Disember 14, 2011

10 Sebab Yang Mungkin Menyebabkan Kamu Nak Jadi Cool

Mari kita lihat apa sebab-sebabnya memandangkan kita mungkin ada berkelompok dengan orang-orang yang dimaksudkan.

1. Cuaca. Aku pernah bertanyakan soalan kepada seorang drummer kumpulan yang menggunakan cuaca sebagai nama kumpulannya sewaktu aku terlibat dalam event organization ;

"Amacam UK beb? Seronok?"

"Malaysia panas lah", jawab dia dengan sebelah tangan menarik kolar round-neck nya. Oh ya, dan muka berkerut dengan gaya seperti di tengah padang pasir.

Jadi, dari situ baru aku tahu sebenarnya orang kita secara jujur kurang suka dengan iklim khatulistiwa (rawak). Jadi, pepatah 'Hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri' adalah pepatah yang dah-tak releven barangkali. Sebenarnya, siapa yang tak suka dengan emas?

2. Pasca-Indie. Setelah berakhirnya demam grup cuaca, grup jumpa pakcik, grup deria rasa dan tak lupa juga grup berpasangan itu haram. Yang tinggal adalah pengisian untuk mengekalkan indie itu sendiri. Indie sebenarnya sedikit sebanyak mengajar kita untuk sentiasa mencari sesuatu yang baru untuk didedahkan kepada orang ramai dengan harapan orang ramai atau mungkin kawan sekeliling memandang kita tidaklah seperti sampah.

Jadi, sebab itu lahirlah demam K-Pop. Selaras dengan dimensi pandang ke timur. Selaras dengan sesuatu yang baru, yang tak terfikir oleh jangkauan kita bahawa akhirnya demam dari timur itu dibawa dari sebuah negara yang rata-ratanya di ikutkan, rakyat negara kita lebih bagus berbahasa Inggeris dari mereka. Maka, aku menafsirkan dari sisi pandangan mereka atau luahan jujur mereka sahaja yang kuat mengatakan bahawa ;

K-pop itu cool.

Bagi mereka lah. Bagi aku, hey aku bukan orang cool ok?

3. Pasca-Indie kepada Pasca-Indie lagi satu. Aku cuma mahu menyentuh mengenai hal fesyen, gajet dan apa saja yang baru dalam kalangan kita ini. Mungkin kamu sudah boleh agak apa dia. Yalah, seperti yang aku cakap tadi. Semua orang mahu mencari yang baru. Mungkin artikel ini boleh membantu kamu. Ketuanan Mat Salleh. Yes, go for it.

4. Kewujudan anti-cool. Sebenarnya dah ramai sangat orang yang hendak menonjolkan diri barangkali. Menonjol menjadi popular misalnya. Popular murahan ataupun popular yang mahal. Popular kebetulan ataupun popular ciptaan. Tak lupa juga popular yang halal dan popular yang haroom.

Buka surat khabar. Kita terbaca bakat baru. Buka internet, kita dihidangkan aksi-aksi baru, dan juga tak kurang aksi bodoh juga... seperti apa itu? Parody cinta muka bulu? Ok. Fine. Aku rasa video itu kelihatan bodoh sebenarnya. Mungkin aku rasa masyarakat sekeliling (baca segelintir) kita sering sudah sebati dengan prank, sarkastik, gurauan dan banyak lagi asalkan buat kita tertawa. Cuma, serius aku lihat video itu aku tak ketawa langsung. Kenapa ya?

Mungkin Najwa Latif rasa lagu dia cool, pencipta parody pula merasakan parody itu cool, orang-orang yang suka dan bertepuk tangan turut merasakan ia cool. Tapi kan aku dah cakap. Aku bukan orang cool. Haih.

5. Air-cond. Sekarang mana-mana kita pergi mesti kalau boleh nak ada air-cond. Sebenarnya, aku tiada idea mana dalam point ini. Kalau aku teruskan penulisan mengenai keburukkan dan kebaikkan air-cond, mungkin bukan di sini tempat penulisannya. Lain kali-lah. Cuma aku cuma ingin beritahu kamu bahawa aku adalah orang yang kurang gemar dengan air-cond

Impian aku satu hari nanti adalah mahukan rumah yang menggunakan passive-design. Rumah tidak mempunyai air-cond mahupun kipas kerana hanya menggunakan sistem air-ventilation.

Err, ini cool ke?

6. Rokok. Dua jenis rokok yang aku perhatikan mula menghakisi monopoli Dunhill Merah dan Malboro Merah ialah rokok Mild Seven dan apa saja jenis rokok menthol terutamanya Dunhill Menthol, Pall Mall Menthol, LM Menthol picit dan Surya Hijau.

Apa yang kamu nampak disitu? Ya, kini semua orang mahu suasana menjadi mild dan juga mahu menyejukkan diri. Ini mungkin berkait dengan perkara pertama di atas iaitu;

"Malaysia makin panas bro, sebab itu aku hisap rokok menthol"

Heh. Nasib baik aku hisap Surya.




Tak sampai sepuluh pula. Ok, enam sebab sahaja aku nak beri. Banyak-banyak pun tak guna sebab ada lagi ke orang nak baca blog ini? Chalo, Asalamualaikom.

17 ulasan:

Elena Reeney berkata...

akhirnya ada jugak org cakap parady cinta muka bulu tu tak best! memang tak best langsung. parody kejadah setakat tukar buku ke bulu.

hanaahmad berkata...

cool dengan cara yang menjelikkan barangkali. ntah hape-hape.

Aqram berkata...

ada juga orang yang baca blog ini. terima kasih lar tibet.

dan ya. cinta muka bulu tengkorak dia.

Apiz berkata...

"Banyak-banyak pun tak guna sebab ada lagi ke orang nak baca blog ini? "
Hahaha...ade kot! XD

liyanna berkata...

pasal air cond tu cool.

fndrocka berkata...

takkan enam je..merajuk pesen apa ni?

ahsfantasy24 berkata...

cool ke anoying?
hehhe macam-macam jenis manusia kan?:)


Latest Post:
Manusia memang suka cerita tentang keburukan orang lain?

Wadi AR berkata...

cool pon idak gak

Abang Zam berkata...

boleh tahan jugak lu punya kool ni

♥BELLALICIOUS♥ berkata...

saya pun kurang gemar dengan aircond. sep!

Si Psikopat Sadis Seksual berkata...

Kadang-kadang tak reti nak bezakan cool dan loser. Sebenarnya loser itu apa.

Aqram berkata...

@si psikopat

loser bagi tafsiran aku ialah orang yang nothing. don't know nothing dan bila bercakap pun nothing.

@bella

ye lah tu eclips, awak kan berdarah sejuk.

@abang zam

heh.

@wadi

idak mende?

@fantasy 24

entah.

@fndrocka

hahha. sikit2 lah.

@liyanna

terima kasih

@apiz

ok, skrg adalah jugak.

@hana

mungkin gak lah.

anGah berkata...

pergh.. lagi 4 bila nak kasitau?

sembang kemas berkata...

tiap kali online gua akan singgah sini beb.

jangan risau,

ramai kot yang baca blog lu bro.

lek lu,Marlboro picit satu.

Sca Ndx berkata...

aaaha. macam anti-pavilion. itu cool melawan cool. padahal dua2 macam apa entah

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Hahahaha.

Mild Seven rock la bro.

XD

Liza@El@KedFlop berkata...

cool gila blog nie. osem!