Oktober 07, 2011

Jumaat

Ada orang cakap. Ok, pihak Hizbut Tahir cakap;

"Hudud kena buat jugak kat Malaysia. Sebab kena ikut nas, dan bukan ikut keadaan"

Aku tergelak sebenarnya bila baca artikel Hizbut Tahir tu masa lepas solat Jumaat tadi. Menggelengkan kepala melihat watak-watak pejuang konon Islamik yang cakap tapi akal letak kat lantai. Keras hati nak melaksanakan hudud tanpa memeriksa keadaan sekeliling. Well, kenapa aku cakap keadaan sekeliling? Mestilah, kalau kita nak laksana sesuatu kenalah dengan sebab yang betul, masa dan tempat yang tepat.

Ikut cara PAS, cara Hisbut Tahir ka, harakah ka memang buat tunggang-langgang. Apatah lagi cara sapa mamat yang buat entri Steve Jobs berketurunan muslim tu? Siapa? Oh, abaikan. Dia bukan penting pun.

OK

Kalaulah kau kata nak laksana hudud ini atas sebab nas, dan menolak konteks keadaan semasa. Di sini aku tampilkan pendapat aku mengapa aku rasa sebab kau adalah salah.

Dengar sini;

Kau terfikir tak. Kenapa Al-Quran itu tidak Allah turunkan kepada Rasuluallah SAW dengan hantar sebuah buku sekelepuk terus? Kenapa mesti sedikit-sedikit Allah turunkan wahyu? Bila sampai zaman Saidina Umar baru ayat-ayat Al-Quran itu dibukukan. Eh, kalau Allah itu Maha Kuasa, lepas je Nabi Muhammad SAW tu jadi Rasul, boleh je Allah turunkan seketul buku pada baginda.

"Ha, nah. Kau dah jadi Rasul. Amek kitab Al-Quran ini dan pimpin umat kau. Laksanakan tanggungjawab kau". 

Setel. Mudah dan senang bukan? Tapi, mengapa ya wahyu itu Allah turunkan sedikit-sedikit.

Mestilah kerana;

1. Wahyu diturunkan juga kerana mengikut keadaan dan situasi. Kalau ada peristiwa ini sekian-sekian, maka Allah turunkan wahyu pada baginda untuk memberi petunjuk dan penyelesaian. Bermakna dalam analogi hal hudud ini, nas macam mana pun kau pentingkan, kalau kau tiada masa yang tepat. Tak jadi beb. Dengan keadaan umat Islam kini yang tunggang-langgang sosialnya, akidahnya. Belum sampai masa lagi. Dengan keadaan usaha kita nak didik umat Islam ni jadi power pun tak capai lagi. Apa kejadahnya kau tiba-tiba semangat nak laksana secara membabi buta? Sabar skit boleh tak? Kau buat kerja dakwah kau, aku buat kerja dakwah aku. 

2. Allah Maha Mengetahui. Hanya Tuhan saja tahu kenapa Al-Quran tidak diturunkan secara pukal atau secara sebuah buku. Ada hikmahnya. Tapi, tak bermakna kita tak boleh berfikir tentang rahsia Allah itu. Bagi aku, kalau Allah turunkan sebuah buku (Al-Quran) seketul terus kepada baginda. Mestilah nampak tipu. Ye lah, baginda membaca dan menulis pun tak tahu masa itu. As well, kau perasan tak pasal hal ini? Seorang yang tak reti membaca, tak reti menulis ditakdirkan menjadi seorang utusan Tuhan. Aku nak bagitau, mungkinlah kau pernah menjahilkan orang kerana orang itu bodoh, miskin, dan tak reti mengira waktu sekarang. Tapi, jangan terkejut kalau orang yang kau jahilkan itu suatu hari nanti akan menjadi utusan Tuhan. Ha, amacam?

3. Bagi aku secara peribadi. Allah turunkan wahyu sedikit-sedikit kerana mahu para umat Islam ini berfikir tentang pentingnya kesabaran dan istaqamah dalam mencari kebenaran atau mencari hidayah. Ya, itu yang tepatnya. Kiranya, kau boleh cakap itu ini dan apa saja untuk sedarkan orang lain. Tapi, kau tak boleh paksa macam itu saja. Kena sabar. Kau boleh cakap kerajaan babi, barang naik blah blah. Tapi, aku nak tanya. Apakah semua yang kau ungkapkan itu tepat seratus peratus? Kalau kau main tuduh macam itu saja, padahal yang sebaliknya tak sama macam yang kau tuduh. Apakah itu tak membuatkan kau tergolong dalam yang bakal dicampak ke dalam api neraka? Main suka-suka tuduh dakwa itu ini. Ewahh. Sapa ajar kau ni? Iblis? Heh. Rileks-lah. Take a time dalam berdakwah. Jangan jadi gelojoh macam geng-geng PAS, Hizbut tahir ni semua, geng-geng serbanitas ini semua. Sudahlah gelojoh nak set itu ini, lepas tu bila kita suarakan pendapat kita, angkuh kemaen mengutuk balik. Jadah.

Aku rasa, itu saja yang aku nak cakap. Sekarang baik tengok belanjawan mintak-mintak harga rokok turun. Hehehe, mana tahu?

