Disember 27, 2011

Tahun 2012 Punya Misi

Bila ada orang bertanya pada aku tentang misi (aku lebih suka menyebut misi dari azam) dua ribu dua belas nanti, aku sejenak mahu mengimbas semula apa yang aku sudah lakukan dan apa yang aku hadapi pada dua ribu sebelas.

Misi pada dua ribu sebelas sudah tercapai sebenarnya, iaitu menamatkan kehidupan sebagai seorang siswazah. Namun, terdapat juga misi yang tidak dapat dicapai seperti misi mengekalkan perhubungan dengan teman wanita lama. Pada asalnya aku sudah mengumpul duit untuk menghantar rombongan meminang. Namun gara-gara takdir sudah menentukan (ya ampun seperti lirik lagu pula), perhubungan terhenti, duit yang ada aku serahkan pada keluarga untuk memulakan perniagaan.

Selain itu misi dua ribu sebelas seperti mahu menerbitkan buku juga tercapai, misi meningkatkan tempo organisasi juga boleh dikatakan berada ditahap memuaskan. Maka jika difikir semula, kesemua misi yang ada berjaya dilaksanakan dengan baik. 

Untuk misi dua ribu dua belas. Aku mahu menetapkan satu misi untuk menjadi orang kaya yang banyak duit sampai boleh beli pakaian-pakaian berjenama yang berharga beribu-ribu di Johor Premium Outlets. Kaya sehingga boleh membeli motorsikal Kawasaki Sport Z750r 2011, dan banyak duit sehingga boleh menubuhkan sebuah konsultan pengelolaan acara, penerbitan, kaunseling dan periklanan. Tak lupa juga menjadikan Terfaktab sebagai platform komuniti paling terulung di Malaysia! Itu misi yang perlu dilunaskan sebelum mencapai nikmat sebagai seorang lelaki yang berwawasan dan cemerlang. Jika semua misi itu tidak dapat dilunaskan pada dua ribu dua belas kerana kedengaran mustahil, ia akan dilanjutkan pada dua ribu tiga belas.

Aku sememangnya orang yang mahu menang, tapi kemenangan yang ada biarlah dengan situasi realistik.

Misi-misi ini penting dalam menepati konsep 'Return To Jedi' dan 'Empire Strikes Back' yang dipegang selama ini. Return To Jedi bermaksud misi untuk kembali menggegar atmosfera bidang yang diceburi, diminati. Manakala, Empire Strikes Back bermaksud sudah tibanya menyerang semua kelemahan untuk dijadikan kelebihan.

Begitulah ceritanya tentang misi-misi aku. Kepala aku sudah pening sebenarnya selepas mengemas bilik. Kejap, lupa pula duit zakat. Kena kira juga. 

Baiklah, jumpa lagi pada dua ribu dua belas. Ingat, LensaRosak akan di-reboot-kan menjelang 2012. Hehe. Bye.

p/s : Apa misi kamu?

12 ulasan:

free compass berkata...

misi saya kalau panjang umur:

1) mengundi tahun depan kalau jadi PRU.

2) mohon lesen memburu

3) beli piano

4)beli mesin menenun seken hen

5) rajin mandi

6) kurang mencarut

aQel berkata...

misi dua ribu dua belas - menamatkan kehidupan sebagai siswazah dan bekerja. amiinn.

selamat berjaya aqram.

cikpia berkata...

mula2 aku rasa macam tadak misi jer kehidupan aku ni..... tetiba aku baca komen free compass, aku terfikir- YA, AKU PERLUKAN MISI SEPERTI DIA!!!!! AKU PERLU RAJIN MANDI!!!!

Din berkata...

Family kau niaga apa?

Abang Zam berkata...

misi hari ni belek post lama lensarosak

AKIM IQBAL berkata...

Misi aku

1) erm.. sedang berfikir

Isaac Ismael berkata...

bersama sama kita menjayakan misi terfaktab agar Kawasaki it menjadi milik anda.

keh keh keh

Wadi AR berkata...

baru nak cipta misi

Republic berkata...

misi untuk kekal bahagia...

sha my heart berkata...

good luck

laskar pelangi berkata...

misi nak padatkan otak dengan ilmu baru.boleh camtu? Heee~

erin berkata...

Misi untuk rajin bgn pagi. Sudah tertangguh 4 tahun lepas.