1. Ada orang cakap selama ini;
Perempuan yang memakai tudung (menutup aurat), pasti dia perempuan yang baik. Manakala, perempuan yang tidak memakai tudung, free-hair (tidak menutup aurat), pasti dia perempuan yang tidak baik.
Kalau ada mana-mana lelaki yang pegang-taksub pernyataan di atas, aku ucapkan selamat datang ke neraka. Atau, aku ucapkan selamat datang ke dunia yang serba naif. Iaitu dengan maksud, dalam kepala otak kau hanya dipenuhi fairy tales dan sangka baik tahap malaikat.
Senang cakap, salah pernyataan ini untuk kau pegang.
2. Pernyataan yang perlu kau tahu dan imankan ialah;
Perempuan yang memakai tudung (menutup aurat), tak semestinya dia perempuan yang baik. Manakala, perempuan yang tidak memakai tudung, free-hair (tidak menutup aurat), tidak semestinya dia perempuan yang tidak baik.
3. Aku sahkan pernyataan tadi dengan jaminan seratus peratus melalui pengalaman dan pemerhatian aku. Sebab yang mewakilkan perempuan itu baik atau tidak bukan sebab dia pakai tudung atau tak semata-mata. Tapi, dua benda penting ini yang mewakilkan seseorang perempuan itu baik atau tak. Akidah dan sikap.
Pakai tudung, tapi perangai macam celaka. Buat apa? Pakai tudung, tapi solatnya lubang sini sana. Jadah apa?
Percayalah.
Ada juga sebenarnya perempuan yang pakai tudung, dan konfem baik. Yang tak pakai tudung, konfem liar. Tapi, macam aku cakap tadi. Jangan pegang pernyataan pertama tadi dengan taksub. Okeh?
4. Aku rasa aku telah melakukan kesilapan dengan memandang kebaikkan perempuan itu dengan kecantikkan. Aku rasa aku telah melakukan kesilapan dengan mempertahankan dia hanya kerana imbasan aku kerap-kali menayangkan wajah dia yang cantik apabila tersenyum.
Dan banyak lelaki di luar sana sedang terjerumus dengan kesilapan sebegini.
5. Sejak-menjak ini, aku dapat rasakan diri aku sudah terlalu sempit. Dan bila umi aku bertanya;
"Tak nak beli baju raya, baju melayu ke? Umi belanja kamu nak? Belilah sepasang""Tak nak lah umi. Tak mengapa. Orang takde rasa nak beli baju raya. Takde mood nak beraya""Umi ada beli tiga pasang baju raya, yang mana satu patut umi pakai masa raya nanti""Asalkan jangan warna hijau dan merah. Orang sukakan biru"
6. Malah semenjak ini juga, aku dapat rasakan juga aku terlalu ghairah. Pantang melihat gambar perempuan cantik. Niat di hati aku macam celaru. Macam nak tekel. Tapi, melihat diri sendiri. Ah, nantilah. Ada yang ambil berat. Hati pula tidak tertarik. Tapi, bila terfikir tentang kesilapan aku mengenai kecantikkan perempuan. Jenis sangat tertarik dengan perempuan berkulit putih susu. Aku padamkan niat itu. Lenyapkan sendiri citarasa aku.
7. Kalau ada makwe yang aku suka pun selepas ini. Terus-terang aku cakap. Ia bukan sebab rebound. Tapi, ia salah satu dari simbol touch (rujuk entri aku di Terfaktab). Ia seperti crush, tapi disebabkan dalam fasa move-on. Maka, sebenarnya aku benar-benar perlukan seorang perempuan yang boleh mengubati hati aku yang retak lapan puluh lapan keping ini. Kemudian, aku akan jadikan perempuan itu selamanya disisi aku sampai ke anak cucu. Yelah, sewaktu aku sedang dalam kesusahan dan musibah. Perempuan yang sudi datang ke sisi aku itulah yang akan aku pilih untuk jadi teman hidup.
8. Memang aku jenis macam tu kalau bercinta. Nak buat macam mana. Aku bukannya lelaki yang jenis nak mengharap perempuan datang dengan cinta sejati. Hell no. Aku lebih suka bina cinta sejati. Itu adalah cara aku yang menyebabkan aku barangkali bersifat setia.
9. Sebut pasal ghairah tadi. Ini juga merisaukan aku. Kadang-kadang bila kita terlalu ghairah mencari pengganti. Kita boleh jadi luar kawalan. Mungkin annoying, timbul kelemahan, dan apa saja yang membuatkan diri kita dibenci oleh perempuan yang kita suka bukan?
10. Kalau begitu, lebih baik aku diam saja dan berhenti membina cinta sejati. Berhenti memikat. Walaupun ia merupakan tradisi aku sejak turun-temurun. Tunggu sajalah perempuan tulang rusuk kiri aku itu jatuh dari langit. Walaupun sebenarnya ia mustahil. Yalah, tak usaha mencari, takkanlah ia boleh datang secara tiba-tiba?
11. Memang kerja gila kalau ada perempuan yang aku tidak kenal, tiba-tiba datang ke rumah aku dan bercakap dengan ibu bapa aku bahawa dia menyukai aku dan mahu berkahwin dengan aku.
Aku ini perempuan ke lelaki? Pasal apa sekarang aku pula kena tunggu perempuan masuk meminang? Gila!
Sudahlah Aqram, aku tahu kau perlukan teman wanita yang faham kau sentiasa. Tapi, apa kata kau try dulu jadi single untuk setahun dua ini? Aku cabar kau. Nanti kalau kau dah kaya, perempuan akan bersusun cari kau nak jadi bini kau. Time tu bila kau dah ada segalanya, bakal bini kau tu cuci kaki saja. Yang lama tu? Yang tinggalkan kau tu? Aku kirim Ludah Amerika, tolong kirim kat dia kalau dia cari kau balik. Orait?

