Oktober 31, 2011

Makwe 23 : Syahdu


Sebenarnya memang tak kena kalau pakai baju sebegini pergi kedai mamak. Satu, mamak suka sebab dapat melariskan industri gerai mamak. Sedangkan kedai tomyam atau warung kak jenab hanya mendapat perempuan berpakaian ala-ala gadis bawal. Tak adil tahu? Dua, longkang yang terjadi pada pakaian sebegini tidaklah dapat disangkal lagi sedap untuk dicurahkan teh tarik ke dalam-nya. Kan?


Menahan nafsu bukan mudah. Tapi, menahan diri dari menepuk buah dada akibat pakaian sebegini lagilah bukan mudah. Satu, tidak sesuai pakaian sebegini untuk pergi ke stadium. Dua, ataupun beratur menunggu giliran mengambil wudhu di tangki air. Ketiga, kalau mak bapak aku tahu makwe aku pakai macam ni. Mau dia sesah aku dengan parang Sungai Manik.



Sementara itu..







Memang terbaik, pakcik. Memang tervaek... 

Oktober 25, 2011

Layan Lagu Bersama 9 : One Ok Rock

Segar. Serba semangat dan menberi impak kepada melodic-hardcore yang semakin dilupakan. One Ok Rock yang ditubuhkan pada 2005 dengan dibarisi Taka (vokalis), Toru (guitarist), Ryota (bassist) dan Tomoya (drummer) mampu membuatkan para urban-japan-followers rasa dihargai kerana akhirnya ada juga alternatif lain selain dari AsianKungfuGeneration, L'Arc En Ceil, X-Japan, dan sekutu-kutu dengannya.

Band dari Jepun ini menarik perhatian aku sejak pertengahan Mei (dem! slow-poke) lalu apabila diperkenalkan dengan lagu Answer Is Near yang boleh dikatakan memukul kewujudan Alesana, Tokio Hotel (euw!), Attack Attack, Eyes Set To Kill, dan Asking Alexandria. Kita tak perlukan lima atau enam pemuzik di atas pentas. Cukup dengan satu vokal, satu gitar, satu drum dan satu bass, One Ok Rock boleh memenuhkan segenap ruang bunyi dengan cemerlang. Ini mengingatkan aku kepada kehandalan  Ryo dari Maximum The Hormone. Lejen!


LensaRosak mengesyorkan One Ok Rock kepada semua. Layan!







p/s : mohon One Ok Rock datang Malaysia please. Kamonnlah, kalau Envy, Mono, dan Toe boleh datang, takkanlah ni berkira ye dak?

Oktober 23, 2011

Bagilah Can Sikit.


Sekian lama gua nak petik cerita pasal benda ni. Tapi, gua asyik sekat diri gua nak cerita, mengenangkan kontroversi yang mungkin berlaku. Haih, dia punya feel simpan benda ni macam nak berak tapi tahan sampai majlis tamat. Lu pernah rasa? Gua pernah rasa. Balik dari majlis, lepas hajat. Dia punya lega ya amat. Jadi, ini kali. Gua tak nak simpan, gua nak lepas apa yang gua dah simpan sejak gua menubuhkan Terfaktab.

Sejak menjak ini dah ada dah gua dengar banyak suara-suara memperlekehkan Terfaktab. Ok, tak lah memperlekehkan. Just kritik dengan cara 'baling batu, sembunyi tangan'. Kritik nya macam biasalah, yang gua dah agak. Dari segi Islamik punya jenis. Macamlah korang tak faham-faham kan? Sekarang kan zaman orang nak kongsi ilmu agama kerana merasa perkembangan sosial negara kita terlalu teruk. Ya, teruk. Gua akui. Memang teruk. Dengan kes buang anak lah, cerai lah, main lah, romen dalam taman lah, dalam kereta lah, panggung wayang lah, tak pakai kondom lah, dah berbini berlaki tapi curang lah. Ini semua menjadikan masyarakat kita terutama yang Muslim berpraktis menjadi lebih prihatin. Ada yang prihatin, tapi jangan lupa. Ada juga yang saja nak tunjuk dia pandai dalam ilmu agama. Dan juga ada yang kongsi benda alah tu semua tapi tak praktik, atau dia pun sama dua kali lapan buat kerja tak elok jugak.

