "Ulamak" akan hanya anggukkan kepala.

Politik sekarang dan banyak main kotor.

wan zuliyana [apel] berkata...

dunia ni penuh dgn syak wasangka. Penuh dgn penipuan. kalau dah manusia sendiri pun kita tak boleh nak percaya, macam mana kita nak percayakan sesuatu yg manusia tu cipta?

Jadi percayakn kata2 Allah dan rujukan yg dye tinggalkan adalah lebih baik. Kalau dah ditulis dalam Al-quran fitnah zina tu memerlukan 4 org saksi yang boleh dipercayai, maka itu la yg kita perlukan. Mungkin ade logik akal yg menolak dan sangsi. Tapi yg benar tetap benar, kita je yg x jumpe alsannye lagi. Maybe ko kne tanya org yg lebih arif. Carik fakta,then tulis balik, hujahkan balik.

Three things cannot be long hidden: the sun, the moon, and the truth. Buddha

AlexiaAqram berkata...

amiey dapat tangkap point aku di sini. ya. politik. mari kita andaikan kalau pelaku video itu bukan di katakan mirip anwar ibrahim. tapi mirip muhyiddin yasin misalnya. our TPM.

apakah nada ulamak politik ini dan penyokong2nya sama seperti sekarang?

aku rasa tak. mungkin mereka tersenyum kegembiraan kerana merasakan BERJAYA.

tapi untuk aku, kalau video itu mirip pemimpin kerajaan sekalipun. secara rasional nada aku tetap sama. jgn di tayangkan kepada umum dan adili perkara ini se-adil-adilnya.

Amiey White berkata...

I'm not a kind of person who really love talk abt religion (hadis,sunnah) , tapi lebih pada fakta kerana sekarang masyarakat kita dibutakan dengan ulama yang disogok dengan kemewahan .Bercakap bab agama untuk tutup kesalahan mereka .

Ulama juga manusia , siapa tak sukakan bau duit . Baca post ini biarlah membaca dengan keadaan politik kita sekrang bukan membaca dengan membawa kisah nabi kita dulu .

Kita hidup di zaman yang ramai bertuhankan duit dan manusia yang pandai memanipulasi orang , so teknologi pula dicipta untuk menolong kita mencari bukti .

pembangkang atau kerajaan , aku di tengah2 , bagi aku mereka terlalu kuat untuk kita cari saksi melawan mereka.

errkkk .. lantang sangat ke ? -.-"

AlexiaAqram berkata...

@wan

susah aku nak terangkan mengenai syak wasangka di sini. beginilah, aku beri satu persoalan analogi.

kau membenci rasuah. pelaku rasuah dan penerima rasuah.

tapi, kau percaya tak bahawa kau sendiri pernah menerima rasuah. rasuah dari IBU kau sendiri.

mungkin kau takkan percaya. mungkin kau tak teringat bahawa dulu sewaktu ibu kau menyuruh kau pergi ke kedai tolong membeli barang. kau mengatakan TAK MAHU. lalu ibu kau mengatakan akan memberikan 20 sen kalau kau pergi ke kedai. kau berkata ya, ambil duit 20sen dan beli barangan di kedai.

itu adalah RASUAH cik wan. walaupun dari ibu sendiri.

tanpa di sedari, ramai anak dan kalangan kita dididik dengan cara sebegitu. rasuah dari kecil. tapi, kita tak sedar. tak ambil pusing.

lalu bila dah besar, kita mengatakan SYAK-WASANGKA. series, ini melucukan. manusia memang unik.

bagi aku, hal video seks ini adalah hal kecil. tak perlu jumpa orang lebih arif sekalipun (walaupun aku dah berjumpa), kau akan mendapat jawapannya jika kau menumpu perhatian pada isi perundangan. ia mudah di fikirkan, tetapi ia menjadi tidak mudah bila dipengaruhi POLITIK. dan yang di katakan mirip si pelaku adalah orang POLITIK. tu je.

suffiakmal berkata...

untunglaaa kalau nak buat seks nak ajak ramai2 tengok, senang la nak jadi saksi nanti ye dok ?

