Ogos 16, 2011

Jadi Single


1. Ada orang cakap selama ini;

Perempuan yang memakai tudung (menutup aurat), pasti dia perempuan yang baik. Manakala, perempuan yang tidak memakai tudung, free-hair (tidak menutup aurat), pasti dia perempuan yang tidak baik.

Kalau ada mana-mana lelaki yang pegang-taksub pernyataan di atas, aku ucapkan selamat datang ke neraka. Atau, aku ucapkan selamat datang ke dunia yang serba naif. Iaitu dengan maksud, dalam kepala otak kau hanya dipenuhi fairy tales dan sangka baik tahap malaikat.

Senang cakap, salah pernyataan ini untuk kau pegang.

2. Pernyataan yang perlu kau tahu dan imankan ialah;

Perempuan yang memakai tudung (menutup aurat), tak semestinya dia perempuan yang baik. Manakala, perempuan yang tidak memakai tudung, free-hair (tidak menutup aurat), tidak semestinya dia perempuan yang tidak baik.

3. Aku sahkan pernyataan tadi dengan jaminan seratus peratus melalui pengalaman dan pemerhatian aku. Sebab yang mewakilkan perempuan itu baik atau tidak bukan sebab dia pakai tudung atau tak semata-mata. Tapi, dua benda penting ini yang mewakilkan seseorang perempuan itu baik atau tak. Akidah dan sikap.

Pakai tudung, tapi perangai macam celaka. Buat apa? Pakai tudung, tapi solatnya lubang sini sana. Jadah apa?

Percayalah. 

Ada juga sebenarnya perempuan yang pakai tudung, dan konfem baik. Yang tak pakai tudung, konfem liar. Tapi, macam aku cakap tadi. Jangan pegang pernyataan pertama tadi dengan taksub. Okeh?

4. Aku rasa aku telah melakukan kesilapan dengan memandang kebaikkan perempuan itu dengan kecantikkan. Aku rasa aku telah melakukan kesilapan dengan mempertahankan dia hanya kerana imbasan aku kerap-kali menayangkan wajah dia yang cantik apabila tersenyum.

Dan banyak lelaki di luar sana sedang terjerumus dengan kesilapan sebegini.

5. Sejak-menjak ini, aku dapat rasakan diri aku sudah terlalu sempit. Dan bila umi aku bertanya;

"Tak nak beli baju raya, baju melayu ke? Umi belanja kamu nak? Belilah sepasang"
"Tak nak lah umi. Tak mengapa. Orang takde rasa nak beli baju raya. Takde mood nak beraya"
"Umi ada beli tiga pasang baju raya, yang mana satu patut umi pakai masa raya nanti"
"Asalkan jangan warna hijau dan merah. Orang sukakan biru"

6. Malah semenjak ini juga, aku dapat rasakan juga aku terlalu ghairah. Pantang melihat gambar perempuan cantik. Niat di hati aku macam celaru. Macam nak tekel. Tapi, melihat diri sendiri. Ah, nantilah. Ada yang ambil berat. Hati pula tidak tertarik. Tapi, bila terfikir tentang kesilapan aku mengenai kecantikkan perempuan. Jenis sangat tertarik dengan perempuan berkulit putih susu. Aku padamkan niat itu. Lenyapkan sendiri citarasa aku.

7. Kalau ada makwe yang aku suka pun selepas ini. Terus-terang aku cakap. Ia bukan sebab rebound. Tapi, ia salah satu dari simbol touch (rujuk entri aku di Terfaktab). Ia seperti crush, tapi disebabkan dalam fasa move-on. Maka, sebenarnya aku benar-benar perlukan seorang perempuan yang boleh mengubati hati aku yang retak lapan puluh lapan keping ini. Kemudian, aku akan jadikan perempuan itu selamanya disisi aku sampai ke anak cucu. Yelah, sewaktu aku sedang dalam kesusahan dan musibah. Perempuan yang sudi datang ke sisi aku itulah yang akan aku pilih untuk jadi teman hidup.

8. Memang aku jenis macam tu kalau bercinta. Nak buat macam mana. Aku bukannya lelaki yang jenis nak mengharap perempuan datang dengan cinta sejati. Hell no. Aku lebih suka bina cinta sejati. Itu adalah cara aku yang menyebabkan aku barangkali bersifat setia. 

