Julai 12, 2011

Pasca-Bersih dan Politik Kita : Di Mana Kita Sebenarnya?

Sekarang ini kita dapat lihat begitu ramai orang berbicara mengenai politik. Sembang sana pasal demokrasi, sembang sini pasal pemimpin ini, sembang itu nak jatuhkan orang ini, sembang ini nak naikkan orang ini. Kemana-mana topik kita dalam tempoh pasca Bersih 2.0 lain tak bukan ialah politik.

Lu tahu tak, semua benda ini buat gua gelak dan terus ketawa. 

Biar gua cerita suatu cerita yang gua dapat dari pasca Bersih ini. 

Gua berbual dengan seorang Dato'. Gua berbual mengenai bersih. Mengenai tuntutan mereka, demokrasi, kekejaman polis terajang-terajang orang, mengenai A Samad Said, mengenai politik, kebebasan bersuara, dan mengenai masa depan negara. Dia (Dato) itu hanya tersenyum sahaja bila gua bercerita ketidakpuashatian gua terhadap kerajaan kadang-kala. Bila habis gua bercerita, dia mula membuka kata ;

"Aqram, siapa nama ahli Parlimen Muar?"

"Dato' Razali Ibrahim"

"Nama Adun?"

"Tak tahu. Dengar cerita orang PAS"

"Nama ketua polis Muar?"

"Err, tak tahu. Kenapa?"

"Bagaimana nama ketua bomba Muar dan pegawai daerah Muar, tahu?"

"Tak tahu, apa kena mengena Dato'?"

"Apa kena mengena? Kau bercakap sedap mulut pasal politik negara, tapi satu habuk pun kau tak tahu tentang kediaman kau dan hal sekeliling kau di tempat kau sendiri. Layak ke kau bercerita pasal politk negara kalau macam tu? "

Gua kaget. Dangg! Macam sebiji tukul kena hentak kepala. Gua cari akal.

"Eh, kan kita bebas bersuara untuk kita bincang hal negara. Benda korup buat apa kita nak sorok-sorok"

"Jangan bercakap macam orang tiada agama Aqram. Kita ada agama. Islam agama kita. Walau kita ni memperjuangkan bangsa sekalipun, kita masih ada agama. Jadi, bila bercakap, biar kita bercakap yang kita ini bukti orang ada agama, kau cakap macam-macam ni, kata orang itu makan rasuah lah, kaya tak fikir rakyat. Aku nak tanya, kau siapa nak pertikaikan rezeki yang Tuhan bagi pada manusia? Kau kata dia rasuah, kalau tak betul macam mana? Tahu kan apa itu fitnah?"

Dia menambah lagi.

"Kita kena lihat kat mana diri kita dalam dunia ni. Aku tahu anak muda sekarang suka kritik sana-sini. Ikut demo, ikut. Tentang sini, tentang. Tapi, aku nak tanya. Layak ke? Dah cukup tanggungjawab pada diri sendiri? Dah cukup tanggungjawab pada masyarakat setempat? Kau tahu hal masalah jiran-jiran kau? Nama ketua bomba daerah pun kau tak tahu, kau nak bercerita pasal politik negara. Kau sendiri tak kenal ketua polis daerah kau, lepas tu kau nak kondem semua polis dalam negara? Mengarut. Jiran satu taman pun kau tak tahu semua orangnya, kau nak bercerita pasal kebebasan bersuara?"

Gua terfikir. Apa kena mengena?

"Boleh Dato' bagitahu saya, apa kena mengena semua tu?"

"Aqram, setiap orang kena tahu peringkat-peringkat penglibatan. Kita semua ni rakyat. Yang membezakan antara rakyat dan pemimpin ialah komitmen seseorang itu pada masyarakat. Komitmen kita pada keluarga, pada jiran, pada masyarakat setempat, pada daerah, pada negeri dan barulah pada negara.

Kalau kau nak bercerita sana-sini mengenai politik NEGARA, kau kena bermula dari diri kau, keluarga kau, jiran kau, dan seterusnya. Baru kau layak bercerita pasal politik NEGARA. Kalau tak, apa yang kau cakap itu semua, adalah sampah.

Jangan terpengaruh sangat dengan cara bukan Islam berpolitik. Mereka tak tahu apa itu Islam dan tatacara yang betul dalam Islam bila berpolitik. Yang mereka tahu ialah kritik, kritik, tumbang, dan demonstrasi. Kita ada pegangan, walaupun parti ini tidaklah Islam sangat, namun kita boleh semaikan sedikit demi sedikit. Tak kisahlah kalau parti sana tu taknak hulur tangan perpaduan sewaktu kita perlukan. Kita rendah diri, kita hulurkan perpaduan sebab kita tahu kita tak sempurna dalam beragama, tapi sayangnya parti sana angkuh dan sombong dengan cara agama mereka. Mereka tak nak. Mereka tak nak sewaktu kita yang kekurangan ini perlukan panduan. Biarlah, biarlah tuhan yang menentukannya."

Aik Dato', membawa perasaan nampak?

