Kerana kesian.
1. Aku akan tukar kata nama dalam pernyataan yang kontroversi itu. Aku akan tukar kepada ayat merujuk.
2. Aku nak beli mesin kuda. Khas untuk pendekar yang korang upah konon untuk melempang aku dan lain-lain. Jaga-jaga pendekar. Jangan sampai Sarkasis datang menyahut.
3. Aku nak ucapkan padan muka kepada mereka yang terkena dengan perangkap istilah Pelacur Blogger. Takziah, kamu adalah pelacur blogger yang sebenarnya apabila saat kamu selesai memberi komen tanpa usul periksa. Kamu hanya tahu mendengar/membaca penulisan orang lain 'buta-buta' kemudian kamu datang ke blog aku menghamburkan segala cacian. Oh, dan tak lupa juga nasihat agama yang memualkan. Kamu sudah terperangkap, maka kamu memberikan alasan keagamaan. Kasihan, andai kata Dajjal sudah memberikan kamu air, sudah terlambat untuk kamu berpatah balik.
4. Aku nak ucapkan 'Selamat Datang Ke Dunia Pemikiran Baru' kepada mereka yang tidak terkena perangkap dengan istilah Pelacur Blogger. Tahniah, kerana kamu semua memang cerdik. Kamu membaca dengan melihat seluas mungkin maksud penulisan dan terma. Kamu tidak menumpukan pada satu titik sahaja. Kamu melihat setiap inci kertas. Aku kagum mempunyai pembaca seperti kalian. Kamu tidak melihat pada dua patah perkataan yang kontroversi, tetapi kamu melihat 1000 lebih patah perkataan untuk di nilai. Semoga Allah Yang Maha Genius merahmati kamu.
5. Aku tidak kaget kali ini. Tidak seperti dahulu. Terima kasih kepada mereka yang kental dan tegar membantu dan menyokong. Walaupun aku merasakan seperti sebuah ilusi, namun kadangkala memang menyeronokkan untuk melihat boneka-boneka dunia melacurkan diri. Perihal manusia memang merumitkan. Manusia memang unik. Tidak hairan si syaitan cemburu.
6. Aku akan menulis lagi. Topik mengenai 'mengaibkan orang' merupakan suatu persoalan yang belum terungkai dalam mana-mana kitab dan buku psikologi. Aku masih mencari buku yang sesuai untuk menerangkan pemahaman manusia (di Malaysia secara umumnya) mengenai perihal 'mengaibkan orang'. Topik ini seperti tiada eksperimen dan tata-cara yang tepat menerangkan mengenai persoalan 'Bagaimanakah Yang Setepatnya Di Katakan Membuka Aib?' atau 'Yang Mana Lebih Releven : Aib atau Teguran?'. Jika ada mana-mana professor yang sudi menghulurkan jurnal pembacaan kepada aku. Aku berbesar hati.
7. Oh! Terlupa pula. Aku cuma nak bertanya kepada Yuyu Zulaikha. Boleh tak buang video blog yang kontroversi itu? Sebab ia memalukan diri kamu sendiri. Serius. Semoga Tuhan membuka hati kamu, Yuyu Zulaikha. Aku cuma nak bagitahu satu tanggapan yang kamu perlu tahu. Jikalah kamu ada anak nanti, dan anak kamu melihat video blog tersebut. Apa agaknya persoalan yang dia akan tanya pada kamu? Dan apakah yang kamu akan jawab jika anak kamu itu mengatakan "Ibu dulu waktu muda memang 'macam ni' ke?".
8. Fikirkan lah. Apa yang aku tulis, takde kena mengena hendak membuka keaiban. Kalau memang aku nak buka keaiban, dah lama aku buka satu slot entri mengenai hal kamu sahaja, bukan mengenai pemerhatian dan idealisma. Kalau aku nak kejar trafik, publisiti dan wang. Baik aku sertai segmen Ben Ashaari. Ok, apa barang Ben Ashaari? Kan kan kan?
Maka, aku akhiri dengan serangkap pantun manja.
Bulu mata bulu ketiak,
Gincu di bibir penawar duka,
Sekian dari lensarosak,
Jom kita main mesin kuda!
Yieeehaaa!
p/s : Asyik di lensarosak, sampai lupa pulak dengan blog Terfaktab. Hadoi!!
p/s 2 : Atas permintaan ramai, lensarosak dah ada butang like FB.
Lambat betol blog ni ikut trend. Celaka betol.
p/s 2 : Atas permintaan ramai, lensarosak dah ada butang like FB.
Lambat betol blog ni ikut trend. Celaka betol.












