September 15, 2011

Gua Tengah Jatuh Hati 2


Dibayangi dengan cerita-cerita indah dalam jatuh hati, jatuh cinta dan jatuh suka kat seseorang selama ini, ia menyebabkan analisis percintaan tidak analitikal dan tidak beberapa tepat. Maksud yang aku nak sampaikan disini. Bila kamu menyukai seseorang, adakah cara kamu nak meluah perasaan cinta kau itu semanis filem? atau seindah romantika mimpi yang kau dengar dari kisah cinta orang lain?

Atau sebenarnya yang kamu rasa ialah rasa risau untuk meluah. Dan paling penting, rasa risau untuk menerima.


"Bolehkah? Sesuaikah? Boleh jadi ke ni? Macam mana kalau..? Kalau dia tak suka macam mana? Kalau dia kata jadi kawan saja?"

Kesemua persoalan ini sering melangkaui pemikiran kita sama ada terdetik atau prediktif. Dan apa yang sebenarnya aku ingin katakan. Perkara ini boleh juga membuatkan diri kita rungsing seketika. Bergantung kepada cara kita menanganinya.

Ada certain orang. Cepat jatuh suka. Ada certain orang. Susah nak jatuh suka. Tak kisahlah sama ada suka ke, cinta ke atau hati ke. Lingkungannya sama. Ingin ke peringkat hubungan lebih serius bukan?

Macam mana kalau kamu hadapi situasi;

Kamu suka kat seseorang, kamu confess. Dan orang yang kamu suka itu mengatakan;


"Saya suka kat awak, tapi saya nak habiskan pelajaran saya dulu"

So, apa perasaan kamu sewaktu itu? Kecewa dan ralat? Kesal-lah pulak bila confess? Rasa nak tunggu? Ikutlah cara kamu menanganinya. Takkan nak paksa-paksa hati orang lain untuk menyukai dan menemani kita pula. Ingat ini hamba abdi kah?

Kalau situasi sebegini pula;

Kamu suka kat seseorang, kamu confess. Dan orang yang kamu suka itu mengatakan;


"Saya susah nak jatuh suka kat seseorang. Kita kawan macam biasa saja boleh?"

Jadi, apa perasaan kamu pula? Kawan macam biasa. Macam mana kalau hasilnya tak macam yang kamu harapkan? Memang 'tak lah' nak kawan macam biasa kan? Celah mana nak kawan kalau kena reject? Malu?  Atau dia bagi harapan saja? Tapi, ikutlah cara kamu menanganinya. Mungkin kamu terus kejar? Ye lah, ada sesetengah orang kalau kata nak. Memang dia akan pulun habis ye dak?


As well this thing bagi aku, tak perlulah kau rasa takut hadapinya. Kerana;

1. Kamu ada keberanian nak meluah. Bukan senang nak meluah. Seriously. Lebih-lebih lagi kalau kamu ikhlas.
2. Kamu tahu apa yang kamu nak. Kamu nak dia jadi bf/gf atau laki/bini. Bukannya kamu nak buat dia jadi anak ikan ke apa ke.
3. Kamu lega. Lega kan bila dapat meluah? Macam feel main Sims Social eh? Yucks!
4. Lagi cempion kalau kamu ada keberanian menerima jawapan yang berbunyi seakan 'tidak'. Memang power lu bhai. Ingat senang ke nak menerima rejection? Ko ko ko memang power power dan power bak kata Luca De Ketiak.

Tapi, kalau kamu tanya aku.

Aku dah penat nak dapatkan harapan dari orang lain. Sebab kadang-kadang dapat harapan ini macam celaka juga nak tunggu. Lebih celaka dari kecelakaan Fasha Sandha berlakon jadi bini curang macam kat drama kelmarin.

Ok so, ada yang sama prinsip macam aku?


p/s: dulu ex aku pon sama susah nak suka kat orang lain. aku pikat-pikat nak dekat 3 bulan baru boleh ada relationship. in the end? korang mungkin tahu. Haihh.

18 ulasan:

Cruelism berkata...

aku bukan nak ampu diri aku mahupun kau tapi aku merasakan setiap dari prinsip kau ada hampir persamaan dengan aku . apa kau cakap mesti aku rasa macam eh sama la apa yang aku rasa .

