Januari 17, 2012

Jangan Mudah Menggelarkan Seseorang Itu Ulamak

Ada orang cakap apa yang aku tulis adalah untuk menjatuhkan Azhar Idrus. Menjatuhkan ulamak atau dalam bahasa tanggapan keras mereka ialah menghina ulamak. Betulkah?

Adakah aku sedang menghina? Atau peringatan?

Jawapan aku ialah ; 

Kalau kamu mengiktiraf Azhar Idrus sebagai ulamak dan apa saja yang kamu fikir seseorang itu adalah ulamak, kamu teruskan jika kamu rasa betul. Sedangkan aku tidak pula menganggap Azhar Idrus itu sebagai seorang ulamak. Bagi aku dia hanya seorang pendakwah. Dia bukan ulamak. Sebab kriteria dia tak mencukupi untuk digelarkan sebagai seorang ulamak. Itu yang aku pegang. Kriteria. Kalau kamu tidak mengetahui apa itu kriteria-nya, di mana kamu terus melabelkan orang seperti dia tanpa 'penyiasatan panjang dan terperinci', bermakna kamu dan aku berada dalam satu kelompok sistem masyarakat yang bermasalah.

Malah, untuk pengetahuan kamu. Aku tidak pernah menganggap Nik Aziz adalah ulamak, Hadi Awang juga. Tak pernah aku menganggap mereka berdua adalah ulamak. Sebaliknya aku menganggap mereka sebagai ahli politik. Ya. Ahli politik. Sama taraf seperti Najib Razak, Mahathir Mohamaad, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan sebagainya. Nik Aziz dan Hadi Awang adalah ahli politik. Perbezaannya mereka adalah ahli politik dalam hal keagamaan. Manakala Najib Razak misalnya adalah ahli politik dalam hal ekonomi. 

Jika kamu merasakan Nik Aziz dan Hadi Awang adalah ulamak. Kamu dipersila untuk teruskan. Aku tidak menghalang. Dan kamu juga sepatutnya tidak boleh menghalang apa yang aku pendapatkan. Mengapa aku berpegang bahawa Nik Aziz dan Haji Hadi bukanlah ulamak sebaliknya ahli politik? Kerana mereka sekarang berada dalam kancah permainan politik di mana mereka bertanding di pilihanraya. Seorang ulamak, jika mengikut susur jalur, sejarah dan dakwah islamiyah, dia takkan bertanding di pilihanraya. Kerana pilihanraya bukan cara Islam. Pilihanraya adalah cara 'mereka-mereka yang mahu menyesatkan atau sedang tersesat atau tak sedar sedang tersesat atau sudah tahu tersesat tapi sudah tiada cara'.

Mengapa aku berpendapat pilihanraya sebegitu? Kerana undi dari individu yang baik, normal, alim dan beramal  SAMA TARAF dengan individu seorang penjenayah, perogol atau perosak agama. Apakah itu adil? Bagaimana jika undi dari penjenayah lebih banyak dari undi mereka yang melakukan kebaikkan? Kamu boleh menerima itu? Aku tidak boleh menerima itu. Sebab itu aku menolak pilihanraya. Dan hanya turut serta dalam pilihanraya jika tiada pilihan lain seperti tidak mahu negara aku jatuh ke tangan 'orang yang tidak seagama dan peliwat misalnya'.

Lalu, siapakah yang layak digelar ulamak di Malaysia?

Pada hemat aku. Di Malaysia masih belum ada sesiapa yang layak di gelar ulama. Jika ada sekalipun, kamu mungkin takkan nampak wajah mereka di kaca televisyen, video youtube. Atau kurang publisiti. Salah satu faktor lagi kerana kriteria yang ada pada pendakwah-pendakwah di Malaysia masih belum cukup untuk digelarkan sebagai seorang ulamak. Ulamak merupakan gelaran yang 'mahal' dan 'prestij' kerana ia gelaran 'gantung harap umat'. Tetapi, kini gelaran itu seperti menjadi 'murah' kerana terlalu senang digelarkan. Asal ada pendakwah baru yang nampak sedap di mata, enak di telinga. Terus masyarakat gelarkan sebagai ulamak. Asal ada ustaz yang boleh menarik ribuan pengikut, terus digelarkan ulamak. 

