Oktober 14, 2011

Cinta Tak Berbalas.

p/s: saja cerita buat gelak-gelak. jangan serius sangat ok?


Ahmad Jais, Rafeah Buang dan S. Jibeng berkawan baik.

Ahmad Jais suka pada Rafeah Buang. Rakan duet. Ahmad Jais simpan perasaan jatuh hati secara senyap kepada Rafeah Buang. Tangkap cintan secara diam.

S. Jibeng faham benar kawan dia ini. Dia sokong kalau kawan dia ini menikah dengan Rafeah Buang.

Rafeah Buang apa kurangnya. Gadis yang cun-melecun. Baik. Memang elok dibuat bini. Apatah lagi menjadi bini Ahmad Jais.

Rafeah Buang ini masalahnya cepat sangat keliru. Dia tahu Ahmad Jais sukakan dia.  Tapi tu lah. Suatu hari, dia telah mengecewakan Ahmad Jais. Rafeah Buang telah menerima pinangan kerabat Pahang. Atau erti kata lain, anak Sultan Pahang. Lalu, Rafeah Buang bernikah dengan anak Sultan Pahang.

Ada orang kata Rafeah Buang materialistik. Tapi, sebenarnya tidak. Jodoh. Nak buat macam mana.

Ahmad Jais kecewa. Kecewa sangat-sangat dengan Rafeah Buang. Luruh hati Ahmad Jais apabila gadis yang dipuja berkahwin dengan lelaki lain. Lalu, Ahmad Jais membawa diri ke Johor.

Ahmad Jais membawa diri ke Tambak Johor. Dia nekad mahu membunuh diri. Pilu hati tak terganti. Rafeah Buang telah mengecewakannya sepenuh-penuh kedukaan.

S.Jibeng yang merupakan kawan baik Ahmad Jais, bila tahu hal Ahmad Jais nak membunuh diri. Terus datang ke Tambak Johor.

S. Jibeng tangkap dan tahan Ahmad Jais dari membunuh diri terjun dari Tambak Johor....






Ok. Apa yang tak logiknya mengenai cerita ini? Kehkehkeh!


p/s 2 : Al-Fatihah kepada mereka bertiga.

11 ulasan:

erysweetie berkata...

err...garu kepala

Tasha berkata...

errr...s jibeng kan buta!

Adib berkata...

aku pun rasa yg xlogic adalah s jibeng selamatkan ahmad jais sbb s jibeng buta

norinaomar berkata...

alaa..dah ada yang tolong jawab daa

cik ciput berkata...

nama je tu..bukan s jibeng betul pun..kan?kan?haha

Fatin Nadia berkata...

blurrr~~~

RepublicAku berkata...

keh3..kadang-kadang mmg gila idea kau ni....

sYafIk-wAy berkata...

siapa mereka ???

nettOo berkata...

oohh begitu..(sambil garu kepala)

ZeBentPenzel berkata...

Gantikan nama-nama watak berikut kepada Bella Swan, Edward Cullen dan Jacob.

dan ce teka mana satu Edward Cullen. Haha!

kikilala berkata...

nice!