55 ulasan:

free compass berkata...

pengharaman arak pun Allah buat secara berperingkat sebab arak adalah budaya orang arab pada zaman tu. begitu juga dengan perhambaan dan yang lain2nya. nak suruh orang patuh perintah tuhan bukan kerja 2-3 hari, makan masa beb.

syAzAnA berkata...

at last, ada gak orang yang sama pendapat dgn aku.

love you lah wei!

Syara Mohammad berkata...

All the above I couldn't agree more.

The ending so encouraging.

Harga rokok turun? Tak mau lah smoke. Busuk lah asap tu.

Okay. No offense. Sorry.

SoutulMujahid berkata...

wahh.. seronok juga ya baca penulisan golongan liberal + sekular yg macam nakkan islam, tapi tolak islam. dah masak dgn golongan liberal + sekular macam ni. hihi~

1. tunggang-langgang sosial? macam blog ni ke? bertopeng mcm nak islam tapi tolak hudud atas alasan masyarakat. nak tunggu masyarakat macam mana dulu ek? ada standard khusus tak supaya hukum islam tu dilaksanakan? kalau ada standard khusus, sila nyatakan ya. sebab aku pun nak tau macam mana. mungkin setiap individu dlm masyarakat tu kena jd macam imam al-ghazali dulu baru nak terapkan islam?

2. memang benar al-quran diturunkan secara berperingkat. tp sekarang ni al-quran dah lengkap diturunkan atau belum bang? nak tunggu bila baru nak laksanakan islam? nak tunggu LensaRosak dapat wahyu lengkap ke?

3. kalau ikut 'secara peribadi' memanglah macam2 yg kita nak, kan? berzina pun sedap kan? buat apa ikut 'secara peribadi', tp ikutlah AQ dan AS. ikut kepala otak golongan sekular + liberal memang macam ni. topeng islam dlm umno. tp terang2 tolak islam. kih3. kelakarnya baca penulisan org jahil murakkab ni

aku rasa ni saja. sekarang baik tgk belanjawan KALAU KOT2 NAJIB NAK TERAPKAN ISLAM. kih3~

Johan 'Champ' Radzi berkata...

tak tak, sebenarnya Aqram betul. Hudud memanglah undang2 Allah tapi kita kena ikut waktu semasa. Sedangkan saidina umar mengisytiharkan istikhsan. Dan aku percaya, keterangan Dr Asri pasal hudud patut ditekuni. Ada logiknya dalam hujah-hujah ustaz tersebut.

Tanpa Nama berkata...

@soutulMujahid

jangan tunjuk kau tu baik sangat. dalam pc belambak video lucah. aku tengah download dari pc kau ni.

Tanpa Nama berkata...

@suntutjuburnya

pong pang pong pang pasal agama kat sini...ak tengok kat blog kau tu ada iklan perempuan tak tutup aurat lagi... sebelum kau nak implement islam kat orang lain, tengok diri kau tu dulu. banyak sangat iklan nuffnang haram kat blog 'islam' kau tu...ke kau tak tahu? kau tau tak tunjuk gambar perempuan tak tutup aurat dlm blog dosa besar? tunjuk aib orang lain? hahaha engkau pun liberal jugak. pasal halal haram tak pa, asal dapat duit. kejadahnya engkau ni?

SoutulMujahid berkata...

alahai. sejak bila plak umar perkenalkan istihsan? itu kaedah imam asy-syafi'ie. kaedah tu valid ke bagi hukum hudud?

saidina umar TANGGUHKAN hudud kerana kemarau, bukan kerana faktor keadaan masyarakat. cuba jawab soalan aku. insya Allah clear. apa standard masyarakat utk laksanakan islam?

@tanpanama:
ha.. silalah download. bagus2... download semua ye? xpe aku halalkan fitnah ko kat aku. aku maafkan dosa fitnah ko. Allah knows best

Tanpa Nama berkata...

bila orang bodoh cerita pasal hudud. Nampak jelas kebodohannya.Pemikiran Liberal ibarat sampah perosak umat

Tanpa Nama berkata...

LENSAROSAK mmg MEROSAKKAN pemikiran umat islam. peace, no war =)

Muhammad Fairul Idzwan B. Ramli berkata...

Hukum Allah mesti dilaksanakan ASAP. Kenapa? Perintah Allah. Ingatlah sirah sahabat. Ada 3 sahabat tengah meminum arak.Ketika itu arak belum lg diharamkan. Seorang tengah pegang botol, seorang lg tengah minum, dan seorang lg sudah habis minum arak. Lalu datang seorang lagu sahabat. Membawa khabar bahawa Rasulullah mendapat wahyu, bahawa Allah mengharamkan arak. Terus sahaja, tanpa melambatkan sesaat pun, sahabat pertama membuang botol arak, sahabat kedua memuntahkan arak di mulutnya, sahabat ketiga menjolok2 mulutnya untuk memaksa muntah arak diminumnya. Maka, jika kita ambil dari sirah sahabat, mereka mengerjakan perintah Allah ASAP, tak akan lambat walau sesaat pun. Jd kita bagaimana? Sejak 'hilangnya' hukum hudud pd 1924, hukum dari otak manusia yg lemah pula digunakan. Siapa kita nak mempertikaikan implimentasi hukum Allah di bumi ini?

wasabi.senpai berkata...

kau nak tunggu bila lagi nak jalankan hukum hudud?nak suruh semua orang jadi baik dulu ke, iman mantap dulu?macam tu?kau kena ingat, hukuman hudud ni pun adalah satu sentuhan tarbiyyah yang MahaSuper buat untuk manusia sekarang.nak bina umat islam yang power yang kau cakap tuh.dan dalam da'wah takde istilah penda'wah bebas.gerak kerja da'wah bukan boleh buat sorang sorang. p/s: dari hati ke keyboard.harap kau delete dulu lah segala post pasal perempuan.suka sangat nak tengok gambar prempuan kan?jangan bila kau dah masuk kubur nanti, tetap ada orang layan blog kau dengan post entah ape.dosa berterusan beb.

