Ogos 29, 2011

Aku Tak Tahu Nak Letak Tajuk Apa


Macam-macam hal yang aku nampak semakin pelik buat masa ini. Oh sebelum itu, bagaimana templet blog ini? Maaflah, kalau tidak kena dengan citarasa kamu. Sengaja aku hias dengan warna-warna yang ceria agar sedap sedikit mata aku memandang, serta bersempena Aidilfitri yang akan menjelma.

Menceritakan tentang diri aku? Oh, cukuplah. Lebih suka aku katakan aku telah melepasi fasa peralihan putus cinta (geli). Heh. Jadi, tanpa segan silu aku katakan kepada kamu. Ya, buat masa ini jika kamu nampak aku keluar dengan ramai perempuan, bahkan separa-perempuan, atau mungkin dengan lelaki. Asalkan berdua. Tak perlulah kamu risau, kerana lelaki juara seperti aku boleh menjaga diri dengan cemerlang. Hidup aku cenderung kepada sikap ramah. Ya, aku seorang yang peramah. Kalau kamu rasa aku tidak peramah sekalipun, aku peduli apa. Seratus kali aku cakap yang aku ini seorang peramah, termakbul-lah nanti peramahnya. Oh, alangkah indah jika ia sebegitu rupa. Zikir nak dapat kekayaan 100 kali, terus boleh jumpa harta karun bawah bantal. Seronok!

Buat masa ini, perkembangan terbaru ialah aku sedang menunggu penerbitan Kitab Terfaktab yang dijangka akan mula di jual pada 17 September. Harus menguruskan event launching Kitab Terfaktab yang dijangka akan berlangsung pada Oktober. Aku juga sedang merancang untuk menyambung pelajaran. Di mana dan taraf apa itu biarlah menjadi rahsia. Sebenarnya masih bingung. Dan aku sedang menunggu jawapan dari Tuhan sama ada aku perlu atau tidak menyambung pelajaran.

Berbalik kepada pembuka kata yang berbunyi 'macam-macam hal'. Aku membaca akhbar. Suka membaca akhbar. Serta sentiasa mencari kebenaran yang memuaskan hati dan akal aku dalam menerima kebenaran. Terbaru kini aku melihat tentang perihal makhluk ciptaan Tuhan bernama Mat Sabu. Apa masalah makhluk ini sebenarnya?

Tak habis-habis mencari populariti murahan. Ini-kah saja pemimpin yang pihak mereka boleh ketengahkan dalam memimpin umat Islam? Dulu membohong kata kena langgar dengan polis. Padahal dia sendiri u-turn tiba-tiba sampai nak langgar kereta polis. Orang gila, orang buat salah dan mat rempit saja yang berani u-turn dan menyongsang arah.

Sekarang ini, bikin cerita pasal komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan. Ini lawak!

Sorry to say lah. Kadang-kadang aku lihat, pihak di sana claim kata mereka Islamik. Tapi, jujur aku cakap, apakah mereka hanya syok-sendiri kata mereka Islamik? Eh, kenapa aku tidak rasa mereka Islamik ya? Eh, kenapa ramai juga orang mengatakan mereka tidak Islamik? Malah ada juga ramai antara kita mengatakan yang nama mereka saja Islam, tapi sama juga sistem kufur juga yang mereka pakai. Zahirnya memang mereka Islam, mengerjakan rukun Islam, rukun Iman, ceramah agama sana-sini, pung-pang kata jihad, pejuang Islam. Tapi secara lahiriahnya, setelah apa yang berlaku sehingga ini dengan fitnah, pembohongan, pembelitan, tunduk kepada musuh Islam dan sebagainya, aku dapat rasakan yang pihak mereka sebenarnya meninggi diri lebih Islamik dari pihak di sini. Maka, apa yang mereka hujah dan cakapkan sentiasa betul dan tidak boleh disanggah langsung sama sekali. Hebat mereka ini mengalahkan Tuhan.

Apa dia ingat pihak di sini tak belajar dan tak praktik pasal Islam kah?

Ok, diakui, dan aku sendiri aku akui. Pihak di sini ada kelemahan dan tidaklah Islamik mana. Di mana pihak di sini sentiasa tersepit dalam memuaskan hati semua pihak. Tapi, pernahkah pihak di sana bila melakukan kesalahan, akan mengaku kesalahan seperti pihak di sini? Langsung tak pernah aku dengar sejak 1946 lagi. Semuanya, pihak sana sajalah yang betul. Oh, maksumnya. 

Sudahlah. Cerita mengenai topik sebegini takkan habis. Lebih baik bermohon maaf. Pihak di sini mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin. PIhak di sana? Masih meninggi diri?

p/s: Selamat Menyambut Aidilfitri aku ucapkan kepada semua pembaca LensaRosak. 

