Januari 02, 2012

Orde Baru

Selamat kelahiran semula untuk LensaRosak.

Tahun dua ribu belas merupakan tahun cabar-mencabar antara para penulis di alam maya, realiti mahupun pada sekeping kertas dari media cetak. Apa yang ingin aku tonjolkan dalam penulisan era dua ribu dua belas ialah sebuah penulisan yang mempunyai dimensi berbeza, segar, perspektif yang mempunyai falasi minimal dan ingin menperbanyak-kan bahasa analitik/analogi berat.

Jemaah kaum adalah bangsa primitif. Jemaah sebaya juga bangsa primitif. Rasis politik semakin menjadi-jadi kerana taakulan setiap manusia menghadam berita adalah berlainan pada hujung pangkalnya. Ini semua falsafah yang mendakap kepada orde baru. Hanya orde baru sahaja dilihat mampu mengubah psikologi penulisan dari skop anak muda.

Menangkan Pakatan Rakyat. Segala yang haram pada pakatan rakyat akan dihalalkan.

Bangunkan revolusi setelah kemenangan pakatan rakyat. Kemudian, bersihkan dengan memancung satu persatu kepala-kepala yang menjadi perosak kerana menghalang revolusi dan orde baru.

Bunyi-bunyi revolusi sudah kedengaran. Anak-anak muda acapkali kini bermain pondok-pondok dengan revolusi. Terjemahkan ia pada tahun ini.

Mari kita ke Putrajaya dengan titisan darah mengalir pada pedang dan senapang. Melucahlah dengan terbuka. Jangan risau, kemenangan yang haram akan sentiasa menjadi halal apabila ada pemenang. 

Sinis?

16 ulasan:

Cruelism berkata...

komen sikit tragedi berdarah upsi semalam ? akai letak kat kaki apa depa ni .

zey berkata...

semua menjadi halal bila kaw seorang pemenang...kan?
aq cuma sedih dgn apa yang berlaku sekarang...

anak abah berkata...

setuju dengan cruelism.

mohon pandangan penulis tentang isu berdarah tersebut.

jhnrdzi berkata...

"rights" akan selamanya digunakan bagi pihak yang diopress kepada pihak yang berlaku tidak adil.

Mohon abang aqram bagi komen pasal malam tadi juga. Hew hew.

Syazrul Aqram berkata...

tragedi berdarah? lawak ke apa? jika ada tembakan senapang/pistol sampai kematian. itu baru tragedi berdarah.

semalam tak lebih dari dua kumpulan gangster tunjuk jantan.

namun tak mengapa. teruskan memberontak. mari buat kacau bilau sampai ibu ayah anda sendiri rasa tak senang duduk. maju memberontak!

sinis?

Zoelisme berkata...

Brader, lu memang delete entri2 lain eh? Aku baru nak baca yang September punya post, tau2 hilang. LOL..

Takpe2. Orde baru

Cruelism berkata...

Tidak salah kita tukar strategi,
Dari kita menang sorak sehari,
dan kalah berhari-hari lamanya.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=217383275011293&id=245964752094643

karl berkata...

masyarakat msia skang byk menggunakan pendekatan offensive secara poyo. bersih 2.0 - turun ke pdg berpuluh ribu,tapi setakat sehari je. kalau serius berkhemah la di putrajaya smpai 2-3 minggu. setakat berani provoke polis,rakam aksi kne tumbuk lepas tu upload kat youtube,macam bapuk dekat lrg hj taib. pemimpin BN x perlu risau sebab BN akan terus berkuasa 20-30 tahun lagi,sebab rakyat msia sebenarnya takut mati,takut hilang kerja,takut ISA dan takut semuanya.

Ahmad Tongkeng berkata...

heh

iye sinis

Ahmad Tongkeng berkata...

OH HELL!

apasal post lama sume dah takde???

cimOt berkata...

orde baru delete yang masa lalu?

fe3adzim berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
fe3adzim berkata...

orde baru? aku suka!

luckiey berkata...

sibok nak pertahankan keadilan sampaikan sesetengah manusia xtaw yg dia buat tuh adil tak untuk orag laen...well,xde yg lagi adil melainkan ALLAH YANG MAHA ADIL kan...

Tanpa Nama berkata...

entry2 terdahulu sudah dipadam ke? sayangnya!baru ingt nak baca balik..

LelakiSemalam berkata...

hari ini mereka gelojoh untuk jadi juara...