9. Sebut pasal ghairah tadi. Ini juga merisaukan aku. Kadang-kadang bila kita terlalu ghairah mencari pengganti. Kita boleh jadi luar kawalan. Mungkin annoying, timbul kelemahan, dan apa saja yang membuatkan diri kita dibenci oleh perempuan yang kita suka bukan? 

10. Kalau begitu, lebih baik aku diam saja dan berhenti membina cinta sejati. Berhenti memikat. Walaupun ia merupakan tradisi aku sejak turun-temurun. Tunggu sajalah perempuan tulang rusuk kiri aku itu jatuh dari langit. Walaupun sebenarnya ia mustahil. Yalah, tak usaha mencari, takkanlah ia boleh datang secara tiba-tiba?

11. Memang kerja gila kalau ada perempuan yang aku tidak kenal, tiba-tiba datang ke rumah aku dan bercakap dengan ibu bapa aku bahawa dia menyukai aku dan mahu berkahwin dengan aku.

Aku ini perempuan ke lelaki? Pasal apa sekarang aku pula kena tunggu perempuan masuk meminang? Gila!




Sudahlah Aqram, aku tahu kau perlukan teman wanita yang faham kau sentiasa. Tapi, apa kata kau try dulu jadi single untuk setahun dua ini? Aku cabar kau. Nanti kalau kau dah kaya, perempuan akan bersusun cari kau nak jadi bini kau. Time tu bila kau dah ada segalanya, bakal bini kau tu cuci kaki saja. Yang lama tu? Yang tinggalkan kau tu? Aku kirim Ludah Amerika, tolong kirim kat dia kalau dia cari kau balik. Orait?

82 ulasan:

Gen2Merah berkata...

apa pun baik pempuan mahupun lelaki...
aurat kena jaga... dalam masa yang sama sikap pun kenalah seiring.. tu yang paling penting..

Fiffy Syafiqa Hazirah berkata...

Ni berdasarkan pemerhatian aku terhadap bbrp org kawan2 aku bila break up. dalam masa sebulan dua tiga after break up, better jangan carik pengganti dulu. sebab time tu otak tengah bercelaru gila, so memang dorang macam apa yg ko rasa sekarang. sebab rasa sunyi xde teman hidup kot, last2 dorg on je kapel dgn yang rapat dgn dorg, dorg rasa tu cinta tp mungkin tak. mungkin just sebab nak hilangkan bosan, mungkin sebab "asal ada bf/gf", mungkin yang sentiasa dekat dgn kita tu kesian dgn kita.

bila emosi dah stable, tetibe rasa nyesal "apasal la kapel dgn mamat/minah ni" last2 buat perangai, jauhkan diri dari balak/awek dorang. byk sgt aku tgk hal mcm ni.

haikalblank berkata...

yang bertudung tak semestinya baik, tapi yang baik pastilah bertudung ye dak?

:)

konsep 'membina' itu kacak. gua suka.

Aqram berkata...

terfikir sejenak. :)

M. berkata...

doa itu juga usaha.

jodoh maybe anywhere, rahsia Allah paling TOP tapi, bila di reveal, paling sweet

:)

Goodluck in "membina' cinta, biarlah ianya lebih baik. InsyaAllah.

fatin syahirah :) berkata...

haha. aku pun rasa benda yang sama. memang truly ada perempuan yang bertudung tak baik. sebab ? sebab pakai tudung tak ikhlas. sebab orang suruh. bukan sebab takutkan Allah. kalau yang bertudung kerana Allah, kerana agama. aku pasti, itu baru betol perempuan baik :)

single itu simple. tak perlu susahkan diri mencari sangat. tiba masa yang sesuai nanti. akan ada punya. enjoy your life being single dulu :D

Umie Artoqiemie berkata...

asah otak kat sini..

haryani berkata...

well aku harap kau jumpa perempuan yang baik untuk kau. hati hati ya, perempuan pandai berdrama :)

Tanpa Nama berkata...

haha, asalkan warna biru ye bro.double meaning di situ.