"Ini bukan perasaan sangat. Tapi, selama aku tengok politik. Bila aku tengok anak-anak muda. Aku sedih, mereka berpolitik untuk jalan yang tiada arah. Bercerita pasal demokrasi kononnya, padahal belajar di luar negara, satu apa pun tak tahu apa yang terjadi pada jiran setempat. Hal masyarakat ialah politik juga. Kerana politik dan masyarakat itu berkaitan. Jadi, bolehkah macam tu? Jaja cerita sana sini pasal politik negara, tapi dalam masa yang sama lalai dalam tanggungjawab terhadap diri dan masyarakat di kampung halaman? Itu yang anak muda mahu jadi? Berpolitik cara kafir?

Nama-nama yang aku tanya. Mereka bergelumang dalam masyarakat. Orang-orang penting dalam masyarakat. Kau tak tahu, lepas itu kau ingin bercakap mengenai politik negara. Hal setempat pun kau tak nak ambil kesah, boleh pula kau nak ambil kisah hal negara yang besar ini? Percayalah, pemimpin di atas sana, mereka sudah lalui setapak demi setapak, dah ada pengalaman dengan hal masyarakat. Kita ini rakyat, buat cara rakyat dan jalankan kewajipan kita mengikut agama masing-masing. Itu saja. Mudah dan tiada kekacauan pun akan timbul. Orang-orang yang pergi bersih itu, walau dia bertakbir sekalipun, dia tak sedar yang dia sedang membelakangkan agama dia sendiri. Percayalah, akan ada balasan setimpal dari Allah ke atas mereka. Kita tunggu sajalah."

Gua berfikir panjang dengan perbualan ini. Sedikit-sebanyak mengubah persepsi gua dalam politik. Ia meningkatkan keyakinan gua untuk meruntuhkan demokrasi. Demokrasi yang lu orang semua laungkan itu adalah demokrasi syaitan. Ikut syaitan, ke neraka lah jawabnya. Baik kita tegakkan musyawarah dan khalifah. Sekurang-kurangnya ke syurga ye dok? Bertasbih lah banyak-banyak dari membuang masa mengikuti  laman seratus ribu orang mahu Najib meletak jawatan. Kan?

Jadi, apa kata lu orang? Kalau lu orang nak check nama ketua polis daerah lu sekarang, gua tak de hal.


p/s : Apa2 pon gua lihat, PM Najib lebih better dari Pak Lah. Lepas, Bersih, terus buat emergency call dan jumpa turun rakyat, terang sana-sini. Pak Lah? Nan Hadooo!

*Nota tambahan. Apa kata lu orang baca artikel-artikel di sini jugak untuk faham artikel gua tadi.

http://keretamayat.blogspot.com/2007/11/kuning-itu-bersih.html
http://keretamayat.blogspot.com/2011/07/tahukah-anda-kuning-itu.html
http://mistisfiles.blogspot.com/2011/07/jadilah-pencaturbukan-yang-dicaturkan.html
http://mistisfiles.blogspot.com/2011/07/sebenarnyakita-semua-sedang-dicaturkan.html

Chalo, Asalamualaikom!


59 ulasan:

Cik Bib berkata...

salam..menarik cara penyampaian ni. yup..sedih melihat bangsa begini. mereka bercakap seolah mereka yang memerdekakan negara.

bila tanya kerja mana? kerja kerajaan. tapik asek cakap kerajaan duit haram la ape. aduh... *hairan*

unikl berkata...

haha..so cube tnye pemimpin2 kite pula.
name ketua daerah etc.
plg xpun tnye name stiap rakyat dia?
susah la kn kalo nk kne naek stiap pringkat bru bole ckp mngenai politik.
kanak2 dkt palestin pun xde nk mlalui pringkat bru boleh b'juang for negara.
and if he wanna talk bout islam,
tgk pemimpin la bro, isteri die pun xboleh nk tudung kan.
mcm mane nk bwa islam dlm rakyat?

Alin Hassan berkata...

ok lah gua sentap jugak. gua tak tau sape ketua polis daerah gua, malah gua sendiri tak tau siapa adun tempat gua. keh keh. rasanya mcm dari parti pembangkang.

Dzarief Zuhdi berkata...

best entry nie.. sentap dalam.. haha
^^

afrohead berkata...

quote: "Orang-orang yang pergi bersih itu, walau dia bertakbir sekalipun, dia tak sedar yang dia sedang membelakangkan agama dia sendiri"

aku setuju dengan frasa ini. WIN! sampaikan salam hormat aku pada Dato' tersebut.

tentang polis, itu bukan kejam. itu tegas. kalau tegur sopan santun adakah para pendemo akan mengikut arahan? pasti tidak.

tentang pak lah dan najib. ya, pak lah lemah. najib lebih baik dari beliau. pak lah? pfft..

roserasidi berkata...

serius.. haku pun rasa cam kena hempuk ngan cara itu dato' kasi terang. betul gak ek.. diri sendiri pun x bersih lagi mau bersih lain org...

sero berkata...

boleh tahan point ni... tp kalau dah taksub atau bute hati, semue tak lut kan

Zulfikar Hazri berkata...

betul ckp Dato' tu

dulu mahathir nak aktif politik, dia perjuang masyarakat kmpung dulu, pstu melayu, pastu daerah, pastu jd doktor, pastu pastu pastu pastu... dann terus Jd PM

sama la jugak dengan semua PM2 yg lain..

kalau nak terus langgar je, nak masuk Putrajaya... tu yg jadi setan duk melalak kat bersih belakang ambiga tu... huhhh caiittt

aiko kato berkata...

ehem2...nk comment sket..ya..maybe btl ape yg diutarakan oleh u n the dato'..btl..sblm nk mebusy body psl national politics.ya..check ur self up...btl2...u hav a point there..

but, sbg slh seorang mannusia yg duduk di bumi malaysia, i do think setiap manusia itu ada hak bersuara..ya..mayb they know nothing of masyarakat setempat..but to think back, u cannot simply judge those BERSIH ppl mcm tu.
the purpose of BERSIH is to tell every citizen that we need to hav a BERSIH gov/no corrupt ppl...

