Julai 28, 2011

Lima Puluh Ringgit dan Satu Ringgit.

Lima puluh ringgit dan satu ringgit berkawan baik. Selepas habis universiti, mereka dah jarang jumpa. Sehingga satu hari diorang terserempak dekat Uya Distro. Kan dah nak raya, kena tempah jahit baju rayalah kat Uya Distro ye dak?

"Eh satu ringgit! Lama siot tak jumpa kau!! Kau apa khabar?", tanya lima puluh ringgit dengan muka berseri-seri macam baru pekena hadiah loteri.

"Ya Tuhan, lima puluh ringgit! Series aku tak perasan kau, dah makin berisi kau ha!", jawab satu ringgit sambil memeluk kawan lamanya itu.

Lalu mereka pun ambil port, duduk di atas kerusi, letak kunci atas meja, order air dan berborak-borak panjang. Sambil ketawa. Bercerita tentang rakan-rakan lain seperti sepuluh ringgit yang di khabarkan sudah berkahwin dan menjadi penjaga tiket wayang. 

"Eh, lima ringgit apa cerita ha?", tanya lima puluh ringgit kepada satu ringgit.

"Dia? Oh, last aku dengar. Dia dah jadi taukeh kedai. Kedai 'semua barang lima ringgit'. Hahaha". 

Berdekah-dekah mereka berdua ketawa. Dah macam orang Penang. Buat riuh kawasan orang. Lantak apa lah orang nak cakap. Kawan lama, lama tak jumpa. Gembira. Teruja.

"Kau sekarang buat apa je lima puluh ringgit? Makin stylo kau sekarang. Kata duduk KL, kau kemana je?"

"Haha, gua macam gini je lah. Smart bergaya. Gua sekarang kalau nak kemana-mana, lu cari gua kat bar, pub atau disko ternama kat KL ni setiap hujung minggu. Sebut nama gua, semua orang kenal. Biasalah, masuk Zouk sekarang kan dah RM50 beserta dengan one free beer ye dak?", jawab lima puluh ringgit sambil mengeluarkan Iphone nya.

"Wow wow wow! Lu memang style! Patutlah kaya", puji satu ringgit.

"Lu plak satu ringgit, kemana je lu selama ini? Heh", kata lima puluh ringgit dengan sinis


"Haha, gua? Macam biasa. Ke surau, tak pun ke masjid. Paling tidak pun teman orang mintak sedekah. Kan sekarang banyak orang menderma ye dak?", jawab satu ringgit dengan istiqamah dan tawaduk.


................

*suasana sepi sebentar macam ada malaikat lalu



Lalu, lima puluh menggelengkan kepala, menundukkan muka dan berkata dalam hati.

"Apalah ke bangang aku tanya soalan tu? Cis cis cis!"


Tamat.



p/s : Kan bagus kalau lima puluh ringgit dan satu ringgit bertukar tempat kehidupan ye dak? Kehkehkeh.

20 ulasan:

Apan berkata...

tak.dua-dua masuk persekitaran tu lagi elok.jadi 51 ringgit.

hampir 2 dirham tuuuuu.

Miscellaneous Smiles berkata...

fes..

ak prh baca cite nihh..~~

=( sian kat 1 ringgit

haikalblank berkata...

Besar dugaan dunia. Lagi pada si kaya. entahlah. dugaan.

Wadi AR berkata...

realiti aqram.

Akim berkata...

hahahaha.. kalau 20 sen ?

zz zzz berkata...

kalu 20 sen masuk mesin tikam-tikam. kalu 50 sen plak nasi lemak kosong. itu dulu. tak tahu lah zaman sekarang.

Aqram berkata...

20 sen masih budak2 lagi, kerja nak habis duit beli gula2 je. 50 sen ni dah jadi penjaga kaunter token kat amusement center.

aiko kato berkata...

hehs~nice aqram..tajam sungguh artikel anda..;)

s.u.h.a berkata...

aik, macam orang Penang pulak eh?

salemaziz berkata...

try gune dinar emas.. haha
nice entri.

Mat berkata...

50sen dah masuk album kolektor.

5ragok banyak bertampal seletip, kerajaan tak jaga kebajikan

Norasiah Nasir berkata...

tersentuh hati kecil i..mendalam sungguh..btw, terima kasih..

Alexandriana Alia berkata...

nilai kecil lebih bermakna. tapi selalu kita tak nampak.

maria berkata...

20 sen dah jadi artis pas belakon cter bujang lapok. tiga kupang dah wat lagu. 50 sen pun dah jadi artis lam 'esah 50 sen'. dua ringgit jadi mat despatch. rezeki masing-masing kan... :P...

Sembang Kemas berkata...

50 ringgit tu kasi kat orang mintak sedekah,setiap orang bagi 50.

lepas ni gua pulak jadi peminta sedekah la.

Jemari MonteL berkata...

mendalam maksud entri nihhh.... kalo ada tak gheti2 tataw ler... la la la...

roq berkata...

sian singgit.....huhu

singah2 la sini ye...hehe :)

xmegoox berkata...

nice one

xmegoox berkata...

nice one

Piah Becok berkata...

setuju dengan apan... tapi buat permulaan, masuk dulu ke masjid surau pun okay jugak. langsung tinggal zouk, disko bagai ni pun lagi bagus.