Oktober 23, 2011

Bagilah Can Sikit.


Sekian lama gua nak petik cerita pasal benda ni. Tapi, gua asyik sekat diri gua nak cerita, mengenangkan kontroversi yang mungkin berlaku. Haih, dia punya feel simpan benda ni macam nak berak tapi tahan sampai majlis tamat. Lu pernah rasa? Gua pernah rasa. Balik dari majlis, lepas hajat. Dia punya lega ya amat. Jadi, ini kali. Gua tak nak simpan, gua nak lepas apa yang gua dah simpan sejak gua menubuhkan Terfaktab.

Sejak menjak ini dah ada dah gua dengar banyak suara-suara memperlekehkan Terfaktab. Ok, tak lah memperlekehkan. Just kritik dengan cara 'baling batu, sembunyi tangan'. Kritik nya macam biasalah, yang gua dah agak. Dari segi Islamik punya jenis. Macamlah korang tak faham-faham kan? Sekarang kan zaman orang nak kongsi ilmu agama kerana merasa perkembangan sosial negara kita terlalu teruk. Ya, teruk. Gua akui. Memang teruk. Dengan kes buang anak lah, cerai lah, main lah, romen dalam taman lah, dalam kereta lah, panggung wayang lah, tak pakai kondom lah, dah berbini berlaki tapi curang lah. Ini semua menjadikan masyarakat kita terutama yang Muslim berpraktis menjadi lebih prihatin. Ada yang prihatin, tapi jangan lupa. Ada juga yang saja nak tunjuk dia pandai dalam ilmu agama. Dan juga ada yang kongsi benda alah tu semua tapi tak praktik, atau dia pun sama dua kali lapan buat kerja tak elok jugak.

Jadi, bila benda-benda ni berlaku. Gua tak tahulah. Mungkin atas sebab prihatin ke, cemburu ke, nak tunjuk hero ke atau saja nak sound kasi lemahkan semangat ke. Diorang tahu Terfaktab ini mengetengahkan isu cinta dan relationship. Maka di situ dia petik benda alah ni;

Couple itu haram.

Hahaha. Gua dah agak. Gua dah agak. Sampai masa mesti ada orang akan hubung-kait benda alah ini dengan Terfaktab. Dakwa Terfaktab mengagungkan cinta lah. Lebih-lebihkan cinta manusia lah dari cinta pada Tuhan. Orang-orang yang ikut Terfaktab ni (membaca) boleh masuk neraka lah sebab agungkan cinta. Galakkan maksiat dengan couple lah. Pumpang-pumpang banyak lagi. Gua malas nak petik semua. Pergi balik sama juga pointnya ye dak?

Kalau lu orang tanya gua adakah 'Couple itu haram?'. Adakah gua terima fatwa ni, ada orang cakap, hukum, sebab benda-alah ni dah dibincang oleh para ulama. Ijtihad lah senang cakap. Gua sebenarnya... Ok. Gua bukan nak cakap gua buat penafsiran sendiri. Tapi, masa gua menuntut ilmu di universiti dulu, hal 'Couple Itu Haram' dah berlaung di universiti gua dulu dengan pelopor dia mestilah dari Persatuan Mahasiswa Islam. Mestilah kan? Takkan lah Persatuan Pelajar Sains Farmasi nak jadi pelopor benda alah sosial macam ni. Segenap banner dan flyers di sebarkan untuk menengahkan fatwa ini. Khasnya untuk membendung masalah couple yang berleluasa di peringkat universiti dan masyarakat. 

Pandangan gua mengenai couple ini mungkin tak sama dengan lu orang di luar sana. Di luar sana, ramai menafsirkan couple direct kepada persepsi Islamiyah. Gua tak. Gua lain. Gua kalau nak tafsir satu benda ni, gua akan bermula dari benih dulu. Tak sama macam di luar sana yang menafsirkan couple sebagai;

Pasangan bercinta yang terjebak/hampir kepada zina.

Sedangkan gua menafsir couple sebagai;

Pasangan. Dwi. Dua pihak yang terikat.

Beza bukan? Lu nampak tak beza penafsiran direct ke dahan pokok dengan penafsiran bermula dari benih? Inilah masalahnya antara lu dengan gua. Lu nampak couple ini sebagai suatu yang lu dah nampak akibat impak sosial. Tapi, gua masih nampak couple ini dari segi sesuatu yang normal dalam aspek kejadian Tuhan.

Bagi gua (dari penafsiran gua tadi), couple merupakan sesuatu yang harus. Dua pasangan yang berkahwin. Dua molekul bercas positif dan negatif. Dua atom terikat H dan Cl. Dua pihak menjadi partner dalam permainan badminton beregu lelaki. Dan termasuk sekali dua orang pasangan yang bercinta.

