Januari 28, 2012

Tunggu

"Aku tak nak semua ini! Aku tak nak!"
"Ini yang terbaik buat masa ini"
"Kau... kau ingat senang aku nak lupakan dia?"
"Hmm...."

Haikal masih ego. Pedih untuk aku melihat seorang lelaki yang aku sayang, kecewa kerana Desy. Bertahun lama Haikal masih tidak keluar dari garisan ingatan kepada gadis itu. Sedangkan aku? Menunggu.

"Haikal, aku sayangkan kau. Aku sayangkan kau, bodoh!"

Itu saja yang aku mampu ulang. Rasa cinta dan benci dalam satu-satu masa. Bagaikan lafaz yang aku ungkap dalam hati ini, sia-sia. Namun, aku hanya mampu menangis sendiri kerana Haikal tidak pernah tahu. Haikal bodoh. Buat apa dia masih mengingatkan Desy yang meninggalkannya?

"Aku tak mampu membenci, Azrin. Membenci Desy walaupun dia membenci aku sekalipun. Aku bukanlah hard-disk yang boleh memadam data dalam sekelip mata. Aku ada perasaan yang aku sendiri tak mampu menghadapinya.", jelas Haikal.

Aku hanya membatu. Kadang-kala aku terfikir adakah aku kini bagai orang ketiga? Tidak. Aku tidak mengenali Desy. Aku datang dalam hidup Haikal selepas Desy meninggalkannya. Bukan salah aku Haikal jadi sebegini.

Minggu-minggu berlalu. Aku lihat Haikal lagak ceria. Itulah dirinya. Namun, hati dia kesunyian. Aku tahu. Dia sendiri tahu tetapi dia tak mahu mengakuinya. Masih lagi menyembunyikan hati yang terluka. Lelaki terluka, tidak seperti perempuan terluka. Lelaki terluka akan berpura-pura. Apa cara saja untuk aku lakukan demi dia?

"Suatu hari, Haikal pasti tahu. Ya, dia akan tahu kehadiran aku bukan semata dia, tetapi lebih dari segalanya"



Kita mungkin tidak sedar yang berada di depan mata kita itu sedang menunggu kita. Dan mungkin dia lah yang patut kita gapai untuk perjalanan seterusnya.

-bsb

9 ulasan:

AnnYa berkata...

kdg2 kite x hargai ape yg ade dpn mate kite...bile bnde tu dh xde, bru cbok nk crik...

piNky LuCiA berkata...

hm.. susah nak lupakan org. kec belajar pelan2 untk lupakannya. hmmm..

Amna.Qadeeja berkata...

penantian itu sakit. jangan bg harapan jika ianya tak seindah impian.

Yana berkata...

Jadikanlah Allah cinta nombor satu.

Syabi berkata...

wah. boleh join buat novel dgn sharifah abu salem lepas ni bro. heh heh

haikal blank berkata...

jangan salahkan haikal. haha

grawwrbabe. berkata...

manusia xkan sdar.. ermmm...menanti sjee..

misz aisya berkata...

sangat suka last ku-ot.huhu

Desyntha Desy berkata...

Wah. Jarang-jarang pernah terbaca nama sendiri. hee. nama saya desy. haha