Januari 25, 2012

Lima Puluh Akhirat Lima Puluh Dunia?

Kalau nak dikira rezeki yang Tuhan beri pada manusia sebenarnya tak terkira nilainya. Kau boleh makan, kau boleh melihat, kau ada laptop. Itu semua rezeki di dunia. Kau ada makwe, kau ada orang sayang, kau ada kerja, kau ada duit walaupun tak banyak, pun sama dikira rezeki.

Jadi, bila ada orang cakap kat aku yang dia nak kejar 50 akhirat, 50 dunia. Aku rasa ini menjengkelkan. Aku rasa siapa-siapa yang berpegang dengan gaya kejar akhirat-dunia sama-rata iaini dengan tafsiran 50 akhirat dan 50 dunia adalah orang yang bila-bila masa boleh menjadi tamak.

Atau, orang yang riak.

Kan aku sudah cakap tadi. Rezeki dan nikmat dunia yang kau ada sekarang, termasuk kau bernyawa dan bernafas sudah cukup tak ternilai. Seharusnya keseimbangan akhirat-dunia yang patut kita bahagikan mestilah adil. 50-50 adalah sama rata. Ia seperti kau melawan Tuhan atau ingin sama level dengan Tuhan atau mahu berlagak seakan Tuhan.

Pembahagian adil berapa nilainya? Aku tetapkan atau cadangkan 90 untuk akhirat, 10 untuk dunia. Ya, 10 saja untuk dunia. Lagipun Tuhan sudah berfirman dalam Al-Quran tentang kurnia rezeki yang diberi pada manusia sangat besar nikmatnya. 10 itu nampak kecil, tapi besar nikmatnya. Segala nikmat dari kau bernyawa, kau ada duit, kereta, kerja, anak bini dan sebagainya adalah rezeki dari 10 itu. Syukurilah. Jangan tamak. 

Macam juga tentang ilmu. Kau rasa kalau tengok ada orang lain ada Phd, dah belajar sampai tahap ulamak lah konon-nya maka dia dah power dan banyak ilmu semua benda dia tahu. Padahal Tuhan dah berfirman ilmu yang ada kat dunia ini nilai dia cuma setitik dari seluruh lautan. Tapi, setitik ilmu itu sendiri sudah cukup besar nikmat kurnia nya. Jadi, jangan rasa berlagak sangat kalau ada ilmu lebih sikit dari orang lain. Kongsi lah dengan sepakat. Bukan kongsi bagai cari musuh.

Kalau kau nampak ada orang lebih kaya dan lebih rezeki dari kau. Jangan kau rasa tidak adil. Paling tidak orang itu mungkin dapat 12-15 rezeki kurnia saja. Setakat beza 2-5 mata apa lah sangat. Kalau kau nak, kau boleh berusaha lebih.

Sekali lagi aku nak ingatkan. Tolong buang persepsi cari keseimbangan akhirat dan dunia 50-50. Ini tidak adil, ini tidak adil bagi-Nya. 

90-10 lebih elok. Ok? Sekian, chalo asalamualaikum.

p/s: 90 akhirat itu ibadah. Apa yang aku tulis, dan kau baca juga ibadah. Ibadah itu luas cara perbuatannya.

13 ulasan:

ahsfantasy24 berkata...

asal tak menyimpang,
fikirlah apa jua yang ingin difikirkan :)

Wadi AR berkata...

aku berusaha nak capai 90. jom aqram

yunZatie berkata...

bagus berdakwah dgn cara n bhsa tersendiri :) keep it up dude

Abang Zam berkata...

teransang tahu tak
power

Akak Kopi berkata...

aku setuju. harta duit semua tu bukan boleh bawak masuk kubur. amalan kita jugak yg jadi perhitungan.

free compass berkata...

idea 50-50 dunia dan akhirat mungkin datangnya dari panggilan azan. "marilah mengerjakan solat" - 2x kemudian "marilah menuju kejayaan" - 2 kali. tapi jika nombor dijadikan medium untuk menentukan seimbang atau tidak sesuatu amalan, saya pun rasa tidak adil untuk-Nya. kalau macam tu ada manusia boleh kira pahala dan dosa sendiri? berapa banyak? main badminton keluarkan peluh itu jugak ibadat.

Mehmed - berkata...

terima kasih sebab kau dapat berikan angka-angka yang kau rasa perlu.senang nak paham.
separuh orang angka tu tak penting,yang mustahak buat dulu benda baik (akhirat) dan dunia pula mengejar dari belakang.peratus datang kemudian..bagi aku,dua-dua pun bagus...Ahaks!

Alip Apai berkata...

terbaek la bro aqram ni..

:)

Tanpa Nama berkata...

nak muntah aku denga kau cite pasal agama2 ni.. org yg belaja agama dan menyampaikan agama pun kau ada2 je yg tak kena..

pastu kau nak harap orang lain baca entry kau dan harap org lain terima entry kau seperti ibadah.. mcm syok sendiri kot.. eh tak kena do..

al-capone berkata...

ramai betul yg jadi 'yes man' kt sini.

90% 10%?

mcm mana nak kira sedangkan perbuatan tu adalah immeasurable thing?

tak salah nak seimbangkan dunia dan akhirat.

mencari kekayaan pun ibadah jugak.

mcm mana kalau kau dayung sampan kat belah kanan 9 kali belah kiri 1 kali jer. aku rasa terbalik sampan tu.
itu namanya keseimbangan.

wallahhualam.

hzahin berkata...

Salam..

Setahu aku kita digalakkan untuk mencari kurniaan Allah..

Kurniaan Allah yang dimaksudkan ialah Ilmu dan Pahala..

Dan setahu aku ajal, rezeki dan tabiat manusia dah ditetapkan pada setiap manusia..

Sebab tu kekadang apabila aku makan di kedai mamak tempat aku bekerja; bila aku nak bayar --> tuan kedai cakap dah ada orang tolong bayarkan.. Rezeki tuu.. Sebab tu dalam 'bab' rezeki ayat yang digunakan ialah dipertemukan dan bukannya 'kita' mencari.. tq

Tanpa Nama berkata...

analogi di antara mendayung sampan dan kehidupan kita ni boleh diguna pakai ke? aku rasa macam pelik pula. seriously mendayung sampan?

Tanpa Nama berkata...

@hzahin

kalau kau kata rezeki tu dipertemukan dan bukannya 'kita' mencari, kenapa kau buang masa pergi kerja?
duduk jer la rumah tunggu rezeki kau dipertemukan turun dr atas langit.