Jadi, bila benda-benda ni berlaku. Gua tak tahulah. Mungkin atas sebab prihatin ke, cemburu ke, nak tunjuk hero ke atau saja nak sound kasi lemahkan semangat ke. Diorang tahu Terfaktab ini mengetengahkan isu cinta dan relationship. Maka di situ dia petik benda alah ni;

Couple itu haram.

Hahaha. Gua dah agak. Gua dah agak. Sampai masa mesti ada orang akan hubung-kait benda alah ini dengan Terfaktab. Dakwa Terfaktab mengagungkan cinta lah. Lebih-lebihkan cinta manusia lah dari cinta pada Tuhan. Orang-orang yang ikut Terfaktab ni (membaca) boleh masuk neraka lah sebab agungkan cinta. Galakkan maksiat dengan couple lah. Pumpang-pumpang banyak lagi. Gua malas nak petik semua. Pergi balik sama juga pointnya ye dak?

Kalau lu orang tanya gua adakah 'Couple itu haram?'. Adakah gua terima fatwa ni, ada orang cakap, hukum, sebab benda-alah ni dah dibincang oleh para ulama. Ijtihad lah senang cakap. Gua sebenarnya... Ok. Gua bukan nak cakap gua buat penafsiran sendiri. Tapi, masa gua menuntut ilmu di universiti dulu, hal 'Couple Itu Haram' dah berlaung di universiti gua dulu dengan pelopor dia mestilah dari Persatuan Mahasiswa Islam. Mestilah kan? Takkan lah Persatuan Pelajar Sains Farmasi nak jadi pelopor benda alah sosial macam ni. Segenap banner dan flyers di sebarkan untuk menengahkan fatwa ini. Khasnya untuk membendung masalah couple yang berleluasa di peringkat universiti dan masyarakat. 

Pandangan gua mengenai couple ini mungkin tak sama dengan lu orang di luar sana. Di luar sana, ramai menafsirkan couple direct kepada persepsi Islamiyah. Gua tak. Gua lain. Gua kalau nak tafsir satu benda ni, gua akan bermula dari benih dulu. Tak sama macam di luar sana yang menafsirkan couple sebagai;

Pasangan bercinta yang terjebak/hampir kepada zina.

Sedangkan gua menafsir couple sebagai;

Pasangan. Dwi. Dua pihak yang terikat.

Beza bukan? Lu nampak tak beza penafsiran direct ke dahan pokok dengan penafsiran bermula dari benih? Inilah masalahnya antara lu dengan gua. Lu nampak couple ini sebagai suatu yang lu dah nampak akibat impak sosial. Tapi, gua masih nampak couple ini dari segi sesuatu yang normal dalam aspek kejadian Tuhan.

Bagi gua (dari penafsiran gua tadi), couple merupakan sesuatu yang harus. Dua pasangan yang berkahwin. Dua molekul bercas positif dan negatif. Dua atom terikat H dan Cl. Dua pihak menjadi partner dalam permainan badminton beregu lelaki. Dan termasuk sekali dua orang pasangan yang bercinta.

Tetapi dinihari, setelah mengikut kerelatifan masa. Masyarakat dan manusia-manusia melihat couple sebagai suatu budaya luar kerana istilah couple ini acapkali di label sebagai 'dua pasangan yang bercinta dan menghampiri zina'. Atau dua pasangan yang belum berkahwin menonton wayang. Mungkin juga dua orang pasangan lelaki perempuan yang berjalan di taman berpegangan tangan. Paling terkesan, dua pasangan lelaki dan perempuan yang belum berkahwin sedang melakukan hubungan seks di ranjang dan videonya terdedah di laman web awek impian.

Couple telah menjadi berevolusi ke lembah hina.