32 ulasan:

ahsfantasy24 berkata...

Nice templte!
ringan dan cun ^^,

Johan 'Champ' Radzi berkata...

Komunis tu pegy lancarkan serang dekat gov (pada zaman itu british), bukannya orang2 melayu. Apa salah nak usir penajajah kita sendiri?

Oh, selamat hari raya kembali.

RepublicAku berkata...

mat sabu senang cerita dia paria!


kalau nak menang pun tak perlu ungkit kisah lama ...lawan kau bukan org yang dah mati tu!

lawan kau org yg masih hidup hari ini ...huh! lawan sangat la!

elok la tu lu dah keluar dari kotak kecelakaan ...keh3!

Aqram berkata...

oh, penjajah tu polis dari orang tempatan, beragama islam, melayu. ada perempuan mengendongkan anak. mengapa di serang, di bunuh? senarai nama polis dan keluarga tempatan yang terbunuh ada di pamerkan dalam sejarah.

mengapa tidak membunuh orang british saja?

Johan 'Champ' Radzi berkata...

Ada yang pernah dibunuh mereka aqram. Ada diantara ladang british dibakar komunis. Dan aku pun bukanlah peminat setia dengan ideologi komunis ini. Sebenarnya sejarah mereka ini agak kabur, vague. Banyak sangat pendapat dan pandangan yang berbeza. Dan masing-masing terus contradicts.

Johan 'Champ' Radzi berkata...

kau percaya 100& dengan semua sejarah yang sekolah kita ajarkan sekarang?

Semut Hitam berkata...

Cerita santai...tapi penuh bermakna...tahniah bro...

Aqram berkata...

nak tahu sejarah komunis yang lebih banyak membunuh org tempatan berbanding british?

aku rasa kau tak sanggup kot.

bertanyakan hal ini kepada anggota tentera veteren.

persoalan aku mudah, selepas merdeka. penjajah dah balik. orang british tiada. mengapa komunis masih ada? nak menentang siapa pula? 1 Mac 1985. adalah rekod paling baru kedudukan tentera komunis dalam Malaysia. 28 tahun selepas kemerdekaan, mahu mengangkat senjata membunuh siapa pula ya?

hmmm...

Aqram berkata...

haha. jadi,

perlukah aku percaya cakap ahli sejarah komunis? percaya cakap mat sabu?

so, kalau mereka kata nak halau british sekalipun. mengapa perlu membunuh orang tempatan yang tak berdosa? dan mengapa 90 peratus tentera komunis matanya sepet ya? (menurut rekod, komunis yang ada ini bukan semuanya dari cina malaysia, tetapi ada yang dari vietnam, thailand dan dari tanah besr china sendiri. mengapa ya?)

Fauzan berkata...

Kalau lu orang nak tau betapa celakanya askar komunis nie...diorang tembak musuh pakai peluru beracun.....mencacatkan mayat(sadis gila).....nasib baik la kemaraan komunis nie berjaya dikekang...Al-Fatihah kepada pejuang2 negara yg telah gugur ketika menentang komunis

Aqram berkata...

betul. yang sibuk pergi sokong komunis kata pejuang kemerdekaan pasal apa?

tahu tak, orang2 asli yang tinggal di hutan sendiri menentang komunis yang berjuang di hutan sebab komunis merompak banyak rumah orang asli dan membunuh mereka untuk rampas bekalan makanan.

komunis pejuang kemerdekaan MY ASS!

(the naked writer) berkata...

kadang2 perjuangan betul, pejuang yang korup...

Encik Psychopath berkata...

simple but nice. selamat merdekaraya.

haryani berkata...

selamat hari raya jugak. cool bro..

Elyana Ahmad ツ berkata...

haha.aku rs dia dah xbtl kot aqram.ckp mcm org bodoh.

selamat hari raya :)

RepublicAku berkata...

"...kau percaya 100& dengan semua sejarah yang sekolah kita ajarkan sekarang?...."


tiba2 aku rasa macam mahu meludah sungguh2....ke muka kau!!!


jahanam sungguh anak bangsa yang menafikan bukit kepong!

Mat berkata...

Tipu.

Aku susur galur Dato' Bahaman yang juga angkat senjata lawan British sebelum Jepun datang.

Cerita mereka sama. Berjuang halau penjajah. Berjuang mahu merdeka dan berbangga merdeka dengan sukar dan darah yang menyuburkan tanah kita.

Barulah generasi seteruskan tahu harga perjuangan, dan menghargai kemerdekaan yang susah dapat. Banyak orang mati. Banyak orang kena bunuh.

Barang susah susah baru kita hargai. Barang rare kata orang muda.

Ini pakai angguk, pakai sain, pakai yes sir. dah sudah.
Senang. Merdeka.

