Julai 01, 2011

Idea Terakhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang di hormati Tuan Yang di Pertua, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Berdirinya saya di sini untuk mengetengahkan idea yang mungkin sedikit bernas dan secubit humor untuk kita sama-sama fikirkan. Selaras dengan cogankata Majlis Idea Blogger kita iaitu 'Berfikir di luar kotak pemikiran'.

Tuan Yang di Pertua,

Saya mencadangkan ;

Kita perlu memberi ruang kepada orang-orang BUKAN ISLAM untuk mewujudkan parti berteraskan agama sendiri.

Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan tahu. Negara kita Malaysia telah mempunyai sebuah parti yang di namakan PARTI ISLAM SE-MALAYSIA atau PAS. Parti ini membawa nama Islam sebagai mesej dalam memperjuangkan hal-ehwal Islam yang menjadi agama rasmi Persekutuan Malaysia. Jadi, berdasarkan peruntukkan kebebasan dan keadilan dalam beragama yang di gunapakai di Malaysia. Adalah releven, adil dan bersih untuk kita mewujudkan parti untuk BUKAN ISLAM yang menggunakan nama agama masing-masing seperti contoh ; 

PARTI KRISTIAN MALAYSIA, PARTI BUDDHA MALAYSIA, PARTI HINDU MALAYSIA. Jika tak keterlaluan, mungkin kita boleh buka pendaftaran untuk PARTI JEDI MALAYSIA, khas untuk mereka yang suka kepada teori Star Wars. Tak lupa juga PARTI OPTIMUS PRIME. Boleh kan Tuan Yang di Pertua?

Ini kerana Tuan Yang di Pertua, perpecahan politik berataskan parti di Malaysia ini sudah berada di tahap kronik. Kita mahu menggalakkan perpaduan Islam. Namun, perpaduan Islam itu sering terganggu dan tidak tercapai kerana perpecahan yang terjadi dari parti-parti berlandaskan ideologi dan bangsa. Kita dapat lihat UMNO dengan corak parti berdasarkan bangsa. PKR dengan corak parti berdasarkan ideologi. Ini semua telah menyebabkan kestabilan politik negara bertambah teruk dan menjadi najis.

Tuan Yang di Pertua,

Saya yakin dengan hanya wujudnya parti-parti berasaskan keagamaan. Ia dapat mengubah prestasi negara dan membawa negara kita ke mercu tanda yang lebih dinamik. Ini kerana, kita sebagai manusia, apatah lagi sebagai warganegara Malaysia, kita wajib mempercayai Tuhan. Dan itu, adalah perkara pertama dalam Rukun Negara. Tidaklah pula di sebutkan pada Rukun Negara sebagai percaya kepada ideologi atau percaya kepada bangsa. Itu karut. Sebaliknya, konsep asasnya sejak dari dahulu lagi, manusia perlukan agama sebagai panduan hidup.

Walaubagaimanapun Tuan Yang di Pertua, saya mengesyorkan nama-nama parti ini tidak di letakkan nama agama masing-masing. Seeloknya di letakkan nama lain yang membawa simbol kepada agama mereka. Ini juga merupakan cadangan saya untuk kita ubah nama PARTI ISLAM SE-MALAYSIA kepada nama lain. Atau kita bubarkan saja UMNO dan PAS dan wujudkan parti baru yang mewakili agama Islam. Saya mencadangkan nama PARTI HIZBUL MUSLIMIN. Walaupun nama itu pernah di haramkan, namun bagi saya, itu bukan masalah. Di Malaysia, yang halal di haramkan, yang haram di halalkan. Malaysia Boleh, Tuan Yang di Pertua.

Hadirin sekalian,

Tujuan saya mengesyorkan nama-nama parti ini tidak di letakkan dengan nama agama masing-masing adalah kerana ;

Di khuatiri boleh mencemarkan nama agama itu sendiri.

Cuba bayangkan jika parti yang di letakkan nama PARTI KRISTIAN MALAYSIA, andaikata suatu hari jika pemimpin mereka termakan rasuah atau memimpin secara diktator, iaitu berlaku keburukkan. Pastilah yang mendapat buruk ialah nama KRISTIAN itu sendiri. Dan ini sudah tentu akan memburukkan nama parti dan agama KRISTIAN itu sendiri, bahkan seluruh agama KRISTIAN di seluruh dunia bakal terpalit dengan keburukkan tersebut. Dalam hal ini, saya mencadangkan nama PARTI PAUL BERSATU sebagai nama untuk mewakili parti Kristian di Malaysia. Paul adalah nama orang penting dalam mengembangkan Kristian, bukannya nama sotong peramal ya para hadirin.

Hal ini sama juga jika di lihat situasinya pada PARTI ISLAM SE-MALAYSIA. Saya gusar dan bimbang jika andaikata pemimpin dari parti ini membuat kenyataan yang mengelirukan atau terlibat dengan perkara-perkara lagha seperti ceramah kong kang li kong. Yang keliru dan lagha-nya nanti bukan sahaja terpalit pada parti sendiri, malah kepada nama Islam itu sendiri. Sanggupkah kita hendak berhadapan dengan masyarakat agama lain yang melabelkan Islam sebagai sebuah agama keliru dan lagha? Hanya kerana onar dari sebuah nama parti Islam? Tidak berbaloi dan tidak sesekali para hadirin. Kita perlu tukar. Kita perlu ubah. Bersama kita membawa perubahan. Orang yang takut berubah ialah orang yang tak tahu erti perjuangan. Lawan tetap lawan! Oh maaf Tuan Yang di Pertua, salah slogan. Itu tadi, slogan dari Anwar Ibrahim. Maaf dari saya.