Bagi gua, ok. Couple macam tu (berpasangan lelaki dan perempuan secara melebihi batas) memanglah haram. Enough said. Couple yang melebihi batas sememangnya haram dan terus-terang kalau dah terjadi macam tu, baik pisahkan. Ya, pisahkan.

Namun, adakah semua couple itu hina? Adakah semua couple itu melebihi batas? Gua rasa, dan gua yakin masih ramai orang di luar sana yang berpasangan tetapi tidak melebihi batas. Masih pandai menjaga diri. Masih waras akal. Masih baik. Apa? Lu tak percaya masih ada orang baik di dunia ini? Kepala otak lu tak betul ke apa? Apa lu ingat semua orang jahat macam lu nampak di Harian Metro atau di I Luv Islam? Ke lu sorang je perasan diri lu baik? Heh.

Ok, gua sambung. Gua sebenarnya... rasa tak adil. Iaini gua rasa dengan menjatuhkan fatwa ke atas terma 'Couple' sebagai haram semata-mata adalah tidak adil. Ya, tidak adil dan perlu rombak semuala. Sebab apa? Yang jatuhkan fatwa ini macam terlalu menghukum. Tapi, serius shit bagi gua. Dia ulama ke, ustaz ke hatta mufti sekalipun. Dia tak fikir panjang dan kaji betul-betul. Gua tahu, setiap kali kita (orang Islam) hadapi masalah, kita dinasihatkan, malah diwajibkan kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah bukan? Namun, kita perlu ingat bahawa, sekembalinya kita kepada Al-Quran dan As-Sunnah macam mana pun, kalau kita menafsir dengan akal yang lemah, dengan tidak mengkaji betul-betul. Celah guna apa kembalinya? Kau tengok Ajaran Kahar sudahlah. Dia claim diri dia kembali merujuk pada Al-Quran, tapi macam mana dia kembali? (tafsir). Ngaku diri dia Rasul Melayu dan siap letak jawatan lagi. Kehkehkeh!.

Itu maksudnya apa? Itulah maksudnya kalau kau nak kembali dan berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Kau juga perlukan ijtihad yang adil dan saksama.  Sekarang mengenai isu couple ini? Gua tak rasa ia adil dan perlu rombak balik. Gua tegaskan di sini sekali lagi. Tak adil dan rombak balik.

Sebab apa? Sebab pertama gua dah cakap. Bagaimana dengan orang yang bercouple (ikut tafsiran semasa) tetapi menjaga batas pergaulan?

Kedua. "Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah" (51:49).

Kat sini saja sebenarnya lu dah salah kalau lu terus tafsir 'couple' itu dari penafsiran ke dahan sedangkan Allah Taala dari ayat tersebut, jelas pernyataan-Nya merujuk 'pasangan' atau couple sebagai terma yang harus. Jadi, lu siapa mahu lebih hebat dari Tuhan nak tafsir perkara yang asasnya harus menjadi haram mengikut situasi semasa suka-suka hati. Lu salah bai. Inilah dikatakan lu dah kira mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Tanpa lu sedar.

Ok, mungkin lu boleh bagi nas mengenai zina, hampiri zina semua tu. Itu memang benar lah. Tapi, fikirlah semula. Kalau lu yang basic ni pun dah memandai haramkan. Celah mana adilnya? Celah mana yang betulnya penafsiran lu ni?

Ketiga. Mengapa lu perlu salahkan atau heret dengan cinta? Apa ke sialnya kerana masalah couple, lu perlu kecah sibuk-sibuk claim cinta itu mengarut, cinta tak perlu, cinta bawa derita, dan sampai kata cinta juga mengheret pada zina? Tak payah bercinta katanya, tunggu je cinta tu datang. Kahwin. Wak lu bai. 

