Julai 28, 2011

Lima Puluh Ringgit dan Satu Ringgit.

Lima puluh ringgit dan satu ringgit berkawan baik. Selepas habis universiti, mereka dah jarang jumpa. Sehingga satu hari diorang terserempak dekat Uya Distro. Kan dah nak raya, kena tempah jahit baju rayalah kat Uya Distro ye dak?

"Eh satu ringgit! Lama siot tak jumpa kau!! Kau apa khabar?", tanya lima puluh ringgit dengan muka berseri-seri macam baru pekena hadiah loteri.

"Ya Tuhan, lima puluh ringgit! Series aku tak perasan kau, dah makin berisi kau ha!", jawab satu ringgit sambil memeluk kawan lamanya itu.

Lalu mereka pun ambil port, duduk di atas kerusi, letak kunci atas meja, order air dan berborak-borak panjang. Sambil ketawa. Bercerita tentang rakan-rakan lain seperti sepuluh ringgit yang di khabarkan sudah berkahwin dan menjadi penjaga tiket wayang. 

"Eh, lima ringgit apa cerita ha?", tanya lima puluh ringgit kepada satu ringgit.

"Dia? Oh, last aku dengar. Dia dah jadi taukeh kedai. Kedai 'semua barang lima ringgit'. Hahaha". 

Berdekah-dekah mereka berdua ketawa. Dah macam orang Penang. Buat riuh kawasan orang. Lantak apa lah orang nak cakap. Kawan lama, lama tak jumpa. Gembira. Teruja.

"Kau sekarang buat apa je lima puluh ringgit? Makin stylo kau sekarang. Kata duduk KL, kau kemana je?"

"Haha, gua macam gini je lah. Smart bergaya. Gua sekarang kalau nak kemana-mana, lu cari gua kat bar, pub atau disko ternama kat KL ni setiap hujung minggu. Sebut nama gua, semua orang kenal. Biasalah, masuk Zouk sekarang kan dah RM50 beserta dengan one free beer ye dak?", jawab lima puluh ringgit sambil mengeluarkan Iphone nya.

"Wow wow wow! Lu memang style! Patutlah kaya", puji satu ringgit.

"Lu plak satu ringgit, kemana je lu selama ini? Heh", kata lima puluh ringgit dengan sinis


"Haha, gua? Macam biasa. Ke surau, tak pun ke masjid. Paling tidak pun teman orang mintak sedekah. Kan sekarang banyak orang menderma ye dak?", jawab satu ringgit dengan istiqamah dan tawaduk.


................

*suasana sepi sebentar macam ada malaikat lalu



Lalu, lima puluh menggelengkan kepala, menundukkan muka dan berkata dalam hati.

"Apalah ke bangang aku tanya soalan tu? Cis cis cis!"


Tamat.



p/s : Kan bagus kalau lima puluh ringgit dan satu ringgit bertukar tempat kehidupan ye dak? Kehkehkeh.

Julai 26, 2011

Kaya dan Rezeki

Hari ini aku cuma nak tulis sedikit saja kalau boleh. Straight to the point.

Aku lihat arwah Sosilawati yang kaya tu. Aku terfikir ;

Rezeki dia. Apa yang Tuhan beri iaitu kekayaan. Tapi, sayangnya umur dia tidak panjang. Dia kaya, dan ada harta berjuta-juta, boleh beli apa sahaja. Tapi, sayangnya dia mati bukan dengan mati secara normal kan?

Apa itu sebenarnya?

Itu bukan ketentuan. Itu lah di namakan adil dari Tuhan. 

Kau boleh dapat rezeki kekayaan. Tetapi, ada rezeki lain yang mungkin Tuhan akan tarik. Tak kisahlah sama ada nak tarik rezeki anak ke, rezeki umur ke, rezeki perkahwinan ke. Itulah keadilan dari Tuhan.

Kau mungkin tinggi, tapi sayangnya kau tak kacak ataupun otak kau singkat. Kau mungkin berbadan sasa, tapi sayangnya kotey kau panjang 4cm saja. Kau mungkin mempunyai muka yang cantik, tapi buah dada kau sangat kecil. Kau mungkin lawa, dan body segala solid siap ada, tapi sayangnya kau dah macam pelacur atau ya, banyak lelaki dah memuki kau.

Sebab, memang tiada manusia yang akan dapat segala-galanya. Lainlah kalau kau Nabi Sulaiman, takpun Dajjal.

Jadi, dari situ aku terfikir juga tentang diri aku sendiri. Agaknya kalau aku menjadi seorang jutawan, entah panjang ke tidak umur aku. Entah bahagia ke tidak perkahwinan aku, dan entah banyak ke tidak anak aku dapat.

