1. Mengulas hal tarian poco-poco yang di haramkan oleh Mufti Perak, ia menggamit seribu persoalan dalam diri aku. Hey, aku pernah melakukan tarian itu di depan televisyen sorang-sorang dalam rumah. Sejak bila pula aku memuja Kristian dalam tarian itu walhal aku lakukannya sebab ia hanya sekadar tarian untuk membuatkan diri aku berpeluh.
2. Biar aku beritahu sejujur-jujurnya lah. Sebagai orang yang pernah melakukan tarian itu. Ia merupakan tarian yang memenatkan dan memang layak di jadikan sebuah senamrobik. Sebab itulah makcik-makcik sukakan tarian sebegitu. Step yang tidak sukar, tak perlu nak kangkang sana-sini macam senamrobik yang biasa kita lihat, hanya gerakkan badan mengikut rentak lagu, ulang 18 kali sampai penat. Biasalah, dalam Bolehland, masyarakatnya sukakan perkara yang mudah dan berulang saja.
3. Orang cakap, Nami sendiri cakap. Kamu tidak akan tahu sesuatu perkara dengan jelas jika tidak mencuba atau melihat dengan mata kepala sendiri. Aku sudah mencuba poco-poco. Dan pada iktikad aku, ia hanya tarian senaman. Jika dikatakan tarian itu dari agama lain (Kristian) atas dasar pemujaan, aku rasa itu pernyataan yang terlalu sempit dan serbanitas. Jikalah di beri hujah "Jangan kamu menyerupai kaum lain", jadi bagaimana kita hendak menjelaskan hujah "Agama kita punyai keluasan"?.
4. Dalam hal ini, aku menyokong pendapat Dr. Asri, pensyarah Pengajian Islam USM merangkap bekas mufti Perlis iaitu kata beliau, tarian poco-poco secara asasnya adalah berhukum harus.
5. Masalah ini bagi aku mudah saja. Kita terlalu bersifat menghukum dan hanya tumpukan kepada satu bahagian tanpa melihat bahagian-bahagian yang lain. Mungkin juga boleh di katakan membabi-buta. Sebelum ini aku pernah menerangkan bahawa, "Tidak semestinya perkara yang haram itu akan menjadi SEGALANYA haram". Iaini seperti contoh, jika di lihat babi sebagai binatang yang haram di makan, tetapi terdapat kelonggaran untuk kita makan apabila datangnya keadaan darurat.
6. Masalah poco-poco ini samalah juga serba-sedikit pencerahannya. Poco-poco tidak akan jatuh haram selagi ia tidak ber-iktikad kepada unsur ;
a. Menari memang sebab untuk pemujaan Kristianisasi.
- Dekat lantai tu boleh buat lambang cross atau join-venture dengan pihak gereja menari depan tiang salib.
b. Menari dengan menggalakkan maksiat (bercampur lelaki perempuan)
- Buat di tempat terbuka dengan mata pakcik bukan kemain juling tengok jamban makcik lain di depan. Padahal bini pakcik ada kat sebelah.
c. Menari dengan sebab menunjuk-nunjuk.
- Bersikap angkuh macam kau sorang je tau pasal poco-poco sampai memperkecil-kecilkan senaman yang lain.
d. Menari untuk hiburan (hiburan terlampau)
- Kadang-kadang ada sesetengah orang kita ni over. Poco-poco tapi pakaian dah macam hantu raya. Orang lain poco-poco, dia sibuk buat pembaharuan joget gerudi depan audiens. Goblok!
7. Ini bermakna tarian poco-poco itu di haruskan jika ia ber-iktikad pada unsur :
a. Menari atas sebab senaman kesihatan.
- Memang sah badan berpeluh dan mula rasa sihat, gembira, senyum sampai ke telinga. Menari sorang-sorang dalam rumah berpeluh-peluh. Haromm ke Datuk?
b. Menari atas sebab silaturrahim.
- Ah So pun join, Aci pun join, musuh mengumpat lama pun join dan mula berbaik-baik lepas menari poco-poco bersama.
c. Menari atas sebab kebudayaan.
- Aku tak pasti lagi dalam hal ini sama ada poco-poco ini tarian agama atau tarian budaya? Atau tarian budaya yang di asimilasikan dengan agama? Kalau budaya, tiada masalah rasanya untuk di adakan pertunjukkan kebudayaan. Nak kata tarian agama, aku tak pernah jumpa dalam Bible lagi.
d. Menari atas sebab pembelajaran. (ilmu)
- Orang macam aku yang sukakan belajar benda baru, tidak menjadi rutin atau tabiat, tapi sekadar belajar. Takkan harom jugak kottt?
8. Hal yang demikian, dalam men-harus-kan tarian poco-poco, maka kita hendaklah menepati syarat-syarat berikut supaya tarian poco-poco itu tidak jatuh haram, iaitu :
a. Jangan anjurkan tarian poco-poco secara terbuka iaini bercampur lelaki dan perempuan. Buatlah secara tertutup, jika perempuan, perempuan semuaa. Jika lelaki, lelaki semuaaa. Asingkan hatta bersuami-isteri sekalipun. Jika tidak, akan terjadi seperti kes hujah 6a, di atas. Ini juga dapat elakkan lelaki yang tak join poco-poco, tapi sengaja datang tengok kat padang tu cuci mata. Kejadah!
b. Pastikan tarian poco-poco anda itu di anjur oleh mereka yang bertauliah dan di percayai. Janganlah menyertai tarian poco-poco yang di anjurkan pihak gereja, kelab rotary mahupun kelab penganut Buddha. Nampak sangat terpesong tu.
c. Jika jumlah peserta yang terlalu ramai dalam tarian poco-poco sehingga dewan pun tak cukup. Memang nak-tak-nak kena buat secara terbuka. Kesemua peserta tarian hendaklah memakai pakaian yang sopan. Janganlah memakai pakaian yang amat ketat seperti legging. Pakai track-suit pun okay lah. Baju janganlah singkat dan ketat, sarungkan sekali dengan jaket track-suit. Barulah lagi cepat berpeluh. Yang tak pakai tudung tu, sarungkan lah topi. Baru Bik Mama!
d. Lepas poco-poco, salam-salam, minta-maaf satu sama lain, bincang benda penting dan BALIK. Jangan memandai lah taim-taim tu nak gossip lah, mengumpatlah, nak jual Hai-O lah, nak pekena teh-tarik secawan dua lah. Senam apanya kalau melantak bagai orang gila? Abah luu!
9. Apa-apa pun, ini iktikad gua. Iktikad lu orang acane pulak?
p/s : Ni semua DUNIAWI Aqram, DUNIAWI. Paham dak? Keh keh keh!













