Julai 14, 2011

Gua Nak Jugak!

Asalamualaikomm semua!

Gua nak kabor kat lu orang yang selalu baca blog gua. Lepas semalam gua ada mesyuarat dengan skuad Terfaktab kat Wangsa Maju, kat kedai burger Pipiyapong kelmarin, gua dapat rasakan hidup gua bakal sibuk. Jadi, awal-awal gua mintak maaf kalau gua dah jarang update lepas ni. Paling tidak pon, gua akan update di Terfaktab atau Pseudosains saja.

Projek buku Terfaktab ni betul-betul bukan kemaen didik gua kena jadi seorang yang kena set ; 

"Masa gua umur 28 nanti, gua nak jadi CEO. Pegang duit juta-juta dan kalau nak kahwin, gua terus bagi check RM100 ribu kat sapa-sapa mak bapak perempuan yang gua nak kahwin nanti. Takde adat-adat, takde minang-minang. You take it or leave it."

Gua nak cari hidup gua sendiri. Pedulik apa lah kalau orang kata nak kiamat ka, kerajaan bertukar lah, lu jadik ungka sekalipun, gua takkan ambil peduli. Gua dah nampak apa yang gua nak. Cukuplah 6 tahun hidup sebelum ni terseksa gua nak layan dunia yang kadang-kala kejam.

Gua sejak menjak ni rasa hidup gua lain macam. Gua tak pernah rasa sebelum ni, ia di panggil hidup untuk memegang suatu kualiti untuk di bawa bekalan sebagai bukti lu memang nak hidup lu jadi bermakna.

Gua ada impian dari apa yang gua minat, gua ada impian dari apa yang gua berbakat. Gua rasa, gua nak capai dua-duanya. Gua nak buat orang gembira. Gua nak buat orang semua berjalan menuju ke alam kejayaan. Tolong orang selagi boleh. Tu saja.

Tapi, series beb. Nanti kalau Terfaktab dah keluarkan buku apa semua. Jangan lupa beli okeh? Itu lah komitmen gua kepada masyarakat. Khasnya kepada masyarakat yang perlukan pertolongan menyelesaikan hal hubungan lelaki dan perempuan. Pikior masalah cinta orang2 ni bukan senang beb, kalau tak iya lu sendiri rasa nak terjun bangunan. Mungkin lah tak dapat setel semuanya. Namun, gua sebagai founder, gua cuma boleh bagitau, kalau tak dapat setel semuanya, dapat legakan skit hati yang berkecamuk orait juga ye dok?

Cuma tu lah, kalau lu tanya cita-cita gua nak jadi apa, konfem gua jawab gua nak jadi Presiden Pertama Republik Islam Malaysia. Apa de hal yob? Perdana Menteri gua bagi kat Deus. Dengar cerita dia dah ikut KJ gamaknya. TPM gua bagi Lucifer. Yang lain-lain tu kalau rasa ada kroni dengan gua, tahulah nanti gua bagi-bagi jawatan kabinet lu orang. Gua ingat nak bagi Mofasad menteri makanan, tapi sebab dia suka Uitm walaupun dia budak Politeknik, gua bagi dia menteri sukan. Kabornya jugak nanti si ER akan pegang menteri wanita. Leplep gua jadikan dia menteri luar. Pandai-pandailah dia nak up status pada orang Jepun macam mana. Sigg? Sebab dia nak sangat jadi artis, lain tak bukan mesti bagi menteri selebriti. Keh keh keh!

Ok, cukup sudah. Jangan sampai gua buat entri senarai kabinet woi! 


p/s : Gua presiden, kerja gua jadi ikon penyatuan masyarakat. Kerja-kerja ni bagi orang bawah buat la, hamacam?

18 ulasan:

Akim Iqbal berkata...

kau jahat.. isk isk

Wadi AR berkata...

kalo kau presiden, aku jadi ape?

abu_dolah berkata...

jgn lupa gua! jadi pencacai tukang cuci toilet pejabat presiden boleh.. =)

Miscellaneous Smiles berkata...

ak pun nk jadi menteri gakk~

tetiba*

Wadai Kipeng berkata...

Disebabkan aku fist aku nak buku tu free, hik3..

Hazirah Mustaffa Kamal berkata...

looking forward for buku dari geng terfaktab :)

cik paja hanim berkata...

tak sabar tgg buku keluar..reserved satu utk sy ye..

shahirahkhairudin berkata...

bos, aku nak jadi menteri pelancongan wei..

Fadzmie Mohamad berkata...

gua nak interview jd tukang lap cermin opis tuan presiden, boleh? haha.

Aqram berkata...

mintak jawatan bukan2 ni apa ke hal? mintak lah tender business ke, pengerusi ke, adalah faedah skit woi!

untuk shahirah. gua perkenankan. haha!

InsankecekwaLol berkata...

Prefer this blog than terfaktab... Hari hari buka computer type lensarosak tetiba tak update. Aku kecewa lagi teruk dari orang bercinta hahah. Baca blog kau ni telah mewujudkan satu perasaan yang tak dapat didescribe kan. *dasar ayat gay* . Mendoakan kau supaya berpaksikan 1hari 1entri 1malaysia

madammondoq berkata...

saya nak jadi P.A menteri.. wakakaka,,,

JOM BACA NI : SEHELAIBAJU BUAT MENYAPU AIR MATA

Sembang Kemas berkata...

pergh layan buger kat pipiyapong?kirim salam kat dia kalau jumpa dia lagi ok?

gerenti gua beli,beli jela walaupun gua takde masalah cinta.HAHA

Lucifer berkata...

keh keh keh, aku baru perasan kau update sini.

Tarahal, gua on.

RepublicAku berkata...

walaupun berkecamuk ...buat apa yang perlu...keh3

hafizah berkata...

all the best aqram! =D

eiffel berkata...

lucy camtaek, dpt TPM memg lar on.lulz


hurm, saia lak...saia...**melihat senarai kabinet

eh, menteri apa yg keje senang tp gaji byk?lulz

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Nama gua langsung takde!

Huh!