November 25, 2011

Jumaat Lagi

Kita selalu dengar akan ayat ini dari golongan jihad, serbanitas, orang-orang PAS dan dakwah masjid;

"Perang Salib yang pertama memberi pengajaran kepada Barat bahawa kaum Muslimin tidak dapat dikalahkan kerana 'akidah Islam' teguh kuat dalam jiwa setiap Muslimin. Oleh yang demikian, Barat telah menukar strategi mereka di dalam 'Perang Salib yang kedua' dengan berusaha menjauhkan kaum Muslimin dari agama Islam dan mencegah kaum Muslimin dari mengamalkan ideologi, cara hidup Islam yang sempurna. Hasilnya, Barat berjaya merosakkan cara berfikir kaum Muslimin terhadap Islam dari peringkat pemimpin hingga ke rakyat jelata"

Jadi, aku berfikir. Kalau pihak barat menukar strategi dalam menumbangkan kaum Muslimin dari cara perang dengan senjata kepada perang dengan ideologi/budaya. Mengapa tidak kita kaum Muslimin juga menukar strategi iaini menggunakan senjata yang sama iaitu menyahut perang dengan juga ideologi/budaya bagi menumbangkan Barat kembali?

Maka, apa perlu masih ada diantara kita yang kekal menjadi ekstremis, pelampau, terpekik terlolong bertakbir di jalan raya menyuarakan emosi, dengar ceramah kebencian, membakar bendera Barat, mengebom sana-sini yang konon dikatakan jihad? Juga menuduh puak itu ini sebagai balaci barat, sekular, kafir dan sebagainya?

Kalau depa nak perang dengan ideologi/budaya. Maka kita pun kena perang dengan ideologi/budaya. Tunjukkanlah keindahan, kelembutan dan kesederhanaan Islam itu kepada Barat. Agar Barat terpesona secara halusnya sehingga mereka tewas dengan keindahan akhlak Muslimin dan kesederhanaan seseorang Muslimin.

Lagi sekali aku cakap ;

Yang kau beria sangat nak perang dengan menggesa/mengkritik kerajaan supaya jadikan musuh pasal apa? Diorang ada 30 ribu kereta kebal. Kita ni kereta kebal pun tak sampai seribu. Jangan jadi bodoh boleh tak? Rasulullah SAW menang perang bukan sebab takwa, zuhud, iman apa bagai tu semua je ok? Tapi, persiapan dan kelengkapan senjata yang cukup pun penting jugak. Ni pegang pistol pun tak pernah, ada hati semangat nak bunuh Barrack Obama. Menjengkelkan.

So, dah tahu dengan senjata tak boleh menang. Biarlah kita menang dengan memenangi hati diorang dengan menunjukkan sikap yang baik dalam menonjolkan keindahan Islam dalam kaum Muslimin agar mereka sendiri yang akan kembali tunduk kepada kita secara automatik.

Berhentilah buat kerja gila berdemo tunjuk perasaan depan masjid, bakar bendera, caci-maki, takbir tanpa matlamat. Secara yakin, orang bukan Islam takkan terpesona dengan cara ekstremis begini. Apatah lagi Barat, apatah lagi Lim Kit Siang, apatah lagi Ambiga. Tak sampai pun suara kemarahan kau tu kat White House. Paling tidak hilang di tiup angin Selat Melaka. Kerja sia-sia.

Baik kau kerjakan pekerjaan dan ibadah kau. Kumpul duit, beli senapang satu, belajar menembak tenuk kat hutan misalnya. 

Stay moderate. Keep peace in Islam.


Mungkin Aku Masih Mencari Perindu Yang Kognitif 2


Kerja. Suatu yang membosankan sebenarnya. Apatah lagi perlu menghadap muka-muka rakan sekerja yang amatlah skema nak mampus. Sedangkan aku berlainan, ada antara rakan sekerja aku ini mendengarkan Sweet Charity, aku mendengarkan One Ok Rock. Baiklah, Sweet Charity memanglah legend. Tapi, kalau hari-hari kau tadah mendengar Sweet Charity, mana pergi impak perkembangan minda kau? At least, bertukarlah citarasa sedikit kepada Dinosour Junior misalnya. Tidaklah hari-hari kau memandang muka Ramli Sarip sampaikan bila buka topik pasal lagu. Balik-balik kau agungkan band yang itu saja. Balik-balik kau refer yang itu saja. Menjengkelkan tahu? Seperti jengkelnya peminat Dream Theatre yang tak habis-habis mengatakan band itu paling power dalam dunia.

