Julai 21, 2011

Gua Pandang Polis Macam Pandang Makwe Je

Assalamulaikom!

Gua ucapkan maaf kalau gua dah lama tak update blog gua ni. Seriously, gua sangat sibuk memerah idea menulis artikel untuk kitab Terfaktab. Kalau lu orang nampak gua memanjang online kat fesbuk tu bukan maksud gua hadap fesbuk, tapi tabiat gua dari dulu sambil menulis artikel, sambil online cari bahan dan membahan orang lain.

Macam yang ada sebelum ni, sambil gua siapkan perenggan ke 6 atau 7, gua boleh melalut baca pasal automatic insertion dan SMT. Lu orang tahu apa benda tu? Takpe, nanti kalau lu dah kerja baru lu tahu. Yang dah tahu, buat diam sudah sambil tutup gelak-gelak kecil tu wokeh?

Itu tak termasuk nak handle editing dan lain-lain hal seperti kertas kerja, pengurusan teknologi pejabat, pendaftaran apa itu ini semua ke lancau lagi boleh buat gua pening. Gua rasa, kalau Terfaktab berjaya di daftarkan sebagai perniagaan. Inilah blog pertama agaknya yang dari pelbagai penulis bergabung di bawah satu bumbung berkiblatkan enterprise. Ben Ashaari pun tak boleh celen woi, dia sembang gebang cara-cara nak up trafik lah, apa lah, nak kawan lah, segmen lah. Tetap jugak dia di situ tanpa perubahan. Paling cibai pun buat kelab Ben Ashaari. AHAHAHAHA Andre The Giant! 

Gua dan terfaktab komited dengan perubahan. Mula-mula kita buat buku, lepas tu bisnes enterprise, lepas tu mana tahu kita buat telenovela pula ye dak? Ada jugak suara-suara yang suruh terfaktab buat filem porno pertama di Malaysia. Haha, macam gampang.

Gua ni kadang-kadang dapat rasa dunia semakin kelakar. 

Cenggini cerita nya, itu hari gua ada baca berita pasal ada seorang mamat ni kena sakau barang-barang, dompet dia kat area Puduraya. Dia datang nak mintak kerja. Sampai pagi dia lepak makan. Time nak tunggu cerah tu dia boleh kena sakau dengan mat pet mana ntah. Abes semua barang dia kena rembat. Beg duit, henpon dan beg baju sekali. Gila terfaktab beb. Jadi, mamat ni pergilah balai polis terdekat kat Puduraya tu. Buat report. Lepas buat report, dia terduduk depan balai down giler. Sorang polis ni tanya dia lah, 

"Apa cerita kau duduk depan balai dah macam kalah judi ni?"

"Macam mana saya nak balik perlis, duit apa takde, nak telefon kawan pun tak boleh, kena rompak ni, baju pun kena sakau", jawab mamat tu pilu-pilu sepoi bahasa.

"Lah ye ke? Ha, jom aku belanja sarapan", cool je polis tu mengajak macam sekampung pulak.

Diorang pun lepak lah sarapan sejam dua. Bukan kemaen polis ni mengulor taim kerja. Dalam sejam dua lepas tu jugak. Sebuah kereta polis sampai.

"Ha, mat. Kau naik dengan tuan ni balik Perlis. Tuan ni nanti akan hantar kau balik rumah. Dia pun nak ke Perlis jugak tu"

"Eh, biar betul tuan? Terima kasih lah banyak-banyak. Besar jasa tuan. Polis Malaysia memang ini macam", kata mamat tu sambil tunjuk tanda ibu jari.

"Dan ni amek lima puluh ringgit, buat belanja", kata polis tersebut dengan style sambil pasang cermin mata gelap dengan tangan sebelah.

Lalu, baliklah mamat tu ke Perlis dengan menaiki kereta peronda polis. Bersyukur dia kerana musibah yang menimpa, ada juga orang yang sudi memberi bantuan. Dalam seminggu lepas tu, mamat tu menulis cerita tersebut ke dalam sebuah akhbar, memuji dan mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang membantunya.

