Disember 06, 2011

Nama-Nama Yang Baik.

Bila sebut pemberian nama kepada anak-anak, kita disaran memberi nama anak-anak dengan maksud yang baik. Dan sewaktu itulah berkoyan-koyan suami isteri mula membeli buku 'Nama-nama Yang Baik Dalam Islam' untuk mencari nama-nama yang baik untuk diletakkan pada anak yang bakal dilahirkan. Seminggu semalam meneliti senarai nama dalam buku, ada juga yang membuat kajian di internet dan facebook serta tak lupa bertanyakan kepada saudara taulan dan rakan karib.

Bagi gua. Kalau dah nama letak nama anak yang mempunyai maksud yang baik, kenapa tak letakkan nama anak kau dengan nama;

Muhammad Baik. 

Kenapa? Gelak pula. Tak glamer eh?

Oklah-oklah. Nak sedap lagi.

Ahmad Rajin. Kalau yang perempuan, boleh letak nama, Siti Pemurah.

Eh, buat muka pelik pula. Kenapa? Tak baik ke semua tu?

Ooo. Mungkin sebab kita semua kurang yakin dengan bahasa Melayu kita sendiri atau masih mengagung-agungkan budaya-budaya luar dari Arab dan Eropah.

Tapi hari itu masa perhimpunan agung Umno, ada seorang makcik memang kental nama dia.

Muka Manis binti Mohamad Dara.

Memang FTW lah makcik!

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

manis muka leww

Lucifer berkata...

Memang Win lah nama makcik tu, Manis Muka.

e4ezzati berkata...

hahha.nama tanak kalah !

Wadi AR berkata...

nasib gua tak pegi perhimpunan tersebut

Abang Zam berkata...

bergetah lagi bapak manis ni. kehkeh

Aqram berkata...

manis muka ke, muka manis ke. janji FTW.

Cha berkata...

Aku sokong entry ni. Hahaha

Miss Dolce and Gabbana berkata...

Nama kalau diberi dengan nama bahasa kita sendiri nampak tak komersial.haha

Cik Yuyu berkata...

ahaks... klaka le plak bunyinye nka kasik nama cahaya mata. baik buh anak je teros. lol

hanaahmad berkata...

haha. memang terbaik nama makcik tu.

cikpia berkata...

he he..... harap2 muka makcik tu semanis nama dia....

yann berkata...

hahaha lawak gile !

YOUsoF berkata...

Bukan anak sedara Makcik Manis Muka : Kehkehkeh

nabuu berkata...

amboi makcik

Rimi H. berkata...

ada nama makcik ni SITI MALAYSIA. duduk dekat area Sepang kalau tak silap.