TheBentPencil berkata...

buat ayat troll.
.
.
.
.
.
then "peace no war".

yes. saya boleh jadi troller berjaya.

TheBentPencil berkata...

OK serious comment here:

saya petik daripada ayat rakan,
"Kalau nak implementasi hudud, saya harap sebelum itu mereka didik seluruh rakyat faham tentang hudud."

betul. didik sampai semua orang faham serba-serbi. barulah tak ada us-vs-them mentaliti di sini.

ps. kenapa ya harakahdaily tak banyak cerita pasal hudud. adakah parti ulama kita takut menyakiti hati rakan baiknya.heuheuheu.bincangkan.

A.I berkata...

LOL.


aku setuju dgn soutulmujahid tu... =)



semak la hai. kalo nak attack org perlu ke attack peribadi? like org tegor pasal idea, dah takder strong point pi attack pasal porn? mana persamaan dia?


semak lagi satu, dgn pemikiran org yang kalo org tak perfect tak boleh nak tegor org lain tambah2 pasal agama. so dengan term no body perfect so semua tak boleh tegor menegur la eh? ke cemana?



kenapa harakah je kena citer pasal hudud? paper lain asal tak suruh cerita sekali?


islam bukan bahan yang boleh dipolitikkan kot. selagi islam dikaitkan dengan PAS, selagi tu la takkan ada improvement dalam akhlak sehari-harian. mungkin lah... ;)

EmyAmalina berkata...

Sedap je kata alim-alim ulama' ni gelojoh. Wah hebat nampak? ._.''

Gua risau tengok lu ni.

crayon berkata...

bagi aku secara peribadi, pendapat "peribadi" lensarosak adalah tuduhan sesuka hati.. adakah ungkapan lensa rosak tepat seratus peratus?

Kalau lensarosak main tuduh macam itu saja, padahal yang sebaliknya tak sama macam yang lensarosak tuduh. Apakah itu tak membuatkan lensarosak tergolong dalam yang bakal dicampak ke dalam api neraka?

Topek berkata...

sebenarnya malas nak comment tapi comment la jugak hehehe.

aqram, hati-hati. jangan jadi cam najib yang sedar ini hukum allah tapi tak ada usaha nak laksanakan. sekurang kurangnya nik aziz ada.

benda-benda ni dah lama ulama jawab, bukan ulama pembangkang je tapi ramai. berpeganglah pada mereka. kita ni tak hafal quran, tak hafal hadis, bahaya.

aku cuma takut dan nak ingatkan diri sendiri.

wallahua1lam

Topek berkata...

the bent pencil: pasal hudud tu kita sepatutnya ada inisiatif untuk memahaminya.bukan nak tunggu ulama explain pada kita saja. ia ilmu islam.

kalau hukum ni takleh jalan kalau tak semua kita memahami hukum ni, kenapa undang-undang british boleh dan sesuai pulak diamalkan? padahal aku rasa tak semua kita benar2 faham hukum british ni. aneh.

Tanpa Nama berkata...

@soutulmujahid

aku sokong seratus peratus pandangan kamu !!

bagi aku sape berpandangan seperti lensarosak ni tidak cukup ilmu tentang agama .

hudud ni salah satu step untuk mencapai negara islam . sedarkah kau negara kita bukan negara islam ? sape nak ubah ? pas lah . aku cakap bukan atas konteks parti tapi dari sudut ilmiah .

allah tidak mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnye . kemonlah bukan mata luas luas ye !

kau kena khatam ilmu2 agama la bro.sekian

Aqram berkata...

apa kebenda lah dak2 ni siap nak ada standard khusus bagai. haha. lawak betol lah.

1. aku ckp belum sampai masa sebab negara ini belum bersedia nak buat. kalau dah bersedia, aku rasa mungkin lim kit siang, karpal tu semua ckp mcm ni;

"lu orang nak buat itu hudud, buat lah, asal jgn libat sama kitaolang"

tp, yg kita dengar dari pihak diorang ialah;