Tetapi dinihari, setelah mengikut kerelatifan masa. Masyarakat dan manusia-manusia melihat couple sebagai suatu budaya luar kerana istilah couple ini acapkali di label sebagai 'dua pasangan yang bercinta dan menghampiri zina'. Atau dua pasangan yang belum berkahwin menonton wayang. Mungkin juga dua orang pasangan lelaki perempuan yang berjalan di taman berpegangan tangan. Paling terkesan, dua pasangan lelaki dan perempuan yang belum berkahwin sedang melakukan hubungan seks di ranjang dan videonya terdedah di laman web awek impian.

Couple telah menjadi berevolusi ke lembah hina.

Bagi gua, ok. Couple macam tu (berpasangan lelaki dan perempuan secara melebihi batas) memanglah haram. Enough said. Couple yang melebihi batas sememangnya haram dan terus-terang kalau dah terjadi macam tu, baik pisahkan. Ya, pisahkan.

Namun, adakah semua couple itu hina? Adakah semua couple itu melebihi batas? Gua rasa, dan gua yakin masih ramai orang di luar sana yang berpasangan tetapi tidak melebihi batas. Masih pandai menjaga diri. Masih waras akal. Masih baik. Apa? Lu tak percaya masih ada orang baik di dunia ini? Kepala otak lu tak betul ke apa? Apa lu ingat semua orang jahat macam lu nampak di Harian Metro atau di I Luv Islam? Ke lu sorang je perasan diri lu baik? Heh.

Ok, gua sambung. Gua sebenarnya... rasa tak adil. Iaini gua rasa dengan menjatuhkan fatwa ke atas terma 'Couple' sebagai haram semata-mata adalah tidak adil. Ya, tidak adil dan perlu rombak semuala. Sebab apa? Yang jatuhkan fatwa ini macam terlalu menghukum. Tapi, serius shit bagi gua. Dia ulama ke, ustaz ke hatta mufti sekalipun. Dia tak fikir panjang dan kaji betul-betul. Gua tahu, setiap kali kita (orang Islam) hadapi masalah, kita dinasihatkan, malah diwajibkan kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah bukan? Namun, kita perlu ingat bahawa, sekembalinya kita kepada Al-Quran dan As-Sunnah macam mana pun, kalau kita menafsir dengan akal yang lemah, dengan tidak mengkaji betul-betul. Celah guna apa kembalinya? Kau tengok Ajaran Kahar sudahlah. Dia claim diri dia kembali merujuk pada Al-Quran, tapi macam mana dia kembali? (tafsir). Ngaku diri dia Rasul Melayu dan siap letak jawatan lagi. Kehkehkeh!.

Itu maksudnya apa? Itulah maksudnya kalau kau nak kembali dan berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Kau juga perlukan ijtihad yang adil dan saksama.  Sekarang mengenai isu couple ini? Gua tak rasa ia adil dan perlu rombak balik. Gua tegaskan di sini sekali lagi. Tak adil dan rombak balik.

Sebab apa? Sebab pertama gua dah cakap. Bagaimana dengan orang yang bercouple (ikut tafsiran semasa) tetapi menjaga batas pergaulan?

Kedua. "Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah" (51:49).

Kat sini saja sebenarnya lu dah salah kalau lu terus tafsir 'couple' itu dari penafsiran ke dahan sedangkan Allah Taala dari ayat tersebut, jelas pernyataan-Nya merujuk 'pasangan' atau couple sebagai terma yang harus. Jadi, lu siapa mahu lebih hebat dari Tuhan nak tafsir perkara yang asasnya harus menjadi haram mengikut situasi semasa suka-suka hati. Lu salah bai. Inilah dikatakan lu dah kira mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Tanpa lu sedar.

Ok, mungkin lu boleh bagi nas mengenai zina, hampiri zina semua tu. Itu memang benar lah. Tapi, fikirlah semula. Kalau lu yang basic ni pun dah memandai haramkan. Celah mana adilnya? Celah mana yang betulnya penafsiran lu ni?

Ketiga. Mengapa lu perlu salahkan atau heret dengan cinta? Apa ke sialnya kerana masalah couple, lu perlu kecah sibuk-sibuk claim cinta itu mengarut, cinta tak perlu, cinta bawa derita, dan sampai kata cinta juga mengheret pada zina? Tak payah bercinta katanya, tunggu je cinta tu datang. Kahwin. Wak lu bai. 

Lu ingat kahwin ni macam tunggu bulan ke riba? Apa lu ingat lu cuma tinggal berdua dalam bumi ni? Hello!! You're not alone. Ada dua puluh lapan juta manusia dalam Malaysia ini. Ada enam billion manusia di muka bumi. Apa lu ingat kalau lu jadi perfect solehah solehin sampai maksum sekalipun, lu pasti cinta lu boleh datang tanpa usaha? Dan lu ingat semua orang mempunyai effort yang sama? Takdir yang sama? Tengkorak kau bai. Lu ingat Tuhan cipta lu sorang je ke atas muka bumi ni? 