"Haikal, boss suruh kau siapkan survey vendor-vendor untuk material yang baru sampai nanti. Dia nak petang ini", kata Wan dengan muka jengih.

"Ah celaka, padahal boss suruh kau. Kau malas, kau suruh aku.", getus aku dalam hati. Sambil membayangkan aku nak saja bagi penumbuk laju-laju pada muka mamat sekor ini.

"Ye..", aku balas dengan muka macam biasa. Separa tak puas hati, separa keterpaksaan.

Berlalu saja mamat Wan ini, terus gua tepuk meja. Biar dia fikir aku memberontak, padahal aku saja buat untuk kasi semangat. Biarkan. Memandangkan syarikat yang aku kerja ini ialah sebuah syarikat pengurusan kolej. Minat aku untuk menguruskan kolej. Aku gagahkan diri juga menghadapi hiruk-pikuk perkerjaan yang kadang-kadang orang cakap macam sial juga-lah. Nak pulak bila waktu ada projek mengarut. Seperti projek mempertingkatkan kemudahan dewan kuliah dari menggunakan kapur dan papan hitam kepada mesin OHP. Serius bagi aku, mempelajari pelajaran dengan menggunakan mesin tayang seperti itu tidaklah bagus dan memang tak masuk kepala punya bagi pelajar-pelajar. Makin hilang fokus. Lebih baik menggunakan cara lama. Klasik. Yang lebih membuatkan pelajar di dewan kuliah mahu duduk depan dan akan nampak kondisi pelajaran itu lebih makmur. Yalah, bila kita mengajar menggunakan kapur dan papan hitam. Pasti para pelajar akan berebut-rebut menyalin dengan penuh minat. Penerangan juga lebih spesifik dan bertaktikal. Ini menggunakan mesin tayang. Wak lu, memang lagi ramai pelajar jadi malas dan duduk belakang. Aku cakap ini sebab aku telah merasainya. Bukan kelentong lebih ok?

"Woi Haikal, semalam amacam makwe yang tu?", sapa si Daus pula. Mamat ini ok sedikit. At least dia dengar Radiohead. Heh.

"Makwe mana pulak ni celakaaa?", saja aku membangkitkan ayat provokasi.

"Ah, kotey lah kau. Balik dari Club Med semalam, kitaorang semua balik tangan kosong. Kau sorang je balik dengan buah tangan. Gitulah member, makan sorang.", nada tak puas hati Daus kedengaran.

"Hahaha, sial-lah kau. Boleh tak cerita benda ni slow sikit. Karang orang lain dengarlah bodohhhh", memang boleh tahan kuat juga suara Daus ini tadi. Malu aku.

"Kehkehkeh. Ok ok. Siapa nama makwe tu? Erna eh? Amacam, pergi tak pergi?", kata Daus memperlahankan suara.

"Boleh tahan lah bai. Tapi, yang sleknya pagi Ahad dia blah awal-awal. Dia kata dia kerja. Kalau ikutkan, nak je aku bubuh untuk round ke lapan. Haha!", aku mula mengarut tak tentu hala.

"Jadah apa Ahad kerja? Nepal ke apa budak perempuan ni?", balas Daus dengan kehairanan.

"Mana aku nak tahu, tapi memang orang kerja sales, tak tentu hala waktu kerja kot. Dia kerja bahagian sales kat Digi. Tu yang waktu kerja pun terabur nakharomm. Ala, rileks lah. Aku tahu kau nak kan? Nanti minggu depan kita shoot lagi. Orait?"

"Cantiklah weh. Tapi, kalau kau buat perangai babi lagi save sorang-sorang. Aku langgar kereta kau nanti. Hahaha."

"Nampak ni? Hah", respon gua pantas dengan menunujukkan segenggam penumbuk.