"langkah mayat saya dulu kalau negara ini nak buat hudud"

ok, mmg lah org cakap hudud ini untuk islam saja. bukan islam tak kena pon. haha. tp, dri kenyataan tersebut, jelas menunjukkan apa? jelas menunjukkan nik aziz sendiri pun, PAS sendiri pun masih gagal nak yakin kan bukan Islam tentang konteks sebenar hukum hudud ini. masih gagal. kalau tak gagal, of course lah depa tu takde hal ye dak? jadi, sebab tu aku ckp. slow2lah, jgn gelojoh. take a time. hehe

cakap mmg senang lah hudud ini untuk islam saja. tp, yg skrg ni pun, masalah nak kebumikan org islam yg mak bapak dia tak islam pun dah boleh buat bergaduh. sebab apa? sebab kita yg islam ni sendiri, tak cukup dakwah kita pada org bukan islam. dakwah kita, setakat ini hanya tunjuk terer depan se-agama kita sendiri. bullshit gila. contoh depan mata siapa yg nak tunjuk terer tu dah ada. siol tul tu salah satunya. hahha!

beb, aku senang je. aku nk buat hudud, tp kita kena sepakat. satu negara kena sepakat. bukan satu islam je, tp satu negara sekali sebab ini negara bukan 100% islam punya. kalau yg bukan islam takde hal. kalau itu lim kit siang pun takde hal. buat je lah hudud. apa de hal?

2. aku ckp kita belum bersedia sebab;

kalau negara kita ni laksanakan hukum hudud. bermakna, malaysia adalah negara pertama yg menjalankan hukum hudud secara sepadu tetapi aras majoriti umat islamnya BAWAH 75% peratus.

sebab kalau korang perhatikan negara/tempat yg adakan hukum hudud sepenuhnya sama ada kini mahupun lalu, bilangan majoriti umat islam at least 75% ke atas. analitik ini yg membuatkan pemerintah kita taknak ambil risiko. sebab negara kita takde model contoh yg sama untuk laksanakannya. dgn 58% majoriti umat islam dlm negara ini. bersediakah kita hendak menanggung liabiliti yg bakal terjadi? liabiliti apa? mungkin peristiwa natrah?

melaksanakan hukum hudud bukan mudah. kalau cakap, ya mmg mudah. even kita nak solat pun, bukan mudah, apatah lagi sebuah akta2 hudud yang melibatkan fizikal, nyawa dan akidah.

syukur allah beri options dan ruang dengan wujudnya tagzir dan qisas. tp, series aku ckp. setakat ini aku nampak hudud banyak dipolitikkan dan dijadikan bahan untuk memancing undi berbading keikhlasan nak laksanakan. tgk kelantan cukup. nak laksanakan hukum hudud, mintak kebenaran kat pusat, tp ckp lisan je. hantar surat sekeping. bukannya hantar kertas kerja. mmg lah kena reject. hahaha (berdasarkan sumber dalaman)

3. aku cuma pelik. korang ni pumpangpumpang pasal hudud ini segala. korang dah lupa dengan mahkamah syariah ke? apa fungsi mahkamah syariah? kenapa kita ni tak giatkan fungsi mahkamah syariah je? bukankah mahkamah syariah itu khas untuk org islam dan hudud pula ialah hukum untuk orang islam. kat sini aku pelik, sebenarnya korang ni faham ke tidak konteks hudud tu mcm mana? perluasan hudud tu mcm mana? belajar ke tak pasal jenayat ni? haiyoo.

aku malas nak terangkanlah kat sini. kalau nak aku terang, kita jumpa kat ipoh ok? chalo asalamualaikum

p/s : andaikata hudud laksana. dan hudud itu akhirnya membuatkan ramai org islam yg tak kuat akidahnya, kerana takut dan tak selesa dengan hudud sampai diorang beramai-ramai keluar dari islam (murtad). SIAPA YANG NAK JAWAB? lebih perit, apabila kerana hal itu, hudud ditarik balik. bukankah itu perkara yg memalukan?

jadi, kuatkan dakwah. sampai kan konteks hudud yg betul. bagi aku, hudud bukan sekadar potong tangan, rejam sampai mati, sebat 80 kali semua itu. tapi hudud ialah UNDANG-UNDANG TUHAN YANG LUAS. orait?

Topek berkata...

yeah setuju aqram. tapi....

maksud aku disini,umat islam tidak boleh ada keraguan sedikitpun tentang hukum allah ni relevan ke tidak. ia sentiasa relevan. jangan ada terdetik pun di hati kita ianya hukuman yang negatif,negara tak produktif lah kalau laksana hudud macam yang pemimpin negara cakap suatu masa dulu.

tentang keihklasan pas tu hanya allah saja yang tahu. sebab tu aku kata kita orang awam tak yah nak tunjuk hebat sangat pasak hudud ni.ye aku tahu keluasan hudud.

Tanpa Nama berkata...

quote "cakap mmg senang lah hudud ini untuk islam saja. tp, yg skrg ni pun, masalah nak kebumikan org islam yg mak bapak dia tak islam pun dah boleh buat bergaduh. sebab apa? sebab kita yg islam ni sendiri, tak cukup dakwah kita pada org bukan islam. dakwah kita, setakat ini hanya tunjuk terer depan se-agama kita sendiri. bullshit gila. contoh depan mata siapa yg nak tunjuk terer tu dah ada. siol tul tu salah satunya. hahha!"

haha..btui gak tu. kne salahkn diri sndri gak. bile non-muslim nk msuk surau, depa x bagi. bile non-muslim petik hadis, depa marah n melenting. sepe la depa tu. XD

salah ke non-muslim nk dekatkan diri kpd Islam? salah ke dorng msuk surau? salah kerrr??

umat islam ni mls nk brdakwah. mls nk cari ilmu. tau nk mngharapkan org suapkn ilmu tuk diri sndri. puii

sng cite, jgn prtikaikan ape2 pun hukum dr Allah. jgn ckp x releven la..x realistik la... ko sape nk pertikaikan hukum Allah? Dia tau la ape yg trbaik tuk kite. apsal nk komdem2? mmg hampeh puak2 yg brpkiran cmni (ak x kate ko keh)

Aqram berkata...

aku ada keraguan ke? kau ragu pada aku? abes yg sebelum ni aku usul pasal cadangan pelaksanaan hudud mengikut kawasan parlimen dalam entri lepas2 tu amendenya? haha.

anyway. thanks.