Cinta itu percuma. Percuma untuk semua. Tuhan tak cas enam persen pun untuk cinta yang manusia ni terima. Buatlah apa pun dengan cinta asalkan ke jalan kebaikkan. Carilah cinta. Usaha cari cinta untuk dapatkan pasangan. Atau lebih tepat, the right partner. Ni bukan kisah Adam dan Hawa mahupun kisah Nur Kasih. Siti Khadijah tu walaupun dah menjanda, masih mencari cinta, rezeki dan takdir dia cintanya itu ada pada Rasulullah SAW. Lu yang tak maksum ni boleh pulak cakap lu nak tunggu tanpa berbuat apa. Oh, buatlah sikit katanya. Jadi orang baik, masak sikit-sikit. Nanti adalah orang jenguk sunting bunga di taman. Sunting MY ASS kalau lu semua benda nak merungut bagai.

Keempat. Gua fikirkan benda ini sebagai qiyas. Tuhan melarang kita (orang Islam) makan daging babi. Haram makan daging babi. Tapi, bila sampai masa iaini darurat, kita dibenarkan makan daging babi. Di sini, apa yang gua fikirkan. Walaupun Tuhan larang memakan babi, tetapi kerana Tuhan itu Maha Adil. Maka ada kelonggaran untuk di makan babi mengikut sesuatu faktor yang membenarkannya.

Jadi, mengapa ini tidak terjadi kepada Couple seperti yang lu olah dan tafsirkan? Mengapa lu secara terus cap couple itu haram tanpa lu beri sedikit kelonggaran yang membenarkannya? Kenapa lu kejam sangat? Kenapa lu jadikan lu lebih power dari Tuhan ha? Senang cerita, fatwa lu ni adil ke tak sebenarnya?

Gua dah cakap tadi. Memang tak adil. Bagi gua, gua cadangkan macam ni. Kita patut rombak dan gubal pernyataan 'Couple itu Haram' kepada dua tafsiran cabang iaini;

"Berpasangan atau couple secara melebihi batas, memudaratkan dan menghampiri zina adalah Haram. Tiga pilihan-cara mengatasinya; Berpisah, bertaubat atau menyegerakan pernikahan! Tetapi, berpasangan atau  couple secara tidak memudaratkan, tidak melanggar batas dan menjauhi zina adalah harus.".

Gua taknak cakap ia halal. Gua claim sebagai harus. Sebab dalam terma menjatuhkan fatwa, halal dan haram bukan boleh dibuat main-main. Sebab couple (berpasangan) ini bagi gua adalah suatu kejadian yang Tuhan ciptakan seperti yang dah di sebut dalam Al-Quran terang-terang.

See? Nampak panjang, tapi ia simple to follow. Simple to understand. Budak darjah satu sampai nenek menopause pun boleh faham. Takdelah ramai orang menggelabah nenen nak tunjuk power bukan-bukan sana sini. Cursed orang macam celaka. Perlekeh dan ejek orang lain. Ini budaya apa ni? Budaya Yahudi yang nak jadi lebih terer dari Tuhan?

Kamonnlah wehh. Stop being ridiculous. Stop being paranoid with 'couple itu haram' terms. Marilah kita perbetulkan balik persepsi kita ini dengan meningkatkan dakwah yang tak buat orang naik darah dan bergaduh. Kesian weh dekat orang yang tak bersalah panik semacam sampai putus cinta, putus sahabat, putus sedara, putus jiran kerana tafsiran dan fatwa yang salah serba mengarut ni. Lu pun tahu kan kalau kita putuskan persaudaraan sesama agama lebih tiga hari jatuh hukum apa?

So, adakah Terfaktab menggalakkan maksiat dan zina dengan isu cinta? Gua nak cakap; Kepala hangguk kau. Lu ingat ni laman porno ke? Ini laman perbincangan cinta dan relationship ke arah kebaikkan, ilmiah, logik, hiburan ringan, sindiran dan trollisme. Faham? Baca tak deskripsi sebelah side-bar tu?

Ni pandangan gua. Kalau lu terasa, nak marah, gua peduli apa. Lu nak kata gua tak Islamik, tak percaya, tak follow dengan ulama, mufti, ustaz azhar, ustaz zaharuddin, ustaz kazim elias, imam muda ashraf, haron din, nik aziz bahkan rosmah puaka sekalipun apa gua peduli. Kalau lu sedia awal baca blog gua, lu dah tahu siapa yang gua rujuk selalunya dalam hal Islamik macam ni. Kental gua pada Syeikh Nuruddin, pada buku-buku tulisan Syeikh Arsyad Al-Banjari masih membara. Pergilah cari Kitab Nuqtatul-Ajlan kalau lu nak tahu sangat pasal wanita dan hal suami-isteri macam mana gayanya.