I know, nti u msti question kn..org BERSIH tuh bersih sgt ke??
well..back to basic, who the hell r we to judge other ppl??like u said, tgk diri dulu..then u judge others..;)

BERSIH r meant to b a peaceful gathering...they ask for permission elok2..but gov denied all their efforts. What's the point of legal when other ppl push them to do things illegally??
BIla gov buat gathering besar-besaran di putrajaya, ada ke rakyat membantah??none right??

Therefore, please do open up...no one wants to folo cara non muslim berpolitik...they just want 2 hav a peaceful gather2 but gov made it all look wrong..as if like there will b a war.

am not a anti gov or apa..but i believe as a malaysian, we hav the right to voice up our opinion eventho it is against our gov.
come on la..bnda yg slh ttp slh..;)

Need i remind u, we get our independence pn thru perhimpuan and please do remember, dulu pn umno menentang malayan union pun ada buat perhimpuan..as if like, if gov buat...tkpe la..if NGO's buat..it is slh...come on la..be adil n saksama ok..;)

Dear en aqram, sory la if i offended u in anyway..;)

Tanpa Nama berkata...

ak sokong aiko tuh...dlu b4 mrdeka kita da bwat perhmpunan gak nk tnjukkan perasaan kita...maybe dato tuh lupa kot nk gtaw...ini salah satu kita nk tnjuk perasaan sbenar kita...what we want...what we need...mcm kanak2 nk gula2 la...mst tnjuk perasaan kt ayah dpa b4 ayah depa bli..kan2...bkn kita mntak perang...kita nk tnjuk perasaan saja...peace...=)...

syaza =)

faa.rosli berkata...

btol jugak ckp dato' nie

eira sakura berkata...

huhuhuhuhuhuhuhu..
nme kwn skerje aku pon aku xhengat sbb aku malas nk hengat..
pentingkan dr n pmalas lg..
kbykn meLAYU jer..
baek igt stdent2 aku..
bfikiran jauh even de sesetgh malas nk b'pk..
aku asl slgor n skrg,yeah aku di daerah Parlimen pagoh bawah TPM n aku de dgr cte yg buruk2 gak psl TPM ni kt area Pagoh..
tp mulut org kan..
bnde xjd lg dpn aku,so aku juz dgr tnpa mpercayainya..
pagoh-muar xde jauh na..
mcm dato 2 ckp,amik tau pe jd di sekeliling kite br cte pkara yg lbh bsr..
aku dok pagoh,amik tau pe yg jd kt pagoh n muar,dlm ms yg sme aku amik tau pe jd di daerah parlimen hulu slgor(tmpt aku mbesar..tp aku x g ngundi pon thn lps sbb xdaftar spr lg..huhuhuhuhu..skrg da dftar da..)
aku xnk kritik pe2 even kdg2 aku rs gji aku cm ciput jer..
tp bl dgr gji cleaner tmpat aku bkerje lbh ciput(de ank2 lg),aku cpt2 bsyukur dgn gji yg aku dpt ni..
well,aku cme nk Malaysia ni aman berpanjangan..
say no 2 KOMUNIS DAP..

Betty Latif @ BL berkata...

aku bukan pakar dlm politik.tapi aku nak cakap gak.

NGO2 yg membentuk BERSIH mmg NGO berdaftar.Tapi bila kita dah membentuk satu pertubuhan,kita perlu mendaftarkan pertubuhan terbabit.Klu x,pertubuhan itu dikira haram dan sbb tu dan x dpt permit.Gov adalah..takkan tu pun aku nk explain kot?sbb tu gov/bn dpt je permit utk wat ape2 pn.pakatan rakyat jugak tak didaftarkan,sbb tu dipanggil pakatan harommm.


kita dpt kemerdekaan BUKAN dgn perhimpunan.kita menentang malayan union DENGAN perhimpunan.kita dpt kemerdekaan dgn cr perbincangan.jgn samakan perhimpunan pra merdeka dgn pasca merdeka.sepak kang.


dlm Islam,ada adab dan tatasusila untuk menegur pemimpin.ade hadis tntg bagaimana kita mst hormat pd pemimpin.carilah,sbb dgn cr itu ilmu lbh tersemat dlm kepala hotak berbanding disuap satu2.

fb aku..fuuuhhh.aku jmp rmi "ilmuwan" politik.cakap berdegar2.tp bl tny pi BERSIH x?x pegi sbb kene keje.Puiiii!