Mungkin benar kata-kata ijtimak para ilmuan. Sewaktu kita dalam kandungan, kita sendiri (dalam bentuk roh) telah menentukan hidup kita sebagaimana di dunia. Ha, yang itu baru di panggil ketentuan. Mungkin sewaktu aku di dalam kandungan ibu aku, mungkin aku mahu menjadi seorang penulis, mungkin dermawan, atau pun mungkin aku akan mati muda. Siapa yang tahu kan? Tiada siapa yang tahu pilihan kita, malah kita sendiri tidak tahu pilihan kita di dalam kandungan.

Yang aku hanya mampu buat dalam berdoa, moga aku tidak mati dalam keadaan mengaibkan. Aku ingin hidup lama kalau boleh, agar aku boleh capai impian yang aku nak dan aku hanya mahu menjalani hidup secara bersederhana.



Tapi, kalau bakal mak mentua aku still nak mas kahwin sampai 7 dinar emas. Aku nak cakap ;


Makcik kahwinkan je lah anak makcik dengan lembu. Setel.



p/s : Nak pergi tengok bola lawan Singapore, tapi hujung bulan, duit selalu tiada. Haihh.

Julai 12, 2011

Pasca-Bersih dan Politik Kita : Di Mana Kita Sebenarnya?

Sekarang ini kita dapat lihat begitu ramai orang berbicara mengenai politik. Sembang sana pasal demokrasi, sembang sini pasal pemimpin ini, sembang itu nak jatuhkan orang ini, sembang ini nak naikkan orang ini. Kemana-mana topik kita dalam tempoh pasca Bersih 2.0 lain tak bukan ialah politik.

Lu tahu tak, semua benda ini buat gua gelak dan terus ketawa. 

Biar gua cerita suatu cerita yang gua dapat dari pasca Bersih ini. 

Gua berbual dengan seorang Dato'. Gua berbual mengenai bersih. Mengenai tuntutan mereka, demokrasi, kekejaman polis terajang-terajang orang, mengenai A Samad Said, mengenai politik, kebebasan bersuara, dan mengenai masa depan negara. Dia (Dato) itu hanya tersenyum sahaja bila gua bercerita ketidakpuashatian gua terhadap kerajaan kadang-kala. Bila habis gua bercerita, dia mula membuka kata ;

"Aqram, siapa nama ahli Parlimen Muar?"

"Dato' Razali Ibrahim"

"Nama Adun?"

"Tak tahu. Dengar cerita orang PAS"

"Nama ketua polis Muar?"

"Err, tak tahu. Kenapa?"

"Bagaimana nama ketua bomba Muar dan pegawai daerah Muar, tahu?"

"Tak tahu, apa kena mengena Dato'?"

"Apa kena mengena? Kau bercakap sedap mulut pasal politik negara, tapi satu habuk pun kau tak tahu tentang kediaman kau dan hal sekeliling kau di tempat kau sendiri. Layak ke kau bercerita pasal politk negara kalau macam tu? "

Gua kaget. Dangg! Macam sebiji tukul kena hentak kepala. Gua cari akal.

"Eh, kan kita bebas bersuara untuk kita bincang hal negara. Benda korup buat apa kita nak sorok-sorok"

"Jangan bercakap macam orang tiada agama Aqram. Kita ada agama. Islam agama kita. Walau kita ni memperjuangkan bangsa sekalipun, kita masih ada agama. Jadi, bila bercakap, biar kita bercakap yang kita ini bukti orang ada agama, kau cakap macam-macam ni, kata orang itu makan rasuah lah, kaya tak fikir rakyat. Aku nak tanya, kau siapa nak pertikaikan rezeki yang Tuhan bagi pada manusia? Kau kata dia rasuah, kalau tak betul macam mana? Tahu kan apa itu fitnah?"

Dia menambah lagi.

"Kita kena lihat kat mana diri kita dalam dunia ni. Aku tahu anak muda sekarang suka kritik sana-sini. Ikut demo, ikut. Tentang sini, tentang. Tapi, aku nak tanya. Layak ke? Dah cukup tanggungjawab pada diri sendiri? Dah cukup tanggungjawab pada masyarakat setempat? Kau tahu hal masalah jiran-jiran kau? Nama ketua bomba daerah pun kau tak tahu, kau nak bercerita pasal politik negara. Kau sendiri tak kenal ketua polis daerah kau, lepas tu kau nak kondem semua polis dalam negara? Mengarut. Jiran satu taman pun kau tak tahu semua orangnya, kau nak bercerita pasal kebebasan bersuara?"

Gua terfikir. Apa kena mengena?

"Boleh Dato' bagitahu saya, apa kena mengena semua tu?"

