Disember 05, 2011

APTB

Aku baru teringat bahawa aku mempunyai akaun Formspring. Pada kemunculan Formspring dahulu, ramai orang mengatakan ia akan menjadi suatu trend di Malaysia. Namun, aku lihat apabila banyak soalan spam. Semakin ramai orang mula beralih. Tapi, masih juga ada yang degil atau mungkin teguh di Formspring menanti soalan-soalan untuk di jawab.

Ya, kalau cukup popular tak mengapalah. Jenis macam aku yang popular tapi tak di akui kepopularitian, bagaimana?

Jadi, aku rasa aku perlu hidupkan semula akaun formspring aku. Tanyalah soalan yang bagus ya. Tanya di sini, dan aku ada letakkan ruang kotak pertanyaan di bawahhhh sekali. Bukan tanya soalan bahalol seperti "Aku dah tahu muka kau aqram hehehe..."

Apa aku peduli kalau kau tahu muka aku sekalipun. Apa Pun Tak Boleh. (APTB)

7 ulasan:

sha my heart berkata...

dulu2 ada juga akaun formspring ni. main sekali dua, then malas dah. haha~

Syaitan Bin Iblis berkata...

Kahkahkah! soalan bahalol FTW!

cikpia berkata...

hagak2 kalau aku tanya 4 punca kosa 2 ko nak jawab tak?

TinTin berkata...

Soalan 1:
Kalau aku hantar soalan kat blogspot je boleh?

Soalan 2:
Apa komen kau tentang perhimpunan Wanita UMNO baru2 ni?

Soalan 3:
Kau adik beradik berapa org?

hanaahmad berkata...

aku rasa formspring ni macam sampah lah. banyak sangat spam dengan soalan ntah hape.2 letih aku nak menjawab.

Aqram berkata...

@sha

samalah. tapi, gua rasa tak salah saje2 nak main.

@cikpia

boleh je.

@tintin

1. aku tak benarkan. jadi soalan 2 dan 3 aku tak jawab.

@hana

popularnye kau...

Cha berkata...

Ya, kalau cukup popular tak mengapalah. Jenis macam aku yang popular tapi tak di akui kepopularitian, bagaimana?


bukan main lg. haaaaa