aku teruja bl rakyat kata ini duit rakyat,itu duit rakyat,padehal cukai pintu pun terketar2 nak byr.

satu analogi mudah.klu kau sewa umh org,kau byr sewa,duit sewa tu dikira sbg duit kau kah atau duit tuan rumah itu kah?


aku tgk rmi org ckp,"kita bkn nk berperang,kita cuma nak suarakan hak kita,kita rakyat,negara ini negara demokrasi,bla bla bla."perghh.terbaekkk.tolong aku satu perkara.kalau betul2 nak suarakan hak kita,kenapa perlu terima dana yahudi?pergi je lah berarak,kenapa perlukan dana??mana duit tu pergi??pergi ke polis kah yang beri makanan kepada badut2 kuning yg ditahan??tolong tengok keta yg anwar pakai masa gi mahkamah.


SPR x bersih?
ada satu adun pas menang dgn satu majoriti je ms lwn ngan adun bn.klu SPR telan 2 kertas undi,sape tau kan2?
pas 22 thn pgg kelantan.sndr mau pk.

"saya tak dak duit nak pi london nak bagi malaya merdeka.saya nak juai istana,ayahanda murka.dia suruh jadi raja,saya tak mau."-Allahyarham Tuanku Abdul Rahman.

Aqram berkata...

apa2pon, mari kita lihat komen siapa kali ini yang cakap macam takde agama.

HA HA!

Tanpa Nama berkata...

hahaha...dah dia dato, ade kepentingan politik. mesti ler kena kenal si polan dan si polan. tak kira lah parti A ke, parti B ke. bila bicara pasal rakyat, ade dorang peduli? ada pendapat yg bole diterima dan x boleh pakai kat situ.

yann berkata...

entri terbaik :)
mmg sentap . harap kwn2 segolongan aku dpt baca entri ni , bg bukak sikit mata mrk.

aiko kato berkata...

Dear Betty,

Wau..nicely done..u keje gov eh??

pakatan rakyat r not certified?PAS certified x?DAP certified x?
nape u ckp cm2 eh??i ni mmg langsung xpandai dlm bab politik..mmg clueless..tp kn..i do know...sebuah parti itu, adalah sah apabila ia dibenarkan bertanding dlm pilihan raya. xbetul ke??correct me if i'm wrong ya...

so..kindly explain what does it mean by pakatan haram??n kindly define haram??if nk ckp psl haram...byk group kt lua sana yg ridiculous but no one paid no attention.

I do think we r talking about BERSIH babe..nothing 2 do with politics..if one want 2 b a slave for politics..sila la..but I just merely stated that sbg manusia, we want other ppl to listen..if the gov r so great n believe that they r btl..then dun b paranoid..juz let things happen..

am not an anti gov, i love malaysia..i salute Dr M...as i said earlier, kindly open up..dun be so chauvanist n claim that our gov is always right.
if u were asking of wht car did anwar had, i think i shud i ask u back, how many assets does our ministers (no names)had??

if ppl want 2 bongkar all the corruptcy, mmg byk..but ppl in malaysia msh lg mahu hidup aman eventho being hipokrit.

takut kerana salah, berani kerana benar.and please..dun use religion to debate on politic f u r nt well versed on it.saya bukan ustazah apatah lg seorang ilmuwan agama, tp sy tahu menilai yg mana btl, yg mana slh.

maaf ya en aqram..byk cibuk2 kt sini..;p

MATAHARI berkata...

Baru semalam aku tahu Pak Najib pandai buat parodi.

Tanpa Nama berkata...

Dear Aiko,

Maksud Betty yang Pakatan Rakyat adalah haram kerana mereka pertubuhan yang tidak didaftarkan.

Mereka bertanding atas nama DAP / PKR / PAS.

PAKATAN RAKYAT hanya nama kerjasama mereka atas nama sahaja...

begitu juga BERSIH. mereka adalah gabungan NGO yang tidak didaftarkan. NGO itu berdaftar tetapi tidak BERSIH.

Budak 12 Tahun

♥CIK SHA♥ berkata...

yeay!!aku suka artikel ini..^_^


bagi aku sebelum nak pumpang2 cakap pasal politik negara..sila lihat pada diri sendiri dulu..sudah mampu ke memimpin keluarga jadi sebuah keluarga yg 'bersih' tanpa sebarang masalah?macam tu la jugak pemimpin negara nak memimpin negara yg besar gedabak ni..mesti la ade masalah jugak..


bagi aku, politik adalah sebuah arena yg sangat licik..tak kire la kerajaan atau pembangkang..masing2 ade intention tersendiri dalam bidang politik..tipu la kan kalau cakap takde hidden agenda tu..politic is politic..tang mane pun akan tetap ade tercalit kekotoran..takkan pernah 'bersih' sampai bila2..


itu pandangan aku la..maaf kalau ade yg tidak setuju..peace no war..;p


tapi aku berharap Malaysia akan tetap terpelihara aman damai sampai la aku meninggalkan dunia yg sementara ni..

Bigdaddyz berkata...

setelah di sekolahkan oleh dato' tu nada bicara kau berubah kali ini lebih faham dan yakin ...sebelum ni entry kau berterabur tak tau yang mana satu hendak di sokong....

entry ini sedikit sebanyak akan membuka mata minda mereka!

syabas!