Ini salah. Dan ini bakal membawa kita kepada kehancuran perpaduan umat Islam kerana kita tidak menjaga kriteria dan kredebiliti gelaran ulamak itu sendiri. Lebih teruk, jika cara salah ini masih diteruskan. Kita mungkin akan ke kancah perang ulamak dan ideologi. Iaini perang saudara. Kerana kaitan faktor agama dan jihad-syahid mula meresap ke dalam hati pengikut-pengikut yang taksub. Ini membahayakan.

Kamu perlu belajar tentang kriteria ulamak itu sebagaimana. Aku sudah pelajarinya di universiti dahulu. Sebab itu aku menyatakan sebegini.

Kalau kamu masih bertanyakan kepada aku, siapa saja ulamak di Malaysia ini. Aku akan jawab ;

Malaysia tiada. Tapi dirantau ini ada. Dan hanya dia seorang sahaja yang aku fikir layak digelar sebagai ulamak kerana dia digelar sebagai 'Al-Azhar kedua'. Mengapa Al-Azhar kedua? Pengiktrafan dari universiti Al-Azhar sendiri terhadap beliau kerana kehebatan beliau dalam hadith dan dakwah Islamiyah. Tulisan kitab-kitab dia. Guru-guru yang dia belajar. Pencapaian dia yang memegang sanad terbaik. Cukup untuk melayakkan beliau digelar ulamak. Satu-satunya ulamak di rantau Asia Tenggara buat masa ini. 

Kalau kamu sudah mengenal beliau. Tolong jangan tanya aku lagi pasal Azhar Idrus. Sebab aku tak mahu merosakkan ideologi Islam, ilmu yang aku telah pelajari selama ini. Itu saja.

Boleh?

p/s : Kamu juga perlu bezakan antara ulamak dan golongan cendekiawan, mufti, pendakwah, tabligh dan banyak lagi. Ia penting!

27 ulasan:

♥NuR SyAFiQah♥ berkata...

ustaz aku kat sekolah dulu digelar ulama'

aku tak tipu..ini benar..beliau dah meninggal dunia tapi aku masih lagi teringat akan kata-kata hikmahnya..

korang akan rasa tenang je tengok muka beliau..

Ad-Dien berkata...

Alhamdulillah..atas komentar akhi..
di malaysia mungkin ada yang bertaraf ulama' cuma...dia tidak menonjol sangat..

saya juga telah berjumpa dengan beberapa orang yang memiliki sanad ilmu dan periwayatan hadith dari ulama terdahulu, sampai sanadnya kepada tokoh-tokoh salaful ummah..

akhi dahulu student al-azhar?

salam ukhuwwah nah..jemput ke blog ana juga, insyaAllah

Tanpa Nama berkata...

Yang menjadi masalaah sekarang ialah, apabila 4 , 5 orang dp mereka dg sengaja (seolah olah berpakat) menggelarkan kawan-kawan mereka sebagai ulamak. dan pendengar2 yang kurang ilmu lama-lama terikut2.

ayobkelubi berkata...

a new way of -ism. itu saja. terima kasih.

Brader rokes berkata...

apa ni bro....brader kt atas tu sangka lu ni student al-azhar....hahahaha...ok wa tergelak..KAH KAH KAH

M.IrwanShah berkata...

Salam.good one!
actually, dalam hal ni, kite tak leh nak salahkan mereka2 (Azhar Idrus, Nik Aziz etc.)seratus peratus.kenapa?bagi aku, most of them adalah pendakwah islam dan tiada seorangpun yang meminta untuk diberi gelaran ulama' or whatsoever.sbg contoh, Ustaz Azhar Idrus pernah memberitahu bahawa beliau tidak pernah meminta untuk dipanggil ustaz dan sebenarnya tidak kisah untuk tidak dipanggil sedemikian.sebenarnya, kita kena mendidik para pengikut/komuniti misalnya dalam membezakan antara mufti,ulama', pendakwah dsbgnya.gelaran ulama' adalah satu gelaran yang sangat tinggi disisi islam dan tidak sepatutnya digunakan dan diberikan dengan sewenang-wenangnya kepada mana2 individu kerana ia adalah sesuatu yang bernilai dan tidak boleh didapati dengan hanya menyampaikan ilmu agama di surau2 dan masjid2 di kampung. terima kasih kerana berkongsi pendapat. and i'm expecting another entry on "the difference between those title (ulama',mufti,pendakwah, etc.)" kerana bagi aku itu sangat penting.
thanks! ;)