Pendekar Berkuda berkata...

cilake...kau masukkan kes hudud sekali dengan kes Soutul mujahid tu ape hal??

apa-apapun...rokok sebatang dulu...

Pendekar Berkuda berkata...

apasal pulak pendapat aku dengan kau dalam komen ngan entri aku ni sama dua kali lipat ja nih...cilake~!!

kau kan musuh aku~!! dem~!

Pendekar Berkuda berkata...

dah-dah-dah... mat-mat serbanitas kopiah ketayap yang baru nak keluar dari madrasah al-alim al ulamak dah mula nak tayang ilmu di dada... hebatlah~!

aku terkedu beb~!! Sila percaya~!

Aku terkedu sebab statement diorang pusing keliling...

SoutulMujahid berkata...

hahaha. gua suka la cara lu tulis utk kali ni. kali ni saja. sebab xde statement serang-menyerang. tp aku ada hujah nak patahkan hujah ko. bukan nak menang, tp nak bg clear

1. persetankan soal Karpal Singh, DAP, MCA, PAS, Nik Aziz, dsb. tp bawak ke depan 'bila dah ada kuasa, wajib terap Islam'.

2. kenapa guna fakta nombor plak? fakta nombor ni main peranan ke dalam melihat hasan wa qobih (baik dan buruk) dalam Islam? sebaliknya hasan wa qobih dilihat pd 5 hukum syarak; wajib, sunat, harus, makruh, haram. kalau nak tgk fakta nombor, sampai bila pun x terapkan islam

satu lagi yg perlu kita tahu, selepas peristiwa pembukaan kota mekah di mana nabi saw dah pegang kekuasaan. nabi saw tanpa mengambil persetujuan atau yg seumpama dgnnya, terus memotong tgn org yg mencuri. jadi, adakah wujud fahaman bahawa perlu tggu masyarakat dulu?

3. mahkamah syariah versi sekular apa gunanya? kalau betul ada mahkamah syariah, kenapa kes zina x bawa 4 org saksi? ini salah satu contohlah...

ko kata hudud buat org x kuat iman murtad? nampak sgt ko ragu dgn hukum Allah!!! sedangkan hudud tu menjamin harta, kemuliaan, akal, dll. masih x yakin ke? kalau ko x mencuri, adakah ko akan kena potong tgn?

1 lg cth simple: kalau ko siap kerja rumah ko, adakah cikgu akan rotan ko???

1 lg aku nak jelaskan. hudud cuma SEBAHAGIAN SAHAJA drpd hukum islam. byk lagi hukum islam yg belum terlaksana

Miss Dolce and Gabbana berkata...

susah bila islam dipolitikkan.Masing-masing ada pendapat dan pelbagai perspektif mengenai hukum hudud.Undang-undang ciptaan Allah swt memang dah tetap dan tak boleh dipinda tapi undang-undang ciptaan manusia boleh digubal dan diubah mengikut waktu.Hukum ciptaan Allah swt memang super hebat dan relevan sehingga hari aakhirat, jadi tak terjangkau oleh akal manusia yang terlampau limit ilmunya.

Terlebih dahulu mari kita fikir, beriman dengan AlQuran adalah termasuk dalam salah satu rukun iman. Adakah beriman dengan AlQuran itu adalah semata2 mengatakan aku sudah beriman dan percaya kepada AlQuran, sedangkan kandungannya kita tidak akui dan terima kesemuanya? Maka adalah hukum hudud, qisas dan lain-lain ternyata terkandung dalam AlQuran dan banyak kali diulang-ulang, tetapi mengapa kita masih menyisihkannya?

Kita mengatakan Allah Maha Bijaksana, tetapi mengapa kita mengatakan HUkum Penjajah lebih relevan dari Hukum Allah sekarang ini? Kononnya Hukum Allah tidak sesuai dilaksanakan dalam masyarakat majmuk dan moden ini. Tidak nampakkah kita ianya melibatkan soal aqidah kita? Jika kita mengatakan Allah itu Maha Bijaksana, bermakna sepatutnya kita juga mengatakan semua perintah Allah itu adalah amat Bijaksana dan relevan sepanjang masa sehingga ke hari kiamat. Mengapa relevan hingga ke hari kiamat? Kerana Islam sudah sempurna termasuklah undang-undang yang diperintahkan agar kita melaksanakannya.