Lu ingat kahwin ni macam tunggu bulan ke riba? Apa lu ingat lu cuma tinggal berdua dalam bumi ni? Hello!! You're not alone. Ada dua puluh lapan juta manusia dalam Malaysia ini. Ada enam billion manusia di muka bumi. Apa lu ingat kalau lu jadi perfect solehah solehin sampai maksum sekalipun, lu pasti cinta lu boleh datang tanpa usaha? Dan lu ingat semua orang mempunyai effort yang sama? Takdir yang sama? Tengkorak kau bai. Lu ingat Tuhan cipta lu sorang je ke atas muka bumi ni? 

Cinta itu percuma. Percuma untuk semua. Tuhan tak cas enam persen pun untuk cinta yang manusia ni terima. Buatlah apa pun dengan cinta asalkan ke jalan kebaikkan. Carilah cinta. Usaha cari cinta untuk dapatkan pasangan. Atau lebih tepat, the right partner. Ni bukan kisah Adam dan Hawa mahupun kisah Nur Kasih. Siti Khadijah tu walaupun dah menjanda, masih mencari cinta, rezeki dan takdir dia cintanya itu ada pada Rasulullah SAW. Lu yang tak maksum ni boleh pulak cakap lu nak tunggu tanpa berbuat apa. Oh, buatlah sikit katanya. Jadi orang baik, masak sikit-sikit. Nanti adalah orang jenguk sunting bunga di taman. Sunting MY ASS kalau lu semua benda nak merungut bagai.

Keempat. Gua fikirkan benda ini sebagai qiyas. Tuhan melarang kita (orang Islam) makan daging babi. Haram makan daging babi. Tapi, bila sampai masa iaini darurat, kita dibenarkan makan daging babi. Di sini, apa yang gua fikirkan. Walaupun Tuhan larang memakan babi, tetapi kerana Tuhan itu Maha Adil. Maka ada kelonggaran untuk di makan babi mengikut sesuatu faktor yang membenarkannya.

Jadi, mengapa ini tidak terjadi kepada Couple seperti yang lu olah dan tafsirkan? Mengapa lu secara terus cap couple itu haram tanpa lu beri sedikit kelonggaran yang membenarkannya? Kenapa lu kejam sangat? Kenapa lu jadikan lu lebih power dari Tuhan ha? Senang cerita, fatwa lu ni adil ke tak sebenarnya?

Gua dah cakap tadi. Memang tak adil. Bagi gua, gua cadangkan macam ni. Kita patut rombak dan gubal pernyataan 'Couple itu Haram' kepada dua tafsiran cabang iaini;

"Berpasangan atau couple secara melebihi batas, memudaratkan dan menghampiri zina adalah Haram. Tiga pilihan-cara mengatasinya; Berpisah, bertaubat atau menyegerakan pernikahan! Tetapi, berpasangan atau  couple secara tidak memudaratkan, tidak melanggar batas dan menjauhi zina adalah harus.".

Gua taknak cakap ia halal. Gua claim sebagai harus. Sebab dalam terma menjatuhkan fatwa, halal dan haram bukan boleh dibuat main-main. Sebab couple (berpasangan) ini bagi gua adalah suatu kejadian yang Tuhan ciptakan seperti yang dah di sebut dalam Al-Quran terang-terang.

See? Nampak panjang, tapi ia simple to follow. Simple to understand. Budak darjah satu sampai nenek menopause pun boleh faham. Takdelah ramai orang menggelabah nenen nak tunjuk power bukan-bukan sana sini. Cursed orang macam celaka. Perlekeh dan ejek orang lain. Ini budaya apa ni? Budaya Yahudi yang nak jadi lebih terer dari Tuhan?

Kamonnlah wehh. Stop being ridiculous. Stop being paranoid with 'couple itu haram' terms. Marilah kita perbetulkan balik persepsi kita ini dengan meningkatkan dakwah yang tak buat orang naik darah dan bergaduh. Kesian weh dekat orang yang tak bersalah panik semacam sampai putus cinta, putus sahabat, putus sedara, putus jiran kerana tafsiran dan fatwa yang salah serba mengarut ni. Lu pun tahu kan kalau kita putuskan persaudaraan sesama agama lebih tiga hari jatuh hukum apa?