Aqram berkata...

bagi aku, Dato' itu dah dapat gelaran Dato'. dan sesiapa yg dapat gelaran Dato' dari sultan/raja mestilah orang yang telah berjasa melakukan kebaikkan kepada masyarakat dan hal setempat. takpun mengharumkan nama negara, betul tak? macam dato K rajagopal.

jadi, dato tersebut layak bercakap mengenai hal politik setempat dia. dan aku lihat dia jarang bercakap mengenai politik negara sangat. sebab mungkin dia tak capai tahap itu lagi. dia tahu di mana dia berpijak.

apa2 pun, baik kita berpegang kepada prinsip sebegini.

tanya pada diri,

kalau kita hendak bercakap hal ehwal negara, apa sumbangan kita kepada masyarakat?

sebab itu baik diam. diam bukan bermaksud kita tak ambil peduli sgt atau melabong jadi bodoh. tapi, kita mahu jadi realist dan tahu mana had-had kita.

apa yang di cakapkan oleh keretamayat sangat betul. apakah kita pum-pang-pum-pang komplen, rally sana sini, adakah kita buat kerana Allah atau hanya di dorong kebencian kita saja?

renung-renungkanlah ye dok?

Hazirah Mustaffa Kamal berkata...

meminta pada pilihan raya yang bersih bukan bermakna awak penyokong anwar. duh.

pilihan raya yang tidak bersih boleh jadi pengalaman peribadi.

pernah pergi pusat mengundi jumpa banyak bas pastu bila tanya polis kena marah?

pernah pergi majlis sekolah pastu pegawai pendidikan kita sibuk buat deal nak suruh pilih kerajaan over pembangkang?

ia berlaku sekeliling kita.

tak tunggu kita selidik satu-satu nama orang dalam kerajaan, nak tahu dia rasuah ke tak. itu kerja impossible.

dan sama seperti aiko,boleh tak jangan generalise penyokong bersih-penyokong pembangkang? kurang bijak sangat nampaknya.

ada cara untuk elak bersih 3.0. and you know how.

berubahlah, barisan nasional.

orang yang pergi ceramah pembangkang tak seramai orang yang pergi Bersih.

can you now differentiate?

mereka cuma marah, bukan berpaling tadah.

RepublicAku berkata...

aku rasa problem kau dah ok....keh3


dan entry ini cantik!


kalau ada lagi yang tak mahu faham jugak...


selamat maju jaya!

jinggang berkata...

aku sebenarnya side kau yang sebelum insaf nak menumbangkan demokrasi. pada aku, politik adalah ekonomi. aku dont give a damn thing about dadah-dadah politik. kau kena tau yang kerajaan adalah wakil rakyat yang ditugaskan utk bahagikan sumber ekonomi dgn adil. maknanya ambik tau apa yang mempengaruhi hidup lita dulu, kemudian barulah kau boleh pung pang nak ambik tau benda lain.

apa yang aku tengok, kita semua dah lupa yang hidup kita ni tak semuanya beragama islam. kau boleh pung pang nak tegakkan islam, dan sebagai islam, aku pun tak ada halangan nak tegakkan sistem islam kat malaysia, tapi yang kaum lain yang pandangan lain, ko nak cantas kepala sorang2 ke? majority prevails, bro. kalau kaum lain tak ada halangan nak tegakkan sistem islam kat malaysia, i will be the first in line. kalau tak, memang akan ada peperangan dan pertumpahan darah.

pada pendapat aku, lebih baik kalau kita bela kaum yang tertindas dulu. dan macammana nak bela kaum yang tertindas tu, pakailah apa-apa cara selagi membawa kepada kesejahteraan umum.

dan aku agak skeptikal pada sistem khalifah ni, sebab sejarah dah membuktikan macammana bahayanya sistem ni kalau majlis syura dan khalifah korup. lagi bahaya daripada sistem demokrasi kalau pemimpin yang korup.

but anyways, ni cuma pendapat aku dan bagi aku, prioriti adalah kesejahteraan majoriti. peace.

nooren shukor berkata...

nice entry aqram. penuh kesedaran.

btw, u orang muar ye. baru tau. =)

Betty Latif @ BL berkata...

hi aiko kato!


kato2 ekau tu aku tak heran lah.mat saleh celup.cakap lah bm btl2.

org akan dengar ape yg die nak dengar,dan org akan tengok ape yg die nak tengok.

cukup.


err..ko tlg tgk blk komen kau bole?banyak typo.

sekian.

Betty Latif @ BL berkata...

err satu g,terima kasih tanpa nama kerana tlg aku sekolahkan balik aiko tu.

dtg bulan gamaknyeee..

st g aiko,jgn lah judge aku clueless ke ape ke sesuka ati kau sebab kau pun tak kenal aku sape dol.

org berbudi,kita berbahasa.

Tanpa Nama berkata...

