Disember 19, 2011

Kenapa Aku Tak Berapa Kisah Dengan AUKU?

Memang aku tak berapa nak kisah kerana sewaktu aku berada di universiti dahulu, aku tak merasakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) menjadi penghalang aku sebagai mahasiswa dalam menempuh kehidupan sebagai seorang pelajar.

Sebenarnya, apabila kita memasuki universiti. Kita hanyalah seorang pelajar. Entah siapa pula melabel pelajar universiti sebagai 'mahasiswa' dan 'mahasiswi' bagi meletakkan taraf itu seolah-olah kebal dan lebih tinggi dari pelajar sekolah mahupun kolej.

Secara peribadi, aku menyokong pelaksanaan AUKU.

Cakap-cakap orang mengatakan AUKU ditubuhkan kerana mahu menyekat penglibatan pelajar di universiti sewaktu era rebel Anwar Ibrahim adalah cakap-cakap retorik kuasa. Sepengetahuan aku mengenai AUKU ialah, ia diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir sewaktu beliau menjadi Menteri Pelajaran bagi meningkatkan keberkesanan pelajar di universiti menumpukan perhatian dalam pelajaran di kampus dalam menghasilkan tenaga kerja yang berproduktiviti untuk memajukan sesebuah negara. Yalah, sewaktu AUKU mula-mula ditubuhkan, apa yang aku lihat, kebanyakkan pekerjaan kelas tinggi seperti doktor, jurutera, pengkaji bahkan pemimpin, masih dipegang oleh 'orang luar' iaini semestinya dari orang-orang British. Dan jika sekarang sudah tiada orang luar sekalipun, bagi aku AUKU masih releven dalam membentuk pelajar yang bertanggungawab dan bersahsiah tinggi.

Dengan AUKU sewaktu itu. Ia ditubuhkan bagi melicinkan perjalanan dan arah universiti-universiti di Malaysia. Lebih tepat, aku berpendapat bahawa AUKU sebenarnya satu undang-undang tubuh, rujukan dalam membina, menubuhkan, mengurus atau mewujudkan universiti-universiti di Malaysia. Jika kita ingin kata sebagai mengawal. Betul juga, kerana ia diperwujudkan untuk kawalan yang mendatangkan kebaikkan.

Menghalang pelajar dari menyertai politik, dan parti politik.

Itu merupakan yang sedang hangat diperkatakan tentang memansuhkan AUKU. Aku cuma pelik dengan perkataan 'mansuh AUKU'. Sebenarnya mereka mahu memansuhkan keseluruhan AUKU itu atau hanya mahu meminda/menggubal beberapa akta sahaja?

Adalah satu perkara kurang cerdik jika mereka mahu memansuhkan terus AUKU (iaini membatalkan AUKU) kerana seperti yang aku katakan tadi. AUKU adalah satu rujukan undang-undang dalam menubuhkan universiti. Jika AUKU di batalkan, apa akan terjadi kepada universiti?

Cuba kalian baca keseluruhan akta dan peraturan dalam AUKU. Bukankah ada disebutkan tentang fungsi Senat, hal ehwal kuliah dan sebagainya? Jika AUKU dibatalkan seperti yang diperjuangkan oleh mereka-mereka ini. Maka, apakah selepas ini terbatal jugakah kuasa Naib Cancelor? Apakah selepas ini pelajar boleh sesuka hati tidak datang kuliah tanpa dikenakan tindakan tatatertib? Ya lah, kerana AUKU sudah mansuh, sudah dibatal. Maka, ia seperti kita wujud dalam universiti yang tiada undang-undang kerana pemansuhan AUKU. Ini gila. Memang seronok lah selepas ini pelajar UiTM perempuan boleh berbikini ke kuliah misalnya. Atau pelajar lelaki UM keluar masuk pergi clubbing dengan membawa sebotol arak lalu di depan pak guard (polis bantuan, heh). Kan AUKU sudah di mansuhkan? Rujukkan undang-undang tiada. Universiti tiada rujukan undang-undang dan universiti seperti menggunakan undang-undang rimba. Siapa ada kuasa politik, dia yang akan berkuasa di universiti.

Itukah yang kita mahu sebenarnya dalam kehidupan di universiti?

