Memang aku tak berapa nak kisah kerana sewaktu aku berada di universiti dahulu, aku tak merasakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) menjadi penghalang aku sebagai mahasiswa dalam menempuh kehidupan sebagai seorang pelajar.
Sebenarnya, apabila kita memasuki universiti. Kita hanyalah seorang pelajar. Entah siapa pula melabel pelajar universiti sebagai 'mahasiswa' dan 'mahasiswi' bagi meletakkan taraf itu seolah-olah kebal dan lebih tinggi dari pelajar sekolah mahupun kolej.
Secara peribadi, aku menyokong pelaksanaan AUKU.
Cakap-cakap orang mengatakan AUKU ditubuhkan kerana mahu menyekat penglibatan pelajar di universiti sewaktu era rebel Anwar Ibrahim adalah cakap-cakap retorik kuasa. Sepengetahuan aku mengenai AUKU ialah, ia diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir sewaktu beliau menjadi Menteri Pelajaran bagi meningkatkan keberkesanan pelajar di universiti menumpukan perhatian dalam pelajaran di kampus dalam menghasilkan tenaga kerja yang berproduktiviti untuk memajukan sesebuah negara. Yalah, sewaktu AUKU mula-mula ditubuhkan, apa yang aku lihat, kebanyakkan pekerjaan kelas tinggi seperti doktor, jurutera, pengkaji bahkan pemimpin, masih dipegang oleh 'orang luar' iaini semestinya dari orang-orang British. Dan jika sekarang sudah tiada orang luar sekalipun, bagi aku AUKU masih releven dalam membentuk pelajar yang bertanggungawab dan bersahsiah tinggi.
Dengan AUKU sewaktu itu. Ia ditubuhkan bagi melicinkan perjalanan dan arah universiti-universiti di Malaysia. Lebih tepat, aku berpendapat bahawa AUKU sebenarnya satu undang-undang tubuh, rujukan dalam membina, menubuhkan, mengurus atau mewujudkan universiti-universiti di Malaysia. Jika kita ingin kata sebagai mengawal. Betul juga, kerana ia diperwujudkan untuk kawalan yang mendatangkan kebaikkan.
Menghalang pelajar dari menyertai politik, dan parti politik.
Itu merupakan yang sedang hangat diperkatakan tentang memansuhkan AUKU. Aku cuma pelik dengan perkataan 'mansuh AUKU'. Sebenarnya mereka mahu memansuhkan keseluruhan AUKU itu atau hanya mahu meminda/menggubal beberapa akta sahaja?
Adalah satu perkara kurang cerdik jika mereka mahu memansuhkan terus AUKU (iaini membatalkan AUKU) kerana seperti yang aku katakan tadi. AUKU adalah satu rujukan undang-undang dalam menubuhkan universiti. Jika AUKU di batalkan, apa akan terjadi kepada universiti?
Cuba kalian baca keseluruhan akta dan peraturan dalam AUKU. Bukankah ada disebutkan tentang fungsi Senat, hal ehwal kuliah dan sebagainya? Jika AUKU dibatalkan seperti yang diperjuangkan oleh mereka-mereka ini. Maka, apakah selepas ini terbatal jugakah kuasa Naib Cancelor? Apakah selepas ini pelajar boleh sesuka hati tidak datang kuliah tanpa dikenakan tindakan tatatertib? Ya lah, kerana AUKU sudah mansuh, sudah dibatal. Maka, ia seperti kita wujud dalam universiti yang tiada undang-undang kerana pemansuhan AUKU. Ini gila. Memang seronok lah selepas ini pelajar UiTM perempuan boleh berbikini ke kuliah misalnya. Atau pelajar lelaki UM keluar masuk pergi clubbing dengan membawa sebotol arak lalu di depan pak guard (polis bantuan, heh). Kan AUKU sudah di mansuhkan? Rujukkan undang-undang tiada. Universiti tiada rujukan undang-undang dan universiti seperti menggunakan undang-undang rimba. Siapa ada kuasa politik, dia yang akan berkuasa di universiti.
Itukah yang kita mahu sebenarnya dalam kehidupan di universiti?