Senang. Macam beli slurpee dekat 7eleven. Biasa. Tak rare.

Tak berapa nak ada semangat. Lemau.
Murah.

Sembang Kemas berkata...

dah nak raya,apa kata suruh yang di sana bermaafan dan bersedekah sebelum tamat ramadhan lagi bagus.

selamat hari raya aqram!

Tanpa Nama berkata...

lulz. tiba2 mai ada pengomen... mengaku keturunan dato bahaman lah, mat kilau lah, tok janggut lah...

aku pun nak mengaku lah mcm ni... aku keturunan saidina hussein... cucu nabi muhammad... jalur ke 23... lawan dgn arab jahiliah, kristian... keturunan aku datang ke nusantara dari yemen.....



bangang.

siapa nak percaya cakap kau mat? dan siapa peduli dgn keturunan kau...pakai point2 mengaku keturunan ni?

Lucifer berkata...

Erm, perihal komunis, walau mereka menentang British, tetapi, yang menjadi mangsa pembunuhan orang kita. Yang kena toreh, kena tembak, yang kena rompak, rogol itu, orang kita iaitu orang tempatan. Yang sakit itu tak terjahit dengan hanya katakan mereka berjuang menentang penjenayah jika menujukannya pada orang tempatan.

sYafIk-wAy berkata...

tak semestinya yang berkopiah itu alim sgt

Hazirah Mustaffa Kamal berkata...

mat sabu berani mengeluarkan kenyataan 'sepanas' ini mungkin sebab dia tahu orang-orang kita 'buta komunis'.

malangnya, memang pun.

buku sejarah kita membincangkan kedatangan komunis, tindakan mereka dan kesan, tapi kita tidak diajar apa itu komunis.mungkin berbeza daripada interpretasi chin peng dan rashid maidin, mungkin tidak. kita tak pernah tahu, sebab kita tak diajar.

"eh kau tengok apa yang diaorang buat kau dah tahulah komunis ni bahaya"

Masaklah kita kalau orang pandang jihad itu bahaya sebab apa yang taliban buat.

*note : saya tak kata komunis/chin peng/ rashid maidin/shamsiah fakeh baik, cuma kalau betul dia ada niat mendapat kemerdekaan, give them the credit. tapi sememangnya, matlamat tak menghalalkan cara ini juga prinsip yang kita semua akur.

Alangkah baiknya kita letakdudukkan setiap silap, khilaf, sumbangan, jasa yang orang sebelum kita buat,dengan sebaik-baiknya. tak kiralah siapa dia.

Itulah tujuan sejarah sebenarnya. berkongsi idealogi dan pemikiran. bukan tarikh, fakta dan kesan.

dan Selamat Hari Raya penulis lensarosak, untuk segala tulisan-tulisan, yang sedikit-sebanyak menggerakkan ion-ion beku dalam otak saya. Maaf jika ada terumpat atau termengata, luar atau dalam lingkungan alam maya ni. heh

teruskan menulis. We readers, are always here. :)

RepublicAku berkata...

selepas ini semua akan bertukar tempat merogol tidak bersalah yang kena rogol yang bersalah...clap2...merdeka sungguh minda kita sekarang!


Terutama sekali bangsa melayu...bangsa lain clap2 lagi kuat...bravo!

go sabu! go sabu!

Tanpa Nama berkata...

pasal y lain x nk ckp pe,,x reti sgt,,tapi sal templet,,




alaa,,y ary tu lagi cantik.. :(

ape ape pn,,erm,,ak suke ko :P

Tanpa Nama berkata...

ayah aku,,pesara tentera,,dah lama tak dengar dia mencarut..tapi tadi,,dia cakap,,

"BABI,,penat je aku tak tidur kat rumah berjaga dalam hutan.....bla bla bla.."

so incik sabu,,GTH!

aqram,,thumbs up (Y)..!

aQel berkata...

templat yg comel.
pasal sabu, no comment. haha..
slmt hari raya. :)

Tanpa Nama berkata...

a'ahh kan macam rosmah dengan islamic fashion dia tu kan? bini sapa lah tu

yann berkata...

mat sapu tu gth!

thumbs up aqram (y)

selamat hari raya :)

Amna.Qadeeja berkata...

mat sabu? haha dengar nama manusia itu buat aku tergelak guling2 ;D

selamat merdeka raya aqram. :)

Paen :) berkata...

klakar woo tgok org species mcmni kat luar sne ,

claim diri trlalu hebat,smpai lupe diri dahh dlm status riak,

Tanpa Nama berkata...

smbung je bro phd tu

Silent berkata...

mungkin perlu tunggu kau naik jadi PM
sambil berharap semoga belum kiamat.


selamat hari raya!