"Aqram, setiap orang kena tahu peringkat-peringkat penglibatan. Kita semua ni rakyat. Yang membezakan antara rakyat dan pemimpin ialah komitmen seseorang itu pada masyarakat. Komitmen kita pada keluarga, pada jiran, pada masyarakat setempat, pada daerah, pada negeri dan barulah pada negara.

Kalau kau nak bercerita sana-sini mengenai politik NEGARA, kau kena bermula dari diri kau, keluarga kau, jiran kau, dan seterusnya. Baru kau layak bercerita pasal politik NEGARA. Kalau tak, apa yang kau cakap itu semua, adalah sampah.

Jangan terpengaruh sangat dengan cara bukan Islam berpolitik. Mereka tak tahu apa itu Islam dan tatacara yang betul dalam Islam bila berpolitik. Yang mereka tahu ialah kritik, kritik, tumbang, dan demonstrasi. Kita ada pegangan, walaupun parti ini tidaklah Islam sangat, namun kita boleh semaikan sedikit demi sedikit. Tak kisahlah kalau parti sana tu taknak hulur tangan perpaduan sewaktu kita perlukan. Kita rendah diri, kita hulurkan perpaduan sebab kita tahu kita tak sempurna dalam beragama, tapi sayangnya parti sana angkuh dan sombong dengan cara agama mereka. Mereka tak nak. Mereka tak nak sewaktu kita yang kekurangan ini perlukan panduan. Biarlah, biarlah tuhan yang menentukannya."

Aik Dato', membawa perasaan nampak?

"Ini bukan perasaan sangat. Tapi, selama aku tengok politik. Bila aku tengok anak-anak muda. Aku sedih, mereka berpolitik untuk jalan yang tiada arah. Bercerita pasal demokrasi kononnya, padahal belajar di luar negara, satu apa pun tak tahu apa yang terjadi pada jiran setempat. Hal masyarakat ialah politik juga. Kerana politik dan masyarakat itu berkaitan. Jadi, bolehkah macam tu? Jaja cerita sana sini pasal politik negara, tapi dalam masa yang sama lalai dalam tanggungjawab terhadap diri dan masyarakat di kampung halaman? Itu yang anak muda mahu jadi? Berpolitik cara kafir?

Nama-nama yang aku tanya. Mereka bergelumang dalam masyarakat. Orang-orang penting dalam masyarakat. Kau tak tahu, lepas itu kau ingin bercakap mengenai politik negara. Hal setempat pun kau tak nak ambil kesah, boleh pula kau nak ambil kisah hal negara yang besar ini? Percayalah, pemimpin di atas sana, mereka sudah lalui setapak demi setapak, dah ada pengalaman dengan hal masyarakat. Kita ini rakyat, buat cara rakyat dan jalankan kewajipan kita mengikut agama masing-masing. Itu saja. Mudah dan tiada kekacauan pun akan timbul. Orang-orang yang pergi bersih itu, walau dia bertakbir sekalipun, dia tak sedar yang dia sedang membelakangkan agama dia sendiri. Percayalah, akan ada balasan setimpal dari Allah ke atas mereka. Kita tunggu sajalah."

Gua berfikir panjang dengan perbualan ini. Sedikit-sebanyak mengubah persepsi gua dalam politik. Ia meningkatkan keyakinan gua untuk meruntuhkan demokrasi. Demokrasi yang lu orang semua laungkan itu adalah demokrasi syaitan. Ikut syaitan, ke neraka lah jawabnya. Baik kita tegakkan musyawarah dan khalifah. Sekurang-kurangnya ke syurga ye dok? Bertasbih lah banyak-banyak dari membuang masa mengikuti  laman seratus ribu orang mahu Najib meletak jawatan. Kan?

Jadi, apa kata lu orang? Kalau lu orang nak check nama ketua polis daerah lu sekarang, gua tak de hal.


p/s : Apa2 pon gua lihat, PM Najib lebih better dari Pak Lah. Lepas, Bersih, terus buat emergency call dan jumpa turun rakyat, terang sana-sini. Pak Lah? Nan Hadooo!

*Nota tambahan. Apa kata lu orang baca artikel-artikel di sini jugak untuk faham artikel gua tadi.

http://keretamayat.blogspot.com/2007/11/kuning-itu-bersih.html
http://keretamayat.blogspot.com/2011/07/tahukah-anda-kuning-itu.html
http://mistisfiles.blogspot.com/2011/07/jadilah-pencaturbukan-yang-dicaturkan.html
http://mistisfiles.blogspot.com/2011/07/sebenarnyakita-semua-sedang-dicaturkan.html

Chalo, Asalamualaikom!