Mac 23, 2012

Nyata

Pejam celik pejam celik. Bila aku lihat dua tahun sebelum ini. Terfaktab hanya sebuah blog yang kecil. Tak ramai pengunjung. Tak ramai mana pun. Sekarang. Pejam celik lagi. Sudah ada buku. Sudah nak masuk dua buku.

Aku rasa itu peningkatan. Kan?

Apabila kamu mahu memulakan sesuatu. Pastikan apa yang kamu buat itu mempunyai peningkatan. Maju ke depan. Walaupun ada rintangan dan halangan. Kamu perlu utamakan matlamat dan jangan sesekali memberi risiko yang besar terhadap diri dan pihak kamu sendiri. Itu prinsip utama dalam sebuah pengurusan projek, perniagaan, proses dan organisasi.

Aku sering melihat jendela. Melihat rumput yang hijau di tepi rumah aku. Sungai dan lembu-lembu yang meragut rumput. Ia seperti satu frekuensi, bila kamu melihat sesuatu yang mendamaikan. Kamu akan berfikir tentang masa depan. Dan sekarang ini, aku memikirkan masa depan skuad Terfaktab.

Aku dan rakan-rakan skuad yang ada kini, ada yang datang dari batch pioneer, batch senior dan batch junior. Tapi, dalam skuad ini tak terlalu menonjol sangat label itu sebab kami mengamalkan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Kami mengamalkan semangat setiakawan. Kalau ada krisis pun, diselesaikan dengan baik. Alhamdulillah. Baik semuanya setakat ini.

Batch pioneer satu hari nanti, mungkin akan ada yang berhenti menulis. Berhenti melibatkan diri misalnya. Begitu juga batch senior. Sebab manusia mempunyai hati dan perasaan. Iltizam, azam, keyakinan dan keupayaan berbeza. Kita tidak boleh menghalang kehendak dan keperluan mereka. Yang hanya boleh kita lakukan ialah gratitude dan kredit atas jasa-jasa yang dicurahkan. Namun, sampai bila-bila pun, aku masih perlukan mereka. Ini bukan sebab kerja penulisan saja. Tapi sebab semangat setiakawan.

Namun untuk aku pula, aku tak boleh berhenti. Aku tak boleh berhenti dari ini semua. Sebab aku yang memulakannya. Jika aku berhenti, semuanya akan tamat. Mungkin ya. Mungkin tidak. Mana tahu ada yang menyambung legasi nya.

Jadi, ini membuatkan aku memikirkan tentang vacancy.






.... ok, main-main je. :P

15 ulasan:

mizzkechique berkata...

Plsss jgn benti...

Nurana berkata...

keep it up aqram~! terfaktab ternyata memang awesome! wish you and d team,all da best!

EZAN IDMA berkata...

Haha amboi abam aqram skrg dh pandai main2 tau. Dr dlu lagi mmg mengikuti terfaktab, msa belum ada buku, smpailah nak masuk buku kedua, blog ifiniti tentang cinta yg dibawa scara urban oleh pemikiran org muda. It awsem bebeh! Peningkatan dmi peningkatan ai nmpak taww. And the best thg is, blog yg boleh mmberi org rasa apa itu cinta secara lebih mndalam. I hope terfaktab takkan pupus sbb ia keperluan, sama spti manusia pelru kan cinta. Congrate abam aqram. Moga terus maju yawwww. *ok tak sbr tggu terfaktab 2

TheBentPencil berkata...

Selagi ada pencinta, selagi itu ada terfaktab.

saya pernah cakap, yang saya akan keluar jika saya tidak lagi relevan; contoh bila dah beranak-pinak dan umur 40 (up sikit, hari tu cakap 30 tapi 30 still berhingus lagi). Sebab utamanya ialah kita kena bawa masuk pioneers baru. Idea mahu kena fresh seiring dengan isu semasa dan teknologi. Kalau boleh budak bbnu pun kita kasi masuk, supaya kita faham dunia diorang. I know there's a bunch of talented peeps out there, still at school and waiting for them to shine.

but dont worry, that's a long way to go... I think. Heh

Wadi AR berkata...

aku tunggu terfaktab ketiga lak

Alexia Aqram berkata...

wadi AR ni mana2 je entry aku, mesti ada. teringin jugak aku nak face to face. haha.

bent, taim tu (40an) kalau kau tak keluar. aku yg akan keluar tanda protes! hahaha! btw, ya. kita akan cari satu batch lain satu hari nanti.

ezan, aku cuma nak senyum senyum manja kat kau je. tak tahu nak kata apa. boleh? :)

nurana, thank you bebeh!

Eera Shera berkata...

nak geng ngan terfaktab boleh? huhu.. simpan cita2 nk terbit buku sendiri..mne la tau ade rzki

Wawa.Wafiyyah berkata...

follow terfaktab dari zaman kapel..slalu suggest dekat member2 yg bru clash...smpai la dri sndiri clash..huhu..still kne follow terfaktab..owh..

Wadi AR berkata...

dan dan kau aqram. finy sorg je dah tengok aku. haha

Tanpa Nama berkata...

Bos, pada pendapat aku, sampai masa nnt siapa yg ada skang pasti akan mengundurkan diri. Tapi sebagai bos, pemula, tetap harus ada dalam scene ni. Mungkin skuad akan berwajah baru satu masa nnt, bos tetap bos. Nnt ada la bos besar, bos kecik. Mungkin sebagai pemerhati atau penaung. Jgn terus hilang mcm tu je. Legasi harus diteruskan!
@abu_dolah

Tanpa Nama berkata...

okay main2 tu sangat comel aqram! heee -bella-

deus X machina berkata...

nice blog, keep it up

sharamli berkata...

Apa benda yang main2?


Eh. Rasa macam baca ayat last je pulak bila k0men macam ni.Ha3

Rara Nasiha berkata...

Terfaktab memang best! tak rugi beli.

yann berkata...

saya suka sebab saya dah jumpa aqram haha , semoga berjaya weyy