Amna.Qadeeja berkata...

ya aku setuju ngan point yang kau utarakan. xsemestinya yg bertudung tu baek dan sebaliknya. tp bermula dgn tudung slh satu tiket utk ke arah kebaikan. ye dak?

jodoh xusah terlalu dirisaukan. smpai mase nt ianya akn dtg juga. :)

Qaseh berkata...

finally, aku jumpe orang yang medula nye bekerja same macam aku.. cume gender kite je lain..
aku suke entry kau ni...

aku bukan muslimah yang sgt2 islamic,yang sentiase berhijab bila keluar, honestly aku pun still slowly learn. tapi kadang2 aku macam hangin bile orang cop aku konon2 persendakan agama.. sbb kadang2 bile keluar, aku pakai, kadang2 tak.. but swear, im not. aku takde niat nak main2 kan agama aku... and aku tahu kalau aku dapt restu mak aku dekat life aku, so confirm tuhan mesti redha dekat aku..so everything yang aku buat, i wll let her know..

story bout tudung/hijab ni, cube kau tgk sekarang, mmg ramai pmpuan pakai hijab..cube kau tanye kenape pakai hijab? cliche diorang akan jawab "tuntutan agama"..
tapi kau tgk baju yang diorang pakai, kau tgk make up berape inch tebal diorang tepek. kau tengok bonggol unta mencanak tinggi kat kepala..

okay kau tgk lagi.. berape ramai kapel yang bertudung tapi jalan pegang tangan..sah-sah bnda tu haram kan? belum lagi yang posing ala-ala minah korea, tengok kat fb je cukup.

depan mata aku pnh tgk, dalam keta kat parking sunway..pakai tudung tapi ber-kissing2. aku yakin tu couple.. sbb kalau laki bini takkan dorang hadap nak buat cmtu.. kat umah boleh kot..nak kate baru kwin. aku tk nmpak pun inai kat jari..(aku dgn mmbe aku tunggu smpai diorg turun, then follow belakang)...tapi ape pun, konon2 aku nak berlakon baik..aku tetap kate diorang laki bini yang baru kwin tapi inai dah abis dah.

hurmm pokok pangkalnye mentaliti kite. jangan terlalu cepat hukum orang..benda ni macam makcik2 kat kmpung aku..

katenye...
kalau belaja engineering nnti keluar jdi jurutera..pandai budak ni.
kalau belaja accounting nnti keluar jadi accountant.bijak budak ni.
kalau belaja office management
nanti keluar jadi tukang photostate ke??
kerut dahi makcik tu..(ni kos aku,sedih je aku..)
walhal tu semua basic and future only God yang tau sepenuhnye..

kalau rase diri memang dah tiptop baik, then suppose tolong la orang yang kurang baik mcm aku ni.. kan?
tapi betullah bile ade yang kate orang yang bertudung belum tentu baik, tapi yang baik memang sah akan bertudung..

hurmm bout relation kau tu..
mmg la sakit bile putus cinta.. tapi kau jadikan jela benda tu penguat kau..life kan kedepan..
just pray the best.. sebab, kau mesti akan rase best and thanks sangat kalau Allah bagi ape yang kau perlukan daripada ape yang kau mahukan.. ;)

panjang eh aku bebel.. nyway..
selamat berpuasa...

Jerry Ghazali berkata...

sesuatu yang menjengkilkan bila seseorang itu baru putus hubungan, beberapa minggu lepas tu dah ada pengganti.

AyuE SurihanyOt berkata...

cinta datang dan pergi aqram..kita kat dunia ni pon sementara ja...

AyuE SurihanyOt berkata...

cinta datang dan pergi aqram..kita kat dunia ni pon sementara ja...

S.U.F.E.E.N.A.N berkata...

"Azzani la yankihu illa azzaniah"-lelaki yg berzina tidak akan berkahwin melainkan dengan wanita yang berzina- Al-ayat.

Impliedly to say: Lelaki yg baik adalah untuk wanita yg baik and vice versa..

Apa yg buruk di mata dan pandangan kita tidak semestinya buruk jua di pandanganNya..dan tidak semestinya yang elok dan molek di mata kita, elok dan molek juga di mata Dia..