Firman Allah yang bermaksud, “Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku cukupkan ke atas kamu ni’matKu dan Aku redha bagi kamu Islam itu sebagai agama (dasar) dan pegangan hidupmu.” Surah Al-Maidah : Ayat 3

FirmanNya lagi yang bermaksud “Dan telah sempurnalah wahyu Tuhanmu itu dari sudut kebenaran dan ke’adilan, tidak ada penukaran atau gantian kepada wahyu itu. Allah Subhanahu wa Ta’ala itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Surah Al-An’aam : Ayat 115

“Dan sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu tanda-tanda yang terang dan nyata, hanya orang fasiq sahaja yang engkar dengan tanda-tanda yang terang itu.” Surah Al-Baqarah : Ayat 99

“Dan Kami turunkan ke atas kamu Kitab (Al- Qur’an) untuk menerangkan segala sesuatu dan memberi rahmat serta berita gembira bagi sekelian muslim.” Surah An-Nahl : Ayat 89

Islam telah sempurna TERMASUKlah dalam soal undang-undang sebuah negara. Semuanya itu telah ditunjukkan dan diamalkan sendiri oleh Rasulullah S.a.w dan para sahabat yang mulia. Teramat banyak kandungan tentang undang-undang yang telah tercatat dalam Sejarah Islam tetapi telah dipinggirkan sekarang dan lebih diutamakan Law of Enactment British hasil ciptaan Sir Lord Reid.

Di mana keyakinan kita terhadap kebenaran dan kemuliaan AlQuran jika sekiranya hukum-hukum yang terkandung di dalamnya kita anggap tidak relevan? Tak nampak lagikah bahawa ianya bersangkut paut dengan AQIDAH kita? Bersangkut paut dengan keimanan kita terhadap AlQuran yang Mulia? Mengapa kita hanya pandai mengucapkan beriman kepada AlQuran di bibir tetapi tidak meyakini dengan kandungannya? Adakah sekadar kita tidak mahu orang mengatakan kita tidak beriman kepada AlQuran? Sekadar mahu mengambil hati manusia dan berpura-pura?
Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Bermakna jika kita sendiri tidak berusaha untuk menegakkan kembali Hukum ALlah yang amat peaceful, harmoni dan adil itu maka ianya tidak akan tertegak dengan sendirinya. Gunakan lah akal fikiran yang ALlah bagi pada kita ini, jangan hanya sekadar menjadi pak turut tanpa mengkaji asasnya. Sebab itu ayat AlQuran pertama turun iaitu Iqra’, iaitu suruh kita membaca, belajar, mengkaji tak putus2. Semua kita sudah tahu tentang ini, dan kebanyakan kita dah baca hadith2 yang menyarankan agar kita semua menuntut ilmu. Tetapi penerimaan kita itu yang kureng agaknya.

Maaf andai komen aku terlalu panjang.Just nak mengajak kalian berfikir kembali sebenarnya mengapa hukum Allah wujud dimuka bumi.Lagi satu tak payah la nak gaduh2 pasal isu ni.Baik diam dan serah pada yang pakar.Peace no war.Salam :)

Tanpa Nama berkata...

0k buku teks pqs f4 n psi f5

mengapa perlu takut hukum hudud?Allah bukan saja2 buat untuk hukum manusia.ye,memang Allah suruh laksanakan tapi nak jalankan hukuman tu perlu saksi n ada syarat saksi yg perlu kita ikut...dan bila belajar rasa macam mustahil ada yang terhukum,but who knows

takut kepada perkara yang tak pasti,Allah nak uji manusia je tu nak ikut dia au tak

jgn nak guna alasan 1M'SIA sgt la..Madinah siap ada Yahudi lagi~eh lupa,Rasulullah yg jd pemerintah

~budakspm~

Hazirah Mustaffa Kamal berkata...

ada adik spm lagi kat sini. hai dik!

Abang aqram kat sini tak pun mempersoalkan baik-buruk hukum hudud, cuba kita baca balik blog post di atas.

Pertikaian yang ada bukan pada hukum hudud, tapi enakmen/akta atau ordinan sekalipun, berasaskan hudud yang kita nak laksanakan. yang ini, open to debate. jadi boleh tak kita tunggu apa bentuk drafting law yang mereka ni nak kemukakan.

Bila kita-kita(masyarakat) ni siap nak kata 'padan muka' bila tengok tangan pencuri kena potong nanti, the purpose of hudud is defeated. macam ni nak kata tegakkan hukum Allah?

Hudud tak pernah ketinggalan zaman, kita je yang makin ke belakang

Tanpa Nama berkata...

lojiolkjl

lim biz kit berkata...

keep trolling rolling rolling

sYafIk-wAy berkata...

sabar itu separuh daripada iman .

Apan berkata...

rilek brader-brader sekalian.kita ni orang biasa.serahkan pada ahli.jangan tanya kat artis sebab diorang bukan ahli feqah.cerita pung pang pung pang sapa betul sapa salah tak guna juga sebab takda penyelesaian akhirnya.sudahnya, kita jugak yang berpecah.gelar orang itu-inilah.benda ni lah yang kita takmau.

sebenarnya salahkan diri kita sendiri.kita sendiri tidak mahu meraih pandangan orang lain.jadi, aku fikir, adab tu dah takda.aku sendiri baca komen-komen dalam ni semuanya berunsur perkataan CAPS LOCK (aku harap sapa2 yang troll mengerti).

dari bincang hal sapa betul atau tidak, itu secondary.yang utamanya, kesepaduan.cuba yang tau hukum agama banyak-banyak tu, pegi gabung dengan aqram (kalau diizinkan tuan punya blog, aku guna nama karem) pastu bincang rapat2 camna nak setelkan masalah.aqram/karem ni hebat dalam ilmu ra'yu ni.Imam Syafie pun tukar ijtihad bukan (nama dia qaulun jadid kot.tak ingat la.sapa-sapa yang tau nama ijtihad baru tu sila betulkan ya) bila dia merantau ke Syam pegi belajar dengan anak murid Imam Hanifah?

so, kita abaikan perbezaan, kita cari persamaan.baru kuat orang Islam.

