Januari 30, 2012

Penakut

Waktu. Tunggu. Menunggu waktu. Azrin memang tidak gemar dengan perkara ini apatah lagi setiap kali dia melihat Haikal. Dia akan gelisah. Rasa cinta yang disimpan, jika tak diluah, orang kata akan menyebabkan sasau. 

"Aku sayangkan dia, tapi aku takut lah Tasha", keluh Azrin. Rambutnya disingkap ke telinga. Menampakkan dua tindik pada telinga. 

"Sejak bila member aku ni takut ni?"
"Lain lah kali ni"
"Eh dulu kau masa dengan Fitri takde macam ni?"
"Itu dulu masa kat kolej Sha, sekarang lain"
"Ah, nak kata dah grow-up lah? Geli aku dengar"

Tasha tahu Azrin ada menyimpan perasaan pada Haikal. Kalau Azrin hendak berjumpa Haikal, pasti Azrin akan beritahu Tasha dengan diakhiri ikon smiley. Tapi, Tasha mungkin tidak tahu mengapa Azrin masih tidak lagi memulakan langkah. Bila ditanya, Azrin akan menjawab sama ada mahu menunggu Haikal memulakan langkah dahulu ataupun seperti tadi, mengeluh takut dan sayang dalam masa yang sama. Cuma Tasha malas nak bertanya lebih. Biarlah Azrin dengan hal-nya. Kawan baik perlu beri privasi kepada kawan baik. Itu prinsipnya.


Aku mendapat mesej dari Haikal. Dia akan pulang ke kampung dan akan bercuti untuk dua tiga hari. Tiada apa yang ku rasakan melainkan menaip mesej 'Ok, take care'. Selepas menaip mesej dan menghantarkannya, aku rasa sedih pula. Ah, gila apa ini. Lebih elok aku tumpu pada kerja aku. Selongkar dulu-lah kotak lama.

Kotak itu aku selongkar. Mencari semula sijil lama untuk temuduga nanti. Yang banyak dalam kotak itu ialah soalan-soalan peperiksaan dan nota-nota kuliah. Tak hendak aku buang kerana merasakan mungkin ada gunanya satu hari nanti. Ilmu kot. Aku keluarkan buku teks tebal. Finance for Beginner. Entah aku rasa ada satu sampul terjatuh dari halaman buku itu. Aku terdiam seketika. Aku rasa aku masih ingat sampul ini. Tapi, takkanlah.. Eh, tak mungkin lah.

"Biar betul? Aku rasa aku dah buang semuanya"

Aku buka sampul. Koyak dan rentap. Yang keluar ialah gambar Fitri dan aku, nota ringkas dan satu objek yang buat aku senyum pelik. Tidak, bukan senyum pelik. Tetapi lebih kepada menakutkan.

Kondom.

"Fitri memang sial!"



-bsb

2 ulasan:

Wadi AR berkata...

cc : yunalis zarai

hanaahmad berkata...

dia suruh main belon apa? LOL.