Sebenarnya, ada dua perkara yang perlu kita perhati di sini;

Pertama. Ini adalah retorik apabila mereka melaungkan 'mansuh AUKU'. Kerana yang sebenarnya, tindakkan yang mereka mahukan hanyalah penggubalan dan pemindaan beberapa akta dalam AUKU. Namun, kerana laungan 'mansuh' itu semakin meluas. Ia diertikan sebagai suatu penentangan dalam mengharamkan AUKU di universiti. Mereka tidak menggunakan perkataan yang tepat dalam kempen dan tuntutan iaitu 'pinda AUKU'. Mereka lebih sukakan perkataan 'mansuh' kerana lebih keras. Dan ini sedikit sebanyak menjadikan ramai orang terpengaruh dan salah faham. Aku sendiri menyokong beberapa akta dalam AUKU dipinda seperti penggunaan pembesar suara dibolehkan misalnya. Ataupun memberikan lebih ruang keadilan bagi pelajar yang dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib mendapatkan pembelaan dari peguam. Mungkin tak perlu ada peguam dari luar. Universiti sendiri boleh menubuhkan panel peguam membela pelajar barangkali. Menggunakan peguam dari luar ini seperti kerja sia-sia kerana dikhuatiri peguam dari luar boleh mengambil kesempatan. Sedangkan Majlis Peguam sendiri kelam-kabut dengan rasuah peguam, mahu pula dibawa budaya itu menular ke dalam universiti? Jilaka namanya.

Oh, berbalik hal tadi. Ya, retorik kerana hakikat tujuan sebenarnya ialah 'pinda dan gubal'. Bukannya 'mansuh dan batal'. Jika mansuh pun, hanya beberapa akta dalam AUKU. Bukannya keseluruhan AUKU tersebut. Kerja gila jugaklah mahu memansuhkan keseluruhan AUKU kerana seperti yang aku tegaskan tadi, mana mungkin kita menghapuskan undang-undang rujukan penubuhan? Mereka mungkin saja-saja mahu ambil kesempatan dari kelemahan ini untuk memalukan kerajaan. Bagi aku lah.

Kedua. Sedarkah kita bahawa majoriti antara kita sebenarnya tidak kisah dengan politik? Atau mungkin tidak mahu berpolitik dan mungkin juga membenci politik. Apatah lagi politik di dalam universiti. Aku yakin ramai di antara kita tidak mahu melibatkan diri dengan politik dalam universiti. Menyertai Majlis Pelajar? Pilihanraya kampus? Jangan harap. Memang kena ejek. Di cap sebagai 'budak gila kuasa, budak gila mikrofon ataupun budak skema'. Hakikatnya, pelajar yang melibatkan diri dalam politik di universiti, kurang disukai oleh majoriti pelajar yang lain yang hanya mahukan 'belajar elok-elok di universiti, have a fun as student, tak nak buat serabut perjuang sana-sini, dapatkan pointer yang baik, dan blah dari universiti untuk dapatkan kerja yang baik'. Ya, itulah pelajar majoriti di universiti. Bukannya pelajar yang terjerit-terlolong laung 'mansuh AUKU' tersebut dengan melibatkan kancah politik dalam universiti. 

Tapi, entah kenapa suara majoriti ini kurang diambil perhatian? Mungkin kerana mereka tidak suka meraih populariti mahu mengejar kuasa. Atau jenis tak berapa nak kisah seperti tajuk artikel ini. Ya, aku adalah salah seorang darinya. Jenis tak kisah dengan AUKU kerana setakat ini, aku tak pula merasakan AUKU menyekat atau mengongkong kebebasan aku sebagai pelajar, mahasiswa. Dan sebenarnya, ramai yang berpendapat sebegitu.

Ala, zaman universiti aku dahulu. Ada je aku melibatkan diri dengan aktivis luar universiti. Tapi, takde kena tangkap atau dikenakan tatatertib pun. Oh, mungkin tidak sampai dikenakan tatatertib kerana aku melibatkan diri dengan aktivis event organization di luar kampus yang bermotifkan muzik dan seni. Jadi, walaupun tampak seperti sudah melanggar akta. Namun, sebenarnya penguatkuasaan AUKU tak lah seketat mana pun. Orang cakap, pandai-pandai lah hidup. Asalkan jangan buat kacau. Ini sampai kau buat kerja gila pecahkan pintu pejabat universiti, turunkan bendera depan PWTC semata-mata perjuangan yang kurang jelas. Manalah orang lain tak marah? 

Senang cakap atau akhir kata, berbaloikah apabila kamu berpolitik dalam universiti tetapi akhirnya ia membuatkan ramai orang membenci kamu? 

Entahlah. Terpulang untuk kamu dan mereka nilai.


p/s: Dah nama pelajar, buat cara pelajar lah. Nak jadi macam Anwar Ibrahim pasal apa? Baik layan Akta Angkasa - Pakcik Ramli.

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yep.but mostly student kt u aku da mula take part n ambik kisah dgn politik kampus n last sem pembangkang menang.tp pd aku,aim aku cm kau ckp.have fun, dpt result yg ok n then blah dr sini.haha..

-mr.dontcare-

hazirah kamal berkata...

dan sebenarnya ayat ini,

"Mereka mungkin saja-saja mahu ambil kesempatan dari kelemahan ini untuk memalukan kerajaan. Bagi aku lah"


kalau dituturkan oleh seorang pelajar universiti, bergantung kepada Seksyen 15(5)(a)AUKU yang memperuntukkan “no student of the university shall express or do anything which may reasonably be construed as expressing support for or sympathy with or opposition to any political party whether in or outside Malaysia“.

sudah boleh didakwa. sebenarnya.

seksyen 15 terlalu luas, vague, tak jelas. sampai kalau kita cuma buat status di facebook je pun, ground of law untuk buang pelajar daripada universiti, sudah cukup, sufficient.

and seriously,who gives a damn about other provisions in auku anyway. when they say mansuh AUKU, they mean mansuh seksyen 15.

Yang lain berkaitan sahsiah pelajar etc, please stay.

free compass berkata...

waktu saya di U, anggota MPP adalah antara orang yang paling rendah CGPA-nya (bukan semua). Kalau kesian, lecturer bagi markah tinggi sikit. tapi politik kampus ni meriah di universiti pelbagai bangsa, kalau di UITM tu macam lebih kurang je. tak ada sapa kesah politik. mungkinlah.

Aqram berkata...

jika di ikutkan. ramai je yang dah langgar seksyen 15 tu. tapi, adakah universiti terlalu strict untuk kuatkuasakan seksyen itu?

rekod menunjukkan ia masih terlalu kecil. kat situ juga hazirah, kamu kena faham tentang tatacara pelaksanaan akta. adakah setegas zaman Fuhrer, atau selembut zaman J.F Kennedy?

dan lagi satu, berapa ramai student yang tahu rupa2nya yang hendak dimansuhkan ialah seksyen 15? aku bet mmg ramai yang tak amek kisah. series.

Alynn Notnot berkata...

kalau mansuh semua, rosak la universiti. tak payah pergi kelas, tak payah buat ape2, grad je terus. -.-"

bekas pelajar berkata...

sedangkan masa AUKU ade pun dah macam2 problem berlaku, inikan pula nak mansuhkan AUKU.

ibarat macam tkde garis panduan dan semua orang boleh buat sesuka hati.

masa zaman belajar dulu, saya tgk kawan2 yg aktif berpolitik ok je dengan akta ni. takde pulak menyuarakan nak berdemo untuk mansuhkan benda ni. macam orang kata, pandai makan pandai simpan. kalau rasa diri nak berpolitik sangat, pandai-pandailah.

dan kalau dah nama universiti/ kolej universiti atau yg sewaktu dengannya dah diallocatekan untuk belajar, belajar aje la, tak rugi apa2 pun.

setuju dengan aqram, term mansuh tu salah, patutnya guna term pinda, ni baru tepat.

tu la, orang suruh belajar, dia pergi buat benda lain. LOL

THIS BEST BRO! :D

hazirah kamal berkata...

jadi kita setuju seksyen 15 auku memang arbitary. betul?

walaupun kes dakwaan ada, tapi kurang.

jadi kita nak tunggu sampai banyak pelajar kena dakwa baru kita ambil kisah tentang seksyen yang mengarut ni?

saya kata ramai yang tahu apa yang mereka mahu mansuhkan. sebab tak pernah saya dengar selama ni mereka berdemonstrasi untuk hak memakai bikini ke universiti.

Aqram berkata...

tak jugak zirah. ada perenggan dalam seksyen 15 boleh dikekalkan. ada yang boleh dipinda.

nak kena tunggu sampai banyak pelajar? ramai sangat ke setakat ini? biarlah dengan diorang. diorang datang universiti nak menunjuk kuasa. janganlah pengaruh orang yang dtg universiti untuk belajar dan tak amek kisah utk ramaikan perjuangan diorang tu.

haha, tak perlu untuk hak memakai bikini. di universiti aku dahulu ada usul minta buat LRT dalam universiti dari pihak pro-M. bangang betul. ingat murah ke apa?

hazirah kamal berkata...

fakulti saya, boleh kata ramai. boleh kata. ada yang saya rasa boleh terima, ada yang ke laut juga perjuangannya.

anda, aqram, salah satu penyokong AUKU yang rasional. :)

tapi saya masih memilih untuk menentang, juga dengan rasional.

Akak Kopi berkata...

bagi aku, kalau belajar tu dean list je semedang boleh la sibuk nak gila kuasa ni.

Tapi, kalau belajar pun bodoh, pointer cukup-cukup makan baik tak payah. Tu pintu UPM kena pecah tu, bangga sangat agaknya buat demonstration camtu boleh buat cerita kat anak cucu.

Aqram berkata...

entahlah hazirah. hari ini kenyataan media solidariti mahasiswa malaysia (SSM) lagilah buat aku ketawa kerana bnyak yg tak berasas tuduhannya. check kat sini,

http://youtu.be/C4R6DS7jOEM

SMM kata nak mansuh AUKU secara TOTAL (keseluruhan). bukan setakat seksyen 15, tapi semua seksyen yg ada termasuk peraturan2 kecil kuliah, fakulti dan pembentukkan senat dan majlis pelajar. dan aku rasa itu menunjukkan SMM mmg mahu menjadikan universiti memakai undang2 hutan rimba seperti yg aku tuliskan dalam artikel ini. kalau itu terjadi, aku rasa ramai 'pelajar yg tak kesah' akan menentang SMM. mungkin.

dan bagi aku. SSM bukanlah suara majoriti mahasiswa. tapi mereka seolah claim diri mereka sebagai suara majoriti. lebih sudu dari kuah atau mungkin cara retorik untuk memujuk pelajar menykong mereka.

dan aku ulangi lagi, suara majoriti mahasiswa ialah pelajar yang telah aku deskripsi dalam artikel ini. suara pelajar 'atas pagar'. bukan suara aspirasi, bukan suara pro-M mahupun suara SSM.

terima kasih atas perbincangan berhemah sebegini.

NOOR FATIN berkata...

dulu masa saya belajar tak de pun mcm ni. samada saya tak amik port atau mmg tak de. heheh :)

miraa japri berkata...

mungkin cara dia turunkan bendera kat pwtc tu salah. tapi sebenarnya kalau kau pernah baca tentang posting student education kat upsi tu,mungkin kau akan faham sikit kenapa diaorang buat camtu..

Hidemichi berkata...

"Ala, zaman universiti aku dahulu. Ada je aku melibatkan diri dengan aktivis luar universiti. Tapi, takde kena tangkap atau dikenakan tatatertib pun. Oh, mungkin tidak sampai dikenakan tatatertib kerana aku melibatkan diri dengan aktivis event organization di luar kampus yang bermotifkan muzik dan seni."

Yes, in fact kalau kau join aktiviti dgn UMNO atau Barisan Nasional pun kau tak kan kena tangkap. It's a fact. Mahasiswi byk join Puteri UMNO dan terlibat dgn lobi pilihan raya.

Ini soal kesaksamaan dan hak. Majoriti boleh terus seronok dgn exams dan campus gigs, but (if not majoriti) yg merasakan selain boleh mengundi, suara mereka pun harap di dengar patut diberi ruang.

Aku tergolong diantara yang kau cakap majoriti tu, tapi aku tak rasa menidakkan rakan2 yang lain adalah perkara yg terpuji.

PointBlankShot berkata...

ikut pemahaman aku, ada member aku (budak MPP uitm) cakap AUKU tu tak applied kat budak-budak uitm.

katanya, uitm masih lagi ITM - berkait rapat lagi dengan gahmen. "U" tu ditambah oleh Tun Mahathir untuk menaikkan taraf ITM kepada Universiti.

Ada provision lain untuk student uitm, tapi aku tak tanya habis la pulak member aku tu. Ada sesiapa boleh verify benda ni?

hazirah kamal berkata...

@pointblankshot

kami ada akta 174. juga menyekat kebebasan politik dan pandangan.

@aqram

SMM memang 'ke laut'. fact. saya pun tak faham perjuangan mereka.

saya bukan pendemonstrasi. tapi kalau ada student yang ada pendirian sendiri, and suka untuk menyuarakannya, saya tak nampak kenapa perlu kita nafikan hak dia.

dan ya, kalau masuk puteri umno is okay, kenapa masuk muslimat pas akan ada masalah dengan pihak HEP. oh yes, mesti akan ada. double standard much?

Aqram berkata...

sepanjang aku hidup sebagai pelajar universiti dulu. ada kawan2 aku dari kelantan memang terang2 masuk pemuda pas. dia tak kena tangkap atau dipersoal pun.

tapi, masa pilihanraya 2008 aku ke shah alam. ada salah sorang dari diorang ni kena hadap kat HEP sebab terlibat dengan kempen pilihanraya dan muka dia keluar tv sebab terlibat dengan demonstrasi.

ok, dia gini sebenarnya. kamu nak masuk apa2 pertubuhan tak kira kerajaan atau pembangkang. masuklah. pihak universiti dan kerajaan bukannya boleh memantau 100% pergerakkan semua pelajar. dan pihak kerajaan/universiti bukanlah jahat sangat bila sekali kamu masuk, dia track kamu ke lubang cacing. tak tak. kalau kamu berada di china, mungkin.

cuma, kerajaan dan pihak universiti akan ambil tindakan atas mereka yg terlibat dengan pertubuhan politik di mana mereka menggugat ketenteraman awam seperti demonstrasi misalnya.

boleh je kalau seorang pelajar yg mendaftar sebagai ahli umno, dan dia aktif dengan demonstrasi menggugat ketenteraman awam, dia boleh di charge bawah AUKU. tapi setakat ini yg aku nampak, ahli2 umno termasuk para pelajar jarang nak demonstrasi atau pecah pintu pejabat.

pernah selalu kita nampak pelajar yg ahli umno berpiket depan ibu pejabat dap atau pas? atau parlimen. jarang rasanya.

namun sejak era KJ sbg ketua pemuda. budaya demonstrasi dikalangan orang muda umno mula menular. haihh.

hazirah kamal berkata...

dan di sinilah masalahnya aqram.

siapa yang boleh dakwa? dalam keadaan macam mana baru boleh didakwa? siapa yang pegang autoriti itu.

tak jelas. ini masalah bila undang-undang sendiri pun masih tak menjelaskan provision yang ada. ini memang bagi kuasa yang arbitari.

saya tahu ini lame, dah banyak kali orang guna. tapi izinkan saya. kenapa bekas mpp saya dulu membawa anak buah ke parlimen, tak ada satu media arus perdana pun mengecam demostrasi ini. soalan saya, atas dasar macam mana baru demonstrasi jadi halal atau haram?

isu saya di sini bukan politik, tapi law itu sendiri.

Aqram berkata...

ini bukan suatu masalah sebenarnya. izinkan saya jelaskan sesuatu.

pelajar A. menyertai pemuda umno. di ajak oleh ketua pemudanya untuk datang ke parlimen. lawatan sambil belajar ke parlimen. tiada masalah.

pelajar B. menyertai pemuda umno. di ajak oleh ketua pemudanya untuk berdemonstrasi menentang anwar ibrahim yg terlibat skandal misalnya. itu masalah. kerana dia telah berdemo.

pelajar C. menyertai pemuda PAS. di ajak ketua pemudanya untuk datang ke parlimen. lawatan sambil belajar ke parlimen. tiada masalah.

pelajar D. menyertai pemuda PAS. di ajak ketuanya ke parlimen untuk berdemonstrasi. itu masalah. kerana dia telah berdemo.

saya tahu bahawa kamu ingin mengatakan bahawa (pandangan kamu secara realiti) mengapa pelajar B tidak dikenakan tindakan, pelajar D dikenakan tindakan bukan?

ya, itu tindakan yg kurang adil jika berlaku. atau mungkin dari pandangan kamu, ia seolah ada pilih bulu dalam penguatkuasaan.

tapi, pada pandangan realiti saya. kalau ikut kekerapan kes. antara pelajar B dan D. siapa agaknya yang lebih kerap berdemonstrasi?

terus terang saya cakap, yang saya namapak dari mata saya sejak dari dulu ialah pelajar D.

jadi, semakin pelajar D berdemonstrasi, semakin banyak dia mendapat perhatian untuk di ambil tindakan oleh pihak berkuasa.

itu pandangan saya jika saya pihak berkuasa. pelajar B mmg ada berdemonstrasi, tetapi kes demonstrasi yg ada mungkin dalam 3-4 kes berbanding pelajar D yang mencecah 20 kes.

secara jujur lah tentang penguatkuasaan di malaysia sememangnya kurang tegas. mungkin mahu berlembut. atau lambat ambil tindakan. jika tidak, masakan kes rompakan hanya boleh tertangkap setelah perompak berjaya merompak 15 buah rumah?

ini juga memainkan faktor mungkin? pilih bulu bagi saya adalah spekulasi. kerana jika yg memerintah skrg adalah pakatan rakyat. perkara dan alasan yg sama juga akan berlaku terhadap BN.dan perkara ini sampai bila pun tak dapat di selesaikan.

sebab itu saya lebih suka mengkritik masyarakat, dari mengkritik kerajaan. kerana masyarakat yg membentuk kerajaan.