Sesiapapun layak membicarakan soal politik Negara, tak kiralah dia masih belum layak mengundi atau sudah layak mengundi, tak kiralah dia kenal pemimpin setempat atau tidak. Kenapa nak disusahkan benda yang simple. Masalah Negara lebih menonjol dari masalah setempat, jadi, fokusnya adalah isu Negara. Kalau ada masalah setempat dengan ADUN Muar dan sebagainya, buatlah Bersih peringkat ADUN. Kita tidak benar2 tahu yang Pemimpin kita mengamalkan rasuah, tapi dari apa yang berlaku dan apa yang didedahkan, kita tidak dapat menolak ada sesuatu yang tidak kena pada kepimpinan Negara di bawah BN. Umno nak mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Pas. Mereka masih lagi mengharap, walaupun harapan itu sangat tipis oleh kerana kepimpinan baru Pas menolaknya. Pas jarang diattack oleh Umno berbanding Keadilan. Kenapa kerajaan Perpaduan? Supaya agenda ketuanaan melayu dapat diteruskan dan Umno akan terus berkuasa. Umno sekarang tidak lagi seperti Umno dengan semangat tahun 1946 yang membawa Negara kita kearah kemerdekaan. Umno sekarang banyak membawa masalah kepada Negara. Aku sokong perjuangan Bersih, Pas dan Keadilan. Dap perlu untuk menguatkan dan membentuk kerajaan dengan sokongan masyarakat Cina. Sokong bukan sebab pemimpinnya, tapi dasar perjuangan mereka. Walau bukan Anwar, bukan Hj Hadi yang menjadi PM, tapi dasar perjuangan mereka yang disokong dan diteruskan oleh pemimpin PR yang lain. Macam Umno, kalau bukan Najib yang memimpin, mungkin Muhyiddin, tapi tetap meneruskan dasar Umno kan?
Takbir!! Allahu Akbar!!

Tanpa Nama berkata...

bertasbih lah banyak-banyak dari membuang masa update blog. kan?

Ariffin Janal berkata...

this is nice! thanks.

Aqram berkata...

Haha. this is my simple message.

NAK DEMO, BOLEH. TAPI, JANGAN JADI BUDAYA.

boleh semua?

Katak Hijau berkata...

Setuju dgn Dato' tu yg kita takleh main cakap je tanpa tahu keadaan sekeliling kita.

Tak setuju yang selagi kita tak kenal orang2 politik di kawasan kita, kita takleh cakap pasal hal negara. Kau tau tak berapa banyak nama yang kena hafal kalau kita ikut peringkat2? Camtu sampai bila kita nak menegur orang yang diatas tu. Lagipun bukan ke apa yang diaorg buat pun akan affect kita jugak? So in a sense, itu menjadi masalah kita gak. Kena la bersuara kalau tak betul ye tak?

And aku pun sokong sistem musyawwarah dengan kalifah. Demokrasi terlampau kotor.

Tanpa Nama berkata...

SETUJU sama aiko!!!

tak payah layan org minda tak terbuka. ckp sket melenting. tapak nak??

Tanpa Nama berkata...

check telefon bimbit. ok, ada 2000 no telefon. 2000 kawan. semua nya ingat. apa masalah nak ingat nama2 ketua jabatan ye dak?

azeera azeez berkata...

salam
nak tunggu stage by stage sampai ke tua lah kita tak berpeluang nak cakap pasal politic as general. aku rasa parti sekarang dah lama sangat memerintah dan mereka semakin takbur. sebab itu masalah rakyat dipandang enteng sebab memikirkan akan ada lagi sebahagian rakyat yang menyokong. kenyataan PM dan menteri2 di kacatv dan suratkhabar baru baru ini sangat angkuh. hisyamuddin pon siap nak dakwa semua yang terlibat tu ke muka pengadilan.. amboiii mentang mentanglah berkuasa..

sebagai pemimpin yang adil cubalah dengar masalah rakyat, janganlah terlalu angkuh dengan kuasa yang ada..yer, kalau BERSIH tu cuma 2 orang yang join, mungkin itu silap mereka, tapi kalau sudah berpuluh ribu yang join, sememangnya "something wrong somewhere" jangan kira peratusan yang hadir tu maybe tak sampai pon 1% dari rakyat malaysia, tapi sekurang kurangnya ia memberi impak.. apa salahnya pemimpin mendengar masalah rakyat dan merendah diri, bukan dengan angkuh menyatakan "Kita tengok dalam pilihanraya nanti Bumi ini milik siapa!!"... subhanallah

salam

aiko kato berkata...

Dear betty,

nice..at 22 years old..u r so great at politics..wauu..time tuh i br nk grad kot..mmg xtahu psl politics..;)

owhh..am not a mat saleh celup..tp i use english during ofis hour..i am stating my opinions..if u r xsetuju..u cn correct me if i'm wrong..it is opinions baby...u can tegur me nicely kot..;)

since u are so kanak2..let me tell u...gi blaja kasi abes dulu...ya btl, org berbudi kita berbahasa..tp bahasa u dik oii..kasi cantik sket bole??

u r not clueless babe..tp minda u tertutup...tq~

ekjozbuluh berkata...

jd je 'kuda' DAP tuh smpai ke sudah...agk2 xlarat nti, jadi 'taik kuda' tu plak...emmm, sume ckp cm pndai padahal kosong...wa nk layan china doll jap...

hamba Allah berkata...

dato' tu blaja sampai SPM je ke??
yang pnulis blog ni pun skolah smpai PMR je ke pcye bulat2?

kalau laa btol nak berteraskan agama..tgk la bini2 pmimpin tu smua..
at least nak ckp psl agama pun biarlah tutup aurat..pakai tudung..

bini dato' tu pkai tdung tak?? kalau pakai alhamdulillah lah..

and psl takbir tu...bukaklah minda dan mata hati korang..brcakap biar pakai otak kalau nak ckp psl agama..

wallahualam.

