Ogos 13, 2011

Bintang Dan Hari


Putaran : Yuna - Penakut

Aku buka laci itu. Membelek satu-persatu potret yang perlu aku buang. Agar aku boleh melupakan dia. Melupakan seseorang yang berada disisi kau selama enam tahun sebelum ini bukan mudah. Apatah lagi bila banyak perkara kau kongsi. Kongsi fikiran, jiwa, rohani dan fizikal. Ia mati di dalam memori. Tak boleh kau padamkan. Tak boleh kau ringankan.

Lalu, aku terlihat sebuah botol kaca. Bintang. Botol kaca berbentuk bintang. Di dalam botol itu ada bintang.

"Sayang, kita akan berjauhan selama 3 bulan, macam mana ni?"
"Saya pun tak tahu, mesti saya akan rindu kamu"
"Kalau dikira-kira 3 bulan, ada 90 hari kita tidak berjumpa"
"Takpe sayang. Saya akan buatkan origami berbentuk bintang. Satu hari, satu bintang. Setiap bintang menunjukkan hari-hari yang kita rindu kerana berjauhan"
"Ish, rajin sangat kamu ni"
"Takpelah sayang, dah siap semua itu nanti. Saya hadiahkan kepada kamu."
"Terima kasih sayang, love u so much!"
"Love u too!"

Imbasan memori itu menggamit aku kepada botol kaca yang aku pegang sekarang. Tertulis nama aku dan kau di permukaan kaca. Indah. Jika diimbas. Manis. Jika diingat. Semangat cinta kau pada aku waktu itu, buat aku kagum. Bintang untuk dikira. Seperti kenangan kita yang lalu. Mengira butir bintang. Beberapa bulan kemudian aku melamar kau, dengan sebentuk cincin emas putih.


Sebenarnya, aku tidak tahu apa yang perlu aku buat dengan botol kaca tersebut.

Nak lupa atau kenangan?

Lupa
atau
Kenangan?

Tarik nafas. Hembus.


Maafkan aku. Botol kaca itu telah aku pecahkan. Bila aku merasakan, tiada gunanya berpaling di saat kini aku sedang kehilangan. Maaf. Aku perlu buang kau dari hati aku. Kerana aku tahu, kau bukan milikku lagi.



Namun. Berita gembiranya. Semangat cinta kau itu takkan pernah aku padam. :)




Putaran akhir : Kau bukan milikku

36 ulasan:

Gadis Elektrik berkata...

I know you're strong,dude.

Tabahkan hati lalui hari-hari seterusnya.

RepublicAku berkata...

lemah sayu tiada bermaya...hilang sudah gagah juga garang kau....semua sudah tersurat tiada apa yang perlu di kesal atau disesalkan...be strong bro!

Lucifer berkata...

Ingat sampai lupa.


Itu yang aku buat dulu.

iera anuar berkata...

be strong aqram :)

Fyqa Federeka berkata...

be strong aqram..we know u can do it..situasi kter lbey kurg sme..kui3

_aLiaHwaFa_ berkata...

good luck weh di hari2 mendatang.=)

scha al ahmad berkata...

biaq masa je yang tentukan segalanya..
ALLAH telah mengatur yang terbaek untuk hamba hambaNYA.. :)
selamat berjaya!

Hazirah Mustaffa Kamal berkata...

dear penulis lensarosak, setiap pembaca di sini menitipkan doa.

pandang ke depan. go go!

SweetyMui2 berkata...

:')

aku hasmie berkata...

semoga tabah, aqram.
i'll back you up.

Anisa Hang Tuah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
violetless berkata...

bersama lah kita tabah. i cant stop missing my past..*sigh.

Anisa Hang Tuah berkata...

saya pernah bercinta dgn dia

selama tujuh tahun.

semenjak zaman sekolah.

hubungan kami kuat.

hingga satu masa

cinta dihalang oleh org tua.

lalu dia tinggalkan saya.

hilang di balik awan

di bumi dubai.

dan pulang membawa cerita

yang dia sudah berpunya.

retaknya hati.

meski kini ada pengganti.

yang lama itu tak pernah ada ganti

:|

aqram

semoga kuat!

once called dove berkata...

i feel you..

sedang melalui fasa ini.

masih mencuba untuk melupakan.

be strong.there's many fish in the sea.

u just might be wrongly caught it. :')

Akulah Aqilah Itu berkata...

sedang melalui fasa yang sama. 4 tahun. =)

Akulah Aqilah Itu berkata...

sedang melalui fasa yang sama. 4 tahun. =)

miss'ENH berkata...

sedih nyeee :'(

be strong..kalau dye btol2 jodoh..tak kan ke manee,,dye akan patah balik jua ke kamu..wait and see.

