Ogos 10, 2011

Bintang dan Boneka



Putaran : Transatlanticism - Death Cab For Cutie

"Sayangg, itu bintang apa? Yang cerahnya paling cerah di antara lain-lain?"
"Itu bintang Sirius sayang. Atau Al-Shira."
"Apa maksudnya?"
"Sirius bermaksud anjing besar."
"Heh, kenapa macam itu maksudnya?"
"Sebab ia dalam bahasa Yunani. Jika dalam bahasa Arab, di dalam Al-Quran. Bintang ini dimiliki oleh Tuhan, sayang."
"Kenapa ia paling cerah?"
"Sebab ia selalu muncul cerah pada setiap 1 Januari. Berada di atas horizon. Dan.."
"Dan apa sayang?"
"Ia menandakan ulang tahun cinta kita. Setiap kali saya jauh dari awak, saya akan melihat bintang itu supaya hati saya berada sangat dekat dengan kamu."
"I love you sayang."
"Love you too."

Kau masih ingat bintang itu? Bintang yang kita lihat sewaktu kita menghabiskan malam bersama di pasir pantai yang halus. Berbaring kita melihat bintang sambil aku bercerita satu persatu bintang yang aku pelajari dalam ilmu falak. Dari Sirius, kita beralih ke Aldebaran, dan sehinggalah Becrux dan Bellatrix. Aku turutkan kegembiraanmu. Aku menemani keletihanmu bergelumang dengan ketegangan. Kerana aku gembira disisimu setiap masa dan ketika. Lelah aku turut hilang walaupun aku mengantuk. Sengaja kadang-kadang aku diam mendengar kau bercakap. Aku biarkan kau berbicara kerana kau selayaknya meluah. Di depanku. Di sisi telingaku. Berbisik kecil. 

Ya, hangat nafasmu yang di hala ketelingaku masih terasa sehingga kini.

"Saya percaya awaklah jodoh saya", bisikmu.

Aku tersenyum kecil. Mengukir lesung pipit. Kau pernah kata lesung pipit aku tiada yang lain pada mana-mana lelaki. Ah, seringkali ungkapan itu membuatkan aku terpaku di hadapan cermin memikirkannya. Terima kasih.

"Kalau kita ditakdirkan berpisah, macam mana sayang?", kau tanyakan soalan yang membuat aku kelu.

Aku diam. Noktah. Tiada jawapan. Leka memikirkan.

"Bodohlah kalau saya berpisah dengan kamu sayang. Bukankah kamu pernah berkata separuh hati kamu sudah ada pada saya, dan separuh hati saya ada pada kamu?"

Kau yang bertanya. Kau yang menjawab. Aku? Bagaikan lelaki yang hanya menjadi boneka cinta. Tapi, aku tidak kisah. Aku lebih suka menjadi boneka cinta dari aku kehilangan kamu sayang. Kerana boneka, seperti pinokio. Ia boleh berubah menjadi realiti dengan izin Tuhan. Aku juga cintakan Tuhan dan aku percaya suatu hari nanti, aku tidak lagi akan menjadi boneka cinta. Sebaliknya, aku akan menjadi realiti dihadapan kamu. Supaya tidak lagi aku diam bila ditanya soalan sebegitu.


*****



Mungkin kerana aku masih lagi menjadi boneka cinta. Kau kini mahu berlalu pergi.





Putaran akhir : "I need you so much closer"

47 ulasan:

ARC™ berkata...

Ni terfaktab ke apa ni? Aku stop baca terfaktab sebab penuh kata2 jiwang. True story

Aqram berkata...

haha. akan aku ubah balik terfaktab kembali kepada format lama macm dulu ok?

sebab itu aku wujudkan balik siri tafsiran jantan. haha. good to hear compliment. :)

Amna.Qadeeja berkata...

serius aku tersentuh baca bait2 kate kau. true love. ;)

ajal,maut,jdoh dan pertemuan di tgn Tuhan.

zombie berkata...

deep deep.

Miscellaneous Smiles berkata...

kisah kau ke.?

Tanpa Nama berkata...

Terfaktab is overrrrrrrrated. 1 million pageviews? Overrrrrated.pageviews? Overrrrrated.

PK berkata...

peh!

lu punya kisah benar lah ni.

boleh barai jiwa makwe baca ni.

violetless berkata...

mengenang?

