September 27, 2011

Keraslah Sedikit

Menghamparkan seribu perasaan yang berkarung dalam minda bukanlah menandakan kita ini sudah terdesak dengan kehidupan. Apabila diri kau dipeluk oleh gadis yang hangat dari belakang, merasakan nikmat pelukan cinta mahupun kasih sayang yang kita rasakan abadi. Namun, itu mungkin masa depan yang kita sendiri tak terjangkau. Umpama bangangnya pernyataan mengatakan Mat Indera adalah pejuang. Padahal ramai orang kurang mengerti bahawa komunis dan British, kedua-duanya adalah sebuah kuasa yang mahu merebut semenanjung ini dalam genggaman. Ya, kedua-duanya adalah kuasa. Bukan pejuang. Yang tersepit? Nenek moyang kita inilah, rakyat marhaen yang perlu membuat pilihan. Sama ada mahu negara ini keluar dari penjajahan tanpa kucar-kacir, (baca: pilih British) atau keluar dari penjajahan dengan memekatkan Sungai Pahang mengunakan darah merah (baca: pilih Komunis).

Kalau tanya aku sendiri pun. Dengan ketiadaan kuasa memegang senjata. Hanya sekadar senjata besi berupakan parang dan tombak. Hendak melawan British yang sewaktu itu mempunyai meriam dan pistol belerang. Komunis dengan mesin-gun manual dibahu. Apa pilihan yang aku ada untuk memilih keluar dari penjajahan? Untuk melihat negara ini diterajui sepenuhnya dari anak watan sendiri? Mestilah aku akan pilih negara ini merdeka dari British. Jangan salahkan sejarah kerana sejarah hanyalah pengajaran untuk kita tidak mengulangi kesilapan lalu. Bukan aku nak kata sejarah yang kita pelajari ini salah, tidak. Kita tidak boleh menyalahkan perkara lalu sehingga terbawa-bawa dalam arus media perdana. Berdegar-degar cerita dan penerangan dalam televisyen dan Youtube. Namun, sejarah tetap sejarah. Usah diubah kerana kalau kita terlalu obses dengan pernyataan "Sejarah ditulis oleh orang yang menang". Maka, selepas ini kita akan beramai-ramai menyalahkan sejarah kenabian dan ambia. Mereka menang, dan kejahilan Arab itu merupakan sebuah kesalahan dan dosa yang tak terampunkan.

Itu salah. Kerana sejarah, manusia juga berubah. Arab jahiliah berubah. Dan ia tertulis dalam sejarah. Tiada faktor menang atau kalah secara ofensif. Sedangkan kerana sejarah, komunis juga berubah menjadi lebih sosialis dan membuka pintu terbuka. Lihat, itulah fungsi sejarah. Ia mengubah manusia.

Kita benci Rosmah Mansor (atau Rosmah Puaka), ya sangat benci. Kalau boleh hendak beri memo pekeliling kepada PM Najib agar ceraikan saja isterinya. Menyibuk sungguh isterinya. Namun, fikirlah semula. Apa pilihan yang kita ada? Menukar kerajaan hanya kerana seorang perempuan puaka yang kita dendam dan benci? Oh, sila logik sedikit. Bergaduh politik hanya kerana seorang perempuan? Kerana Altantuya Mongolia? Tak gentleman langsung.

At least, kalau hendak menukar kerajaan, atau menghentak kerajaan ini supaya sedar dengan keperluan asas dan keselamatan rakyat. Kita berikan isu yang lebih kukuh dan berpotensi menjadikan negara ini lebih baik. Seperti contoh; Isu kebanjiran pendatang asing. Ya, sebenarnya secara hakiki. Kerajaan kita gagal dalam menangani kemasukkan pendatang asing yang semakin ramai. Bukan saja kerajaan yang gagal. Sektor yang diamanahkan juga gagal. Rakyat juga gagal. Kita juga gagal. Tidak prihatin dalam masalah sebegini. Berjalan ditengah kotaraya Kuala Lumpur pada hari Ahad pada era kini, seolah kita sedang berjalan di Bandung, mungkin juga Ho Chi Minh, barangkali juga Chennai dan tidak keterlaluan jika sampai ke Botswana. 