Yang pasti, setiap aturanNya tidak pernah sia-sia..

aQel berkata...

inshaAllah Dia akan hadirkan seseorang yang tepat pada waktu yang tepat nanti. =)

setuju dengan haikalblank.
bina cinta sejati - sweet.

laskar pelangi berkata...

jangan bersedih kalau dah single.mungkin itu yang terbaik untuk jangkamasa sekarang..pasti ada si gadis akan menjadi milik mu.sebab yang pasti jodoh pertemuan dah tersirat..hanya masa menentukannya..moga tabah menghadapi hari hari :)

cambesje berkata...

jangan risau aqram, smpai satu masa dan ketika nnt. akan ada juga perempuan yg ko minat, xkisahlah dia approach dlu ke atau ko approach dia.

mahukan perempuan yang baik2, sepatutnya kita kena nilai tahap mana kebaikan kita dlu kot.

~perempuan yang baik utk lelaki yang baik kan, lelaki yang baik utk perempuan yang baik kan~

aku harap apa yg aku ckp ni ada btulnya...

bLaCk | maWaR berkata...

she'll be sure come after you l8ter...

lumrah kehidupan..mana2 ex akan dtg carik kita balik..xtaw la ape sebab..yg l8test is not as best as b4? hahaha~ *blah!*

n dat time kamu sudah preparekan "hadiah" terbaek untuk dya..

move on...dya akan rasa sesuatu dlm hatynya bla lihat kamu boley survive tanpa dya *heh*..and she'll regret 4 leaving you..

i <3 living life, i AM happy ^^

Fyqa Federeka berkata...

single doesn't mean u r alone.. it's not a status..mse nie la nk njoy life..chillex la bro..

A.I berkata...

selamba la single.
aku pon baru single.
2 3 minggu awal mcm cilaka gak laa.
tp sekarang?

proud to be single sebab aku tak payah pk hati org, hidop pk diri sendiri dan keluarga.

mula2 semak la kejap, satu peralihan dalam hidop kan? stendet lah.
tapi lama2, best!

paling best aku boleh nak over2 ng laki mana2 pon kat fb with no PM as before, 'YOU, ABC TU SAPAA YOU? TAK BERBULU PULAK MATA I PANDANG U LEBIH2 DENGAN DIA?' pfttt!

cool laa. pegi la jalan dengan dunia berdua. berdua lebih baik, satu sangat TERBAIK!

=)

SweetyMui2 berkata...

ko akan jumpa nanti tu jodoh kau.. chill cam aku...malas nak cari/tekel dah,blm ada komitmen.nak cari yg boleh dbawak kawen terus.kekeke :))

Akulah Aqilah Itu berkata...

masih fasa yang sama, aku dan kau.

norinaomar berkata...

sangat setuju dengan fiffy syafiqa..sebab saya pun pernah mengalaminya,ditinggalkan hanya kerana saya tak pandai nak bergaya padahal kami sudah bertunang.

then saya macam terburu-buru plak nak cari pengganti,dan terima je lamaran cinta dari sumone.ye dia baik tapi takmahu solat.lama-kelamaan saya tinggalkan dia.Dan saya menyesal sebab kalau saya tahu,saya keep jadi single.

setelah itu saya doa banyak-banyak,solat hajat dan alhamdulillah saya minta kakak saya tolong carikan kawan dia yang single.dan kami akhirnya akan nikah november ni.

aqram,jodoh itu hak Allah..tak salah kalau buat masa ni kamu nak date dengan sesiapa tapi just friends sebab bagi sedikit masa untuk hati kamu tenang.sebab jika kamu terburu-buru,kamu sendiri yang akan tinggalkan dia.

♥BELLALICIOUS♥ berkata...

i ske part ni "Sebab yang mewakilkan perempuan itu baik atau tidak bukan sebab dia pakai tudung atau tak semata-mata. Tapi, dua benda penting ini yang mewakilkan seseorang perempuan itu baik atau tak. Akidah dan sikap." ^^

btw, jom single same2 utk tempoh dua thun. hehe ;p lagi pun jadi single ni best tau aqram. ^^

LensaRosakReader berkata...

Bro, relax la.
Berehat daripada bercinta.
Nikmati saat-saat single-mingle ini. InsyaAllah, sampai jodoh akan bertemu juga.

Being single doesn't mean it is the end of the world.

Apa yang jadi kat kau ni Aqram, adalah ketentuan dari Allah. He knows who is better for you.

