1. Ketidakstabilan politik pada fasa satu sehingga menyebabkan perubahan kepada monarki telah memberi kesan langsung kepada hubungan Malaysia dengan negara jiran tetangga.
2. Singapura dan Malaysia tidak mungkin sekali akan berperang kerana kedua-dua negara ini adalah datang dari proksi Barat. Negara komanwel sukar sekali akan berperang sesama sendiri. Walaupun doktrin Singapura berbentuk Zionisme. Apatah lagi kedua-dua negara saling bergantung keperluan ekonomi. Hanya media dan agenda sulit kerajaan saja yang membesar-besarkan permusuhan Malaysia-Singapura. Ia hanya untuk mengaburi rakyat terhadap perkara yang sebenar.
3. Jika diteliti, permusuhan Malaysia dan Singapura bukan lah sebab ingin berperang, tetapi kerana Malaysia kurang berpuas hati dengan tindak-tanduk Singapura yang suka melaga-lagakan Malaysia dengan negara serumpun, Indonesia. Itulah contoh doktrin Zionis. Melaga-lagakan negara lain untuk survive di tengah-tengah.
4. Peperangan melibatkan Malaysia hanya akan meletus apabila Indonesia, sebuah negara berproksikan sosialisma menyerang Malaysia kerana melihat potensi bahaya Malaysia dan kelemahan kestabilan politik di Malaysia. Di katakan juga peperangan berlaku kerana isu perebutan kawasan emas hitam.
5. Sebab sulit mengapa Indonesia akan menyerang Malaysia? Salah satu sebabnya ialah perangkap yang di kenakan oleh proksi Barat/Zionis bagi menjatuhkan Indonesia. Merebut kekayaan petroleum Indonesia, tanah-tanahnya dan paling penting, sebagai simbol menjatuhkan negara Islam teramai di dunia.
6. Bagi barat, dalam melemahkan pengembangan Islam, kubu kuat Islam itu sendiri perlu di pecahkan. Agar ia menjadi satu tanda peringatan atau psikologi berbalik yang melemahkan semangat negara Islam yang lain terutama di Timur Tengah. Hilangnya negara Islam teramai, maka hilanglah kekuatan Islam secara tersiratnya. Itu permainan barat.
7. Maka, Malaysia akan berperang dengan Indonesia. Sejak lama dahulu, hanya Indonesia saja yang berkonfratasi secara ketenteraan dengan Malaysia. Singapura? Tidak pernah.
8. Perang Malaysia-Indonesia di fasa Malaysia berada dalam monarki telah menyebabkan campurtangan UK atas perjanjian pertahanan lima negara. Bermakna, Indonesia akan menghadapi 5 negara dalam peperangan tersebut. Malaysia, Singapura, UK, Australia dan New Zealand. Kemungkinan, US juga akan melibatkan diri.
9. Indonesia tersepit di tengah-tengah. Dan kalah dalam peperangan. Mereka kehilangan Sumatera, Sulawesi, Riau, dan sebahagian Borneo. Peperangan maritim ini merupakan suatu peperangan paling hebat dalam sejarah peperangan dunia. Kuasa armada laut dan udara pakatan 5 negara menyebabkan Indonesia hanya mampu mengekalkan Jawa sebagai tanah yang tinggal.
10. Hasil dari peperangan tersebut, kekayaan dan tanah Indonesia yang di takluk telah di bahagi sama-rata antara kelima-lima negara pakatan. Peta dunia berubah. Malaysia sekurang-kurangnya memiliki sebahagian Sumatera dan Kalimantan.
11. Perubahan geo-politik Malaysia ini yang telah menyebabkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap negara berubah. Ia seperti satu perubahan dramatik untuk melihat Malaysia pergi lebih jauh tanpa monarki.
12. Hal ini yang menyebabkan situasi politik Malaysia kembali kucar-kacir di fasa kedua. Fasa perubahan dari monarki kepada republik. Ia terjadi kerana keinginan rakyat Malaysia sendiri yang mendapat satu petunjuk selepas menang dalam peperangan.
13. Peperangan mengubah segalanya. Peperangan adalah keperluan mengubah mentaliti manusia.
tamat.
p/s : Sewaktu perang ini berlaku, ramai antara kita yang terkorban. Ia memberi petunjuk kepada 'baya-baya' kita tentang pentingnya kestabilan politik. Jangan risau, Karpal Singh, Mahathir, Lim Guan Eng dan Taib Mahmud mungkin sudah tiada.










