April 13, 2012

Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal

Dingg.... ding.... ding.... cing cing cing cing... (efek suspen filem-filem P.Ramlee)




Skuad Terfaktab kembali lagi dengan buku seterusnya, Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal. Setelah mendapat maklum balas yang baik menerusi buku pertama iaitu Kitab Terfaktab Definisi Cinta Infiniti, skuad Terfaktab menjanjikan penulisan lebih power, maut, steady, puaka, jiwa-jiwa dan penuh dengan tauladan moral untuk sesekalian penghuni bumi yang dahagakan cinta paling real dalam sejarah ketamadunan manusia. Amboihhh.

Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal membariskan 16 orang pengkarya pada edisi kali ini, serta kandungan di dalam buku kali ini juga bertambah sebanyak 90 muka surat. Lebih muka dari edisi pertama yang merupakan cuit-cuit pengenalan sekadar nak try market. Hehehe. 

Mengenai cakap-cakap tentang penerbitan buku kali ini. Untuk pengetahuan semua, Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal diterbitkan oleh Terfaktab Media. Iaini dengan erti kata lain, bukan lagi dengan pihak Lejen Press. Namun, oleh kerana semangat dalam setiakawan perjuangan, pihak Terfaktab Media dan Lejen Press masih lagi ber-associate dalam menjual Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal di kedai dan roadshow kelolaan Lejen Press. Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal juga akan di jual di Gobok Buku, Johor Bahru dan Projek Rabak di Ipoh.

Jadi, tak usah risau dalam mendapatkan Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal di luar. Akan di jual sama seperti penjualan Kitab Terfaktab Definisi Cinta Infiniti. Cuma, untuk pembelian secara online dan pos, pembelian adalah di bawah kelolaan Terfaktab Media yang pastinya lebih lebih kelebihannya dari segi cenderahati misalnya. Ewahh... Dan berita gembiranya, tempahan sudah boleh dibuat! Sila klik link yang diberikan ----> Borang Pre-Order Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal

Jadi, bercerita mengenai Kitab Terfaktab baru ini dari segi peribadi. Aku lebih suka katakan kami masih mahu menjual secara independent dan tidak ke mainstream lagi kerana inilah kali pertama aku dan rakan-rakan menerbitkan buku dan mentadbir syarikat penerbitan. Hahaha. Noob nye rasa. Lagipun, setelah meneliti dunia industri buku mainstream yang serba konservertif ini, pihak kedai buku mainstream seperti yang kamu kenal seperti MPH, Boarders, Kinokuya, Popular mahupun Tanjong Mas rasanya masih belum bersedia menerima buku-buku revolusi seperti kami ini. Serta itu, bagi menambah thrill, cetakan pertama adalah cetakan rare tanpa ISBN. Memang tak lah nak ada jual kat mainstream ye tak?

Cuma, mungkin Kitab Terfaktab Definisi Cinta Infiniti akan ke mainstream dalam tahun ini jugak. Mungkin lah, aku tak jamin sangat. 

Aku harap kalian yang mengikuti blog, facebook, twitter dan kitab Terfaktab akan terus menyokong dengan membeli buku baru kami ini dan juga buku-buku 'revolusi tempatan' yang lain. Aku pun dah penat nak baca buku cinta meleret-leret yang ada kat bookstore. Aku ingin ubah meleret-leret itu supaya kita semua berpijak di bumi yang nyata tentang subjek yang semua orang pasti alami iaitu, CINTA.

Terima kasih atas sokongan kalian selama ini. :)

7 ulasan:

Wadi AR berkata...

aku harap kau boleh lah belanje buku seketul dua

Abang Zam berkata...

izin tuhan abang beli nanti. oleh kerana cover yg ada adegan gitu

e4ezzati berkata...

pasti beli .

Alip Apai berkata...

Wau. Nama aku dekat depan tu. Muahaha!

Alexia Aqram berkata...

tahniah alip apai kerana terpilih. datang ke PWTC 29 april ini untuk launching ya.

Alip Apai berkata...

Cantik. Akan diusahakan.

yann berkata...

dah pre order. terima kasih jugak kepada team2 terfaktab n lejen press,fixi dan sebagainya yg menerbitkan buku2 rare mcm tu. terima kasih banyak :)