Ron Mia-Eaz berkata...

bagi aku, Dato' itu dah dapat gelaran Dato'. dan sesiapa yg dapat gelaran Dato' dari sultan/raja mestilah orang yang telah berjasa melakukan kebaikkan kepada masyarakat dan hal setempat. takpun mengharumkan nama negara, betul tak? macam dato K rajagopal. - Aqram

#facepalm

sekarang ni gelaran Dato' dah boleh dibeli. sekilo RM 200k.
berlambak dah orang yg ada gelaran Dato' kat Malaysia ni.negara kita kan BolehLAND.
gelaran2 macam Dato', Tan Sri, etc etc menunjukkan Malaysia ni mengamalkan sistem kasta.

Aqram berkata...

aku rasa dah makin banyak komen jenis syak wasangka dengki lahanat PHD melayu menular dalam ruangan ini. terutamanya komen gelaran dato' boleh beli.

ya, memang ada kes yang boleh beli. tapi JANGAN JADI BAHALOL sangat macam semua gelaran tu boleh di beli. ia gelaran dari adat orang melayu sejak dulu suka mengenang budi terhadap jasa orang lain. ia ada prosedur, ada penilaian, ada tatacara, ada budaya. takde kasta-kastanya. kau boleh duduk semeja minum teh tarik dengan dato hatta tan sri sekalipon kalau kau nak sangat, asalkan kau ada adab bila bercakap. bukan main terjah macam korang2 semua buat sekarang ni.

paham dak? JANGAN JADI BAHALOL? apa kau ingat semua orang kat malaysia ni, kau fikir semua nak menipu? langsi punya orang. aku tak sangka ada rakyat malaysia pemikiran macam ni.

ok, selamat.

Aqram berkata...

ni bukan masalah stage-by-stage sangat. walau hakikatnya memang untuk kita menjadi pemimpin, kita kena lalui pelbagai peringkat cabaran.

APA, ADA KE ORANG LEPAS GRAD TERUS JADI MENTERI? uih, kalau ada, aku pon nak mohon. jawatan menteri, kelayakkan fresh-graduate. tak payah kenal pemimpin kat tempat sendiri. cukup tahu nama menteri2 kabinet dah boleh mohon. eloklah tu, bangang. dua kali lima sapa yang lurus bendul sangat sampai ingat kena hafal dari A sampai Z nama tu pon double bangang.

artikel ini bercerita tentang kesedaran individu dan masyarakat. pilihan masing2. lantaklah individu tu nak buat gaya macam mana untuk hidup. tak suka, lantaklah. nak bangkang pon, apa kau dapat? ini hak individu, yang pergi nak halang buat apa?

cerita lebat2 pasal pemimpin sana sini, tapi anak kat rumah tak di susukan, belajar tak habis, belajar kat luar negara tak tahu hal ehwal kampung, kerja tunggang langgang.

ada hati nak nasihatkan hal negara. padahal apa yang di cakap tu, habis kat situ ja. tak pun mendatangkan permusuhan. tak perasan ke? tak perasan ke bila sentuh bab politik, kita semua asyik bermusuh?

ok, selamat, selamat.

missSCHNEEBLY berkata...

to Hazirah Mustaffa Kamal,

aku setuju dgn kau....aku tak mau tau sape betul sape slh,sbb msg2 ade otak sendir,ley nilaikan sendri...ape yg aku dulik skang,aku nk sistem SPR adalah terlus,so that xde la membazir undi aku.evry vote counts.yg penting at the end of the day....aku tau undian aku selamat sampai kt parti yg aku sokong.actually tu adalah HARAPAN semua rakyat.....xsusah pon nak laksanakan.PEACE YO!

kaoo9 berkata...

Happy Belated Birthday Dr. M :)

Katuck berkata...

Jangan nak cakap kerajaan paranoid pulak. Kita nak keamanan kan. Jauhilah prasangka syak wasangka otak nangka. Islam kan pentingkan kesucian dan kebersihan jiwa jadi janganlah kita ada penyakit prasangka ni ;(...

Cakap kerajaan guna duit korang songlap duit rakyat bullshit la. Please upah CIA investigate benda ni, cari bukti, then baru boleh cerita.

Tanpa Nama berkata...

pendemo adalah lebih hina daripada pengamal rasuah.betoi tak cik akram?

madammondoq berkata...

salam singgah..

pestime singgah sini..

haha.. lawak jugak baca tu..even saya ni tak suka politik sebenarnya..

tapi good info to sharing..

JOM BACA NI : PIKOM DIGITAL LIFESTYLE EXPO 2011

JOM BACA NI : ADEGAN BOLLYWOOD DI MELBOURNE

Dorky Guy berkata...

