November 25, 2011

Mungkin Aku Masih Mencari Perindu Yang Kognitif 2


Kerja. Suatu yang membosankan sebenarnya. Apatah lagi perlu menghadap muka-muka rakan sekerja yang amatlah skema nak mampus. Sedangkan aku berlainan, ada antara rakan sekerja aku ini mendengarkan Sweet Charity, aku mendengarkan One Ok Rock. Baiklah, Sweet Charity memanglah legend. Tapi, kalau hari-hari kau tadah mendengar Sweet Charity, mana pergi impak perkembangan minda kau? At least, bertukarlah citarasa sedikit kepada Dinosour Junior misalnya. Tidaklah hari-hari kau memandang muka Ramli Sarip sampaikan bila buka topik pasal lagu. Balik-balik kau agungkan band yang itu saja. Balik-balik kau refer yang itu saja. Menjengkelkan tahu? Seperti jengkelnya peminat Dream Theatre yang tak habis-habis mengatakan band itu paling power dalam dunia.

"Haikal, boss suruh kau siapkan survey vendor-vendor untuk material yang baru sampai nanti. Dia nak petang ini", kata Wan dengan muka jengih.

"Ah celaka, padahal boss suruh kau. Kau malas, kau suruh aku.", getus aku dalam hati. Sambil membayangkan aku nak saja bagi penumbuk laju-laju pada muka mamat sekor ini.

"Ye..", aku balas dengan muka macam biasa. Separa tak puas hati, separa keterpaksaan.

Berlalu saja mamat Wan ini, terus gua tepuk meja. Biar dia fikir aku memberontak, padahal aku saja buat untuk kasi semangat. Biarkan. Memandangkan syarikat yang aku kerja ini ialah sebuah syarikat pengurusan kolej. Minat aku untuk menguruskan kolej. Aku gagahkan diri juga menghadapi hiruk-pikuk perkerjaan yang kadang-kadang orang cakap macam sial juga-lah. Nak pulak bila waktu ada projek mengarut. Seperti projek mempertingkatkan kemudahan dewan kuliah dari menggunakan kapur dan papan hitam kepada mesin OHP. Serius bagi aku, mempelajari pelajaran dengan menggunakan mesin tayang seperti itu tidaklah bagus dan memang tak masuk kepala punya bagi pelajar-pelajar. Makin hilang fokus. Lebih baik menggunakan cara lama. Klasik. Yang lebih membuatkan pelajar di dewan kuliah mahu duduk depan dan akan nampak kondisi pelajaran itu lebih makmur. Yalah, bila kita mengajar menggunakan kapur dan papan hitam. Pasti para pelajar akan berebut-rebut menyalin dengan penuh minat. Penerangan juga lebih spesifik dan bertaktikal. Ini menggunakan mesin tayang. Wak lu, memang lagi ramai pelajar jadi malas dan duduk belakang. Aku cakap ini sebab aku telah merasainya. Bukan kelentong lebih ok?

"Woi Haikal, semalam amacam makwe yang tu?", sapa si Daus pula. Mamat ini ok sedikit. At least dia dengar Radiohead. Heh.

"Makwe mana pulak ni celakaaa?", saja aku membangkitkan ayat provokasi.

"Ah, kotey lah kau. Balik dari Club Med semalam, kitaorang semua balik tangan kosong. Kau sorang je balik dengan buah tangan. Gitulah member, makan sorang.", nada tak puas hati Daus kedengaran.

"Hahaha, sial-lah kau. Boleh tak cerita benda ni slow sikit. Karang orang lain dengarlah bodohhhh", memang boleh tahan kuat juga suara Daus ini tadi. Malu aku.

"Kehkehkeh. Ok ok. Siapa nama makwe tu? Erna eh? Amacam, pergi tak pergi?", kata Daus memperlahankan suara.

"Boleh tahan lah bai. Tapi, yang sleknya pagi Ahad dia blah awal-awal. Dia kata dia kerja. Kalau ikutkan, nak je aku bubuh untuk round ke lapan. Haha!", aku mula mengarut tak tentu hala.

"Jadah apa Ahad kerja? Nepal ke apa budak perempuan ni?", balas Daus dengan kehairanan.

"Mana aku nak tahu, tapi memang orang kerja sales, tak tentu hala waktu kerja kot. Dia kerja bahagian sales kat Digi. Tu yang waktu kerja pun terabur nakharomm. Ala, rileks lah. Aku tahu kau nak kan? Nanti minggu depan kita shoot lagi. Orait?"

"Cantiklah weh. Tapi, kalau kau buat perangai babi lagi save sorang-sorang. Aku langgar kereta kau nanti. Hahaha."

"Nampak ni? Hah", respon gua pantas dengan menunujukkan segenggam penumbuk.

Seperti yang aku ceritakan tadi, dalam tempat kerja aku ini, hanya dengan Daus sajalah aku boleh layan kepala dia. Sebab dia mendengarkan Radiohead. Dan dia membenci Oasis. Sedangkan aku tidak. Namun, bagi aku kira okay-lah citarasa muzik dia terhadap Radiohead. Ini kerana, setelah mendengarkan Radiohead, setelah menjadi sewel sedikit kerana penangan Karma Police. Daus mula berubah menjadi lebih kemas. Kalau dulu, waktu dia mula-mula masuk kerja. Aku rasa nak bagi penerajang saja. Dengan rambut kilat kerana minyak Code 10 dan pewangi Follow Me. Memang Daus dulu dengan sekarang amat berbeza. Sebab aku nampak sejak aku bagi dia dengar lagu pertama dari Radiohead iaitu Creep, dia ada beli wax jenama Gatsby. Heh. Ketara bukan?

Besok-besok je lah aku sambung tulis. Aku tengah siapkan zines. Korang nak kan?

7 ulasan:

Hazirah Mustaffa Kamal berkata...

nak! :)

Eyka berkata...

iskh iskh iskh..maksiat..haha:P

radiohead peberet gua :)

Si BungaPopI berkata...

Untung lahh dapat 8 round...

eyh was it 8?

or just 6?

too bad. :P

Nora Mieza berkata...

Karma Police dia punya dose tak terasa sewel lagi aku punya kepala.

Tutup lampu layan knives out, idiotique, bangers mash.

lagi high dari weed.

laskar pelangi berkata...

HAHA;D sengal!

yann berkata...

NAK !! sgt ! :)

Wilayah Sepet Kuku berkata...

as salam,

hahaha..code 10 n follow me..sgt cool bebeh!