Mengapa? Kenapa? Dan sebab apakah universiti-universiti tempatan kita sudah semakin kerap mengambil pelajar asing berbangsa Arab datang ke sini secara lambakan dan pukal? Tanpa kita selidik terlebih dahulu latar belakang mereka di mana ada sesetengah mereka (menurut kes), membuat onar seperti melarikan gadis-gadis tempatan kita, mengandungkan gadis-gadis tempatan kita kemudian meninggalkan seperti sampah, dan lebih teruk. Memerangkap sehingga kepada kegiatan pengedaran dadah sintetik. Itukah pulangan yang perlu dibayar untuk mendapatkan ilmu dan kajian? Mendapatkan ranking terbaik dalam TIMES? Mendapatkan geran dan transformasi yang berjuta-juta dalam nilai ringgit? Tapi, kita perlu membayar mahal dengan penyakit sosial dan keruntuhan nilai budi masyarakat. Buka jendela, pandang ke luar dengan masalah masyarakat-lah yang berhormat sekalian. Usah selesa dikerusi empuk parlimen menepuk meja merah-merah tangan membincangkan isu remeh (mungkin juga bangang) seperti isu cincin 24 juta. Bodoh.

Kita perlu prihatin. Kita perlu berani menegur. Kita perlu keras kadang-kala dalam mengekalkan sekuriti dan mematahkan masalah sosial. Perlu dan optimis!

22 ulasan:

Akim Iqbal berkata...

Hmm. Agreed

hestyrezyuda berkata...

aku setuju semua yang di tulis... dari kes

1- sejarah

2- rosmah mansor

3- pendatang asing dan student asing...

dude... jujur aku tak paham giller... rakyat biasa macam kita ni.. tak tahu nak pk secara logik dan matang.. nak2 lagik kalau bergaduh hanya kerana politik.. errggh... damn much..! aku benci semua ni..!

diba berkata...

cincin hrga tu...bnyk kot rumah leh bli...xpham tgk org yg cm2 kan..hu

Umie Artoqiemie berkata...

ni hal poliitik ke?..

babai.. takut plak aku nak kumin.

Tanpa Nama berkata...

agree!
psl warga asing msuk malaysia..warga asing yg senang je dpt kerakyatan malaysia..pergi mane2, penuh dgn makhluk asing..ye,, rakyat di'dahulukan'..

Tanpa Nama berkata...

betul2 aku sokong kenapa nak dipertikaikan sejarah. kalo sejarah malaysia dieorg blh pertikai dan politik kan x mustahil sejarah islam pun dieorg blh pertiakai dan politik kan. pikirlh bnda lain lg byk faedahnya...

fais berkata...

terima kasih malaysia kerana membuatkan saya berasa seperti di jakarta ketika naek bas / train ^^

cat who predicts death berkata...

kat JB ni dah macam timbaktu. Abang Diblon kulit hitam banyak beb. nak pukul ramai-ramai pun takut.

(aku adalah fighter)

Nora Mieza berkata...

kes lambakan buruh asing aku 200% salah kan che det.

kat sabah tu ramai org indon dgn philipines visayas ada ic biru.

warga asing lagi ramai dari peribumi sabah sendiri.

tak percaya meh datang.

Kaseh Kau berkata...

agreed! :)

RazanRose' berkata...

orang kita banyak yg taksub sangat sampai pertikai sejarah.
itu bodoh.
aku tak ada hal kalau orang nak kata aku rasis atau apa.
tapi revolusi bangsa tu penting.
melayu dah lama kena pijak.

bujangga berkata...

24 juta bukan isu remeh

(the naked writer) berkata...

24 juta bukan isu remeh.

yann berkata...

ahhh . aku benci nek rapid penang . penoh pati .pemandangan sgt tidak indah . tp tu jela pilihan yg ada selagi jdik student ni :s .

isu rosmah , setuju sgt ngn kau aqram !ramai dok kepoh ulang2 statement 24 juta ni . bosan !

anGah berkata...

aku tengah membaca kitab y baru smpai.. dasyatt ..

Pendekar Berkuda berkata...

cilabi...memang puaka betul kau aqram... aku copy paste kang....

al-jambz berkata...

aku dengar kakitangan kerajaan yang dapa bonus raya hari tu atas sebab Rosmah gadai balik cincin 24 juta dia.

kah kah kah!

dayah berkata...

holaaa.. bos terfaktab! u look nice masa kat Uya hari tu. Btw, congrates ea. I dah grab satu Terfaktab.

Bigdaddyz berkata...

adek2 marahkan org asing yer...jom ramai2 halau mereka dan kita gantikan dgn adek2 semua mahu...

tandas adek2 cuci...
ambil pesanan makanan di restoran ...
potong rumput....
angkat sampah...

tak terkira la adek2 semua...

ada berann?

Tanpa Nama berkata...

bile terfaktab datang epoh..

lambat pulak dpt info.. hahaha

-I-

missina berkata...

wowww!,,tak terkata ~

Wilayah Sepet Kuku berkata...

entry ni buat gua angkat jempol!..(ibu jari)..