Jun 11, 2011

Tukar Haluan

Hello semua! 

Gua sekarang dah rasa malas-malas atau rasa macam dah  kurang nak tulis pasal relationship sangat. Gua rasa dah boleh bagi tugas-tugas tu semua kepada penulis-penulis terfaktab yang lain. Kira gua ni dah up-up lah, sekarang bagi kat dak-dak bawah ni yang baru nak naik lah. Peh, bajek abang long shiall.

Takdelah, betul apa gak kan? Cuba lu fikir, 8 bulan gua bergelumang di terfaktab dengan menulis pelbagai tafsiran dan cerita cinta. Lu orang pun gua syak mesti dah naik muntah dengan penulisan gua. Jadi, gua rasa, gua patut tulis sesuatu benda yang lebih tinggi dari hal-ehwal cinta-cinta remaja ni. Bagilah kat orang lain pulak untuk tulis benda-benda karut pasal takde dara, makan kerang, i love u, dating-dating ni. Bagi kat orang-orang macam lep-lep atau shahirah ka, amoi pun ada, zuely pun ada. Nak ganas lagi, helly dengan bani pun ada. Gua yakin dengan kemampuan diorang, sebab tu gua bawak diorang sama-sama naikkan ini tempat. Tanpa penyesalan gua cakap lu beb. Asal jangan kencing gua sudah lah, memang gua bawak dak-dak gua hantam lu sampai lunyai. Keh keh keh.

Okay, gua tak cakap gua nak berhenti menulis. Cuma gua nak menulis mengenai hal perkahwinan pulak barangkali. Hal apa yang perlu lu buat bila dah kahwin. Hal anak contohnya. Macam mana lu nak buat anak? Macam mana lu nak pegang anak lu yang bayi tu dengan betul? Gua tengok ada sesetengah jantan ni tak reti nak dukung budak. Asal pegang, budak tu nangis. Tu lah, bukan lu tu muka buruk macam muka pecah kilang. Lu cuma tak pandai tekel budak-budak. Tak pandai nak kasi budak bayi macam tu percaya kat lu. Takde aura lu ni. Kesian plak gua tengok.

Taiko-taiko lu, gangster-gangster lu. Mesti lu rasa nak main. Mesti lu nak ada anak. Tapi, lu kena ingatlah. Menjaga anak bukan macam jaga makwe lu beb. Makwe lu boleh suap-suap, cakap-cakap sayang. Makwe tu boleh bagi respon baik kat lu. Tapi, bila lu suap makanan kat anak lu yang masih kecil. Gigi pun takde. Tak semestinya dia boleh bagi respon baik. Kalau dia muntahkah balik, apa lu nak buat? Kalau dia menangis, merengek. Apa lu nak buat? Bukan sebab nestum tu tak sedap, tapi mungkin lu tak tahu. Dia nak terberak, lu bagi makanan. Apa cerita?

Terus-terang. Keras-keras hati gua, dengan perempuan gua boleh angkuh. Tapi, dengan anak kecil. Luruh hati beb. Hilang angkuh, hilang jantan. Lu pegang jari dia. Kecil, halus. Dia punya feel sayang tu lain. Tak sama macam sayang lu pegang tangan bini atau makwe lu. 

Susah gua nak ceritakan lebih lanjut pasal benda ni kat sini. Nantilah kalau gua ready dan betul-betul di tahap prestasi terbaik. Gua up kat Terfaktab. Mungkin gua nak tulis tentang cara-cara nak gantikan lampin bayi dengan sebelah tangan sambil hisap rokok. Peh, style kalau ada bapak macam ni. Dah macam Malek dalam Kl Gangster, tak lepas rokok kat mulut. Jubo-lah!

11 ulasan:

J. Abdullah berkata...

Jadah apa tukar lampin anak sambil hisap rokok? Kalau laki aku buat macam tu, kelab isteri taat tak taat, aku lempang je laju-laju tahu?

AlexiaAqram berkata...

lu bukan tahu pun apa laki lu buat belakang lu beb. keh3~~

Nobita Sensei berkata...

bab macam mana nak basuh lampin jangan lupa buat sama. part tu paling klimaks.

qasehraihan berkata...

jangan lupa ajar cara basuh berak baby skali..ekekeke..smbil isap rokok..kikiki

Aimi Dayana Bahari berkata...

ni dah kahwin belum ni?

isaacismael berkata...

background hitam berpinaq la mata nk baca bro..

shahirahkhairudin berkata...

hai bos.. nak kawen dah ke? topik orang-orang kawen pulak peginye..

Pijahh' de-Arr berkata...

sweet jeee muhahaa..~~

eh rokok tah baik utk ksihatan..

sian baby tuu..tak psal2 bapak mati cepat..anak mati awal =)

Lucifer berkata...

keh keh keh. itu namanya sudah masak ranum. dah macam gaya bapak orang dah ni.,yang perenggan last.

AlexiaAqram berkata...

@luc

buah dada gua masih ranum. mahu?

@pijahh

kau ni solehah sangat lah. seram aku.

@shahirah

kau tu, bila nak kahwen?

@isaacismael

sorilah. gua suka hitam.

@aimi

belum.

@qaseh

kalau perlukan khidmat nasihat menjaga bayi. kontek aku.

@nobita

ingat nak letak pegang handphone. tapi, nampak ayat gay pulak. haha!

broken_nigina berkata...

alahai.sweet gila.