[fArAh aLiAs] berkata...

x banyak nak komen. just nak cakap, aku sokong apa yang aqram cakap kan ni.

semutsengal berkata...

masa aku tengok utube ceramah ustaz azhar tuu, dekat bawah ada tulis

"ustaz azhar, pendakwah bebas."


takkan ada orang tak clear lagi ?


hohohohohoh

Ad-Dien berkata...

ohh maaf kalau saya salah, saya hanya bertanya..

pun begitu ada kebenaran juga penulisan ini, wallahua'lam.

yang baik itu dari Allah jua,

:)

Tanpa Nama berkata...

Pernah pulak diaorang yang kau sebut2 ni mintak dipanggil gelaran yang sedemikian..

dorang berdakwah. mengajak orang ramai membuat kebaikan. bukan ajak orang buat maksiat. pasal hukum-hakam biasanya kita yang dengar ni kena bijak. refer la dua tiga cikgu agama sebelum bagi kata putus.

bagi aku orang spt mereka ni tak bahaya. tapi penulisan kau ni yang bahaya. kau tau apa maksud yg kau tulis ni.

bg aku maksud entry ni lbh kurang mcm ni ' belajar agama biar dengan orang yg seperti al-azhar kedua dan bukannya dengan pendakwah bebas'

kesimpulannya siapa yg tak cukup tabah dan kewangan tak payah lah belajar agama dgn org yang tidak diiktiraf. itu maksud kau. kau perasan tak?

Tanpa Nama berkata...

nik aziz yes memang dia berkecimpung dalam bidang politik. tp, pada masa yg sama beliau menjadi imam dimasjid beliau di pulau melaka, selepas magrib adakan kuliah dan mengajar agama, juga sebagai pendidik dan pengetua di skolah tahfiz beliau.ko ape ade?

Tanpa Nama berkata...

hey butthurt comment detected here..hahaha nampak sangat ade yang masih lagi tak berape faham dgn ape yg admin blog ni nak sampaikan tak ape lah lain orang lain persepsi ye dok??

free compass berkata...

syabas, satu lagi entri patuh syariah.hehe.

Abang Zam berkata...

aqram. ini bagus selepas post kau pasal UAI itu hari

firdaus.9898 berkata...

assalamualaikum,

oh

Nuruddin Bin Hj. Marbu yang berasal dari Banjar Masin

1st time dengar. thanks.

ah ada classification ka? sila bgtau gua, paling kurang pun satu link atau buku yg gua leh cari pasal classification ni.

ika s berkata...

Tanpa Nama berkata...

nik aziz yes memang dia berkecimpung dalam bidang politik. tp, pada masa yg sama beliau menjadi imam dimasjid beliau di pulau melaka, selepas magrib adakan kuliah dan mengajar agama, juga sebagai pendidik dan pengetua di skolah tahfiz beliau.ko ape ade?
17 Januari 2012 3:31 PTG


--gaya cakap macam idolanye nik aziz, tapi ayt 'ko ape ade?' tak melambangkan yang dia mengikut 'kuliah' nik aziz..

nk tambah lg, kalau artis yg baru pakai serban,celak di mata tu mcm mane?tgk org semua sibuk nak dengar ceramah beliau2..tak paham

Jamie berkata...

lol Sesiapa sahaja yg tak bersetuju dgn Alexia dicop 'butthurt' atau 'tak memahami mesej'. Itulah perangai penjilat Alexia. Gile poserrr... Who cares apa kata mereka. Alexia ada pendapat sendiri. Those anons pun ada pandangan sendiri. Stop being annoyingly defensive.