Baru kau layak bercerita pasal politik NEGARA. Kalau tak, apa yang kau cakap itu semua, adalah sampah. <--- bukan kau memang sampah society ke? dia tak tahu agaknya tu..

kiah pekasam berkata...

akak2 depan meja opis aku ni soksek2 duk bercerita aritu time PRU 12 lepas sbb dorg puak BN.

ada sorg makpak akak tu yg duk kuala selangor n mmg pengundi di sana tup2 sebab nak bagi pastikan si najib menang kat dun pekan, pahang depan sume ditawarkan tukar ic sekaligus tkr tmpt dftr mengundi dgn habuan SEBIDANG TANAH kat Pekan n duet poket rm600. berapa bijik bas tuhhh.

Bersih ke p/raya camtu??????

al-jambz berkata...

lain orang lain perspektif ye dak?

Alter Ego berkata...

@hamba Allah,
tak abes2 sal isteri menteri xpakai tudung. wtf laa,.. cmtu jeh? nak tahu menteri tu betul mlalui isterinye pakai tudung ke x? ko ingat org pakai tudung ni bru leh dpanggil islam ke? jessica alba pakai tudung utk photoshoot, ko nak kate dy bminat ngan islam ke? kamon la, that kind of excuse is so lame...
jgn kaitkn tudung laa. dat is such discriminative n judgemental.. jgn nak ckp soal mlibatkan agama kalu boleh mdorong kite berasa diri tu Tuhan sbab sukeati nak judge org..

Gotta love what Aqram always think n write in here. tp pyh la kalu org yg bace tu xfhm. ayat dy byk lapis sngt kut gamaknye...
keep up bro Aqram!

hambaAllah berkata...

@alter ego

hah...sesuai sgt nme ngan tuannye..EGO..kalau menteri tu baik sgt..pesal tak suruh bini dia pkai tudung..SUAMI yg baik akn ikut printah Allah..dia tggung dose bini dia..ta'murunabilmakruf watanhauna anilmunkar..mnyuruh kearah kebaikan,mncegah kemungkaran..

spe ckp saye ni rase saya Tuhan..i don't deny that kte takleh judge org by its cover..tapi puh-liss laa..OBVIOUS sgt...

mian berkata...

kih kih, apesal aq rase makin lame makin banyak komen ni dah bersifat emosi?

selamat, selamat bak kate aqram :)
chill.wassalam

Tanpa Nama berkata...

aqram, dah lame ak x bukak blog ko n terfaktab.
mane alexia?

Tanpa Nama berkata...

still tak faham lagi entri lensarosak ni ker? dia sebenarnya bercakap mengenai contribute. ya, seorang ahli politik, seseorang yang hendak bercakap mengenai politik, mestilah ada sumbangan kepada masyarakat. politik itu bermula melalui masyarakat. tahu nama2 tu adalah ayat berlapik yang dato' tu cuba nasihatkan. sebab, bila kita pernah ada sumbangan kepada masyarakat setempat, secara automatik kita akan tahu siapa lagi nama2 orang yang mempunyai sumbangan kepada masyarakat.

takkan tak dapat tangkap kot?

Tanpa Nama berkata...

Dato tu mestilah kenal semua pegawai2 tinggi terutama ketua2 jabatan....kalo tak kenal susah nak dpt tender. Takat yg aku tahu le...kalo u takda buat sumbangan kat istana hehehe jauh panggang dr api u nak dpt gelaran Dato n sbgaiya. Nak jd ahli politik tak semesti kt bermula dr bawah, bnyk ahli yg berhormat bkn dr kalangan pengerusi bhgianpun. Kbnykan mereka dr kalangan pgwai kerajaan. Boleh selidik sendiri....

invisibleman berkata...

"Baik kita tegakkan musyawarah dan khalifah." <------------ aku sokong sangat! baik kte gunekan sistem yg ALLAH da bg..drpda gne demokrasi yg kafir cpta tu..ye dok..? hee.. sekian~

Alter Ego berkata...

@hamba Allah,
cantik nama kau.. tahniah. moga-moga jadi hamba Allah yang slalu dalam keredhaanNya ya. Haha! malas cakap ngan kau. Otak kau sangat tipikal. tengok sesuatu dengan mcari punca masalah yang tak berkait pun. PM di-judge dgn cara dy handle bini dy. ikot dy la nak buat apa ngan bini dy, tu antara tgungjawab dy sbg suami, hal dy dgn Tuhan. hubungan dy ngan kita skrg ni pmimpin dgn rakyat. ko tanak pk plak yg tu? tade sbab yang lebih mengembangkan otak bfikir ke slaen masalh bini dy free hair? persetankan la hubungan sesama saudara Islam. apa kebaikan kau dah buat ngan org skeliling kau? lg sibuk nak duli hal rumahtangga org lain.
Maaf ye, so what aku ckp kasar. ko nak judge aku xbradab ke? ke memg kau jnis suke judge org? haha! cmane leh tlepas ke blog ni ntah... baek kau g bace iluvislam..

Tanpa Nama berkata...

xpyoh baloh la weh..pasal politic nk baloh..tggu jew prU..MSE Tu plihlah..ckp byk xgne gop dlm blog..kte skdar mmbri pndangan...bkn najib bace pn....


budok koloh dok tggi mane...


wassalam..