Ok.Bye.

muCux berkata...

beb aku kau perlukan masa utk smua nie
mencari cinta ketika hati sedang remuk akan memakan diri kau sendiri
tenangkan hati kau, rilex kan minda kau dekatkan diri dgn Allah dan paling penting redo aku rasa kau akan sembuh walaupun agak lama
bukan senang nak lupakan smua nie dan kembali normaL
ubat paling mujarad adalah masa :)

Tanpa Nama berkata...

The past should be the past. It can destroy the future. Live life for what tomorrow has to offer, not for what yesterday has taken away.

shahirahkhairudin berkata...

menurut pengalaman aku sendiri kan bos, tak sampai sebulan lepas break up aku terima si dia yang nak ke aku. bukan sebab aku sayang.

1. aku sedar aku dengan dia boleh klik. boleh borak mcm2 n relationship without a good communication adalah hubungan yang bakal ke neraka

2. aku percaya cinta n kasih sayang tu akan berkembang kalau diberi peluang dan ruang untuk berkembang

so tuntasnya aku terima dia pada masa itu sebab aku percaya kepada peluang. y not aku beri dia peluang dan dalam masa yang sama aku beri peluang kepada diri aku sendiri untuk move on. berjaya atau tidak hubungan tu, biar tuhan yang tentukan.

dipendekan cerita, selepas beberapa lama aku mula jatuh sayang.

itoldyou berkata...

aqram... ko sebenanye nk bgtau yg ko dh single kn... tp knape intro kau nmpk sgt kau marah perempuan pakai tudung atau x pakai tudung??? motif???

pape pon... pe yg lepas tu bia la lepas... pegang satu je.. kalau betul dia tu jodoh kau maknenye ade la tu.. kalau memang dia tak ditakdirkan langsung utk kau... merelakan pergi adalah ubat paling mejarab... even kau rase sakit hati yang tersangat4....

single is the best thing in ur life... so enjoy it... while it last....

! Nurida Ardy berkata...

selamat menjalani kehidupan sebagai lelaki single..:)

sya berkata...

entry celaru... rehat la dlu. ingat pada yang Esa, pasti temui jalan ..

Everything happen for a reason...

alien berkata...

betul la, aku pun tak de feel nak membeli baju raya dah.. celaru

|cerita-gadis-ini| berkata...

tapi menutup aurat itu adalah wajib.

Tanpa Nama berkata...

aku x kta yg x btudung tu x baik, tp kalau dia baik msti dia akan pakai tudung.. sbb pakai tudung tu wajib. sama mcm solat jugak. bnda wajib kena la buat jugak wlu mcm mna pun.

dlm alQuran ade kate, solat tu mencegah kita dr wat kemungkaran. so, kalo ko solat dgn btoi, ko mesti takut nk wat kemungkaran. automatik ko mst takut nk dedah aurat ko pnya. and! aurat itu bukan sekadar ttup rambut.

tp, kalo ko solat tdung x pakai, better ko check balik solat ko tu. sme jugak kalo ko pakai tudung tp pakai baju ketat, wat maksiat etc. baik check balik apa2 yg ptut.mybe ade sumthing wrong sumwhere.

btw, aqram,zaman skrg ni susah dah nk cari pompuan yg baik. tp, jgn risau. kalo ko baik, insyaAllah ade jugak yg baik utk ko nnt.

mybe bleh pegang taksub ngn pernyataan ni..

''lebihkan menjadi, kurangkan mencari.''

ok. tu je nk ckp.

selamat bposa sume.. :)

bunga berkata...

yang penting lebih elok cari tuk buat isteri terus..ehhehe..tapi motif ni nak ckp single kan..kan..hahaha..

mahirahkamal berkata...

Aqram chill la! tuh dia ramai menanti. tapi lek lu..jgn terburu-buru ok. nanti dah kaya memang ramai yang nak tapi takmo la nak kat kamu sebab kaya raya je..nanti susah tinggalkan camtu jeh. Sikap perempuan sebenar akan terlihat bila kamu susah..masa tu kita boleh tau dia sanggup atau tidak susah senang bersama ;)

Take Your Time. . .Cinta itu datang tak dijemput..
-irah-

kc kasedah berkata...