Tanpa Nama berkata...

tak boleh rujuk balik ke.gaduh tu biasalah

Diana Zainal berkata...

bila org ckp be strong pon, pada aku..aku tetap gagal menghilangkan kerinduan. dan kesedihan. dan aku rasa sakit perit kau lebih banyak dr aku. aku cuma 2 tahun. tp kau 6 tahun.

buat lah apa yg kau rasakan patut.
semoga berjaya aqram

Aqram berkata...

ini semua....

entahlah. aku terharu. :)

aku ucapkan terima kasih kerana membaca pengalaman aku.

moga pengalaman ini boleh menjadi iktibar kepada semua.

Jemari MonteL berkata...

mungkin si dia bukan tulang rusuk kamoo yg hilang tu.. so jangan mudah berputus asa, kecewa memang perlu dalam hidup setiap manusia. itu sudah menjadi lumrah.. ada rasa kasih, sayang, cinta, benci, kecewa...kalo memanjang hepi bukan hidup namannya.. setiap pertemuan ada perpisahan, so tabah selalu ok... :)

Dee Zahari berkata...

Oh baru tahu.

yang dah lepas, kita lepaskan.

Lepaskan tali itu. Nanti ada org yang akan pegang nanti.

:)

LensaRosakReader berkata...

Pain and heartbreaks are just God's way of saying "I want you to learn how to be stronger and be patient until you meet your right one."

#TheNotebook

:)

Artoone berkata...

membaca tulisan kau membuatkan hatiku juga kembali terluka. dem.

tiada kata semangat dari luar bisa membangunkan kembali jiwa yang pecah kecuali azam dan keimanan sendiri.

Tanpa Nama berkata...

bintang=star oh sedih =( semoga tabah.

Miscellaneous Smiles berkata...

=(

sadis,

tpi knapa ta disimpan kenangan itu.?

zey berkata...

takyah lari. lagi kaw lari, hakikatnya kaw tak dapat lupakan. klu ikut tips dari member aq, kaw letak je semua kenangan kat dinding bilik kaw...hari-hari kaw nampak... lama-lama....kaw jadi lali.

kaw kira beruntung dari akak aq kenal dgan arwah suami selama 10 tahun, tapi perkahwinan tak lama arwah tinggalkan akak aq tak sampai sebln berkahwin.

kdang2 aq jadi marah...arwah TAK BOLEH tinggalkan akak aq dlm keadaan macam nih, tp sapa aq... kalau akak aq boleh redha..

yann berkata...

aku dan kau hampir sama .
5 tahun bersama.
mmg susah nak buang segalanya.

apapun , terus bangkit aqram :)

Amiey White berkata...

*dekat3* aqram , ada yang lebih baik untuk kamu . believe me :)

donna hariz berkata...

hei aqram,
be strong...kalau aku, aku akan igt segala taik yang die pernah buat kat aku supaya perasaan sayang lenyap terus..
mungkin ade hikmah semua ni tapi kite xtau..
may u'll find someone better :)

aiko kato berkata...

Dear aqram,

Kindly delete the folder, empty the recyle bin but do not reformat your PC.

one can only move on, but never forget.

I wish u well babe..always believe god has a better plan for you~

dya berkata...

dear aqram..

nah ini ada entry untuk lu..kwn wa buat..

http://hasmie-qh.blogspot.com/2011/08/dear-pemilik-lensarosak.html

syeedafabewlaz berkata...

knape kau tak kasik aku je bintg tu,,,:D

ciksyieda berkata...

aqram, ade yg lebih baik untuk kamu.. be strong and move on.. ta senang tok lupekan seseorang but the fact is orang tu akan sentiase dlm ingatan kite.. ingatan ye bukan hati..

gembiralah dengan hidup yang ade skrang..

ayue! berkata...

sakit kan?



;(

Tanpa Nama berkata...

rasakan padan muka hang tu r mulut lancamg sangat sampaikan awek sendri pun tak sanggup nk jadi kekasih hang.....hahahahahah