AlexiaAqram berkata...

akhirnya ada jugak komen yang humor di sini. fuhhh, aku terhutang budi pada kau suffiakmal. hahah!

wan zuliyana [apel] berkata...

haha. yelah yelah.
oi sory membebel kat blog ko. ;b

Fontonk berkata...

disebabkan satu video, orang bergaduh. hebat betul illuminati. haha

Mat berkata...

saksi tak saksi tak jadi masalah pun. Ularmamak politik biasa la tu.

Video asli ke tak pun tak jadi masalah. Sekarang zaman maju. Siapa-siapa boleh rakam video. Mana-mana boleh rakam video.

Yang jadi masalah siapa pelaku dalam video tu. Siapa owner perut boroi tu? Siapa owner konek pendek tu? Siapa owner tetek dengan puki tu? Siapa tukang rakam? Siapa pengarah..? Puki tu dah kene tale dengan siapa?

EmyAmalina berkata...

Ulama' pun masih membahaskan mengenai qarinah sebab makin lama akal manusia makin panjang makin pandai makin bersepah idea buat bukti baru. (OK gua tulis berdasarkan apa pengetahuan gua, apa gua belajar)

Gua rasa Aqram, lu salah faham. Series.

Sudah termaktub dah, video takboleh jadi bukti. Memang tak boleh sebab banyak cara untuk dimanipulasi.

Biar lepas didunia, sebab Allah tahu nak balas apa di akhirat.

Kita yang didunia ni jangan pertikaikan hukum-Nya.

Farhan Muhammad berkata...

Setuju dengan tuan rumah. Kalau dalam video tu PM atau TPM atau yang lain-lain dalam pihak kerajaan, besi pun boleh bercakap nanti. Dunia-dunia.....

"Take the truth as authority and not authority as the truth."

Tanpa Nama berkata...

video tak boleh jadi bukti? tapi bila rumah kau kena rompak. nanti kau tgk cctv video untuk kesan wajah perompak jugak.

kelakar lah agama kau ni aqram. untuk kes seks, agama kau tak bagi video sebagai bukti. tapi untuk kes rompak, culik, kecurian dan ajaran sesat (video ayah pin) boleh pulak video jadi saksi.

yang mana satu ni? bukankah semua orang cakap yang islam itu sentiasa selaras dengan kehidupan manusia setiap zaman. apasal ada orang kata lain, haiyoooo.

EmyAmalina berkata...

Video takboleh jadi bukti untuk kes Zina.

Lu tanpa nama ni orang Islam ke tak?

Zina membabitkan maruah, and Islam cukup menjaga maruah umat-umatnya. Bukan senang-senang je kau nak tuduh orang buat seks.

isaacismael berkata...

kalau tak cukup ilmu baik lakukan lebih carian dan kajian.

kalau tak, kang nampak sangat didungukan kat sini.

apa-apapun,kena baca lebih 18kali,diam,pikir 18kali,cari 18 rujukan,dan kembali.

woha!

syahid berkata...

kang nak bagi simple logic, cakaplah aku ni agnostic ke apa.

are we expecting 8 eyes before the adultery? ouch. kalau macam tu lah kan, boleh dah kita abaikan penggunaan kalkulator saintifik, komputer, data base itu ini.

kita ikut cara dulu.

wasabi.senpai berkata...

siapa yang jumud?weii, benda macam ni bukan boleh ikut logik akal je.tengok jelah suasana sekarang mcm mana.nak jadikan video saksi suma tu.then kau bagi contoh tengok vid ceramah agama takleh jadi saksi ap.takda kaitan langsung aku tgk.benda lah kau ni?!kalau betul nak dapatkan kepastian, jangan ambik satu pandangan ustaz je.tanya ustaz lain jugak.nak buat post mengenai islam, tetapi mengelirukan orang lain. better kau buat pulak post pasal hukum bersumpah dato' eskay tu.nak tgk mcm mana. *bukan isu politik yang aku nk dengar, tapi berdasarkan pemahaman agama yang sebenar benarnya.

una berry berkata...

adakah kita hanya boleh membahaskan benda yang tersurat dan bukan yang tersirat?

khyrule_anuar berkata...

islam itu mudah.. tak payah nak susah2..

Tanpa Nama berkata...

I observe that lotsa people (the 90's generation) are insanely speak of somethin' that they actually not so sure about that. Free thinkers. Man. The difference between you and the ulama' is- they dont use their logic brain to take charge on somethin'. They did lotsa research and consulted the Al-Quran and tons of hadith before they came up with the conclusion. That's what Allah tought us.

