Disember 31, 2011

Kefahaman dan Keangkuhan

"Tiada siapa yang akan memahami diri kau selagi kau tidak membenarkan orang disekeliling kau memahami kau!"
"Aku dah buat apa sebenarnya? Kau jangan menangis boleh tak?"
"Bukalah ruang untuk orang yang sayang pada kau memahami diri kau"
"Siapa? Kau?"

Dan gadis itu berlalu dengan tangisan tanpa jawapan.

Setiap hari aku menunggu jawapan tersebut. Sayangnya aku masih belum jumpa. Ia seolah tidak mahu muncul atau memang benar bahawa aku yang tidak membuka ruang hati aku sendiri? Mustahil. Rasa tak percaya.

"Sayang, kalau kita berpisah. Kamu cari diri kamu sendiri. Dan kamu kembali semula, boleh?"
"Kamu ini suka sangat menonton cerita Korea agaknya"
"Okay.."

Aku masih lagi menjadikan dialog ini bermain dalam fikiran aku sendiri. Walaupun aku tahu harapan itu pudar. Baik bintang, baik botol kaca, mahupun ciuman ringkas dipipi yang masih hangat dalam ingatan. Aku perlu sedar bahawa itu semua kenangan.

"Hubungan ini terlalu sukar"
"Kita boleh melaluinya"
"Apa faedahnya?"

Menjadi bisu. Hanya kebisuan sahaja yang mampu aku serlahkan. Sifat boneka itu kembali. Kebisuan ialah rupa-listik kita sebenar dalam berpendirian. Pantulan cermin yang rupa-rupanya hodoh dalam diri. Kepura-puraan yang sedang kita lalui tanpa sedar untuk apa? Untuk menghilangkan rasa sedih, rasa keseorangan.


Tiga puluh satu hari bulan dua belas. Hari kebencian dalam diri aku sendiri kerana perlu mengimbas semua kegagalan. Tafsiran dari tulisan yang celupar dan pedas. Tindakkan yang tidak betul pada masa yang tidak tepat. 

Jika ada seseorang yang mampu mengubah diri aku saat ini, aku harap dia datang di hadapan mata aku sendiri. Walhal aku tahu pengubahan itu perlu dari sendiri. Entah kenapa masih berharap. Entah kenapa masih menyanjungi sebuah cinta. Sesuatu yang kita tidak faham adalah lebih baik untuk kita tolak memahaminya buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada apa yang kita fahami saat ini.

Sekarang aku memahami bahawa angkasaraya itu datang dari penciptaan yang angkuh. Menulis sampai angkuh, menulis sampai keangkuhan itu menghilangkan rasa cinta aku pada perempuan. Aku sudah tidak berminat pada wanita?

Biarkan ia menjadi persoalan yang angkuh. Itu lebih baik.

6 ulasan:

erysweetie berkata...

hilang cinta pada perempuan, hidupkan cinta pada Allah. Dia boleh gantikan yang jaauh lebih baik. yang kau perlukan =)

Republic berkata...

rasanya diam itu lebih angkuh...kita buat bodoh sahaja angkuhkah?

luckiey berkata...

stuju sgt dgn erysweetie...

aku masih berharap,and sebab tuh sampai skrg aku xberminat pada lelaki2 laen???

haikal blank berkata...

republic, aku rasa berdiam dan buat bodoh itu angkuh bila kita rasa hanya kita yang betul dan orang lain semua salah.

kucingputih berkata...

berharaplah, terus berharap.
manifestasi jiwa yang mengakui ada di atas sana yang bisa merealisasi segala.
dan bergeraklah, terus bergerak.
barangkali yang dinanti cuma selangkah dihadapan.

:)

Sutera_suci berkata...

Angkuh tu apa?