1. Aku tahu ramai perempuan sukakan perkara-perkara kecantikkan terutama dari segi fesyen. Kini, kita kena terima hakikat bahawa fesyen telah memberi impak kepada ramai orang terutama kepada kaum perempuan. Kamu boleh merujuk gambar-gambar hiasan yang aku sediakan. Jadi, aku ingin tanya kamu. Apabila kamu melihat gambar tersebut. Apakah impression kamu? Pastinya, bila kamu melihat, secara normal kamu akan katakan sebagai cantik, comel, cute, gorgeous dan sebagainya bukan?
2. Sering aku bertanya kepada dalam diri. Adakah kecantikkan yang di tayang dan di peserlahkan oleh kaum hawa ini boleh membawa kita sebagai kaum adam ke syurga? Atau sebenarnya, kaum adam ini mencintai kamu hanya kerana kamu cantik, style, cute dan sebagainya, bukan kerana kamu baik ataupun beragama?
3. Biar aku ceritakan situasi yang aku pernah hadapi ;
"Aku mengenali Alexia pada waktu dulu sewaktu dia tidaklah secantik kini. Kiranya, aku mula mengurat Alexia dan berjaya menjadikannya sebagai teman wanita sewaktu dia mungkin mempunyai masalah berat badan dan saiz seluar yang lebar. Itu bukti bahawa aku menyintai dia bukan kerana dia cantik. Tetapi, kerana aku ikhlas dan melihat sifat-sifat yang ada pada dia telah menambat hati aku.
Setelah beberapa tahun dan peredaran masa , dengan kedatangan impak fesyen seperti yang aku sentuh sebelum ini. Aku melihat perubahan mendadak kepada Alexia. Dia semakin cantik dan pandai berfesyen untuk menyerlahkan keanggunan dia. Seluar yang bersaiz besar sudah tiada. Masalah berat badan sudah lenyap. Yang ada di depan mata aku ialah Alexia yang boleh menyebabkan ramai lelaki jatuh hati. Mungkin. Termasuk aku.
Hal ini membuatkan aku terfikir sejenak. Apakah motif percintaan aku bakal berubah? Jika dulu menyintainya kerana keikhlasan dari sifat-sifatnya, atau sekarang menyintai dia kerana dia cantik, lawa, comel seperti Nur Alfah, Marshanda, Anna Raffali dan sebagainya?
You tell me. Dan aku takutkan jika itu berlaku. Jika motif cinta aku berubah."
4. Tahu kenapa aku takut? Kerana aku sedar bahawa bila saat motif cinta aku ini berubah kepada kecantikkan, ia tidak lain hanya membuatkan selangkah kaki aku ini mungkin di dalam neraka. Berbanding cinta kerana keikhlasan, sekurang-kurangnya bila di tanya malaikat, kubur aku mungkin tidak akan di himpitkan. Setakat ini, bila aku teringat teman wanita aku. Aku sentiasa mengingatkan zaman awal perkenalan sebagai menyedapkan hati aku sendiri untuk keyakinan aku sendiri.
5. Percayalah bahawa bila kau menyukai perempuan kerana cantik sahaja. Ia tidak berbaloi dan ia hanya mainan ilusi oleh syaitan. Bermakna, bila kau mengatakan cantiknya Nurul Badiah Lai, style-nya SueAnnaJoe, comelnya Ainan Tasneem dan banyak contoh lagi, pandanglah sebelah kiri kau untuk memastikan bahawa tiada syaitan di sebelah kau. Atau tepuklah dada kau sebanyak tiga kali untuk meyakinkan diri kau bahawa kau berkata seperti itu bukan kerana hawa nafsu.