And, finally. Terus-terang gua tubuhkan Terfaktab dengan niat yang baik. Menyemai semua orang dengan cinta supaya kita semua ni tak bergaduh. Kahwin cepat, kahwin bahagia. Cinta adalah benda paling tertua dalam sejarah manusia. Sebab masa Adam dan Hawa wujud. Cinta lah benda awal yang terjadi. Bukannya politik, bukannya bola sepak mahupun cerita pasal kiamat. Takdelah nas bila Nabi Adam terjadi je dia tanya; 'Bila kiamat?'. Tak, tak. Adam sujud pada Tuhan kerana syukur, kerana cinta dan dia rasa dia sunyi hidup sorang-sorang tahu? Nak peneman. Maka, terjadilah Hawa. So, takdenya gua nak agung-agung kan sangat cinta manusia. Bagi gua cinta manusia dan tuhan kena seimbang. Baru lu rasai kemanisan jadi manusia yang baik macam mana. Paling penting, Terfaktab ni memang landasan mengembalikan semangat orang yang putus cinta. Sebab, gua tengok setakat ini, dah ramai benor orang putus cinta sampai nak bawa bunuh diri. Lu tak nak kesiankan cinta orang, tapi lu kesiankanlah mak bapak lu yang dah bercinta sampai lu keluar kat muka bumi ni sudeyhhh. Orait?

Chalo asalamualaikom!



p/s : sebenarnya, mmg rasa tak sedap bila kita ada makwe/pakwe. tiba2 ada datang sekor makhluk ckp; 'woi, couple itu haram'. series kau nak makan kasut ke? bahasa tu jaga skit beb. ingat semua org ni jahat ke?

57 ulasan:

natasya eddie berkata...

wow.aku suka entry ni.first time aku baca focus gile..kadang2 dorang hanya ada satu definasi shj untuk couple ni.tak open minded. suka blog kau jge :)

Lucifer berkata...

._. kapel tak haram, yang haram adalah berlaku sentuhan yang menginzalkan. keh keh keh. nampak sangat orang cakap macam tu membayangkan kapel pegang tangan pegang anu ye dak?

nEuR0 shEwAzni berkata...

ini aku setuju . then how about couple (tunang) yang get ready nak kahwin . kalo nak cakap gak g cakap kat yang melampaui batas .

Syara Mohammad berkata...

Couldn't agree more...

H Y D E berkata...

two thumbs up. tajam.

Rimi H. berkata...

padat.tepat.pedas.kelasss!

Kucing Putih berkata...

"Sesungguhnya berkahwin itu lebih baik daripada bercouple......... Couple itu haramm..........."













..... *bukak drama Korea. Tongkat dagu, di awangan*

Miss Dolce and Gabbana berkata...

Wah.Berkurun dah aku tunggu pasal Aqram nak elaborate kapel itu haram yang di perdebatkan di page terfaktab.Akhirnya terpublish sudah.

Terbaiklah bai.First time aku baca tanpa skip satu patah perkataan.Dan aku setuju dengan komen daripada lucifer tu.

So lepas ni kalau ada orang cakap kapel itu haram aku bagi diorang baca blog kau la Aqram.haha.

Eyka berkata...

couple itu haram ke tak? *ulang2 lagi..hahaha*


jgn balik kasut kat gua tauu..gua nak balik la ni..keh keh keh :P

Johan 'Champ' Radzi berkata...

Haha nice one. Akhirnya ada yang berani bawak hal ini kedepan.

Anisa Hang Tuah berkata...

saya sedang berpacaran.

tapi minta dijauhkan dari segala maksiat.

yang sememamngnya haram disisi agama.

kaurang.

rileks yee

biasalah tu cakap-cakap orang.

kalau tade resam, pahit dan dugaan.

bukan hidup namanya.

chill bebeh.

Aqram berkata...

@natasya

terima kasih. definisi cinta infiniti.

@neuro

itu takpe. yg tunang tanpa sedar lagilah kejadah.

@syara

tengok cuaca.

@hyde

shakehand.

@rimi

buas.

@kucing putih

sarkastik lu mmg penuh saka.

@miss dolce

usaha yg terbaik!

@eyka

beli kasut baru. setel.

@johan

try my best

@anisa

rileks sudeyhh

bact. berkata...

kawen memang lebih baik dari kapel

tapi mana datang nya kawen kalo tak mula dari kapel.

TheBentPencil berkata...

kalau nak tahu (or mungkin korg dah tahu) yg parents saya adalah couple kat Uni, 30++ tahun dulu. macam kapel biasa la. yknow, keluar sana sini, kasi hadiah, jumpa parents etc. 4 tahun later baru kahwin.

tapi diorg still agak strict bila kitorg anak-anak dia berkapel. terkadang membuat saya fikir, "eh korang dulu kapel takpe..."

sebenarnya bukan dia nak halang couple per se (siapa xnak anak dia xde calon kahwin haha) tapi dia tak suka dengan couple cara "zaman kita". yknow, jantan usung anak dara orang merata2 sampai ke dini hari, berkasih sayang angau sampai lupa belajar, berhabih duit beli topup, hadiah padahal gaji xde lagi....

*mark my words, if I couple, you won''t see us ogling on facebook or holding hands like married people.

TheBentPencil berkata...

p.s. teringat cite member+roomate couple ni. setiap kali dia orang sibuk2 berdating dekat cafe, mesti datang persatuan mahasiswa islam bersyarah pasal hukum couple, hukum pegang tangan, hukum zina etc etc.

dan setiap kali tu jugaklah, diorg berdua senyum dan cakap "terima kasih" kat ustaz2 tu.

terima kasih kerana menasihat. tapi kami tetap akan memilih cara ini, berdasarkan kefahaman kami sendiri.