So, adakah Terfaktab menggalakkan maksiat dan zina dengan isu cinta? Gua nak cakap; Kepala hangguk kau. Lu ingat ni laman porno ke? Ini laman perbincangan cinta dan relationship ke arah kebaikkan, ilmiah, logik, hiburan ringan, sindiran dan trollisme. Faham? Baca tak deskripsi sebelah side-bar tu?

Ni pandangan gua. Kalau lu terasa, nak marah, gua peduli apa. Lu nak kata gua tak Islamik, tak percaya, tak follow dengan ulama, mufti, ustaz azhar, ustaz zaharuddin, ustaz kazim elias, imam muda ashraf, haron din, nik aziz bahkan rosmah puaka sekalipun apa gua peduli. Kalau lu sedia awal baca blog gua, lu dah tahu siapa yang gua rujuk selalunya dalam hal Islamik macam ni. Kental gua pada Syeikh Nuruddin, pada buku-buku tulisan Syeikh Arsyad Al-Banjari masih membara. Pergilah cari Kitab Nuqtatul-Ajlan kalau lu nak tahu sangat pasal wanita dan hal suami-isteri macam mana gayanya.

And, finally. Terus-terang gua tubuhkan Terfaktab dengan niat yang baik. Menyemai semua orang dengan cinta supaya kita semua ni tak bergaduh. Kahwin cepat, kahwin bahagia. Cinta adalah benda paling tertua dalam sejarah manusia. Sebab masa Adam dan Hawa wujud. Cinta lah benda awal yang terjadi. Bukannya politik, bukannya bola sepak mahupun cerita pasal kiamat. Takdelah nas bila Nabi Adam terjadi je dia tanya; 'Bila kiamat?'. Tak, tak. Adam sujud pada Tuhan kerana syukur, kerana cinta dan dia rasa dia sunyi hidup sorang-sorang tahu? Nak peneman. Maka, terjadilah Hawa. So, takdenya gua nak agung-agung kan sangat cinta manusia. Bagi gua cinta manusia dan tuhan kena seimbang. Baru lu rasai kemanisan jadi manusia yang baik macam mana. Paling penting, Terfaktab ni memang landasan mengembalikan semangat orang yang putus cinta. Sebab, gua tengok setakat ini, dah ramai benor orang putus cinta sampai nak bawa bunuh diri. Lu tak nak kesiankan cinta orang, tapi lu kesiankanlah mak bapak lu yang dah bercinta sampai lu keluar kat muka bumi ni sudeyhhh. Orait?

Chalo asalamualaikom!



p/s : sebenarnya, mmg rasa tak sedap bila kita ada makwe/pakwe. tiba2 ada datang sekor makhluk ckp; 'woi, couple itu haram'. series kau nak makan kasut ke? bahasa tu jaga skit beb. ingat semua org ni jahat ke?

Oktober 16, 2011

Cari

Dulu ada orang cakap untunglah ada makwe, untunglah ada berkasih, untunglah ada orang suapkan. Sekarang, gua pula yang cakap benda itu pada orang itu balik. Hidup ini memang macam ni lah. Pusing-pusing mana pun, mesti akan sampai balik. Kalau kau tersesat, tu bermakna sama ada kau bengong tak reti cari jalan balik atau kau jalan pakai selipar sebelah lain sebelah lain. 

Sebenarnya gua tak nak cakap banyak, tak nak intro lebih-lebih. Gua tengah mencari.

1. Cari makwe.
2. Cari kerja sebelum gua berambus kerja kat perlis.
3. Cari duit nak jumpa #gengpuaka kat subang jaya sana tu.
4. Cari seorang lelaki untuk direkrutkan sebagai tukang buat komik di terfaktab.
5. Cari pasal.

Jadi, kalau lu orang masih mencari. Gua pun begitu juga. Ok, gua nak pergi masjid laung azan kejap.

Oktober 14, 2011

Cinta Tak Berbalas.

p/s: saja cerita buat gelak-gelak. jangan serius sangat ok?