6. Maka, aku ajukan persoalan ini kepada kaum hawa. Tidak kisahlah yang sebagaimana pakaiannya. Kamu memakai cantik-cantik, seksi-seksi, comel-comel dengan shawls berbelit-belit, contact lens sebesar tidak, cleavage sedalam itu, skirt pendek selagi boleh, kamu mahu ke mana sebenarnya? Kamu pakai seperti itu untuk nampak cantik? Nampak cantik untuk siapa? Untuk suami, untuk teman lelaki atau untuk gambar? Kalau kerana gambar profile facebook, baik tidak payah. Mujurlah setakat ini aku tak pernah dengar pernyataan dari kaum hawa yang masih belum berkahwin mengatakan "Aku pakai lawa-lawa, seksi-seksi dan comel-comel ini kerana Allah". Kalau kamu terjumpa, beritahu aku kerana aku hendak memberikan penerajang sulung.
7. Fesyen telah banyak mengubah naluri perempuan zaman sekarang. Benar-benar mengubahkan perkara normal kepada perkara yang kurang normal. Mungkin jika di katakan peningkatan umur menyebabkan penerimaan fesyen menjadi semakin banyak, tapi apa kejadahnya bila gadis berumur 12 tahun pun sama mahu menyibuk berfesyen dan bermake-up, dan memakai legging? Siapa yang pengaruh budak-budak macam ni kalau bukan kamu yang mungkin sedang membaca artikel ini. Aku tahu, kamu sudah menyiapkan kata-kata komen untuk memaki aku. Tak mengapa, silakan.
8. Betullah orang cakap. Membaca Mangga sudah seakan membaca Playboy. Melihat gambar Maria Elena di limpahi cat sudah seakan melihat Megan Fox berbikini. Kerja seni konon, seni tahi kucing dia. Kita melihat secara zahirnya mengatakan ia tidak sama. Tetapi, malaikat di sebelah kiri sedang giat menulis niat kita melihat sesuatu gambar sama ada kerana nafsu atau kerana apa. Bagaimana?
9. Secara ringkasnya, topik ini aku letak sebagai menjengkelkan kerana terus-terang aku cakap, aku mula gelisah dengan perkembangan fesyen terhadap wanita. Terhadap lelaki turut aku risau. Apatah lagi pada kanak-kanak. Impak fesyen kalau boleh kita tafsirkan lebih kompleks, ia boleh di letakkan sebagai elemen propaganda seperti yang kita pernah dengar iaitu seks, media, sukan, dan lain-lain. Ini kerana memang wujud golongan ketagihan fesyen (fashion-addicted) yang seakan di halalkan dalam kehidupan. Jakim tak nampak hal ini, parti islam pun langsung tidak nampak masalah ini. Jika kamu telah membaca artikel ini, mungkin kamu nampak permasalahan impak fesyen terhadap masyarakat. Bagaimana kita melihat bila ada seseorang yang sanggup berhabis duit kerana trend fesyen. Bahaya? Membazir?
10. Cukuplah 10 perkara aku sentuh untuk kita fikirkan. Kepada lelaki, tanyalah dalam diri, kamu menyukai perempuan tersebut sebab apa? Kalau setakat buah dada dia besar, aku nasihatkan, buah dada yang besar tak semestinya ranum. Dan untuk perempuan, kamu menghiaskan diri kamu dalam gambar untuk apa? Kalau setakat nak menunjukkan kecomelan, aku nasihatkan, kecomelan kamu tak semestinya boleh melawan kecomelan teacup pigs. Kalau kamu kata sebab keyakinan, simpan sajalah alasan itu. Keyakinan kamu itu secara tak langsung sedang menjual maruah diri kamu sebagai perempuan tanpa kamu sedari. Keyakinan yang sia-sia. Heh.
Akhir kata, tenang-tenangkan diri. Kalau marah, boleh tontoni video di bawah. Chalo, assalamualaikom.
p/s : Betulkah tentang teori semakin pandai seorang perempuan, semakin berlagak perilakunya?
p/s : Yang dah berkahwin berfesyenkan diri untuk suami memang tiada masalah. Tapi, kalau berfesyenkan diri untuk setakat pergi Tesco dengan anak, tanpa suami. Memang ada masalah. Ingat hot-mama lah?