And you. Haha.

Your activities for everyday are just to find someone else fault, and condemning them in your 'cool' blog. Bleurrghhhhh. Then suddenly came up with your own thought that will mislead others ignorant because of your own ideology. What's the difference between you and others that create their new own religion. Kabalah maybe?

RepublicAku berkata...

oleh itu jgn lagi takut kepada zina jika tiada 8 mata menjadi saksi!


yeahhh! best!

AlexiaAqram berkata...

yang tanpa nama ni dok gabra sangat kutuk orang pasai apa. tak payah dok kalut aihhh.

Betty Latif @ BL berkata...

4 org saksi itu mestilah yang soleh,tak pernah berbohong,amanah..

persoalan,wujud ke org yg tak pernah berbohong dlm dunia ni?mcm mn kita nk tahu die pnh bohong ke x?

ade pulak 4 org yg soleh itu nak tengok zina lak kan tnp berbuat ape2.

islam itu fleksibel.zaman Rasulullah belom ade cctv,lom ade video camera lg mahupun ipad 2.

video tu bkn sj diakui tulen oleh polis,malahan pakar2 berkecuali dr amerika dan jepun.

anwar ibrahim mmg ske mengintai bapuk2 tuka baju dr zaman remaja lg.


lg st,aku xske org bg hadis pnjg2 pdhal die pn copypaste jeh.

sekian.

EmyAmalina berkata...

Kalau yang memberi video tu pun orang yang tidak boleh dipercayai, still lagi ke nak percaya video itu tulen?

Tanpa Nama berkata...

emy amalina..lu ignorant..lu kena berfikir secara dialektik..mngikut peredaran zaman..zaman dh maju,lu still dgn ideologi lapuk lu..tuhan dh bagi undang2..kita amek pakai..sesuaikan dgn kemajuan teknologi..

Tanpa Nama berkata...

sorry kcu line.ak nk tny beberapa soalan.mmg polis sahkan video tu tulen tp polis ad sahkan org dalam tu anwar?knp trio datuk T wat show video tu n siap pnggil org lain tgk rmai2 tp x kne tngkap?bkn siarkn pornografi tu salah ke?ckp da bg video dkt polis tp still ad org upload dkt youtube?ni smua politik.apabila sesuatu kerajaan terlalu lama memerintah,akn jadi korup la krajaan tu sbb da tau cmne nk putar belit.x yah la nk gduh2 psl agama sbb msing2 sgt cetek psl ilmu agama.ustaz tu bkn pkai ckp jer.die ckp blndaskn hadis & al-quran.AlexiaAqram,ak kagum sbb ko brani postkn satu isu yg mnarik cmni.at least msing2 akn bg pndapat msing2.tp ak nk bgtau satu jer..smua ni adalah agenda poltik msia.msing2 ad prangai plik msing2.ad yg korup,ad yg wat parti utk blas dendam family,ad yg gne agama tp ble dpt jd wakil rkyat je sme2 mkn duit rkyat.mmg la bkn smua yg wat mcm tu tp krn nila setitik rosak susu sebelanga.jd la mcm negara jepun,klu ekonomi ngara dia jtuh,PM n kabinet ltak jawatan.bru la msing2 btugas dgn lbih berdedikasi n bkn nk jd kaya smata2 dgn dpt duit rakyat..thanks.

EmyAmalina berkata...

Gua ignorant? Ha ha. Gua lapuk? Masalahnya sekarang jangan lah rasa diri tu maju sangat sampai biadap nak hina hukum Allah. Teknologi itu baik tapi senang gile nak manipulate. Walaupun jadi bukti, masih tak kukuh sebab banyak keraguan timbul.

Makanya, video tak sesuai jadi bukti.

Benda zina ni bukan senang-senang kau nak tuduh orang macam kau tuduh orang mencuri dalam CCTV. Ingat tu.

Tanpa Nama berkata...

Farhan AJ-
yg lu nk emo pehal?ckp gune otak la,jgn gune ati..lu ktne?da rse hebat sgt k pe nk suh org dtg sepak lu?jgn pkir ayat,kate2,dan pengaruh lu da cukup kuat bro...