Gua pun baca akhbar tersebut, dan olah ceritanya dalam blog sebab mamat yang kena tu, kabornya kawan kepada kawan gua.

Itulah polis Malaysia bagi pandangan gua. Itupun masih ada yang kata polis Malaysia kejam lah, pukul orang lah, pum pang gedebak gedebuk lah, apa lah. Pelik gua, pelik dengan mentaliti orang-orang Malaysia sekarang yang cepat buruk sangka. Lagi-lagi yang jenis suka sangat baca Malaysia Kini. Eloklah tu  sangattttt.

Chalo, Assalamualaikom!


p/s : sepupu gua polis bantuan. balik kampung, polis tak polis, bahan tetap kena bahan. ape de hal?

20 ulasan:

Wadi AR berkata...

ben ashaari abg kau kan?

Eyka berkata...

pkcik sedara eyka pon adee je poliss..tak tahu plak la klu berlagk..haha:P

RepublicAku berkata...

keh3...siapa yang terkena mesti marah2 siapa yang di bela pasti suka2...itu biasakan.

rekbing berkata...

at one point, lu sama dgn gua - anti BEN ASHAARI

haha!

Onez Makio berkata...

polis ade baik,,ade jahat...

yann berkata...

setuju :D



*lame2 aku suke pulak tulisan kau ni :)

Anem arnamee berkata...

Entri cun.

terus ke hadapan ya, aqram :)

polis, manusia juga - itu yg org selalu lupa. :)

Mehmed - berkata...

baik ke jahat? polis pun manusia.polis pun boleh menangis disebalik wajah yang bengis. Ahaks!

Lucifer berkata...

automatic insertion dan SMT tu pasal machine dan circuit kan?

keh keh keh, semua tahu judge dengan satu source ja.

Mimi Dyana 沙美美 berkata...

dalam setandan pisang tak semuanya elok. kekeke...

aiko kato berkata...

aqram,

polis itu tidak jht..but they only menurut perintah...;)

menurut perintah sape??well...i do think we all know who paid their gaji kn??

you know, there is a dato' who is actually in a police force telah digantung kerja...due to tidak mahu menahan seorang ahli pembangkang..so..if ppl ask me adakah polis itu jht?my answer is, no they r not..but mereka adalah warga yg menurut perintah..xnk turut perintah??jwb nya mmg kna pencen awl laa..;)

bujal X berkata...

biasa la abam~dalam setandan pisang mesti ada sebijik dua yang busuk punya~haha~

Aqram berkata...

aku kalau tgk bujal komen, lepas tu tgk avatar dia. entah kenapa aku rasa nak bukak video sepah maharaja lawak.

entah kenapa.

HAHAHAHA!

Mat berkata...

Aqram pun ada baik ada jahat je dok Abam Bujal.

haikalblank berkata...

dah dari satu sudut je judge. macam orang bodo. tak adalah semua jahat.

Ada kes cikgu rogol budak, semua cikgu jahat gakla. BODOH.

azeera azeez berkata...

habis takkan nak baca utusan ngan berita harian kot..? malaysiakini best..!!

Tanpa Nama berkata...

utusan, media pro BN. malaysia kini, media pro pakatan.

dua2 macam cibai berat sebelah.

KiD berkata...

polis baik,polis jahat.individu sebenarnya.

Suci Dalam Debu berkata...

memang betul tu
tak sumenyer jahat
sejak aku dah makin dewasa ni aku dah matang wat penilaian

Onez Makio berkata...

bile dipandang2 balek betol gak kte aiko kato tu..polis mmg hanya menurut perintah...

tu pasal lah polis nih sepatutnya berdiri atas kaki dorg sndiri,,bukan bawah perdana menteri..huru hara jadinya apabila kuasa dipergunakan membabi bute cenggitu je..

xpon wat cam askar..duduk bawah agong..aman je skang..