September 18, 2011

Telanjang Bersama Malaikat 1

Putrajaya. Jam menunjukkan 2.20 petang. Dalam keadaan cuaca yang suam-suam dingin. Berbaring di atas tilam yang selesa untuk orang-orang bujang. Aku menulis kerana terdaya yang berlainan. Berbaur-baur dengan perasaan yang serba-salah untuk aku ungkapkan dan luahkan secara mendalam. Ini malang.

Aksara yang aku tulis ini mungkin semakin laju (baca: Idea datang). Kerana menjadikan diri ini terlalu terbuka dalam sosio-manusia. Maka, pelbagai pengalaman aku dengarkan dan lalui.

Bermula dengan hal manusia yang pinjam kereta. Mengatakan keretanya rosak. Meminjam kereta anak saudara yang perlu bersusah-payah menggunakan kereta untuk pergi ke kelas menyiapkan tugasan sarjana. Setelah dipujuk, maka di berikan kereta atas dasar saudara-mara. Sayangnya, pinjaman kereta yang sepatutnya dipersetujui untuk 2 hari, menjangkau kepada seminggu. Ini menggelisahkan hati si pemilik kereta. Bagaimana untuk dia menggunkan kereta untuk menghantar segala jurnal yang penting? Bagaimana dia mahu bergerak untuk melakukan aktiviti jika kereta dipinjam orang tak pulang-pulang?

Rupa-rupanya setelah diselidik. Bukanlah rosak sebabnya. Tetapi, sebab ditarik kerana gagal melunaskan bayaran bulanan. Mencari-cari si peminjam. Telefon tidak diangkat. Mesej tidak dibalas. Adapun jika sambutan panggilan disahut, alasannya bermacam-macam diberi. Bini MC-lah, berada di luar kawasan-lah. Alasan yang tidak kukuh

Sudahlah semasa hendak meminjam kereta, tuan punya menghantar kereta itu ke rumah si peminjam. Bila akhirnya, akhirnya hendak pulang kereta tersebut setelah seminggu. Disuruh ambil di rumah si peminjam.

Dan, apabila kereta dipulang. Sempat si peminjam berkata;

"Berkira betul nak pinjam kereta pun tak bagi, macamlah aku tak mampu dan kau tu kaya sangat. Aku boleh beli kereta lagi mahal dari kereta kau lah"

Nada henti seketika.


Si peminjam kena penerajang. Tersungkur di depan rumah. Darah jenis apa yang mengalir. Aku pun tidak tahu.

Kamu rasa-rasakan-lah. Kenapa mesti wujud orang berperangai celaka dan bermulut celaka? Itu pasal aku buat segmen entri ini. Untuk kupas pengalaman celaka dari orang yang pernah mengalami kecelakaan hasil orang yang mencelakakan.

Sekian, bersambung di episod lain hari.

19 ulasan:

vampire and his lady berkata...

dan sangat celaka. ada lagi ke orang macam tu? serious, i'm so innocent.

Elyana Ahmad ツ berkata...

haha.kalau aku pun aku berhadapan dengan orang celaka macam tue memang aku lempang je sampai lesu.

al-jambz berkata...

ni aku nak komen apa pun tak tahu.

Tanpa Nama berkata...

sungguh aqram, keretaku selalu dipinjam oleh orang yang memang ku yakin hendak gunakannya untuk membawa kekasih hati berjalan2. bila ku minta pulang, atau ku persoalkan, beliau tarik muka.

kalau ini berterusan nampaknya takde peluanglah nak jumpa anda di Launching Terfaktab nanti.

-youmayknowwho-

Syazrul Aqram berkata...

ini.....

marilah kita mengatakan;

"celakalah kamu ynag mencelakakan segala perkara. menyusahkan orang!"

Fiffy Syafiqa Hazirah berkata...

peminjam itu babi

perempuan berkata...

Dan celakalah si peminjam bersama bakal kereta mahalnya.

anGah berkata...

Kenapa tajuk telanjang bersama malaikat? Huhu

IQBAL ZARIN berkata...

sangat celaka apabila si peminjam mempersoalkan dan berkata yang bukan2 kepada pemberi pinjam. seolah2 x kenang budi langsung. sudahlah terima kasih pun tak diucap.

dalam hati mungkin aku akan memaki hamun namun untuk melempang mahupun untuk menerajang aku tak kan lakukan. aku tak reti bergaduh. #booo

Tanpa Nama berkata...

maksudnya,

kita memalukan sesuatu benda yang sepatutnya baik.

fingerkontot berkata...

sekali baca denga laju entry kau ni.








aku tak paham.







minta maaf.

little.pingu berkata...

ramai je makhluk camtu..hangin bile mntak balik..sedar ke tak sedar die tu peminjam je..haih..

RepublicAku berkata...

aku baca tetapi aku tak tahu nak komen apa2....

Adib berkata...

kalau kereta ada 5biji bolehlah kau ckp berkira..

ni memang species perangai macam anjing

Adib berkata...

kalau kereta ada 5biji bolehlah kau ckp berkira..

ni memang species perangai macam anjing

Zulfikar Hazri berkata...

yg pinjam tu macm anjing, anjing yg tersepit.. sudah lepas dia gigit.

Sembang Kemas berkata...

orang macam ni kasi pancung jela sial.

panggil tiga paku tangkap sama dia.

Penyu berkata...

haha. kelakar komen atas ni semua. jangan maki. kita cakap bebaik.. macam ni..

"haramjadah kau peminjam".

#gua dah banyak kali kena macam ni. kereta..duit? haha, kalau nak kira. duit yang org tak bayar dah boleh buat aku kawen. cis!

yaya salvatore berkata...

peminjam tu mmg taley blaa. da la tak say thx at all. mmg patut kena sepak.