Tanpa Nama berkata...

BODOH BODOH AKU. AKU TAK MAU TUNJUK PANDAI MACAM AQRAM INI.SAMPAI ULAMAK PUN DIA KATA GELOJOH INI TAHAP BIADAP DAH INI. ANDAI KATA DI IZINKAN BERJUMPA DENGAN SIPUNYA BLOG INI. AKU TERINGIN NAK SEPAK DIA SEPUAS2 HATI AKU.SBB CARA PENULISAN DIA BUAT KESESATAN PADA ORANG YG BODOH MACAM AKU INI
MAAF AKU TAKDE BLOG.

Tanpa Nama berkata...

ko sendiri anon. sme mcm ak je.

(the naked writer) berkata...

jadi apa pendirian kau? menolak pelaksanaan hududkah pada masa kini? walhal negara lain ada yang sudah lama laksanakan?

Tanpa Nama berkata...

heheh.ini blog utk budak2.tersesatlak ke sini.

pandirpotter berkata...

salam...

ni komen aq yang jahil

1. Islam itu agama yg syumul dan menyeluruh. Allah sebut Islam sebagai Ad-din. Ulama' Islam seluruh dunia sepakat terjemah makna 'addin' sebagai satu cara hidup yang menyeluruh. This means tht islam concise poltics, economics, dan sebagainya dan bukan hanya berada di masjid atau pada bulan tertentu seperti ramadan. Islam itu adalah satu konsep yang sangat luas. Abu A'la al-Maududi kata dlm bukunya "Asas2 Islam" : Even bulan dan matahari pun dikatakan sebagai Muslim (yang menganut Islam) krn mereka patuh dengan arahan Allah untuk tetap di paksi2 mereka y tersendiri. So point aq kat sini ialah, Islam itu luas che abang weh. Islam bukan macam nombor. dari sepuluh tolak satu tinggal 9 no!! Kalau ada yang tolak satu sahaja cabang2 Islam (Hudud is a part of Islam) maka sesungguhnya dia telah menolak Islam secara total walaupun dia masih lagi bersolat zakat puasa dan haji. Ada paham?? Allah firman yang mafhumnya : Siapa yang menerima selain Islam sebagai addin (idealogi, pendapat, cara hidup, sistem politik dan kehakiman etc etc) maka dia tertolak.

2. Asas Islam itu ada 3 : Usuludin, Syariah, Tasawuf. Hudud ni dok dlm Syariah. OK, asas perundangan Islam itu ada 4.
1- Quran
2- Hadis
3- Ijmak
4- Qias

Hudud ni dah jelas Allah terang dlm quran. "Tilka hududullah" atau mafhumnya "yang demekian itu hudud milik Allah". Nabi pon dah kata, ulama' dah sepakat. Jadi?? kenapa mesti tuan hamba ragu2 lagi? Allah itu maha tahu lagi maha mengetahui. Dia yang cipta orang, tahulah dia apa yang terbaik. Tak usah kita sibuk2 nk ta'wil dengan zaman. Allah itu maha Adil...

3. Hudud ni byk cbg dan syarat dia. bukan kata curi je potong tangan. Masih kena selidik kenapa, macam mana, di mana, dengan siapa. NI bukan lawak bengong tapi ni la hakikat. So, kalau u x salah jgn takut. Ke U memang ade prob?? Ha3...

So khulasahnya, U jgn la buat penilaian dengan akal semata2. Yes, Islam mengalukan pemikiran yang matang tapi jgn sampai belankangkan NAS. NAS tu dr Allah dan utusanNya sedangkan akal itu dr manusia yang bodoh lagi hina, tolol dan bengong serta dikuasai nafsu dan didorng setan. Saya tak tuju kpd sapa2. Semua org sama saja kecuali mereka yang bertakwa kpd Allah. Ingat, org yg suka ta'wil pakai akal ini golongan Syiah. Anda tentu xmau jd syii kan?? Wallahualam. kalau terasa I'm sorry tp u started it first... Assalam

Tanpa Nama berkata...

i like ur spirit and writing...
keep goin ya bro.
:)

Komrad berkata...

^banyak sangat hatred message. macam berkata3 dengan cermin pulak mereka-mereka ni.

Warna Warni Kehidupan berkata...

lebih senang jika kita tidak bercakap tentang sesuatu hukum yang kita tidak aad ilmu tentangnya..ti macam-macam fatwa yang keluar..

kakiberita berkata...

aku pelik kenapa ada yg percaya isu hudud ni agenda politik. kat mana agenda politiknya pun aku tak tahu..

kalu betullah ia beragendakan politik, kenapa tidak saja pihak lawan menggunakan strategi 'membunuh' agenda tersebut? dengan cara menerima sahaja isu agenda meraih undi tersebut..

bknkah dgn menerima 'agenda' tersebut secara automatik sama2 dpt meraih undi.. kenapa ditolak? pihak lawan tak minat dgn peraihan undi ke?