Seperti yang aku ceritakan tadi, dalam tempat kerja aku ini, hanya dengan Daus sajalah aku boleh layan kepala dia. Sebab dia mendengarkan Radiohead. Dan dia membenci Oasis. Sedangkan aku tidak. Namun, bagi aku kira okay-lah citarasa muzik dia terhadap Radiohead. Ini kerana, setelah mendengarkan Radiohead, setelah menjadi sewel sedikit kerana penangan Karma Police. Daus mula berubah menjadi lebih kemas. Kalau dulu, waktu dia mula-mula masuk kerja. Aku rasa nak bagi penerajang saja. Dengan rambut kilat kerana minyak Code 10 dan pewangi Follow Me. Memang Daus dulu dengan sekarang amat berbeza. Sebab aku nampak sejak aku bagi dia dengar lagu pertama dari Radiohead iaitu Creep, dia ada beli wax jenama Gatsby. Heh. Ketara bukan?

Besok-besok je lah aku sambung tulis. Aku tengah siapkan zines. Korang nak kan?

November 21, 2011

Populasi

1.

I)    Semakin bertambah populasi sesuatu negara, semakin bertambah bilangan manusia yang bangang.

II)   Semakin bertambah populasi sesuatu negara, semakin berkurangan bilangan manusia yang pandai.

III)  Semakin berkurang populasi sesuatu negara, semakin berkurang bilangan manusia yang bangang.

IV)  Semakin berkurang populasi sesuatu negara, semakin bertambah manusia yang pandai.

A) I dan III
B) I, II dan III
C) Kesemuanya
D) Keliru

2.

Populasi Malaysia terkini adalah 28 juta orang. Berapakah anggaran peratus orang bangang di Malaysia?

A) 5 peratus
B) 2.5 peratus
C) 20 peratus
D) Tidak tahu

3. 

Apakah anda setuju bahawa Malaysia perlu mengawal populasi kelahiran manusia?

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Kena tanya Obefiend

4.

Pada pendapat anda, jika Malaysia mencapai matlamat berpopulasi 70 juta orang seperti yang pernah dicadangkan Tun Mahathir. Apakah keadaan Malaysia sewaktu itu?

A) Maju dan menjadi negara kuasa besar
B) Mundur. Seperti Indonesia.
C) Saya takut saya dah mati sewaktu itu.
D) Guru saya kata wallahualam.

5.

Pengurangan populasi sebenarnya telah dirancang oleh pihak tertentu bagi mencapai matlamat tersembunyi. Bincangkan.

November 18, 2011

Kenapa Aku Jarang Menulis

Apa pasal? Mungkin kerana aku sekarang berada dalam tahap bersungguh mencari kehidupan lebih baik. Atau kerana kehadiran si dia yang berada di Medan sedang gigih menyiapkan ijazah pergigiannya. Juga mungkin aku perlu menyatakan kepada diri aku bahawa, sudah tiba masanya untuk mencari segenap ruang kehidupan dalam mencemerlangkan diri ke arah kekayaan, kenikmatan, keimanan dan masa depan yang mapan.

Menulis untuk Terfaktab. Secara subjektifnya, aku hanya mahu menumpukan pada penulisan Kitab Terfaktab terlebih dahulu, serta menguruskan hal-ehwal Terfaktab.

Menulis untuk Sokerleaks. Bila datang aura hitam, tepatlah masanya untuk menjadi troller atau gaya sinis yang angkuh. Namun, bergantung kepada musim dan detik.

Menulis untuk Pseudosains. Di sini aku ingin memohon maaf jika kurang memberi komitmen. Aku akui. Namun, aku optimis untuk kembali apabila kehidupan aku menjadi lebih berstigma dan pergerakkan neutron dalam otak aku menyamai kelajuan cahaya.

Menulis untuk LensaRosak. Berita baiknya, aku akan membukukan atau menjadikannya sebuah zines. Ala, murah je nanti. Aku sedang berusaha mengumpulkan karya-karya lama tersebut. Berita buruknya, tahun ini adalah tahun terakhir LensaRosak kemungkinannya. Akan aku reboot blog ini. Memadamkan semua karya, entri, pandangan dan sebagainya. Gantikan dengan yang lebih baru.