SeliparBiru berkata...

nice one.. aku suka ini.

cik bella tan berkata...

i love this and bent pny view :)

Mat berkata...

yes. Ini pawer taiko. Realistik tu penting. Realistik. Laki bini pun boleh kata kapel. Haram kepala bana apa.

Aqram berkata...

laki bini secara dasarnya di kira couple. couple kan subset dgn marriage.

malah, berpasangan main ping pong pun dikira couple. juga di sebut double. atau tag-team.

so, skrg ni aku nak tanya. macam mana dengan terms 'Nabi Muhammad itu kekasih Allah', yg selalu kita dengar dalam mempelajari agama islam?

adakah nabi berkapel dgn Allah? sebab terms 'kekasih' itu menjerumus kepada couple.

gosh! takkan nak kata terms 'nabi muhamaad kekasih Allah' jadi haram? sebab couple itu haram?

kat sini lah yg membezakan betapa kita tidak boleh menghukum, menfatwa secara tidak adil dlm terms 'couple' ini. ye dak?

Sofia Vy Nin berkata...

ini serious suka! brave opinion, nice :)

Tanpa Nama berkata...

kamon serbanist,give your comment..

Miss Dolce and Gabbana berkata...

Setuju dengan komen the bent pencil.Actually parents zaman sekarang bukan tak kasi anak-anak mereka bercouple.Mereka cuma tak suka konsep couple zaman sekarang.Tengok je la dalam berita hari-hari ada kes buang bayi.Budak-budak sekarang terlampau advanced sebab itu ibu bapa jadi takut bila anak-anak mula berpacaran.Mulalah pantau setiap aktiviti anak melalui facebook,twitter and etc.

Mereka just nak partner yang terbaik buat anak-anak mereka.Famili siapa yang tak mahu lihat kebahagiaan anak-anak sendirikan.Think twice bila nak bercouple. Senyum sambil buat tanda keamanan.


*sekali lagi nak tanya Aqram kapel tu haram ke tak ha? :P

||Cik Aida|| berkata...

Setuju dgn setiap point yg cuba disampaikan disini... Malahan, seringkali terbace mgatakan yg couple ni zina hati.. sebab bila bcouple kita akan igt org tu.. hati mula rada rindu n etc.. so hukumnya haram...

Walhal, zina hati itu sebenarnya terjadi bila kita membayangkan benda2 yg tidak spatutnya terjadi.. cth, membayangkan kita sedang cium sang kekasih yg belum lagi halal n etc..

Kalau stakat couple, and kita hanya terigt dh mkn or blum, itu rasanya bukan zina hati yg membawa ke frasa couple itu haram.

Corrects me if im wrong!

RepublicAku berkata...

aku tiada komen...kalau ada yang tak faham2 lagi pergi jahanam!

Tanpa Nama berkata...

ko ni sape nak pertikai fatwa dan hukum2 yg dibuat oleh ulama'2,mufti2,ustaz2.ko dah byk sgt ke ilmu.kitab ape yg ko dah hfal.jgn fikir ikut nafsu,akal.ade la dalil2 yg ulama'2 gne ntuk mntap kan sesuatu hukum.ko ingt yg wat fatwa2 tu org yg dok tpi longkang ke.

sme2 kte blaja. berkata...

yg halal itu jelas.yg haram itu jelas.jgn la anda menggunakan dalil2 untuk menghalalkn yg haram.

Tanpa Nama berkata...

jeng-jeng...hahaha..kalau mufti haramkan tarian poco-poco ikut dalil pe ek?ni nak kira mufti dok tepi longkang ke?



terang-terang dia cakap bukan semua orang jahat.booooo!!!

kongsi ilmu jea... berkata...

pasal tarian poco2 tu....gerakan die meniru gerakan org bkan islam beribadat......"sape2 yg meniru org kafir maka die bkan dari kalangan aku"hadis........sbb tu la poco2 diharam kan.....

Wan berkata...

Peh, macam lah orang yg buat poco2 tu nak ikot sangat orang bukan Islam beribadat? Opinion aku, it depends on the way kita intrepret. Kalau ikot pantang ada benda sama dgn agama lain je nak haram, ape je yg tinggal utk ko buat @ pakai? I mean, contoh kalau rumah tu ada bingkai tingkap menyerupai bentuk salib, takkan kau nak kata rumah tu malaikat tak masuk sebab ada bentuk menyerupai salib @ orang kat dalam rumah tu kapiaq sbb ada tanda menyerupai salib kat tingkap depa? Bullshit tau tak?

kongsi ilmu jea... berkata...

