Jun 29, 2011

Tak Payah Buat Dajal Aihh



Kadang-kadang memang sukar nak buat keputusan.

Kawan-kawan kata bersih, sedara-mara kata patriot. Bakal pak mentua kata bersih. Bapak sendiri kata patriot.

La ni ang rasa aku nak pilih mana? Nak di telan mati anak, nak di luah mati bapak. Takkan nak kemam sampai mampuih?

Cuba ang bagitau aku, mana satu patut aku sokong? Bersih atau Patriot? Ambiga atau Ibrahim Ali?

Benda-benda macam ni, teruih terang aku kabor. Buat rosak dunia akhirat. Ang pilih ni ang bawak dosa, ang pilih sana pun ang bawak dosa. Ang kata ya dalam poll ang kena, ang kata tidak dalam poll pun ang kena. Kena apa? Kena bantai dalam kuboq lah. Ni bukan peghelii na?

Jadi, aku nak duduk tengah-tengah. Kena dengan nama aku, Aqram. Pak aku kata nama Aqram ni dia bagi sebagai simbol di tengah-tengah. Pak aku kata lah. Takkan aku tak nak percaya plak ye dak?

Jadi, siapa-siapa yang nak bersama aku. Kita duduk tengah-tengah. Kita halang bersih, kita halang patriot. Mai sama-sama kita berganding bahu habaq kat depa yang kita dah serabut pening kepala dah dengan semua ni. Pilihanraya atau tak pilihanraya. La ni masa kita bekerja. Masa kita berkhidmat pada rakyat. Bukan masa kita nak bertelagah sama-sama kita. Bukan masa untuk buang masa berhimpun. Adil atau tak adil ka, kena ingat lah yang kat atas sana lagi tinggi adilnya. Jangan kita jadi berlagak kuasa nak tegak adil mana-mana tapi kita tak peduli apa kata Tuhan tentang adil.

Mai kita habaq kat Melayu. Ang nak memekik sampai bila?

Mai kita habaq kat Cina. Ang nak komplen sampai bila?

Mai kita habaq kat India. Ang nak kecoh sampai bila?

Mai kita habaq kat Sabah dan Sarawak. Ang nak apa?

Sampai negara ni jadi kebuluq? Kalau sampai tahap negara ni tak cukup makan macam kat Afrika sana, baru ang puas hati? Ang mungkin tak sedaq yang ang tengah buat rosak. Ang memang tak sedaq. Mana ada orang nak sedaq bila dah semangat. Walaupun buat salah. Jadi, la ni aku nak pi bagitau kat ang ;




Bertengkaq, bertengkaq jugak. Tapi, takkan lah mai pekena teh tarik secawan pun ang nak masam muka hentak-hentak meja?



Sekian, chalo asalamualaikum!


p/s : Bersama memartabatkan perpaduan ummah di hari Israk Mikraj. Tak payah buat dajal aihhh.

29 ulasan:

Wadi AR berkata...

okeh, tutup cite jom bersihkan rumah.

AlexiaAqram berkata...

jom!

RepublicAku berkata...

bukan mudah nak suruh depa sedar diri semua dah kemaruk berparang bercangkul....tak tau nak buktikan apa...takut jadi melaka kot atau singapura ?

typical young and single mom berkata...

taw xpe..semak perut aku dengar semua ni.ni semua gare2 video seks anuar tu..aish dulu pasal kes liwat die kasi KL huru hara..skrang mcm ni pulak..ades lagi 7 tahun kes rogol anuar pulak ...kecoh satu malaysia..benci aku!

Syara Mohammad berkata...

larikan diri dari KL awal2...

9hb dok berhimpun.. lepas tu ape pulak agaknye? demonstrasi aman lah konon nyer.

~bersihkan 'kotoran' diri dulu sblm nak bersihkan benda lain~

Sembang Kemas berkata...

dengan semangat patriotik yang gua ada,lebih baik gua bersihkan lalang belakang rumah gua.

berpeluh jugak.

Qaseh berkata...

thumbs up bro.....! nak raya dah ni.. baik aku buat keja pulun2. kumpui duit bagi mak pak aku duit raya banyak2...

Miscellaneous Smiles berkata...

ang ni la aqram..ak pon tak tau nk kata pa..lahh

lilin berkata...

apa kejadah semua benda ni pun taktau.
jom duk tengah2 buat xkesah

Cik Ungu Kamila berkata...

tau takpe. negara dah elok2 aman dok gatal nak bagi huru-hara. baik duk diam je. LOL.

afrohead berkata...

atas dasar patriot aku harap Malaysia menang bersih ke atas Taiwan sebentar lagi.