Wadi AR berkata...

ade hikmah tu aqram. kau kawen jelah senang

Elyana Ahmad ツ berkata...

aku pun dah malas nak mendapatkan harapan dr orang lain.tunggu punya tunggu lama2 boleh kena penyakit gila meroyan.haha.baik move on je dgn apa yg ada. :)

RepublicAku berkata...

apa kata kau cuba selagi termampu mana yang agak2 bagus kau sauk je....keh3

Puteri Biru berkata...

takyah ah tunggu n berharap bila jawapan yg didapat after confess adalah macam tu..

Akim Iqbal berkata...

tabik. gud luck bro

chummy cliche berkata...

pengalaman sendiri.. meluah kat mamat tu.. tak mengharap janji hati puas lepaskan yang terbuku difikiran.. dia kata jadi kawan.. entah camne keikhlasan and hati kental kawan dengan dia.. lama2 dia jadi lagi sayang and suka dari apa yang pernah ada untuk dia.. well nasib orang tak sama.. good luck

Eyka berkata...

manusia dilahirkan atas nama cinta..jadi cari la sampai jumpa ;D

*kalau tak cari macam mana nak jumpa -.-

Cik Yuyu berkata...

woopppps....yuyu tkot nk mgharappppp...klak kcewaaaa..xmo!

erysweetie berkata...

takyah pikat2.. rase berkenan, buat istikharah, masuk meminang..

bercinta lepas kahwin...

M berkata...

high twenty dude

aku pun dah mls nk berharap.dan aku pun mmg dah taknak berharap pun.let it come by flow.ada jodoh,takkemana.takde jodoh,ada la hikmahnya

:)

Adib berkata...

kalau tak suka, cakap tak suka..tak payah bg alasan gampang..senang, aku pun boleh blah..

Anisa Hang Tuah berkata...

pernah luah.

pastu direject.

dah la saya ni gadis.

em

Tanpa Nama berkata...

tiga bulan pikat?
saya setahun brader, setahun.
susah dol.

Akulah Aqilah Itu berkata...

Gua? Dah malas nak fikir. 4 years relationship, macam tak pernah jadi. Tak berani lagi dah. Serik!

Tanpa Nama berkata...

mengharap dan terusan diharap memang payah.. letih mengharap sama letih bile diletakkan segunung harapan dari seseorang..

i pun penat mengharap dari orang.. mcam celaka! right!

tapi an aqram, bile ade orang tugu beribu harapan dari kita ianya umpama beban pulak.. mcm saye, penah bercinta, end up like hell so cm takde keberanian tuk bercinta.. now, ade more than 2 guys harap something from me that i couldnt give it to them.. na ckap 'tidak' susah, cakap 'ya' pun susah.. complicated right!

so rite now, i ambik keputusan, move on alone.. selagi family di sisi tula yang terbaik..

cinta tu pelik an.. until now, i still love ur writtin.. arap kita dapat berkenalan one day.. hehehe

-I-

Yours truly.. berkata...

As 4 me, mengharap pon idak.. tak mengharap pon idak... saya dah luahkan.. n dia terima pon dak.. reject pon dak.. cukuplah dia tahu saya jatuh suka, cinta, hati, sayang kat dia.. apa perasaan dia pada saya..emm... saya rasa saya tak kisah sangat, sebab belum tentu apa yang dia confess tuh betul..mana nak tahu dia hanya nak amik hati kita je kan.. so.. bagi saya...yang pastinya apa yang saya rasa pada dia tuh ikhlas.. datang atau timbul tanpa dipaksa... dah saya biarkan ia mekar dalam hati ini.. selagi ia nak mekar kat situ..nanti bila tiba masa ia layu.. then layulah... cinta pada manusia nie sampai manalah sangatkan... cuma saya enjoy apa yang saya rasakan sekarang.. sebab ianya satu anugerah yang istimewa bila kita dapat menyayangi seseorang walaupun belum tentu kita akan disayangi seperti yang sama... dan segala yang kita lalui suka dan duka nie mewarnai dunia kita yang mana pada satu hari nanti kita akan duduk sebentar dan kembali mengenang saat2 suka duka kita dulu.. how nice kan...

yaya salvatore berkata...

tunggu jodoh datang sendiri je. LOL