Februari 17, 2012

Wawasan 2020 dan Arahnya

1. Aku selalu mengandaikan bahawa untuk mencapai wawasan 2020. Ia tidak seharusnya terhad pada satu slogan. Andaian ini lebih tertumpu kepada perkembangan individu yang kita sendiri aplikasi tanpa kita sedari. Misalnya, jika seseorang pelajar mempunyai cita-cita sebagai seorang doktor. Itu adalah wawasan-nya. Namun, untuk mencapai wawasan itu, adakah perlu pelajar itu terus seratus peratus belajar mengenai hal kedoktoran tanpa belajar hal-hal lain?

2. Secara praktikal, mungkin lebih sesuai secara normal. Pelajar itu perlu bermula langkah satu persatu, mempelajari perkara lain bagi mencapai wawasan yang dia mahu. Apa yang perlu ada untuk mencapai wawasan? Secara Islamik, ya pelajar itu perlu menguatkan dulu ilmu agama bagi mengelakkan pelajar itu hanyut atau perlu faham dan mungkin bekalan untuk pelajar itu survive bagi menghadapi cabaran yang akan datang dalam proses menjadi seorang doktor.

3. Apa lagi, aku rasa dengan hanya pembelajaran agama sahaja, wawasan menjadi doktor bagi pelajar itu tak mungkin akan tercapai jika pelajar itu tidak mengenali perbezaan yang perlu seorang doktor akan hadapi. Yalah, jika kita mempunyai doktor yang hanya mahu merawat sama ras atau sama agama sahaja. Adakah dia layak bergelar seorang doktor yang baik? Pasti tidak. Perlu juga untuk doktor itu mempelajari hal merapatkan perbezaan kerana prinsip asas seorang doktor ialah berkenaan kemanusiaan. Tanpa mengenal agama, bangsa dan agama.

4. Jadi, apa yang kamu boleh lihat dari andaian ini. Oh, analogi ini?

5. Ya, kita berada dalam landasan yang betul untuk ke arah wawasan 2020. Kita bermula dengan satu wawasan di era Tun Mahathir. Kemudian kita beralih ke era Tun Abdullah yang menampilkan Islam Hadhari sebagai sebuah pancang pertama merealisasikan wawasan 2020. Menguatkan keagamaan di dada setiap orang terutama orang Islam khususnya. Dan sekarang kita berada dalam era Dato Seri Najib yang menampilkan 1Malaysia bagi memberikan satu objektif membuka mata tentang mengurangkan ras perbezaan.

6. Jadi, tolonglah berhenti untuk mengatakan 'lain PM lain slogan, negara jadi kelam-kabut'. Itu salah. Salah kerana tanggapan sebegini seakan kamu tidak berpijak pada fakta realiti secara menyeluruh. Kita tidak boleh bersandarkan pada teori dan spekulasi sahaja. Fakta realiti itu perlu kerana fakta datang dari perancangan. Semua perkara ini perlu berlaku secara natural. Itu sahaja yang perlu kamu tahu.

7. Jika andaian ini benar, apakah slogan yang akan berlaku selepas ini? Jika Dato Seri Najib tidak menjadi Perdana Menteri lagi. Kita mungkin berada dalam peringkat akhir iaitu menumpukan kepada wawasan 2020 secara serius. Mungkin slogan selepas ini ialah rasionalisasi, mungkin industrial, negara kebajikan, liberalisasi, kebebasan dan sebagainya

8. Tapi, secara dalam aku menjangka slogan yang hadir selepas tamat era Dato Seri Najib Razak ialah slogan berkaitan 'Your choice to bring better Malaysia'. Atau dalam bahasa Malaysia nya ;


Undilah Barisan Nasional, pilih Khairy Jamaluddin sebagai Perdana Menteri Malaysia seterusnya.

Ya. Aku yakin.



Kehkehkeh!



p/s : Youth for youth! #ShahAlamRockFest 

6 ulasan:

SM berkata...

pada aku ungkapan `lain PM lain slogan' tu boleh dipakai. dan apa yang aku lihat semua slogan yang digagaskan setiap PM lebih bertujuan untuk menonjolkan identiti pemerintahan mereka. senang kata, trade mark la!

serious shit, kalau khairy tukar logo, confirm aku sokong dia!

Alip Apai berkata...

Wawasan 2020 tu aku rasa boleh dibungkus dlm kain kapan selepas mahathir turun. Dengan gaya paklah yg lampi dan najib yg terlebih cuba ambik hati rakyat, agak mustahil akan tercapai wawasan tu.

Honestly, selepas mahathir, takde sape pun yg aku rasa sesuai jd pm. Even mahathir pun ada shit yg tersendiri, dia pandai cover dgn kemajuan yg mendadak. Yg lain? Adoi.

Hahaha..

firdaus.9898 berkata...

http://en.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020

ikut apa si wiki ni citer,kita da bleh tau malaysia da x capai target.

an annual growth of 7% (in real terms) over the thirty-year periods (1990–2020)

personally, rough indicator aku nak bajet ekonomi malaysia ialah tengok berapa banyak dividen ASB tahun tu. but i might be wrong hehe.

(the naked writer) berkata...

jauh panggang dari api. kiamat pon sudah hampir.

Raja berkata...

Khairy Jamaluddin? Oh, tidakkk!!!

"jika kita mempunyai doktor yang hanya mahu merawat sama ras atau sama agama sahaja."

Serious shit! Aku tak pernah jumpa pun doktor camni.

EZAN IDMA berkata...

kite sokong yang p/s tu sbb sbb sbb ehem ehem ahahaha