November 18, 2011

Kenapa Aku Jarang Menulis

Apa pasal? Mungkin kerana aku sekarang berada dalam tahap bersungguh mencari kehidupan lebih baik. Atau kerana kehadiran si dia yang berada di Medan sedang gigih menyiapkan ijazah pergigiannya. Juga mungkin aku perlu menyatakan kepada diri aku bahawa, sudah tiba masanya untuk mencari segenap ruang kehidupan dalam mencemerlangkan diri ke arah kekayaan, kenikmatan, keimanan dan masa depan yang mapan.

Menulis untuk Terfaktab. Secara subjektifnya, aku hanya mahu menumpukan pada penulisan Kitab Terfaktab terlebih dahulu, serta menguruskan hal-ehwal Terfaktab.

Menulis untuk Sokerleaks. Bila datang aura hitam, tepatlah masanya untuk menjadi troller atau gaya sinis yang angkuh. Namun, bergantung kepada musim dan detik.

Menulis untuk Pseudosains. Di sini aku ingin memohon maaf jika kurang memberi komitmen. Aku akui. Namun, aku optimis untuk kembali apabila kehidupan aku menjadi lebih berstigma dan pergerakkan neutron dalam otak aku menyamai kelajuan cahaya.

Menulis untuk LensaRosak. Berita baiknya, aku akan membukukan atau menjadikannya sebuah zines. Ala, murah je nanti. Aku sedang berusaha mengumpulkan karya-karya lama tersebut. Berita buruknya, tahun ini adalah tahun terakhir LensaRosak kemungkinannya. Akan aku reboot blog ini. Memadamkan semua karya, entri, pandangan dan sebagainya. Gantikan dengan yang lebih baru.

Itu saja rangkuman kali ini. Aku malas nak ulas isu-isu politik dan agama buat masa ini kerana kamu pun tahu semakin ramai orang bangang mahu menjadi penulis dan komentator dalam dunia blog. Apa orang cakap? Budak-budak baru nak up. Ha, macam tu lah. Elakkan lah kalau boleh ya?

Jangan jadi macam Indogs, jangan jadi macam Meleis. Paling penting, jangan jadi macam serbanitas.

Chalo Asalamualaikom.

14 ulasan:

Abang Zam berkata...

indogs sakit punggung
reboot?

yunZatie berkata...

dan aku akn tegar setia dengan setiap lgkh kau

Hazirah Mustaffa Kamal berkata...

akan tunggu hard copylensarosak dengan setia.

dan, teruskan berjuang. :).

Aku anon yg baik. Jngn dengki. berkata...

Alangkah bestnye kalau memadam dosa semudah memadam entri2 blog atau komentar2? Moga kita semua terlindung2 drp unsur yg tak sepatutnya di masa akan dtg. Kalau umur kita semua panjang, see you all next year!

Kawen je, Aq. :)

iman aqram berkata...

sebetulnya kau tak layak nak ulas isu2 agama dan politik.

ayat kau berdegar2 tapi tak ada point untk apa yg kau kritik. pointless.

btw, hebatnya otak kau selaju cahaya.

to be frankly, kau mmg hebat dlm berfikir. tinggi kau punya perbendaharaan kata.

don't be too cocky la. rilex2 sudah.

Wadi AR berkata...

aku tunggu je

adwafarahin berkata...

aku tggu zine ko! haha

laskar pelangi berkata...

akan tunggu selama2nya.chewah!

cimOt berkata...

byk lokasi penulisan..bkn jarang menulis..tp byk menulis..

hanaahmad berkata...

gua tunggu.

Aku anon yg baik. Jngn dengki. berkata...

Ler.. Aku tak terpikir pun utk cocky atau utk kau dpt 'point' aku. Ikhlas apa aku kata. Kalau kau tak nak terima, di luar kuasa aku. Tq.

Yap2, rilek, bebeh. ;)

syuhadaadros berkata...

aku sebenarnya tak faham kenapa kita perlu label orang ini boleh cakap pasal agama, orang itu tak boleh cakap pasal agama. kita dah cukup hebat untuk melabel?

dan aku paling tak setuju bila ade orang cakap kamu tak boleh cakap pasal politik, kamu masih muda. tak logik lansung. kalau tak bercakap pasal politik dari usia muda, sampai ke tua lah jadi pak turut, sebab tak 'mengkaji politik' dari muda.

dan boleh aku tahu kenapa kau tak suka pada serbanitas?

ArtForAuction berkata...

I think iman aqram is aqram in disguise. like dark spiderman or dark batman. justsaying.

heyhey. deletelah kalau itu buat kau happy. sesungguhnya banyak kenangan pahit manis kau di sini.

tapi kalau kau tak delete kau boleh lihat pendewasaan kau dalam dunia blogging ini. yeah.

hackshitam berkata...

satu sajee,
pseudosains?
haram jadah..
kekeke