Lu chill chill one corner sudah. lu laki kot apa ada hal tak kahwin tak bermakwe sekarang neh.

Makngah berkata...

relaks la bro.single ni bukan pengakhiran kehidupan. Proses yang hanya orang bertuah je rasa.

single tu best. aku single dah 6 tahun. tapi kat luar sana ada orang lebih lama single.

Tuhan lebih tahu =)

AAA Jr. berkata...

single tu seronok kalau kita pandai bawak diri. duit pun jimat. credit pun sentiasa ada.

relaks a jadi single. tak payah nak semak otak fikir pasal orang lain.

selamat berpuasa :)

Tanpa Nama berkata...

you should embrace the feeling of being hurt.. and then u healed, be a happy single guy... not that u dont need girl/s in ur life.. but now is the time for you to enjoy being a free single guy...

hey it rhymes!
;)

- cik sha -

Syara Mohammad berkata...

hello aqram...

baik ke tak baik, itu subjektif ye, dear.

hanya Allah yg mampu menilai.

I as His servant, tak nak condemn org lain. sbb diri sendiri pun baru kenal erti apa itu menutup aurat. jd, mmg haram susah nak jd perempuan baik ni. sng lg jd jahat and liar mcm dulu. =D


apa2 pun... all the best in life okay?

nerves berkata...

chill lah wey..
aku 25tahun single..25tahun bai..
loser?..sukeati la orang nak kate ape
tapi maybe aku sgt memilih kot..
dan tu maybe kesilapan n kelemahan aku...

yela..memilih..tapi bile dah jumpe right person..mesti bertepuk sebelah tangan..gegirl tu ade boifren la or jual mahal la..etcetc
n aku pun takde skill sgt..oh-_-

nak cakap hodoh..err..hensem sket dr ko..kerje da cun..ape lagi..
hmm..ntah la bai
so point ye lepas aku merepek ni..
again..chill..
no need to desperate cr pengganti..
single dulu..manjekan diri dulu..
bina ekonomi..dah stabil..yakin..
baru series cari..n bape bulan trus kawen
ok...*ceh umar..cakap cam bagus je..grrr* -__-''

^ai-mie : 아이-미^ berkata...

first time komen kot...

setuju bab yang 1st tu sebab aku bertudung tp aku takdela rase aku baik pun... kawan-kawan aku yg free hair ade yg lagi baik dari aku...

pasal cinta tu, rilek2 la dulu... tp jgnla jadi macm aku... da dua tahun lebih single sampai sekarang masih belum terbuka ntuk bercinta... agaknya still belum jumpa pemilik tulang rusuk kiri kot~ anyway, just chill beb~ Tuhan ciptakan manusia berpasang-pasangan... sooner or later je...

zey berkata...

aq pernah rasa gak dulu time baru2 break up...celaru gila otak....haih,
nak cari pengganti punya pasal. paranoid sgt jd single. at last aq dapat telan jadi single, tak susah pon.

izzad b* berkata...

baik itu subjective!

Aqram berkata...

terima aksih kepada yang supportif.
terima kasih yang beri compliment.

sedikit sebanyak bila baca komen korang. ada isi yang boleh kita ambil pengajaran.

entri ini aku tulis sebab aku nak kuatkan hati aku sendiri. hati lelaki, tak ramai perempuan akan faham macam mana ia meluahkan sesuatu. lagipun, memang jarang untuk seseorang lelaki meluah.

orait? chill.

Eyka berkata...

single besh lagi dari dok angkut dosa rata rata...:)

#sukee entri ni..*gua bukn suke membaca..tapi kalau dah entri ini scroll sampai bawh..agak2 besh tak? :) *

thumb up untk quotes kau sendiri 2..:)

aku bukan picisan berkata...

maksud 'baik' dri pndangan kamu tu mcm mane ye?

kdg2 perangai manusia ni tak terzahir dari pakaian mahupun perckpan.

siapa kita nak hukum orang sesuka hati, ye dak?
ALLAH knows.

peace yo :)

erysweetie berkata...

la yukallifullahu nafsan illa wus'aha...



yakin dgn janji Allah.

alhamdulillah, aku sendiri lebih kuat skrg.

Dee Zahari berkata...