mmg laa org yg buat poco2 tu x nak ikot sgt org bukan islam beribadat....tu pon klau die thu...masalah nye org x sdr yg gerakan poco2 ikot agama laen beribadat......knpe x leh ke nak gerakan poco2 tu bulat ke petak ke....knpe msti 1 dpn 1 kiri 1 knn 2 blkg.....byk lgi la bnde boleh buat klau nak bersenam....pasal bingkai tingkap tu....klau tuan rumah die thu bingkai tingkap tu menyerupai salib....kne tukar la....klau tuan rumah tu x sedar x pe...dimaafkan....x kan x mampu nak tukar kott....bingkai tingkap yg pelik2 ni bese nye org berada je pakai...org miskin x de nye nak pakai bingkai tingkap pelik2....ade tingkap pon syukur dah...xde yg bullshit nye laa....

kongsi ilmu jea... berkata...

mmg laa org yg buat poco2 tu x nak ikot sgt org bukan islam beribadat....tu pon klau die thu...masalah nye org x sdr yg gerakan poco2 ikot agama laen beribadat......knpe x leh ke nak gerakan poco2 tu bulat ke petak ke....knpe msti 1 dpn 1 kiri 1 knn 2 blkg.....byk lgi la bnde boleh buat klau nak bersenam....pasal bingkai tingkap tu....klau tuan rumah die thu bingkai tingkap tu menyerupai salib....kne tukar la....klau tuan rumah tu x sedar x pe...dimaafkan....x kan x mampu nak tukar kott....bingkai tingkap yg pelik2 ni bese nye org berada je pakai...org miskin x de nye nak pakai bingkai tingkap pelik2....ade tingkap pon syukur dah...xde yg bullshit nye laa....

kongsi ilmu jea... berkata...

mmg laa org yg buat poco2 tu x nak ikot sgt org bukan islam beribadat....tu pon klau die thu...masalah nye org x sdr yg gerakan poco2 ikot agama laen beribadat......knpe x leh ke nak gerakan poco2 tu bulat ke petak ke....knpe msti 1 dpn 1 kiri 1 knn 2 blkg.....byk lgi la bnde boleh buat klau nak bersenam....pasal bingkai tingkap tu....klau tuan rumah die thu bingkai tingkap tu menyerupai salib....kne tukar la....klau tuan rumah tu x sedar x pe...dimaafkan....x kan x mampu nak tukar kott....bingkai tingkap yg pelik2 ni bese nye org berada je pakai...org miskin x de nye nak pakai bingkai tingkap pelik2....ade tingkap pon syukur dah...xde yg bullshit nye laa....

Tanpa Nama berkata...

apalah nasib cerita nabi isa mati kena salib (walaupun tak) ni eh? paranoid betul org islam skrg dgn lambang salib. sampai lambang 't' pun paranoid, langkah kiri kanan belakang depan pun paranoid. agaknya kalau nabi isa 'mati' kat wheelchair. agak2 korang nak haramkan wheelchair tak?

Tanpa Nama berkata...

sape yang paranoid dengan lambang salib jangan guna huruf t ye....salib tu....aku nk ko bls komen aku tanpa huruf t...ada bran?

sembang kemas berkata...

Aqram.Salute!

terbaik.

aku nak cite sikit la,time aku matrikulasi dlu,ramai bercouple,then lepas je fatwa couple itu haram keluar.

semua ketakutan,semua bercerai berai.

memutuskan ikatan silatulrahim.

hmm.

kongsi ilmu jea... berkata...

bkan paranoid dgn lmbg salib atau hruf t.pghrman lambg salib bkan sbb nabi isa.lambg salib tu lambg agama laen.

nettOo berkata...

two thumbs up!!haha

Tanpa Nama berkata...

t tu lambang salib la kan...lambang agama lain...HARAMKAN T..KAHKAHKAH

syuhadaadros berkata...

sementara orang masih bersuara pasal haram ke halal, aku pulak pegi google:

Syeikh Nuruddin
Syeikh Arsyad Al-Banjari
dan Kitab Nuqtatul-Ajlan.

dari dulu aku baca tulisan kau Aqram, kau memang lain dari yg lain.

*oke aku keluar topik*

fyy mokhtar berkata...

kapel?? ape itu?? ajar bolehh?? dah lupe macam mane nak bercinta . komplikasi duniawi betul la.

FiM here! berkata...

wah panjang lu membebel beb! tapi tak aku suke. sebab aku yg bace entry nie wakakaka..


eh nice entry.wa lepak banyak di sini bro!
keep it up!

Honda berkata...

Waalaikumsalam,

Aku pun pernah terdengar gak kempen 'Couple itu haram' masa kat uni tu. Cuma tak efek aku apa2 memandangkan aku mmg tak teringin pun nak berkapel, berpeneman pun. Yap, lagak diorang nampak cambest, bila bercouple dialah paling hensem/cun/laku dlm kampus, paling bahagia konon dll. Lebih teruk, group ni la paling aktif sekali tampal love letter kat dinding, tulis blog2 jiwang dll. So, aku biar je. Aku tau prority aku.