Sebenarnya, ada dua perkara yang perlu kita perhati di sini;
Pertama. Ini adalah retorik apabila mereka melaungkan 'mansuh AUKU'. Kerana yang sebenarnya, tindakkan yang mereka mahukan hanyalah penggubalan dan pemindaan beberapa akta dalam AUKU. Namun, kerana laungan 'mansuh' itu semakin meluas. Ia diertikan sebagai suatu penentangan dalam mengharamkan AUKU di universiti. Mereka tidak menggunakan perkataan yang tepat dalam kempen dan tuntutan iaitu 'pinda AUKU'. Mereka lebih sukakan perkataan 'mansuh' kerana lebih keras. Dan ini sedikit sebanyak menjadikan ramai orang terpengaruh dan salah faham. Aku sendiri menyokong beberapa akta dalam AUKU dipinda seperti penggunaan pembesar suara dibolehkan misalnya. Ataupun memberikan lebih ruang keadilan bagi pelajar yang dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib mendapatkan pembelaan dari peguam. Mungkin tak perlu ada peguam dari luar. Universiti sendiri boleh menubuhkan panel peguam membela pelajar barangkali. Menggunakan peguam dari luar ini seperti kerja sia-sia kerana dikhuatiri peguam dari luar boleh mengambil kesempatan. Sedangkan Majlis Peguam sendiri kelam-kabut dengan rasuah peguam, mahu pula dibawa budaya itu menular ke dalam universiti? Jilaka namanya.
Oh, berbalik hal tadi. Ya, retorik kerana hakikat tujuan sebenarnya ialah 'pinda dan gubal'. Bukannya 'mansuh dan batal'. Jika mansuh pun, hanya beberapa akta dalam AUKU. Bukannya keseluruhan AUKU tersebut. Kerja gila jugaklah mahu memansuhkan keseluruhan AUKU kerana seperti yang aku tegaskan tadi, mana mungkin kita menghapuskan undang-undang rujukan penubuhan? Mereka mungkin saja-saja mahu ambil kesempatan dari kelemahan ini untuk memalukan kerajaan. Bagi aku lah.
Kedua. Sedarkah kita bahawa majoriti antara kita sebenarnya tidak kisah dengan politik? Atau mungkin tidak mahu berpolitik dan mungkin juga membenci politik. Apatah lagi politik di dalam universiti. Aku yakin ramai di antara kita tidak mahu melibatkan diri dengan politik dalam universiti. Menyertai Majlis Pelajar? Pilihanraya kampus? Jangan harap. Memang kena ejek. Di cap sebagai 'budak gila kuasa, budak gila mikrofon ataupun budak skema'. Hakikatnya, pelajar yang melibatkan diri dalam politik di universiti, kurang disukai oleh majoriti pelajar yang lain yang hanya mahukan 'belajar elok-elok di universiti, have a fun as student, tak nak buat serabut perjuang sana-sini, dapatkan pointer yang baik, dan blah dari universiti untuk dapatkan kerja yang baik'. Ya, itulah pelajar majoriti di universiti. Bukannya pelajar yang terjerit-terlolong laung 'mansuh AUKU' tersebut dengan melibatkan kancah politik dalam universiti.
Tapi, entah kenapa suara majoriti ini kurang diambil perhatian? Mungkin kerana mereka tidak suka meraih populariti mahu mengejar kuasa. Atau jenis tak berapa nak kisah seperti tajuk artikel ini. Ya, aku adalah salah seorang darinya. Jenis tak kisah dengan AUKU kerana setakat ini, aku tak pula merasakan AUKU menyekat atau mengongkong kebebasan aku sebagai pelajar, mahasiswa. Dan sebenarnya, ramai yang berpendapat sebegitu.
Ala, zaman universiti aku dahulu. Ada je aku melibatkan diri dengan aktivis luar universiti. Tapi, takde kena tangkap atau dikenakan tatatertib pun. Oh, mungkin tidak sampai dikenakan tatatertib kerana aku melibatkan diri dengan aktivis event organization di luar kampus yang bermotifkan muzik dan seni. Jadi, walaupun tampak seperti sudah melanggar akta. Namun, sebenarnya penguatkuasaan AUKU tak lah seketat mana pun. Orang cakap, pandai-pandai lah hidup. Asalkan jangan buat kacau. Ini sampai kau buat kerja gila pecahkan pintu pejabat universiti, turunkan bendera depan PWTC semata-mata perjuangan yang kurang jelas. Manalah orang lain tak marah?
Senang cakap atau akhir kata, berbaloikah apabila kamu berpolitik dalam universiti tetapi akhirnya ia membuatkan ramai orang membenci kamu?
Entahlah. Terpulang untuk kamu dan mereka nilai.
p/s: Dah nama pelajar, buat cara pelajar lah. Nak jadi macam Anwar Ibrahim pasal apa? Baik layan Akta Angkasa - Pakcik Ramli.