Lelaki bila clash tak apa, sebab dia boleh memilih perempuan lain yang lebih baik.


kalau perempuan clash?
dunia seolah2 gelap,kerana dia mempertaruhkan seluruh harapan kepada lelakinya.

perempuan hanya perlu menunggu utk dipinang..

jrg mendengar lelaki dipinang perempuan.

nadya berkata...

saya rasakan...ayat ney lg sesuai...
"perempuan yg bertudung xsemestinya sempurna.."
Perancangan Allah terhadap kita dh cukup cantik dh... :)))

aiko kato berkata...

Dear Aqram,

To be out of love is the worst feeling ever but to be able to feel love is the greatest feeling ever..
when it comes to love, we hav no idea..but always hav faith in HIM...HE who knows what's best for u...
you are a man, so u shud search for love...one day my friend...;)

all da best in ur future searching...;)

perempuan berkata...

Perempuan telah datang. Jangan lari.

Ed.Na berkata...

hi :)
Aku harap kau kuat dan tabah hadapi semua ujian ni.

Kita tgk dr sudut positif,
bila ko single, bolehlah persiapkan diri ko untuk menjadi yang lebih baik lagi.baik means akan menjadi seorang 'suami' kepada 'isteri', dan juga sebagai bapa kepada bakal anak-anak. dan mungkin juga dalam perancanganNYA, masa ni adalah yang terbaik. kdg2 kita pun selalu terlupa definisi 'baik' tu mcm mana kan?
dan siapa tahu, perempuan yang di cari-cari, your future wife skrg pun tgh persiapkan diri untuk menjadi yang terbaik kepada kamu.dia pun mengharapkan hal yang sama,siapa tahu? :)

satu hari, saat itu akan tiba.

Bersabarlah, berdoa dan berusaha.

'Sabar itu memang pahit, tapi buahnya manis' ;)

Fiq Vertigo berkata...

Kau hanya perlukan masa. jadilah lelaki yang mahal. biar wanita pula yang memburu kau.

Tanpa Nama berkata...

kau unfriend dgn dia kt fb eh

aiman berkata...

11 minutes by paulo coelho. utk ko. cari dan baca

Tanpa Nama berkata...

moving on is simple, it’s what you leave behind that makes it so difficult...

mungkin ade yang kata, best to being single..
but, if u been double, rasa nye sangat lain..
feel that the empty part of ur life is filled..

dari double ke single,
ofcoz la akan t'ase the missing part that pernah isi hati kita..
lagi2, bila sayang yang teramat sangat coz relationship tu taking for years..

yea,situasi kte saama..
smpai sekarang i still try to move on, but still dis things hold me back..
sabar lah wahai hati..

~never be sad for what is over, just be glad that it was once yours..

zoe berkata...

sebenarnye nak yg dtg waktu ko susah ke nak yg dtg waktu ko dh kaye/senang? ..

ke nk due2..hehe

pandirpotter berkata...

konsepnya sangat mudah "perempuan tutup aurat (bukan hanya tudung) tak semestinya baik, tapi perempuan yang tak menutup aurat semestinya jahat... namun andai kena didikan pasty boleh jd baik.

manusia hanya boleh menilai dari zahir, tak pelu nk gali sampai ke haty. Orang gila ja yang sampai nk kenal org ke tahap pa dlm haty. bab2 haty biar allah yg urus. Manusia, zahir dan dalam sikit3 suda ye??

Wadi AR berkata...

aqram, sila lah berkahwin

yann berkata...

sabar :)

Lovesucks berkata...

:)

violetless berkata...

aku ada?haha..ok JK

little ain berkata...

perempuan bertudong ngan perempuan tak bertudong takkan boleh disamakan. sebabnye, perempuan yang tak bertudong tu dah terang terang langgar tuntutan agama.

memang betollah bukan semua perempuan bertudong tu baik and vice versa.

Emoq berkata...

belajar jd single dan kau akan tahu nikmatnya..:)

Piah Becok berkata...

tak pernah bercinta, maka kurang arif untuk paham kesakitan putus chenta itu.

apapun, lebih baik putus cinta daripada sudah bernikah kemudian bercerai. lagi-lagi kalo dah ada anak, kasihan anak itu nanti.

sebab tu sampai skang saya masih single, sebab kalo jumpa nak terus kawin nikah je. bercinta selepas kawin lebih indah kan.. lagipun halal....

selamat berpuasa. Good luck on feeling good again.

pasal tudung/menutup aurat... yang wajib tetap wajib dibuat. yang haram/maksiat/mendatangkan dosa, lebih baik dielakkan.