Pehal pun, aku respek motif diorang berkempen supaya remaja sekolah/budak IPT jangan berkapel. Hakikatnya, dlm umur2 sebegitu, they don't need pun sebarang attachment dari segi hati. Ramai beri alasan, 'aku perlu bercinta/bercouple utk memahami erti hidup, untuk memahami diri aku dll'. I don't buy that. Ni tanggapan aku je- diorang bercouple sbb diorang kurang dpt perhatian dgn mak bapak & adik beradik sendiri. Tak cukup heart bond sehingga diorang cari attachment hati dgn pasangan mereka di sekolah/uni.

So, semua org ada isu masing2. Yg ternoda, berzina, buang anak tu. You have been warned, tapi kau masih dgn angan2 kau - indahnya cinta. Aku malas nak sentuh kategori ni.

That's why, aku bukan marah. Cuma aku antara manusia yg mungkin kau bakal tak suka sebab tak setuju dengan tafsiran couple itu ialah - Pasangan. Dwi. Dua pihak yang terikat. YANG DIBOLEHKAN. Bagi aku, elakkanlah, lebih2 lagi masa kau masih sekolah/IPT. Kau anggap itu normal, takde sape boleh change kau. Tapi kau jangan galakkan ORANG LAIN anggap ia normal, diberi kelonggaran utk 'diiikat hati'& dibolehkan pulak. Ni berdasarkan ayat kau- "Buatlah apa pun dengan cinta asalkan ke jalan kebaikkan. Carilah cinta. Usaha cari cinta untuk dapatkan pasangan. " Of course, yg sedang sarat bercouple , meloncat gembira dgn qoute kau ni.

Masalahnya sekarang, masyarakat kita anggap bercouple as long as boleh jaga diri/batas itu NORMAL tetapi single tu TAK NORMAL(almost hina pun ada)! Bercinta sebelum kawen tu NORMAL, kawen ala2 zaman Atuk Nenek TAK NORMAL. Kau nampak tak? Padahal, zaman nabi dulu berkapel tu directly SALAH! Malah, takde pun sesi 'berattachment hati' sebelum kawen. Jadi, bagi canlah sikit kpd mereka2 yg membawa kempen ' Bercouple tu haram'. Niat mereka baik bukan sebaliknya. Mungkin cara diorang kot yg jadik isu utama dlm entri kau, bukan pasal halal haram neh.

Niat kau baek, tapi tak semestinya semua orang perlu disemai dengan cinta supaya kita semua ni tak gaduh. Bukannya, bila putusnya couple, putuslah silaturahim.

Gila panjang reply aku. Kau jangan tak approve pulak. Letih aku menaip. Tak payah la kau label aku maksum gara2 point aku berlainan dgn kau. So, ucapan last aku. Berhenti sebentar/slow down drp tercari2 attachment hati dgn manusia lain. Bila kau jumpa cinta tuhan, nescaya jalan utk utk ke cinta manusia lebih indah drp yg kau sangka.

PS: Aku tak pernah baca TerFaktab. Sori la kalau apa aku cakap ni tak berkaitan.

Tanpa Nama berkata...

"couple secara tidak memudaratkan, tidak melanggar batas dan menjauhi zina adalah harus"

yg t'amat confiusnya, tahukah anda penulis-pengolah tu mcm mana yg dikatakan x memudaratkn, x melanggari batas n m'jauhi zina?

sila nyatakan bagaimana anda pasti satu pasangan itu secara luarannya tidak melanggari batas agama tetapi bagaimana pula secara rohaninya?

pd pndangan sy, cuba kamu buat research paper tittled pasal isu ni..then kita lihat ape hasilnye...adakah benar pandangan kamu atau sebaliknya ;) tQ

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah" (51:49).

ini satu hal lagi..adakah anda benar benar memahami apa yg dimaksudkan dengan berpasang pasangan dgn ayat diatas..adakah ia hubungan cinta tanpa ikatan yg halal?tepuk dada tny iman..

satu hal lagi..babi itu mmg haram tetapi halal pada waktu darurat..tapi wujudkah darurat dalam isu berpasangan secara haram?

saya sekadar ingin berkongsi pendapat serta ingin mendapat penjelasan yg lebey kuat.sebaik baik org yg bersuara adalah org yg berilmu..

pada saya keadilan yg anda cari bukan ada pada batas pemikiran manusia tapi yg terbaik hanyalah Dia Yang Maha Adil lagi Bijaksana ;)

elisa amirah berkata...

Bagi aku being a single (tak couple) nie macam pakai tudung labuh. Benda baik tapi tak ramai buat. (:
*my opinion*

elisa amirah berkata...

Bagi aku being a single (tak couple) nie macam pakai tudung labuh. Benda baik tapi tak ramai buat. (:
*my opinion*

Nordin berkata...

Ada ustaz couple dengan isteri dia sebelum tunang dan nikah. Call tidak, sms jarang sekali. Tidak lama kemudian, diorang tunang dan akhirnya berkawin. Well, at least iman diorang kuat untuk kawal diri. Kalau rasa iman tu masih tahap noobster, bagus jangan duk mimpi nak couple la. Bahana syaitan menghasut menggoda ni sangat kuat.