Dale berkata...

kalaulah beliau terbaca entry ni. peh peh peh

anGah berkata...

dalam dalam..

nurul izzati berkata...

wow..best2..cair mak..haha..

LUNA berkata...

wow

OhMeKeen berkata...

Aku suka baca posting kau. Start dari kau melezer pasal blogger peymes tu. Sebab aku rasa penulisan kau lain dari yang lain.

Anem arnamee berkata...

Alolooo...

kalau kuat jodoh, boneka akan bertukar menjadi yang sebenar.:)

rerehalim berkata...

Lu mmg nobelis.takpe.gua suka.

aQel berkata...

indah.

TheBentPencil berkata...

this is so deep. sedih brah.

btw panda garang, I stopped making funny entries (comic) in terfaktab because of bad feedbacks from butthurt people. malaslah nak kacau punggung diorg lagi. :/

laskar pelangi berkata...

indahnya cinta! chettttt! tapi bila kasih dibonekakan,sungguh sedih.rasa nak rendam kepala dalam air..sadis sungguh -.-

shahirahkhairudin berkata...

aku lah bintang itu.. yang menjadi saksi janji janji dipateri arjuna dan bidadari..

yang benar,
Al-Shira

RepublicAku berkata...

...sakit nampak....keh3

Johan 'Champ' Radzi berkata...

aku pernah ada ditempat kamu dan aku faham benar, sakit.

move on baybeh.

cik marikh berkata...

mengingatkan aku lagu patri-jinbara

andai tubuh ini boneka
nalurinya benang sutera
engkau dalang mengawalnya
ketimur keutara kemana jua
aku hanya menuruti
mengikut apa saja hukuman

Lucifer berkata...

Deep. Aku terasa.

aiko kato berkata...

mengimbas cinta lama ye aqram...chin up babe~xlama lg u akan jupe cinta br~one day!!!

yann berkata...

menusuk .

yann berkata...

sirius dan bellatrix .

aku teregt harrypotter . :D

Aqram berkata...

terima kasih semua. bersama kita menjadi lebih gagah menempuh musibah.

:)

tiena's berkata...

untungnya gadis nieyh *sigh*

Nailah Azman berkata...

Assalamualaikum.

Sedih pulak baca entri ni. :/

afrohead berkata...

cinta itu satu bentuk penipuan. penipuan dalam penafian.

qasehraihan berkata...

aqram..kita serupa..
aku juga boneka cinta..
tsentuh..

Fiffy Syafiqa Hazirah berkata...

fuyohh

Siti Suriani berkata...

wah, ade bkat wat novel .

Alter Ego berkata...

awww... i'm touched.. lelaki, tak pernah byk bicara untuk btaw dalamnye cinta dia. huhu. why why why???

HA berkata...

Don't cry over the past, it's gone. Don't stress about the future, it hasn't arrived. Live in the present and make it beautiful.

#TheNotebook of Love


Peace bro!

HA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Maria James berkata...

bagus. dah single dah kau sekarang. kahkahkahkah. ^-^

c.i.k.a.m.i.e.a berkata...

dalam. aku masih lagi boneka cinta.

madammondoq berkata...

huh.. dalam hati ada taman..

erysweetie berkata...

peh...mmg jiwang.

Mira berkata...

nak nangeh bole..?

Tanpa Nama berkata...

post kali ni mantap. dari dulu tak pernah suka post kau kecuali yang ini.

yunZ berkata...

gaga...puitis..ase macam lu cite korea. lu leh la jdik producer citer korea

Eyka berkata...

wey asl kali ni entri jiwnggg? -.-"

#terkedu jap tgok entri jiwng ni wey! hahaha:P

erk.. nak tnye.. ni terfaktab ke lensa rosak wey? okbai! hahaha:P

Tanpa Nama berkata...

asal ada pelik kalau encik Aqram post pasal emosi. manusia beb, manusia. ada emosi, ada jiwa.

syeedafabewlaz berkata...

aku rase kau mmg bagus dlm tules ayat puitis puitis kasik jiwe cair:D.,,btw,,time will heal your pain:)

|| A r a W a n i || berkata...

BLANK~~
DEEP BLANK..

Siryes ke ade lg llk macam ni?

..........................

Mahu terbang ke angkasaraya. Cari, mana tahu bertuah.