Berbalik kpd entri, let say kita boleh bezakan antara cendekiawan, mufti, pendakwah, tabligh. So what? Kita ambik je la penyampaian yg positif dari mereka. Tak kira la diorang ulamak atau lain2 kategori. Bukan itu ke selama ni yg kau mahu? Blog kau mmg kurang hajar/sarkastik, tapi kau nak pembaca kau ambil yg 'positif' saja kan?

docche berkata...

satu pendapat dari pengalaman....


http://blogdowh.blogspot.com

penyokongketuanan berkata...

Pandangan peribadi saya, jika anda ahli politik, anda bukan ulamak. Politik penuh dengan tipu daya, fitnah, dan yang paling bahaya sekali, tolak ansur. Buktinya Pas yang dulu perjuangkan Islam tanpa kompromi, kini terpaksa tolak ansur dan gadaikan perjuangan hudud, ditolak ansur dengan negara kebajikan. Bila dah mula, tak boleh berhenti momentumnya, mutakhir, perjuangan agama di Selangor pun diberi kepada orang yang bukan ahlinya. Akan datang, apa lagi tolak ansur yang akan diberikan?

adam berkata...

Pada aku,ustaz azhar isrus ok, tapi tidaklah aku memujanya. Cara penyampaian dia dekatkan orang2 muda dengan agama,sekurang2 nya mereka belajar kenal Pencipta. Baguslah. :)

Untuk Aqram pulak, terbitkan buku terfaktab( baru tau pasal terfaktab dari sokernet sebenarnya) yang mana membicarakn tentang cinta dan selalunya cinta sesama manusia yang perhubungannya jelas dan berulang kali disebut hukumnya. Menggalakkan perhubungan yang menghampiri zina. Konon2nya hebat dan cukup lejen dalam cinta.

Masing2 nilailah sendiri 2 point di atas ini ye?

P/s: soalan aku,aqram dah berkahwin belum cakap berdegar2 pasal cinta ni?

Tanpa Nama berkata...

Allah je yang tau apa yang jadik sebenarnya..

misz aisya berkata...

salam.

first time singgah blog ni. masuk2 dah dihidangkan dgn entry panas. huhu. sbb sye minat ustaz azhar.

sye setuju pndgn awk psal gelaran ulama tu. mmg bkn calang2 org utk dpt gelaran ulama tu.

tp bahaye jugak penulisan awk ni. kalau org yg xckup ilmu menilai dgn emosi, mmg akan timbul isu lain.

xpelah, yg pntg Allah tahu niat awk. cuma yg psl2 ustaz azhar idrus tu, sye rasa dy xslh. sekurang2 nye tarik juga minat anak muda nak blaja hukum Islam. kalau ada kelemahan dia, dia juga manusia biasa. :)

din sp berkata...

hahaha! nak blajaq ambik lesen kereta awat p ambik lesen dkat sekolah memandu biasa2? cikgu yang ajar bawak kereta tu bukan pernah menang lumba kereta pun. p la ambik lesen dengan micheal schchchumacher (abaikan ejaan). sama jugak dngan blajar ugama. takkan nak kna jumpa nabi baru nak masuk islam kot? nak blajaq smayang tunggu mimpi jumpa nabi? kah kah kah

Moon berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

please semua orang.

tolong jangan argue dengan aqram.

hanya dia yang boleh kritik orang.

orang lain tak boleh kritik dia.

aqram seorang yang bijaksana.

tahu macam-macam.

aqram lah ulamak kita.

*sembah*

Tanpa Nama berkata...

kalau kira orang yang masuk politik tu tak layak digelar ulama, sahabat2 Nabi. s.a.w juga masuk politik, taraf mereka lbh tinggi dari ulama, Ibn Sina juga ulama sehingga ada pndgn sendiri tntang hari kiamat dan pembalasan tapi dia jadi perdana menteri jugak dismping doktor, so kalau masuk politik mmg takleh jadi ulama ? Islam dan Politik saling berkait bro. NO OFFENCE

Pujangga Bercerita berkata...

hei..maksum sangat kah yang idola2 korang tu sampei aqram nak kritik pun x boleh..tu kan pandangan dia aiseh, subjektif wei subjektif!!!..bukak ckit minda tu woi.