Tuan-tuan dan puan-puan yang di muliakan,

Saya minta cadangan saya ini di pertimbangkan seberapa kadar segera. Jasa tuan-tuan dan puan-puan amatlah besar dalam mengubah sosio-politik negara kita menjadi lebih kukuh dan berintegriti. Dengan hanya wujudnya parti mewakili agama masing-masing, ia dapat mengubah persepsi kebangsaan yang sering menyebabkan pandangan rasis dari segi bangsa berlaku. Ia juga Tuan Yang di Pertua, dapat mengukuhkan lagi kedudukan Islam sebagai agama rasmi tanah tumpahnya darahku. 

Sekian, terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di Pertua, tuan-tuan dan puan-puan yang sudi mendengar dan membaca cadangan saya yang tak seberapa ini. Semoga tuan-tuan dan puan sekalian beroleh keredhaan dari Sang Pencipta. 

Chalo, assalamualaikom!

16 ulasan:

sya rossa berkata...

;)

RepublicAku berkata...

kau tahu apa yang harus mereka tahu

Topek berkata...

nice. sama cam cadangan kereta mayat.

dan aku setuju.

TJ berkata...

Hmmm, kalau macam ni, perpecahan bukan antara kaum tapi antara agama?

Your motion ni macam tak selesaikan apa-apa sebenarnya. Just trading one kind of segregation for another. You have yourself made the statement that you nak elakkan perpecahan yang terjadi daripada "parti berdasarkan ideologi dan bangsa," kan? Well after we put your plan into motion we will have eliminated perpecahan bangsa dan ideologi, but we will now have perpecahan agama. Same thing, different detail. You solve nothing.

Another thing is kalau you semata-mata nak menyatukan umat Islam, yes, it would work, but doing so would create more enemies of Islam dan lebih banyak ruang dari mana Islam boleh kena attack politically. Dibuatnya kalau Parti Jedi dan Parti Kristian dan actually semua parti lain bersatu sementara buat coalition untuk menentang Parti Islam. Terus Malaysia dah tak jadi negara Islam dah. Macamana?

Sorrylah kalau my comment ni macam offensive but I just disagree with this idea. It just seems like a potentially bad one. Then again, I don't have a better idea, either.

Amiey White berkata...

vote for party orang asli !!!!

wiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Amiey White berkata...

jap , ini tulisan sinis kan kan kan . hihihihi jangan serious sangat abang akak sayang . muah muah

Azri the Accelerator berkata...

straight to the point and my head.

kalifah FTW berkata...

tj,

i'm a muslim. and i don't afraid with non-muslim threat.

lensarosak right, it's time to pay-back. it's time for REAL change.

Fiq Vertigo berkata...

sarcasm much.


aqram..aqram..


kehkehkeh

saya kacak berkata...

oh yeah. i loike when religions are played well. hell yeah ! do more sarcasm on religions thingy, and you will be blessed more. amma rite?:)

gigi berkata...

ye, aku pun tak setuju kalau parti politik bersimbolkan agama. sebabnya kita kena ingat yang ada banyak penganut agama yang berlainan kat malaysia. jadi jalan terbaik adalah buang sistem politik bersimbolkan agama ni dan gunakan sistem lebih mesra rakyat, contohnya sistem sosialis (sekadar memberi contoh).

dan nanti ada kedengaran suara mengatakan 'islam adalah cara hidup, sistem ekonomi yang paling sempurna sekali, jadi mari tegakkan islam di malaysia.' tak salah, tapi kita kena ingat kita hidup berlainan fahaman, kita takkan dapat buat penganut agama lain telan bulat bulat sistem islam, dan sudah menjadi lumrah, manusia yang berego akan mengatakan ajaran dan budaya masing-masing lebih bagus.

jadi, ambiklah kaedah sistem yang tak cenderung kepada mana-mana pihak dan agama selagi sistem tersebut boleh membawa kepada kebaikan sejagat. kerana kalau kita menggunakan simbol agama, kaum dan lain-lain, itu hanya akan menimbulkan perbezaan dan perpecahan rakyat. dan bagi aku sendiri, PAS dah mula bersikap bijak dengan mengubah dasar perjuangannya kepada negara kebajikan daripada mewujudkan negara islam.

kesimpulannya, ubah mindset rakyat konservatif ni dulu, buka minda mereka, barulah aman politik di malaysia.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

orang suka campurkan bangsa dan agama bila berpolitik.

aneh2 sahaja.

Boss.

Macam mana kita mahu bersatu?

al-jambz berkata...

terus terang cakap, gua tak berminat dengan politik-politik ni . hihi

nerves berkata...

*tepuk tepuk meja*

eira sakura berkata...

*tubuhkan parti GK-GILERR KUASAAA..*
*parti GD-GILERR DUIT..*
*parti GB-GILERR BETINA..*
senang cite..kbykan bpaksi pd yg atas ni..
xprlu la nk gne nme b'asakan agama..
2 utk mhalalkan haram pada halal..

nyampah aku~~~

Zulfikar Hazri berkata...

PBSSM

Parti Blogger Segmen Se-Malaysia..

wahh...boleh dapat undi dari Follower.

PAS berjuang tak adil, dia letak Nama Islam, pastu dia claim dia lebih islam...

sonang bai tu....