Ahmad Jais, Rafeah Buang dan S. Jibeng berkawan baik.

Ahmad Jais suka pada Rafeah Buang. Rakan duet. Ahmad Jais simpan perasaan jatuh hati secara senyap kepada Rafeah Buang. Tangkap cintan secara diam.

S. Jibeng faham benar kawan dia ini. Dia sokong kalau kawan dia ini menikah dengan Rafeah Buang.

Rafeah Buang apa kurangnya. Gadis yang cun-melecun. Baik. Memang elok dibuat bini. Apatah lagi menjadi bini Ahmad Jais.

Rafeah Buang ini masalahnya cepat sangat keliru. Dia tahu Ahmad Jais sukakan dia.  Tapi tu lah. Suatu hari, dia telah mengecewakan Ahmad Jais. Rafeah Buang telah menerima pinangan kerabat Pahang. Atau erti kata lain, anak Sultan Pahang. Lalu, Rafeah Buang bernikah dengan anak Sultan Pahang.

Ada orang kata Rafeah Buang materialistik. Tapi, sebenarnya tidak. Jodoh. Nak buat macam mana.

Ahmad Jais kecewa. Kecewa sangat-sangat dengan Rafeah Buang. Luruh hati Ahmad Jais apabila gadis yang dipuja berkahwin dengan lelaki lain. Lalu, Ahmad Jais membawa diri ke Johor.

Ahmad Jais membawa diri ke Tambak Johor. Dia nekad mahu membunuh diri. Pilu hati tak terganti. Rafeah Buang telah mengecewakannya sepenuh-penuh kedukaan.

S.Jibeng yang merupakan kawan baik Ahmad Jais, bila tahu hal Ahmad Jais nak membunuh diri. Terus datang ke Tambak Johor.

S. Jibeng tangkap dan tahan Ahmad Jais dari membunuh diri terjun dari Tambak Johor....






Ok. Apa yang tak logiknya mengenai cerita ini? Kehkehkeh!


p/s 2 : Al-Fatihah kepada mereka bertiga.

Oktober 12, 2011

Tidak Adil

Semakin banyak detik waktu, kehidupan ini semakin hilang keadilan. Beban. Tanggungan. Buruan. Paksaan. Melangkah longlai diri aku ke dalam lembah yang ingin aku betulkan. Aku tak mahu menjadi pembetulan. Sebenarnya. Aku tak mahu dilambung pujian. Leka. Takut kelekaan yang membuatkan keadilan semakin sukar dipegang secara ikhlas.

Agama kita semakin tidak adil dinihari. Bukan kerana agama. Tapi, pengamal agama yang tidak adil pada tiap-tiap manusia yang wujud pada seinci muka bumi. Lebih suka aku terangkan, ketidakfahaman dalam kebebasan setiap individu membawa agama dalam kehidupan. Ok, senang cerita. Kita ketiadaan petunjuk berupa bentuk manusia. Nak harapkan ulamak? Aku sendiri tidak percayakan ulamak zaman kini. Sekali kena tipu dengan ulamak-ulamak itu, sampai bila-bila aku akan benci dan elak dari ditipu sekali lagi. Harapan terakhir aku biarlah muncul kembali 'orang itu' dalam abad ini untuk kita semua kembali berpimpin tangan menuju kejayaan. Ironi? Abaikan.

Politik kita pula semakin keliru. Berhantu. Lesu. Mainan kutu-kutu yang berhati batu. Semuanya mahu jadi nombor satu sambil menendang mereka yang sebenarnya mahukan bersatu. Jadi. Aku tidak percayakan politik.

Bola sepak. Mungkin kita boleh cuba untuk seiring dengan bola sepak. Namun, bola sepak bukan candu. Gagal barangkali.

Ekonomi? Jika sudah bersikap kebangsaan dan keagamaan dalam ekonomi. Persis aku mengatakan orang Islam dan bangsa Melayu sebenarnya bodoh dalam ekonomi. Awal-awal sudah tewas dengan mengeluarkan frasa 'Malaysia ni Cina pegang ekonomi'. Ah, bangsa dan agama aku memang bodoh. Tak perlu kajian dan statistik. Memang ternyata bangang. Baik kiri ataupun kanan.