Tanpa Nama berkata...

matlamat tidak menghalalkan cara... ' COUPLE YANG DIBOLEHKAN'
Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatl...ah jika nak diceritakan. Tetapi, Sy...afiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah. beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu. Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya. "Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.” Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas... p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam

Tanpa Nama berkata...

matlamat tidak menghalalkan cara... ' COUPLE YANG DIBOLEHKAN'
Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatl...ah jika nak diceritakan. Tetapi, Sy...afiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah. beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu. Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya. "Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.” Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas... p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam

E-one berkata...

Tanda2 kiamat.

TERCABUTNYA ILMU DI DADA.
DOMINANNYA KEBODOHAN.

Tanpa Nama berkata...

indeed ;)
aku da lame xdtg bace...dgr ko gado xpuas hati dgn sorag blogger tu..ok abaikan..


em terhenti jap keje aku bace entry ni..so thumbs up!

suke dowwwh!

alia farhah berkata...

first time here.
good. keep it up :)

Wilayah Sepet Kuku berkata...

as salam...1st time terjebak kat sini...

well gua suka entry-entry lu..

jujur..

theRandomcraps berkata...

hahaha,
tenang saja.
liberal liberal hahahaha

laskar pelangi berkata...

terpana baca entry ni.cayalah aqram. rasa nak open table pastu mnom teh tarik ngan ko. fuhhhh!

serius ko sangat berani tegakkan sesuatu yg menjadikan tanda tanya remaja sekarang. memang aku penggemar terfaktab. kalau ada entry baru. mmg wajib baca..walau dah lambat g kelas. tak ke sengal camtu? terfaktab punya pasal. gua bangga dengan lu aqram!!

K2r~90 berkata...

kuar ler HAram camne pon.. lagi rmai y terjebak..


pndai bw diri sudaaaaa.. umo da beso..

Tanpa Nama berkata...

ayat lu mcm ape daaa.. mcm ni kah nk org dgr pendapat lu? da blaja agama tnggi mane nk ptikai ape yg ulama kta haram? smua ijtihad ulama buat based on quran n hadis. bpasangan dlm ayat quran tu dlm kontek manusia, pasangan yg da kawin. islam haramkan kapel, sbb nak jaga dari peringkat awal lagi supaya xterjebak dgn perbuatan yg lebih teruk, zina n tjadinya kes buang bayi. actly, zina ada mcm2, zina hati, zina mulut, tgn.... klau kapel, konpem la zina hati da. mmg lah ada yg kapel tp jaga pgaulan. tp byk mane org yg jaga,xbersentuh langsung ?sgt sikit...dgn kapel ni lah rmai yg da rosak, xteruna n xdara skrang sblom kawin. n lbih truk lg, kapel ngan org lain n da buat mcm2, tp kawin ngan org lain. mmg la kalu pk, cmne nak cari pasangan nnt klu xkapel? klau kte ikut ape yg panduan Allah suruh, insyaAllah kita akan mendapat kebaikan,kebahagian, pasangan yg elok. yakin janji-Nya. sesungguhnya org yg baik dpt pasangan yg baik. cinta xdtg bergolek sendri. mmg kita dsuruh cari jodoh, tp ada caranya. xsmestinya dgn kapel. dekati wali,btunang. actly tunang xde dalam islam, yg ada ialah nikah khitbah(nikah gantung). cinta pd Allah harus lebih dr cinta pd manusia. mmg ramai manusia skrg suka bckap psal agama, pdahal dri dye sndri teruk. xsemestinya kita da sempurna baru bleyh nasihat org sbb smua org xsempurna, tp make sure diri kita xteruk dr org yg kte nak nasihat. wa xwarak,xpndai buat ayat bez2 ngan dalil bagai, tp tu yg wa paham. :)

saifullizad berkata...

assalamualaikum...
maaf mencelah skit...
tujuan saudara aqram bangkitkan isu ini adalah secara ringkasnya untuk menyatakan yang BERDUA-DUAN ANTARA LELAKI N PEREMPUAN YG BUKAN MAHRAM ADALAH HARAM JIKA ADA PERBUATAN MAKSIAT,TETAPI HARUS JIKA IANYA MEMBAWA KEBAIKAN...tidak ada salahnya krn mmg naluri manusia inginkan pasangan/teman untuk berkongsi perasaan,cuma jgn melampaui batas la... cuba renungkan sejenak jika lelaki n perempuan dipisahkn? masing2 akan tertarik pada jantina yg sama-seperti satu kes mangsa yg buat pengakuan kpd sy,katanya dia menjadi seorg lelaki lembut yg hanya berperasaan kpd lelaki disebabkan ketika beliau belajar di sebuah sekolah agama berasrama penuh yg pelajarnya semua lelaki,beliau dijadikan sbg pemuas nafsu rakan2 sekolahnya yg juga lelaki- ini adalah realiti yg sgt pahit utk kita terima...jgnlah kita mudah salah sangka krn berfikiran negatif tu juga salah satu penyakit hati...gunakan lah nikmat akal yg Allah berikan tu sebaik2nya...tujuan saudara aqram ni adalah baik,cuma ayat yg digunakan tu mungkin org mudah salah sangka... :)