Mac 09, 2012

Pantai Yang Cetek

Kamu ditepi pantai. Kamu melihat ditepi pantai itu ada batu-batu pantai. Mula-mula air laut dalam keadaan surut. Cetek. Kamu nampak batu-batu itu dengan jelas. Batu itu buruk. Andaikan batu itu ialah kelemahan manusia. Dan laut yang surut ialah persepsi manusia. Mungkin pandangan manusia. 

Sekarang, secara entah mengapa. Air laut menjadi pasang. Lalu menutupi batu-batu pantai yang buruk itu. Menutupi kelemahan manusia. Pandangan manusia menutupi kelemahan manusia. Pandangan itu membentuk satu populariti buat kamu. 

Apabila laut pasang. Air menutupi batu. Apabila kamu popular. Kamu tidak akan nampak kesalahan dan kelemahan kamu. Kerana status, populariti dan pandangan manusia telah menutupi kelemahan yang ada pada kamu. Namun, bila laut surut dan cetek. Populariti kamu menurun. Begitu dengan status, bahkan pandangan manusia terhadap kamu mula berubah kerana batu-batu buruk telah kelihatan. Barulah kamu nampak kelemahan yang ada pada diri kamu. Terutama kesilapan kamu sendiri.

Apa yang aku hendak sampaikan di sini ialah mudah ;

Orang popular takkan nampak kelemahan dan kesilapan dia kerana kelemahan dan kesilapan telah ditutupi dengan populariti. Walaupun dia seorang ustaz. Menteri pun ya jugak, artis pun ya jugak. 

Aku juga mungkin takkan nampak kesilapan aku jika ia ditutupi populariti nanti. Begitu juga dengan kau. Tapi, aku harap ia tidak menjadi kenyataan. Haraplah. Maka, aku terfikir ;



"Lain kali aku patut cari pantai yang tiada batu. Senang sikit nak berkayak."


9 ulasan:

cimöt berkata...

ye jgn lupe diri..mcm si kacang tu..

Ombak berkata...

Tu la, aku rasa kau dah kurang popular banding zaman F.Liyana dulu. :P Mungkin tu kot terpaksa pakai 'Alexia Aqram' balik. Sekadar mengagak.. At least, tulisan kau jauh lebih OK skrg.

Abang Zam berkata...

kita semua sama. mintak mintak di jauhi

Wadi AR berkata...

tak payah. alexia ke aqram ke ko same je. semoga lebih macho lg aqram. kipidap

Tanpa Nama berkata...

Mengembangkan topik lebih lanjut.

aris berkata...

If you are Sabahan and Sarawakian, please check this.

Sabah Sarawak Keluar Malaysia
http://www.facebook.com/groups/betterState/

Perjanjian 20 Perkara yang dimungkiri
http://www.youtube.com/watch?v=flm1Mi8SegI&feature=related

Sabah Sarawak Want Their Rights Back
http://www.gopetition.com/petitions/sabah-sarawak-rights.html

Thank you, GBU.

Tanpa Nama berkata...

ada apa pada populariti...useless je aku rs..tak ke mana...tp at least, kau belajar sesuatu kan?? =)

Ladynoe™ berkata...

Aku just khatam ur blog from episod awal "surah-surah" tu. ketinggalan.

Sebenarnya tak salah kalau kita nak bidas balik cakap-cakap ustaz ni. kita boleh pertikaikan. kita boleh persoalkan. Sampai kita faham apa yang sebenarnya tersirat. Me also did that kalau jumpa statement yang 'mereka' utarakan. Kadang-kadang ada berat sebelah. kadang-kadang ada yang kita sendiri kena fikir sendiri.

Bagi aku senang je. Kalau nak bagi info/ceramah, kena ke akar umbi. Kalau mengharamkan sesuatu (ribena) kena kupas betul-betul kenapa, mengapa dan bagaimana. Kalau nak ikutkan dari segi kesihatan, jangan kan ribena, sirap, teh, kopi pun boleh jadi haram.

HARAM ni bila kau tak boleh sentuh lansung. tak boleh teguk walau setitik. Ni kalau dah mufti seluruh dunia pun tak mengharamkan ribena, mung tu siapa nok ngaram kang segala benda? Leng kali kupah dulu bio molek. bio semua pahang. Yang mendengar ceramah ni terdiri dari pelbagai lapisan. ramai orang lupa tu.

Tapi apa nak buat, kebanyakkan orang kita dah mula bertuhankan Ustaz. taksub. mengikut bulat-bulat. Sekali kita persoalkan, beribu hentam kita balik. Konon melawan guru. melawan ustaz.

Aku start meragui Azhar Idrus apabila dia mensialkan air mani lelaki yang tak solat. Ada explanation tak on that? Aku nak tau jugak apa kisahnya. Kisah air bumbung yg mengalir dari rumah orang tak solat aku biasa dengar. tapi air mani orang tak solat itu sial, ini lah pertama kali aku dengar. Mungkin aku cetek ilmu, wallahualam. Sebab air mani itu bukan sekadar air mani. Ianya boleh menghasilkan zuriat. Takkan nak claim seseorang anak tu sebagai "anak terlahir dari air mani sial?" bagaimana kalau lelaki tu berkahwin dengan perempuan yg solat? rahim perempuan yang tak sial tu, tak main peranan ke? Jadi, apakah penjelesan disebalik "Air mani lelaki tak solat, adalah sial"

ANYWAY, apa yang dah berlaku tak sepatutnya berlaku. malaysia ni kena hati-hati sikit bila nak bersuara. Kecuali, kita memang dah cukup bersedia. Kalau tak memang tak lebih dari create unnecessary pressure ja.

Alexia Aqram berkata...

air mani sial ini mengingatkan aku pada ajaran kristian tentang 'semua bayi yg di lahirkan adalah berdosa'.

hewhewhew.. :(