Keilmuan pula bagaimana? Mudah. Kaitkan saja dengan ekonomi. Ya, selari dengan situasinya. Dengar sini, tahukah kamu apa yang bangang dan bahalulnya mengenai Islam dan Melayu zaman kini? Tak kiralah sama ada kau dari kiri atau kanan;

Orang-orang kita (Islam dan Melayu) hanya lebih tunjuk hebat di depan kalangan sendiri.

Tapi, di depan kalangan lain. Kecut sepi takde telur. Testis kecil. Penakut terkencing-kencing. Konon toleransi. Jadah. Kenapa takut? Mari sini ikut aku laung.

"Wahai Lim Kit Siang, wahai Liow Tong Lai, wahai Subramaniam, wahai Karpal Singh,  janganlah kamu menyembah patung-patung dan berhala kerana patung-patung dan berhala-berhala tersebut tidak punyai kuasa menentukan kehidupan kamu. Sesungguhnya, Tuhan yang selayak-layak disembah ialah Allah Yang Maha Besar. Satu Tuhan. Yang tidak beranak dan diberanakkan."

Ada berani berkata sebegini? Ada Nik Aziz, Harussani berkata sebegini di depan mereka di khalayak ramai? OK. Cukuplah. Malas nak provokasi.

Itu pasal. Aku tiada pilihan lain. Melainkan.




Semai cinta sesama kita. Baiki perhubungan lelaki dan perempuan agar kita semua tidak risau punyai anak yang banyak dan lebih baik, tiada lagi kebodohan melampau dari tafsiran agama yang salah dan kesombongan pada kalangan sendiri. 

Chalo, Assalamualaikum.


Oktober 07, 2011

Jumaat

Ada orang cakap. Ok, pihak Hizbut Tahir cakap;

"Hudud kena buat jugak kat Malaysia. Sebab kena ikut nas, dan bukan ikut keadaan"

Aku tergelak sebenarnya bila baca artikel Hizbut Tahir tu masa lepas solat Jumaat tadi. Menggelengkan kepala melihat watak-watak pejuang konon Islamik yang cakap tapi akal letak kat lantai. Keras hati nak melaksanakan hudud tanpa memeriksa keadaan sekeliling. Well, kenapa aku cakap keadaan sekeliling? Mestilah, kalau kita nak laksana sesuatu kenalah dengan sebab yang betul, masa dan tempat yang tepat.

Ikut cara PAS, cara Hisbut Tahir ka, harakah ka memang buat tunggang-langgang. Apatah lagi cara sapa mamat yang buat entri Steve Jobs berketurunan muslim tu? Siapa? Oh, abaikan. Dia bukan penting pun.

OK

Kalaulah kau kata nak laksana hudud ini atas sebab nas, dan menolak konteks keadaan semasa. Di sini aku tampilkan pendapat aku mengapa aku rasa sebab kau adalah salah.

Dengar sini;

Kau terfikir tak. Kenapa Al-Quran itu tidak Allah turunkan kepada Rasuluallah SAW dengan hantar sebuah buku sekelepuk terus? Kenapa mesti sedikit-sedikit Allah turunkan wahyu? Bila sampai zaman Saidina Umar baru ayat-ayat Al-Quran itu dibukukan. Eh, kalau Allah itu Maha Kuasa, lepas je Nabi Muhammad SAW tu jadi Rasul, boleh je Allah turunkan seketul buku pada baginda.

"Ha, nah. Kau dah jadi Rasul. Amek kitab Al-Quran ini dan pimpin umat kau. Laksanakan tanggungjawab kau". 

Setel. Mudah dan senang bukan? Tapi, mengapa ya wahyu itu Allah turunkan sedikit-sedikit.