Huda Luna berkata...

aku paham ape yg kau rasa aqram. good luck =) sebab aku pernah rasa apa yg kau rasa.
jadi single pun ok ape. nanti bila hati dh sembuh baru fikir pengganti. take care!

Tanpa Nama berkata...

aku kan ada~ :P *kidding*
kalau ko nak nanges. ko nanges jek. kalau ko nak sayang. ko sayang jek.
kalau ko nak rindu. ko rindu jek.
sbb satu masa nnt ko akan sendiri terpikir ''what a waste!'' dgn sendiri die akan pergi..
skang bulan ramadhan, bulan rahmat, bulan doa dimakbulkan..aku doa ko dapat yang lebih baik satu hari nanti..amin..chill! :)

nuurnoar berkata...

Rileks. Zara kan ada. ;) .
come on!!. single bukan maksud kau tak kahwin. kalau tak kahwin pun orang tak mengata sebab kau lelaki. perempuan lain la. siap ada title khas.

kau syukur aje dengan circumstances kau sekarang.

chill. Ramadhan Qareem.

Miss Mariane berkata...

En Aqram, saya nak copy writting nie ke blog sy boleh, tapi amik part yang kat bawah tu jerlah, sy edit skit2 jer blh, lgpun sy perempuan,nant sy direct balik ke blog en aqram nie, boleh yer? :)

Aqram berkata...

boleh je miss mariane. go on.

;)

haniqa sakura berkata...

nice entry :)

sabar yer en.aqram. sy pun penah rasa macam nie..terfikir macam ape yang awk fikir.

tapi sy yakin dengan ape yg Allah da tulis untuk kehidupan sy.

mungkin hari nie kita bersedih tp mane tau esok lusa hari plg gembira utk kita :)

rangzzuanie berkata...

well,being single isn't soo bad..trust me...ngehehehhe....
klu ada someone tu,adalah...when the time comes.:)

rilek dlu bro.

RedBoys berkata...

gua terus terang.. gua sekarang lagi single... haha..

QarteeNi berkata...

kw sorang laki yg sgt amat baik . banyakkan bersabar aqram . banyak lagi perempuan yg baik untuk kw kat luar sana . 6 tahun kw mampu bertahan . x ramai lelaki yg boleh setia macam kw . trust me :)

::..wAwA aPpLe..:: berkata...

aqram!
"what we give we will get back"
i.Allah kalu kau sabar tentu akn dapat pilihan terbaik.
senyum..n_________n

miszpathetic berkata...

u make my head spin for a while,,

Tanpa Nama berkata...

NO. 7 tu I tak setuju coz akhirnya girl tu yg akan terluka.... biarlah u bercinta ngan awek sbb u n dia suka sama suka... bukan nak dia ubat hati u or apelah... coz in the end u akan realized that u x cinta ngan girl tu wpun die dah buat u lupa pasal ex tp u pergunakan die sbnrnye....

Miss Dee berkata...

bab tudung tu perempuan yang bertudung tak semua baik, tapi yang baik mesti bertudung dan menjaga aurat:)

yang tak bertudung pulak bukan bermakna selamanya free-hair mungkin masih ignorant dengan hukum.

mula-mula single memang la rasa dunia tunggang langgang. serba serbi tak kena. Tapi nanti lama-lama okay la tu. jangan terburu-buru. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk semua.

kalau kau rasa nak tunggu 'wanita solehah' tu datang meminang kau, why not tingkatkan kesolehan diri sendiri dulu. Insyaallah, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.

& aku respect idea kau nak bina cinta sejati tu. :) bukan senang nak jumpa orang cakap macam tu:)

Tanpa Nama berkata...

asal xsingle jerkk? mmg kite perlu kn teman tp idup single ni best..ni pengalaman i laa..it up to u..klau u nk ckp i xpnahh breakk..i penah rse tu..mcm xnk idup pon ade jgk tp better prefer single lg tenang..