Itu saja rangkuman kali ini. Aku malas nak ulas isu-isu politik dan agama buat masa ini kerana kamu pun tahu semakin ramai orang bangang mahu menjadi penulis dan komentator dalam dunia blog. Apa orang cakap? Budak-budak baru nak up. Ha, macam tu lah. Elakkan lah kalau boleh ya?

Jangan jadi macam Indogs, jangan jadi macam Meleis. Paling penting, jangan jadi macam serbanitas.

Chalo Asalamualaikom.

November 13, 2011

Koleksi-Koleksi Komen Bangang Dari Tanpa Nama

Tanpa Nama = Bangang
Anonymous = Bangang

Tanpa Nama komen sambil makan goreng pisang kat balkoni lagilah super bangang.

Tanpa Nama komen keluar seribu satu hadith, ayat Al-Quran, falsampah dan lojitahik lagi bangang bangang dan bangang.

Apa orang cakap? Wajib di kepala-banakan. Takde siapa nak baca dan repek dengan komen kau bhai.

Heh.


November 07, 2011

SukeLiks

Mulai hari ini, ke semua ulasan aku mengenai bola sepak terutamanya mengenai Malaysia, Arsenal Maha Power, Barcelona, Johor dan Johor FC. Begitu juga USM FC dan MP Muar. Oh ya, juga ulasan mengenai Manchester United Bangang dan Selangor Sayur FA , akan ditempatkan di sebuah laman blog bola sepak paling berprestij di Malaysia. Lain tak bukan ialah Sokerleaks.


Aku malas nak sembang banyak. Kalau kau tak tahu apa itu Sokerleaks, aku sumpah kau jadi memerang hijau. Dan aku cuma nak warning satu je, jaga-jagalah kau Menyu dan Selangor lepas ni. Jangan kata aku tak bagi peringatan ok? Heheheh.

November 03, 2011

Apa Yang Aku Lihat Dalam Buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia

Tempohari aku telah membeli sebuah buku yang menarik perhatian aku. Membelinya di keramaian Halowin Datang Lagi : 8 Judul oleh 7 Penerbit. Gigih aku datang dari Muar semata-mata dua perkara penting. Satu, mahu mendapatkan buku tulisan penulis yang maha angkuh dengan faktanya, lain tak bukan saudara Lucius Maximus. Dan dua, bersempena roadshow Kitab Terfaktab.

Hari ini dalam pertama kali dalam sejarah penulisan aku. Aku akan review buku orang. Maka, yang jadi mangsa kali ini ialah semestinya saudara Lucius Maximus atau lebih dikenali dengan panggilan 'manja'-nya, Lucy. 

Sebuah buku yang bakal memanaskan bontot Sultan Bola

Sebelum terus ke tajuk utama. Lebih baik aku beri pandangan peribadi aku mengenai sang penulis yang maha angkuh dan saksama dalam penulisan ini. Lucy bagi aku secara realistiknya adalah penulis yang cemerlang. Cemerlang dari segi sindiran sinis, fakta dan tak lupa juga tembakan padu pada setiap point-point yang disampaikan. Aku telah mengenali penulisan Lucy sejak sebelum beliau menulis di blog Sokernet. Sewaktu itu hanya membaca dalam diam, mengkritik secara ringan-ringan dan bergelak ketawa tanda meng-iya-kan point-point yang beliau ketengahkan. 

Sebenarnya dulu, pernah juga aku berdebat dengan Lucy di dalam blog. Heh. Tapi, tidaklah sampai berbomoh-bomoh atau memukul. Hanya menajamkan isi penulisan. Itu saja. Dasar anak muda degil hendak berdebat dengan seorang dewasa yang digelar 'Raja Fakta'. Well, itulah yang sebenar-benarnya tujuan ber-blog. Mengetengahkan isu dengan bijaksana dan tidak menjadi anonymous yang berdebat tanpa telur. Lebih teruk, sudahlah menjadi anonymous, kemudian point-point yang disampaikan adalah bangang bangang dan bangang.

Baiklah, biarlah kita ke tajuk utama ya?

