Oktober 12, 2011

Tidak Adil

Semakin banyak detik waktu, kehidupan ini semakin hilang keadilan. Beban. Tanggungan. Buruan. Paksaan. Melangkah longlai diri aku ke dalam lembah yang ingin aku betulkan. Aku tak mahu menjadi pembetulan. Sebenarnya. Aku tak mahu dilambung pujian. Leka. Takut kelekaan yang membuatkan keadilan semakin sukar dipegang secara ikhlas.

Agama kita semakin tidak adil dinihari. Bukan kerana agama. Tapi, pengamal agama yang tidak adil pada tiap-tiap manusia yang wujud pada seinci muka bumi. Lebih suka aku terangkan, ketidakfahaman dalam kebebasan setiap individu membawa agama dalam kehidupan. Ok, senang cerita. Kita ketiadaan petunjuk berupa bentuk manusia. Nak harapkan ulamak? Aku sendiri tidak percayakan ulamak zaman kini. Sekali kena tipu dengan ulamak-ulamak itu, sampai bila-bila aku akan benci dan elak dari ditipu sekali lagi. Harapan terakhir aku biarlah muncul kembali 'orang itu' dalam abad ini untuk kita semua kembali berpimpin tangan menuju kejayaan. Ironi? Abaikan.

Politik kita pula semakin keliru. Berhantu. Lesu. Mainan kutu-kutu yang berhati batu. Semuanya mahu jadi nombor satu sambil menendang mereka yang sebenarnya mahukan bersatu. Jadi. Aku tidak percayakan politik.

Bola sepak. Mungkin kita boleh cuba untuk seiring dengan bola sepak. Namun, bola sepak bukan candu. Gagal barangkali.

Ekonomi? Jika sudah bersikap kebangsaan dan keagamaan dalam ekonomi. Persis aku mengatakan orang Islam dan bangsa Melayu sebenarnya bodoh dalam ekonomi. Awal-awal sudah tewas dengan mengeluarkan frasa 'Malaysia ni Cina pegang ekonomi'. Ah, bangsa dan agama aku memang bodoh. Tak perlu kajian dan statistik. Memang ternyata bangang. Baik kiri ataupun kanan.

Keilmuan pula bagaimana? Mudah. Kaitkan saja dengan ekonomi. Ya, selari dengan situasinya. Dengar sini, tahukah kamu apa yang bangang dan bahalulnya mengenai Islam dan Melayu zaman kini? Tak kiralah sama ada kau dari kiri atau kanan;

Orang-orang kita (Islam dan Melayu) hanya lebih tunjuk hebat di depan kalangan sendiri.

Tapi, di depan kalangan lain. Kecut sepi takde telur. Testis kecil. Penakut terkencing-kencing. Konon toleransi. Jadah. Kenapa takut? Mari sini ikut aku laung.

"Wahai Lim Kit Siang, wahai Liow Tong Lai, wahai Subramaniam, wahai Karpal Singh,  janganlah kamu menyembah patung-patung dan berhala kerana patung-patung dan berhala-berhala tersebut tidak punyai kuasa menentukan kehidupan kamu. Sesungguhnya, Tuhan yang selayak-layak disembah ialah Allah Yang Maha Besar. Satu Tuhan. Yang tidak beranak dan diberanakkan."

Ada berani berkata sebegini? Ada Nik Aziz, Harussani berkata sebegini di depan mereka di khalayak ramai? OK. Cukuplah. Malas nak provokasi.

Itu pasal. Aku tiada pilihan lain. Melainkan.




Semai cinta sesama kita. Baiki perhubungan lelaki dan perempuan agar kita semua tidak risau punyai anak yang banyak dan lebih baik, tiada lagi kebodohan melampau dari tafsiran agama yang salah dan kesombongan pada kalangan sendiri. 

Chalo, Assalamualaikum.


8 ulasan:

RepublicAku berkata...

apa lagi yang mahu mereka fahamkan...

Eyka berkata...

politik tetap politik -.-

Miss Dolce and Gabbana berkata...

kenapa kebelakangan ini aku rasa Aqram banyak buat entri pasal politik? Serius tak syok gila nak baca.Laju je aku skroll ke bawah.ahaha.

Fatin Nadia berkata...

salam.. aku rasa aku faham apa yang kau cuba sampaikan.. aku suka ayat last.. tak risau bila punyai anak yang ramai, yang penting ada pegagan agama.. nice one..!!

Cruelism berkata...

http://dasarlelakikejam.blogspot.com/2011/06/kalau-tak-adil-tu-maksudnya-kejam-la.html

ZeBentPenzel berkata...

sebagai seseorang yang baru didatangi salesgirl melayu daripada syarikat bahan saintifik milikan 100% melayu, saya merasakan bahawa statement "ekonomi dipegang oleh cina" adalah 100% BULSHIT.

but then again, maybe that'statement is true in Penang.

come to Bangi bang. Good Malay companies flourish like mushrooms after a rain.

Adib berkata...

zahiril adzim dh beli kitab kau..

Wilayah Sepet Kuku berkata...

waalaikumusalam...

politik?..kotor??..entah!