NadiRah berkata...

okay!!!!
jom tgk usrah pulak...
penat dah bersihkan lalang tolong sembang kemas td.. ^^

HA berkata...

ya.konon nak bersih, tapi buat cara kotor. puak kiri ngn puak kanan sama jer.
aku tak nampak rasionalnya buat demonstrsi 'aman' ni. menyushkn orng awam ada la.
rasa mcm nak lastik jer kepala sekor2.

Amiey White berkata...

memang kecoh , semak , sakit hati . buka tv soal jawap .media pun cemgamfcuk benda sikit dibesarkan . malaysia semakin sakit !

AlexiaAqram berkata...

ya. malaysia makin sakit. ramai rakyat malaysia makin sakit.

Mat berkata...

Sasterawan negara pun dah sakit gamaknya.

Cik Puan Muda Aisyah berkata...

nak nasihat depa dah tak makan saman dah. yang penting generasi lepaih depa yakni generasi kita. kita kena habaq kat kawan2 tok sah dok kalut ngat nak campuq politik ni. belajaq leklok siap2 kan diri nak berkhidmat untuk negara. tak kira lah parti belah mana pun. kita prepare diri kita elok2 supaya kita tak buat the same mistake macam depa dok buat.

Mat berkata...

Tak ramai sangat yang setuju roti krim 60sen dah naik 70sen... Eh, pengkomen LR suka rupanya.

Mat berkata...

mistake

Kenapa lagi ramai yang setuju dari yang tak setuju?

sya berkata...

smart~

AlexiaAqram berkata...

apa kau nak mat?

Mat berkata...

nak nasi. lapa. ko boleh kasi? bikin kerja sendiri la. sapa pun tak boleh tolong kita, selain kita sendiri.

Atas pagar? Berdiri dan tengok kiri kanan? Betul bang negara kita aman, tapi kita boleh lagi selesa dari sekarang kan? Kau bijak, mesti kau lagi tahu.

Jadi? Apa usahanya?

TheBentPencil berkata...

Yes, I believe the country can be improved.

Yes, i believed that some points in our administration is not right.

yes, I believe in just and fair politics as well.

but I DONT believe in demonstration and violence. it's the mob mentality y'all--you dont know where it's gonna escalate.

first you group together peacefully. then you start chanting normal words. then the energy level picks up, you start chanting offensive words. then energy level picks up even higher, you resort to physical intimidation. then one person breaks a bottle, burns a flag, topples a police car, break a store....

it never stops.

like Egypt. the leader steps down in the end, but admist the fire-blazed shops and broken glass, and dead bodies-- who actually wins?

AlexiaAqram berkata...

aku percaya keselesaan yang kau nak tu mat, bukan di atas tangan manusia semata-mata.

tu je.

Mat berkata...

kalau bukan atas tangan manusia? atas apa lagi. takdir?

Pada aku, cukup la kalau rakyat2 dekat kampung tak toreh getah sampai hancur batang getah nak survive hari2.. Itu dah boleh kata selesa.. Ataupun sampai masa, rancangan bersamamu dah tak ada kerja nak buat.. Pun boleh kata selesa dah.

Tapi pemimpin tak pernah ambik pot benda2 kecik macam ni.. roti krim 60 tu pun diorang tak boleh halang pengeluar naikkan harga.. Bersamamu? Haha..

qasehraihan berkata...

ok tutup citer dajal tu..
meh tgk citer angin ni plak..hahahaha


aqram..
entry panas hati lagi..huhuhu

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/07/entry-sangat-sakit-hati-kau-memang.html

AlexiaAqram berkata...

bersyukur lah mat dengan hidup ni. cakap tu jangan cakap macam takde kiblat. semua manusia ada kerja dan tugas masing2.

haikalblank berkata...

Orang kita bukan memang suka gaduh sesama sendiri dan mengagungkan bangsa lain ke?

yang tiga sana dikata menjatuh bangsa
yang tiga sini kenapa roket d tengah?

berjuang untuk agama? semua sama.

yang diorang tahu mengangkat NAGA dan ULAR. harimau di buang ke sumatera.

Akim Iqbal berkata...

Haha, ang orang utara rupanya.. baru tau.. sellau duk skema ja hang tulih kat terfaktab.. :D