Mac 13, 2012

Apa Khabar Dunia Blog?

Aku hanya ingin bertanya khabar sahaja.

Blog sudah overrated atau sudah menjadi pilihan kudung kerana kekuatan fanpage facebook yang serupa bukan-bukan. Begitu juga dengan kewujudan mikro-blog seperti Twitter.

Sebab itu aku awal-awal melancarkan orde baru menerbitkan buku. Walaupun hanya berbentuk kompilasi yang dinamakan Kitab Terfaktab.

Taklah pioneer dalam evolusi blog ke pembukuan. Tapi, jika antara terawal. Lebih kurang lah.

Kitab Terfaktab edisi 2 hampir siap. Kompilasi LensaRosak juga hanya tinggal proses susun atur dan pencetakan. Oh, kamu yang membenci aku. Kamu masih menjadi pengkomen tanpa nama dan melancangkan aksara di depan komputer lagikah? Masih di situ tak bergerak menghasilkan daya akal sendiri?

Masih menjadi wira-wira papan kekunci dengan melampiaskan kebodohan sendiri sambil terus memendakkan otak dengan pautan-pautan internet yang entah betul atau tidak. Pautan spekulasi orang panggil.

Kami sudah dihadapan. Aku dihadapan. Kamu?

Tiada ulasan: