Disember 06, 2011

Menjengkelkan 66 : Sokonek

Tahukah anda..


1. Flashback balik 2009, aku mengikuti sebuah laman ulasan bola sepak yang mempunyai kredibiliti tersendiri dalam ulasan bola sepak secara sarkastik, berani dan logik. Senang setel, laman bola sepak yang penuh dengan aroma humor tersendiri. Aku masih ingat dengan satu post paling epik dalam sejarah;

"Respect The Don"

Serius memang terbahak tiga hari aku kerana baca entri tersebut.

2. Ada tiga orang pengulas yang menjadi santapan tumpuan iaitu Lucy, Luca dan Pipi. Trio LLP bak kata-kata orang ternama. Lucy dengan defensifnya pada Chelsea; "Harapan Terakhir Umat Manusia", lagak seperti King Aslan yang memperjudikan nasib menentang setan-setan merah yang telah menjangkiti peminat bola sepak Malaysia sejak sekian lama. Pipi pula setia dengan Arsenal; "Arsenal Kelab Terhebat di Alam Semesta dan Akhir Zaman", dan Luca... Ermm, kita abaikan sajalah ok?

3. Flashback balik awal 2010, aku mengikuti secara dekat di facebook dan twitter. Biasa-biasa saja penuh dengan informasi yang turut sarkastik cuma ia lebih dekat, maka perkembangannya mudah untuk kita hadam. Kemunculan blog yang di-link kan pada facebook sebenarnya berperanan untuk mendekatkan antara pembaca dan pengulas. Namun, kita perlu sedar apabila rupa-rupanya ada kesan buruk di akhir nanti.

4. Tahun ini, hujung tahun 2011. Kenapa dah macam lembu guruh? Kenapa dah nak sama level macam adik-beradik tenuk angkasa? Kenapa kenapa kenapa? Aku dapat agak satu perkara mengenai blog apabila ia mula melebihkan ruangan facebook dari blog. Hasilnya akan bercelaru dan kelam kabut. Malah sebenarnya lebih teruk dari itu.  Apabila seseorang/sekumpulan blogger mula lebih mengutamakan facebook dari blog nya sendiri. Kita akan dapat lihat penghasilan entri di dalam blog akan mula berkurangan. Idea juga menjadi nipis kerana kebanyakkan idea telah sedikit-demi-sedikit berlegar di dalam facebook. 

5. Aku akuinya. Terfaktab sekarang sedang mengalami proses tersebut. Namun, syukur aku lihat masih lagi belum capai tahap blog yang dimaksudkan sekarang. Makin bangang aku tengok status facebooknya. Ini tidak bagus untuk semua. Apatah lagi dengan drama perang. Apa ke lancau semua tu woi? Blog bola sepak, ulasan perihal bola sepak, perlu lah releven dengan bola sepak. Tapi, kalau dah ke estet, di manakah pendirian yang sebenar? Adakah sebenarnya blog tersebut sedang mengalami pengecilan otak? Mula mengecil kembali kepada zaman kanak-kanak. Berperangai budak-budak. Cepat touching? Takkanlah sebab Obe selalu mute dekat twitter, pun sama nak jadi macam dia kot? 

6. Aku harap masih ada yang sedar akan perkara ini. Bukan setakat aku nak cakap pada yang terlibat, tapi pada diri sendiri dan lain-lain. Eh, mengapa makin suram? Mengapa makin karut? Mengapa penulisan dan karya kita semua semakin merosot? Fikirkanlah semula. Rindu tahu dengan arena penulisan dan karya tahun-tahun lepas.

7. Kembalikanlah era yang lama. Takkan nak jadi macam Harimau Malaya kot. Dulu je power, sekarang lemau macam tin biskut? Apa yang berlaku kini terhadap facebook blog tersebut sebenarnya telah menggangu ketenteraman alam maya dan mergastua seperti yang berlaku dalam video di bawah barangkali;




"Jangan monyet...jangan..."

Sekian, terima kasih. Ikhlas dari yang tersayang.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ntah.

dgn ultras pun nak gado. cm budak2.

hiro berkata...

dekat page sokernet sekarang, dah macam tempat lepak budak-budak kurang kasih sayang dan tiada hidupan di alam nyata je gua kelih..

Hazirah Mustaffa Kamal berkata...

beg to differ?

saya nak ulasan yang sarkastik, berani dan logik, saya baca lucius maximus, pipiyapong(!) jorji, pidomat dan satu dua lagi.

saya nak yang bangang(boleh kata), saya buka sokernet fb.

taste berubah, senang cerita.

bercakap atas kapasiti seorang peminat sokernet, saya okay dengan sokernet fb walaupun tak begitu gemar dengan 'insensitive' mereka yang keterlaluan, kadang-kadang.

saya ikut scene gaduh-gaduh diaorang sejak tahajjud cinta, makwe gemar perhatian, sampai lah gaduh dengan ultras, dengan sokernet.com dan satu dua lagi.

sokernet fb dan sokernet blog memang ada beza. tapi biarlah mereka dengan perbezaan mereka.

Lucifer berkata...

Jangan monyet jangan. Sokonek mengaku mengulas bola sepak, tetapi page nya adalah sangat badut.

Mengulas?

Bak kata hiro, macam tu lah.

Anisa Hang Tuah berkata...

kids nowdays.

kah kah kah

alien berkata...

aku makin ta paham apa itu sokernet..
haish

OrangAkaun berkata...

kahkah
sokonek
baeklah

setiap 3 minit ada status baru
10 keluar, 3 ja aku paham..yang lain melalut..

Sempoi-senpai berkata...

skrg aku nk baca pun malas..dlu layan gak

'bangang','konek','bana'
dh xde bahse lain ke nk guna. stiap entry itu je bahse yg ada.. damn!

Alexia berkata...

aqram mengalami pendarahan jubor dan kepala takuk yang amat serius.


ouchhh! *hulur vaseline

sYafIk-wAy berkata...

perghh kenyataan berbau tempoyak nieh . hahaha . apa-apa pun ak sokong ko

ParkAir berkata...

Mula2 dulu layan Sokernet, lepas start merapu layan Sokerleaks pulak. Lepas dua2 merapu layan Bola,bola&bola pulak...

sokernet.blogspot dengan sokernet.com lain2 tokey ke?

Scarlett O'Hara berkata...

Kartun tu mengingatkan akan kisah lalu.

bact. berkata...

kesian jugak aqram neh
mana nak handle fesbuk lagi, blog lagi
jubur pulak berdarah

kahkahkah