Februari 21, 2012

Aku-kah Yang Tulis?

Krisis tiada idea. Krisis apabila melihat tulisan sendiri, terbit rasa benci. Rasa ;

"Eh, aku ke yang tulis ini?"

Krisis idea yang lain kita nak, lain yang kita dapat. Lain yang kita minat, lain yang kita kerjakan. Krisis waktu. Waktu yang menyampah pada diri kita sendiri. Waktu yang terus berjalan sewaktu kita masih lagi di situ, bermain waktu. Bermain waktu membuat keputusan. Tak berfikir. Tidak mampu berfikir kerana apa?

Kerana tiada idea.

Jari berjalan menaip hamburan kata-kata penyedap hati. Otak berhenti berfikir. Menulis guna hati dalam mencari destinasi. Destinasi entah ke mana agaknya. Larung semua fikiran dan kesimpulan. Redah semua anggapan dan kenyataan. Buang segalanya kerana waktu dan idea tidak seragam pada masa yang kita mahukan.

Kau mampu? Aku tak mampu.

Celaka. Sepatutnya ini semua perlu di mulai pada atas kertas. Papan kekunci menjadi pengganti kerana mudah. Idea bergerak pada hujung jari atau malas menggerakkan hasta-hasta tangan sedia ada? Kan sudah bilang tadi. Mana ada idea. Jadi, ini adalah epilog dari otak yang terhenti. Tak mati. Hanya meniti ruang-ruang kosong dalam hati yang belum di isi.

Tiada pengganti.


Konon.

7 ulasan:

Wadi AR berkata...

aku tunggu ja ni

firdaus.9898 berkata...

ni bukan aqram tulis ni. ni contengan Arsene Wenger masa tgh plan strategy nak lawan Tottenham hujung minggu ni.

- penyokong kecewa -

laskar pelangi berkata...

mana idea ni.sila lah datang. ehehe =)

hanaahmad berkata...

harus bawa ke mana saja pen dan kertas, dan lakarkan idea yang datang tak tentu masa itu tanpa ragu-ragu. kadang-kadang idea ni memang suka ajak kita main-main. ;)

EZAN IDMA berkata...

ini betul2 luahan mengikut jari

Hansyirah Takezur berkata...

bila jejari menari2...

Hansyirah Takezur berkata...

bila jejari menari2...