Tanpa Nama berkata...

macam artis la bg komen...BODOH.

Tanpa Nama berkata...

x pyh la nk ckp psl Islam kalo ilmu x kkuh di dada..tmbh kn dan MANTAP kn dlu,,bru ley nk ckp psl agma..kalo nk tggu sume org jd baik,,smpe ble? dgn zina mrata tmpt..ko nk tggu ngara ni full dgn ank luar nikh,,bru nk laksna kn hkum hdud ke? pikir la ckit..ak ase ko da matg and lengkp akl fkirn ALLAH bg..firmn Allah : ALLAH X KN UBH SSUATU KAUM MLAIN KN MREKA MNGUBH DIRI MREKA SNDIRI . kalo x wt hdud,,mybe smpe ble2 sume org x brubh..ke ko de wt something and ko tkut hkum hdud ni dilksna kn ke ats ko?

Tanpa Nama berkata...

x pyh la nk ckp psl Islam kalo ilmu x kkuh di dada..tmbh kn dan MANTAP kn dlu,,bru ley nk ckp psl agma..kalo nk tggu sume org jd baik,,smpe ble? dgn zina mrata tmpt..ko nk tggu ngara ni full dgn ank luar nikh,,bru nk laksna kn hkum hdud ke? pikir la ckit..ak ase ko da matg and lengkp akl fkirn ALLAH bg..firmn Allah : ALLAH X KN UBH SSUATU KAUM MLAIN KN MREKA MNGUBH DIRI MREKA SNDIRI . kalo x wt hdud,,mybe smpe ble2 sume org x brubh..ke ko de wt something and ko tkut hkum hdud ni dilksna kn ke ats ko?

Tanpa Nama berkata...

lu ckp pikir dulu boleh tk?

Tanpa Nama berkata...

awat nak jumpak kat ipoh.. mai penang la.. USM kan?

Tanpa Nama berkata...

Blog ni banyak jugak followers,kalau awk smpaikan ideology sesat and ada yg terpengaruh,awk dpt saham dosa dia jugak tau. Hati2..kalau betul awk nk society study and know about hudud,why don't u start? Kenapa post hentaman kpd pihak2 tertentu pulak? Awk la yg menunjukkan pd non Muslim yg Muslims mmg tak bersatu. So smpai bila2 pun hudud cant be implemented,sbb non Muslims would never trust in our faith.

Tanpa Nama berkata...

Encik..jgn la ckp mcm abg yg wat hukum ALLAH ni..biler mse lak ISLAM kne ikut ZAMAN?

Tanpa Nama berkata...

kesian Aqram...rmai yng hentam dia..tp salah dia jugak..berfikiran tllu bagus smpai terlupa lagi ramai yg bijak2 dan berani berhujah daripada dia..aqram, sila renung kembali diri anda..sebelum tdur fikir dhulu apa yng awk tulis dalam blog awk ni, brapa ramai yang 'terbimbing' dengan hujah2 'tunjuk pandai' awk? berapa ramai wanita2 yg sedih bila diri mereka diaibkan? tak terfikir kalo Allah
amik nyawa awk tnpa sempat awk btaubat dan meminta maaf kat org yg dibuka aibnya oleh awk?
maaf sngat kalo tguran di berbisa..tp xde lebih bisa dari kata2 awk..assalamualaikum

Tanpa Nama berkata...

well , kita demokrasi. semua orang ada hak untuk bersuara sama ada ia benar atau tidak. be professional. kalau dia slh , just tegur mana yang tidak patut. tak perlu nak menyound bagai. ni ke adat orang islam ? hei , tak payah nak poyo poyo lah nak tegur aqram sana sini. benda remeh macam ni pun korang takleh nak cool. mcm mana mslh nak setel. aku pun bodoh agama. tak tahu yg mana betul mana salah. tp yg aku tahu. islam tak pernah ajar umat dia tegur orang secara macam ni. menda boleh bincang, bincang lah baik baik. ni lah masalah orang melayu , menghentam orang je tahu. bodoh. okay , let say si aqram ni salah. well , kita ada banyak cara nak komen pasal tulisan dia salah. sbgi contoh , korang pernah tak buat math. korang buat mcm nak gah. at the end salah. so , korang cr jwpn yg betul. kat sini pun jelas nampak kita akan jumpa yg salah sebelum jumpa yg betul. so , bersyukurlah Allah anugerahkan manusia mempunyai berbagai pendapat dan suara untuk kita fikirkan bersama dan bezakan mana baik dan buruk. tapi bukan cara memecahkan kaum sendiri. come on MELAYUU , siapa lagi nak satukan kita kalau bukan kita sendiri ? think wisely people. :D salam.

Tanpa Nama berkata...

salam.. aqram aqram ... =) semoga kita semua mendapat petunjuk dariNYA. amin.

Efraym berkata...

Jap..perlahan-lahan? Bukan agama Islam ni dah disempurnakan 1400 tahun dulu ke? Nak perlahan mana lagi weh?