November 25, 2011

Jumaat Lagi

Kita selalu dengar akan ayat ini dari golongan jihad, serbanitas, orang-orang PAS dan dakwah masjid;

"Perang Salib yang pertama memberi pengajaran kepada Barat bahawa kaum Muslimin tidak dapat dikalahkan kerana 'akidah Islam' teguh kuat dalam jiwa setiap Muslimin. Oleh yang demikian, Barat telah menukar strategi mereka di dalam 'Perang Salib yang kedua' dengan berusaha menjauhkan kaum Muslimin dari agama Islam dan mencegah kaum Muslimin dari mengamalkan ideologi, cara hidup Islam yang sempurna. Hasilnya, Barat berjaya merosakkan cara berfikir kaum Muslimin terhadap Islam dari peringkat pemimpin hingga ke rakyat jelata"

Jadi, aku berfikir. Kalau pihak barat menukar strategi dalam menumbangkan kaum Muslimin dari cara perang dengan senjata kepada perang dengan ideologi/budaya. Mengapa tidak kita kaum Muslimin juga menukar strategi iaini menggunakan senjata yang sama iaitu menyahut perang dengan juga ideologi/budaya bagi menumbangkan Barat kembali?

Maka, apa perlu masih ada diantara kita yang kekal menjadi ekstremis, pelampau, terpekik terlolong bertakbir di jalan raya menyuarakan emosi, dengar ceramah kebencian, membakar bendera Barat, mengebom sana-sini yang konon dikatakan jihad? Juga menuduh puak itu ini sebagai balaci barat, sekular, kafir dan sebagainya?

Kalau depa nak perang dengan ideologi/budaya. Maka kita pun kena perang dengan ideologi/budaya. Tunjukkanlah keindahan, kelembutan dan kesederhanaan Islam itu kepada Barat. Agar Barat terpesona secara halusnya sehingga mereka tewas dengan keindahan akhlak Muslimin dan kesederhanaan seseorang Muslimin.

Lagi sekali aku cakap ;

Yang kau beria sangat nak perang dengan menggesa/mengkritik kerajaan supaya jadikan musuh pasal apa? Diorang ada 30 ribu kereta kebal. Kita ni kereta kebal pun tak sampai seribu. Jangan jadi bodoh boleh tak? Rasulullah SAW menang perang bukan sebab takwa, zuhud, iman apa bagai tu semua je ok? Tapi, persiapan dan kelengkapan senjata yang cukup pun penting jugak. Ni pegang pistol pun tak pernah, ada hati semangat nak bunuh Barrack Obama. Menjengkelkan.

So, dah tahu dengan senjata tak boleh menang. Biarlah kita menang dengan memenangi hati diorang dengan menunjukkan sikap yang baik dalam menonjolkan keindahan Islam dalam kaum Muslimin agar mereka sendiri yang akan kembali tunduk kepada kita secara automatik.

Berhentilah buat kerja gila berdemo tunjuk perasaan depan masjid, bakar bendera, caci-maki, takbir tanpa matlamat. Secara yakin, orang bukan Islam takkan terpesona dengan cara ekstremis begini. Apatah lagi Barat, apatah lagi Lim Kit Siang, apatah lagi Ambiga. Tak sampai pun suara kemarahan kau tu kat White House. Paling tidak hilang di tiup angin Selat Melaka. Kerja sia-sia.

Baik kau kerjakan pekerjaan dan ibadah kau. Kumpul duit, beli senapang satu, belajar menembak tenuk kat hutan misalnya. 

Stay moderate. Keep peace in Islam.


9 ulasan:

Mat berkata...

yang buat kerja gila berdemo tu tujuannya apa? Banyak ke demo yang perjuangkan agama? Mana ada bang... Demo untuk menuntut sesuatu banyak la.

Paling latest perhimpunan 'himpunan sejuta umat' tapi kain rentang hidup bangsa. Itu pun tak sampai suku dari sejuta umat tu je yang berhimpun.

Professional la sikit bang, abang dah besor. Tulisan macam ni budak sekolah ye lah terlopong baca, dan 'ya setuju'. Haha.

Cara abang nak sampaikan Islam tu saya faham la. Betul la cakap abang tu.

Syam berkata...

Bro aqram, saya salah seorang budak sekolah yang setuju dengan tulisan ini :)

Tanpa Nama berkata...

apa yang kau sampaikan juga ada betulnya

sekalipun tak suka, kamu tak boleh lah cakap macam tu. budak-budak yang tak faham akan pandang serong atas perjuangan islam.

Aqram berkata...

eh. ngko nak pejuang Islam, pejuang lah. aku ok je. tapi biar masuk akal sikit. biar masuk akal.

tu je. aku nk keluarkan kereta lepas smayang jumaat pun susahlah celaka.

Johan 'Champ' Radzi berkata...

Keh keh keh!

Ya bro, aku setuju. Lebat je cakap barat serang guna ideologi, come on guna lah aideologi lawan balik. Tak susah.

Oh, yang bom berani mati itu bebal namanya. Sebab diorang lah islam dipandag serong.

Okbai.

karl berkata...

Islam ni sebenarnya takde istilah moderate atau extreme. Cara hidup Islam berdasarkan Quran dan Sunnah, dua tu je yang Nabi pesan. Cuma selepas beribu tahun lepas Nabi wafat, susur galur pemahaman dan ajaran Islam tu bercampur aduk dengan budaya yang lain, itu yang melahirkan Shiah, Sunnah Wal Jamaah, Wahabbi, 4 mazhab, pengebom berani mati dsb.

Aqram berkata...

maaf karl. moderate kan jika diterjemah bermaksud sederhana. dan, aku still berpegang kepada hadith dari abu huraurah yang diriwayatkan oleh bukhari tu agar melakukan ibadah secara sederhana. tak keras. dan ibadah tu termasuklah perjuangan, ideologi, budaya dan segenap aspek kehidupan.

bermakna di situ, rasulullah sendiri menganjurkan kehidupan yang moderate. atau dlm erti kata lain, Islam menganjurkan kehidupan moderate. dan kesederhanaan itu sememangnya wujud dalam Al-Quran dan Sunnah.

SoutulMujahid berkata...

ada pandangan ko yg aku setuju. cthnya pasal 'perang ideologi' tu. itulah yg seharusnya kita tekankan. kerana perang senjata bukan tanggungjawab kita. kerana mengangkat senjata adalah tanggungjawab negara, bukan jemaah

tp bila baca sampai bawah, jujurnya makin corrupt. cthnya pasal berdemo. nabi saw sendiri melakukan demo mengelilingi ka'bah. tp jgn salah anggap. demo nabi saw bukan mcm demo BERSIH.

pastu pasal moderate. ada ke islam moderate? islam adalah islam. xde islam moderate, islam sekular, islam ekstrim, dsb. wallahu a'lam

850514075036 berkata...

aqram, umo kau 26 kan?