Mengapa aku membeli buku Malaysia Tidak Ke Piala Dunia ini walhal aku tak beli pun buku tulisan Lucy yang lama iaitu Cerita Piala Dunia? Ini kerana aku kurang berminat dengan hal-ehwal Piala Dunia. Tetapi, kerana buku kali ini menceritakan mengenai Malaysia tidak ke Piala Dunia. Maka, aku rasa aku patut beli. Dengan kata lain, kerana ada penceritaan mengenai Malaysia, maka aku akan beli. Patriotisma tinggi, brader.

Aku jarang membeli novel. Bukan sebab aku malas membaca, tetapi aku lebih gemar membaca artikel dan jurnal. Penulisan Lucy bercorak artikel. Sebab itu aku mengkagumi penulisan beliau. Novel keluaran Fixi?, hanya novel Cekik sahaja yang aku telah baca. Itupun apabila aku selesai membacanya, aku campak ke tepi (akan aku review kelak). Namun, tidak bagi buku baru Lucy ini. Selesai aku membacanya, terus aku menceritakan kehandalan buku ini kepada kawan-kawan aku yang sudah tua (lingkungan 40-50 tahun). Dan mereka seiring sependapat dengan pandangan-pandangan yang Lucy sampaikan dalam buku tersebut.

Kiranya bagi aku, buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia ini adalah buku yang bagus untuk di baca oleh penggemar bola sepak tempatan dan tak lupa para peminat sejarah bola sepak negara. Tak keterlaluan juga buku ini patut dibaca oleh pemain bola sepak kebangsaan sendiri. Terutama sekali aku tujukan buku ini kepada Khairul Fahmi atau Apek supaya beringat sikit, jangan asyik nak ke kelab malam dengan Dahlia Teteck kau tu. Fokus pada bola sepak, belajar sejarah bola sepak, belajar politik bola sepak. 

Buku ini bagi aku boleh diperluaskan lagi ceritanya. Pada pandangan aku, buku ini  boleh dikatakan hanya baru menceritakan setengah cerita mengenai hal Malaysia dalam Piala Dunia. Namun, itupun sudah cukup bagus. Apa yang Lucy tulis dalam buku ini masih belum cukup menyentuh hal-hal sensitif mengenai bola sepak Malaysia dalam Piala Dunia terutama hal rasuah FAM sendiri, hal judi Piala Dunia, hal pemain-pemain Malaysia yang dikhabarkan menerima wang rasuah dari negara lain. Juga tak lupa hal macam mana Selangor yang dulu pernah bermain Liga Perdana (divisyen dua) , tetapa ada pemain Selangor waktu itu terpilih menyertai skuad kebangsaan bertanding di kelayakkan Piala Dunia. (Itulah sebabnya aku membenci Selangor FA, sorry to say.)

Apa yang menarik perhatian aku mengenai buku ini ialah kegigihan Lucy mengumpulkan bahan-bahan temuramah dahulu mengenai bola sepak Malaysia. Aku sendiri baru tahu bila membaca buku Lucy ini, dimana Alan Harris pernah berkata ;

"Saya ada menyebut ketika kali pertama menggalas tugas ini bahawa semua orang perlu bersedia untuk keadaan menjadi lebih buruk sebelum ianya kembali menjadi baik"

Dan ternyata selepas itu, bola sepak Malaysia selepas Alan Harris resign, terus jadi sayur kangkung.

Akhir kata, aku memberikan 4 bintang kepada buku ini. (4 dari 5 bintang). Satu bintang hilang kerana aku dihidangkan jenaka rakyat pada bahagian prakata yang ditulis oleh saudara Pipiyapong. Apa? Torpedo Lipis? Barcelumut? Income bola dari industri ternakan ikan patin? Tengkorak kau lah Pipi. Tengkorak kau. Kahkahkah!

Sekian, Chalo asslamualaikom!

p/s : Belilah buku ini. Masih ada di DubokPress dan Uya Distro. Walaupun Luca mula-mula buat auta cuma 50 buah sahaja yang di jual. Itu tipu. Tapi, berbulu juga-lah dengar bila 50 buah sahaja yang dicetak. Wadefook?