Ju'a Adnan berkata...

salam...
tetiba aku terpanggil utk join conversation korang. aku sokong aqram. bagi aku seorang student haruslah fikirkan hal pelajaran. bukan hal lain. korang lebih baik fikir apa cita2 korang, apa tanggungjawab korang yg sebenarnya. kenapa student sekarang suka sesakkan otak dengan memikirkan hal yang tidak sepatutnya.

bagi aku, seorang student haruslah menunaikan tanggungjawab mereka terhadap peringkat premier dahulu seperti ibu bapa, keluarga serta komuniti.

pastikan korang belajar, dapat pointer cun2, pastu mekap resume dan transkrip, pi cari kerja yang berstatus professional. dapat gaji sedap, balas jasa mak pak, then jadi contoh kepada adik-beradik yang lain. bila kerja bagus, secara tak langsung dapat meningkatkan status komuniti kawasan student itu sendiri.

kalau berjaya menaikkan nama komuniti, sebagai contoh - ONG JIN HOCK, PELAJAR DARI SUNGAI PETANI BERJAYA DAPAT 13A1 DALAM SPM. kerana dia berjaya dalam pelajaran, secara tak langsung menaikkan nama bandar SP. kalau dari sudut politik, student yang berjaya tu dah sememangnya dianggap berjaya dalam sosio-politik kerana menambahbaikkan nama komunitinya sendiri.

bagi aku, budak2 yang tergedik-gedik mintak mansuhkan AUKU, lebih baik muhasabah diri.

mahukah korang tengok budak perempuan pakai pakaian seksi ke kelas sebab dah takde undang2 nak bounded menreka. pastu budak2 lelaki lebih kerap ponteng kelas sebab nak membuta di rumah sewa, cukup time mai exam hall jawab exam. tak kena bar walaupun ponteng kelas berjabu.

kalau nak berpolitik, pilih saluran yang betul. cuba biasakan diri dengan keadaan sekeliling..tak payah nak demo2 mahupun emo.

kalau belajar nak jadi cikgu, cubalah jadi insan yang boleh dicontohi. jangan nanti bila dah koyak bendera, 10 tahun akan dtg, jadi cikgu.bila dah jadi cikgu, ada pulak student main bendera, marah pulak murid tu sebab main bendera...padahal cikgu tu ibarat ketam ajaq anak jalan straight....

to hazirah kamal, aku tau kau sokong pembangkang kan? sebab tu ko still nak argue.

hazirah kamal berkata...

;) saya faham force of argument awak, aqram. i've been following lensarosak for some time.

jadi, force of argument saya, abolish seksyen 15. be fair to both sides. make it clear. hitam putih. law yang vague macam ni orang boleh putar belit.

*liked the new layout. good luck to gaban seven.

Nenek kau! berkata...

aku malas nk argue ngn mamat perasan hensem mcm ko.
peh! gua penah tgk muka lu dkat expo ape ntah aritu.
rasa nk pijak.
kenapa aku ckp perasan hensem sbab :
1) memang x hensem patu pnah kuar post entri angkat bakul sndiri ckp muke hensem.

2) org hensem xkn ckp dia hensem.

dan kenapa aku xnk argue ngn ko sbab ko pnye post dr dlu byk bias ke government.
Ko memang bodoh.
apepun pegi tgk statistik pilihanraya BN tak mampu tawan bandar-bandar besar.
Hanya anjing macam ko je ley kene suap dgn BN.
Kenapa AUKU patut mansuh?
ahai byk benda boleh ckp.
tp ko kene ingat dlu government bising dan risau bila peratusan golongan muda serta pelajar yg layak mengundi adallah sedikit.
Dorg risau pemuda tak minat politik then future kita blur.
Sbab politik menentukan halatuju pentadbiran negara.
antara sebab golongan pelajar x byk amik tahu psl politik adalah kerana AUKU salah 1 nya.
btw cukuplah
bye2 mamat perasan hensem dan penjilat kote najib!
Bye!