Mestilah kerana;

1. Wahyu diturunkan juga kerana mengikut keadaan dan situasi. Kalau ada peristiwa ini sekian-sekian, maka Allah turunkan wahyu pada baginda untuk memberi petunjuk dan penyelesaian. Bermakna dalam analogi hal hudud ini, nas macam mana pun kau pentingkan, kalau kau tiada masa yang tepat. Tak jadi beb. Dengan keadaan umat Islam kini yang tunggang-langgang sosialnya, akidahnya. Belum sampai masa lagi. Dengan keadaan usaha kita nak didik umat Islam ni jadi power pun tak capai lagi. Apa kejadahnya kau tiba-tiba semangat nak laksana secara membabi buta? Sabar skit boleh tak? Kau buat kerja dakwah kau, aku buat kerja dakwah aku. 

2. Allah Maha Mengetahui. Hanya Tuhan saja tahu kenapa Al-Quran tidak diturunkan secara pukal atau secara sebuah buku. Ada hikmahnya. Tapi, tak bermakna kita tak boleh berfikir tentang rahsia Allah itu. Bagi aku, kalau Allah turunkan sebuah buku (Al-Quran) seketul terus kepada baginda. Mestilah nampak tipu. Ye lah, baginda membaca dan menulis pun tak tahu masa itu. As well, kau perasan tak pasal hal ini? Seorang yang tak reti membaca, tak reti menulis ditakdirkan menjadi seorang utusan Tuhan. Aku nak bagitau, mungkinlah kau pernah menjahilkan orang kerana orang itu bodoh, miskin, dan tak reti mengira waktu sekarang. Tapi, jangan terkejut kalau orang yang kau jahilkan itu suatu hari nanti akan menjadi utusan Tuhan. Ha, amacam?

3. Bagi aku secara peribadi. Allah turunkan wahyu sedikit-sedikit kerana mahu para umat Islam ini berfikir tentang pentingnya kesabaran dan istaqamah dalam mencari kebenaran atau mencari hidayah. Ya, itu yang tepatnya. Kiranya, kau boleh cakap itu ini dan apa saja untuk sedarkan orang lain. Tapi, kau tak boleh paksa macam itu saja. Kena sabar. Kau boleh cakap kerajaan babi, barang naik blah blah. Tapi, aku nak tanya. Apakah semua yang kau ungkapkan itu tepat seratus peratus? Kalau kau main tuduh macam itu saja, padahal yang sebaliknya tak sama macam yang kau tuduh. Apakah itu tak membuatkan kau tergolong dalam yang bakal dicampak ke dalam api neraka? Main suka-suka tuduh dakwa itu ini. Ewahh. Sapa ajar kau ni? Iblis? Heh. Rileks-lah. Take a time dalam berdakwah. Jangan jadi gelojoh macam geng-geng PAS, Hizbut tahir ni semua, geng-geng serbanitas ini semua. Sudahlah gelojoh nak set itu ini, lepas tu bila kita suarakan pendapat kita, angkuh kemaen mengutuk balik. Jadah.

Aku rasa, itu saja yang aku nak cakap. Sekarang baik tengok belanjawan mintak-mintak harga rokok turun. Hehehe, mana tahu?

Oktober 05, 2011

Kitab Terfaktab, RoadTrip Ipoh dan Nasi Ganja!


Teman nak kabor skit pade orang-orang Ipoh dan yang nak pergi ke Ipoh tuu. Jangan lupe juge, moh kita ramai-ramai serbu Rabak Distro, kat Uptown Ipoh sane tuu pada Sabtu ni. Ala, dekat dengan Ipoh Parade. Ha, gitulah gamaknye. Teman bakal ade kat sane nak beramas-mesra macam biase lerr. Ada juge tige-empat orang puake yang lain bakal memeriahkan majelis. Acare bakal dimulakan pade pukul enam petang. Ape lagi, moh lerr, maghi lerrr. Juge ade sedikit video ni teman nak tunjok pada mika-mika semua ni masa acare kat Subang Jaya ritu. Haa.. Jumpe di Ipoh ye! Woot~