April 08, 2012

Resepsi

Ezan Idma bertanya atau membuat kenyataan ;

"abam aqram, disebalik kejayaan abam aqram, kene ada seorng permpuan tau. ramai je yg cuba masuk dlm hati kan? tp mybe abam yg memilih. kehkehkeh. betul x?"

Ezan, mari sini abang beritahu beberapa perkara. Abang masih belum berjaya. Belum lagi. Hidup abang sebenarnya boleh di katakan sesak-sesak nafas tersangkut di halkum. Kalau ada orang cakap yang teruk itu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Abang rasa situasi abang ini boleh dikatakan kais tengahari makan tengahari, malam tak makan sebab nak diet.

Itulah abang. Belum berjaya mana pun. Hanya kehidupan normal yang di lalui untuk survive di muka bumi ini.

Berkenaan 'kena ada seorang perempuan' pula, kalau Ezan nak tahu. Abang tak rasa kejayaan (kalau dianggap ada kejayaan) ini wujud sebab ada seorang perempuan di belakang. Kalau mak abang tu, tak dapatlah abang nafikan. Cuma kalau perempuan yakni makwe atau bini (abang masih belum berbini), memang takde. Dan abang tak yakin betul dengan kenyataan kena ada seorang perempuan di belakang kalau nak ada kejayaan.

Kalau Ezan nak tahu, pengalaman abang sebelum ini. Sebab perempuan lah abang ketandusan kejayaan dan abang boleh dikira orang cakap as down to earth with fucking hell mistake sebab ada perempuan di belakang. Ha gituu.

Lelaki seperti abang ini, yang jenis cepat kesian kat orang dan mudah tersentuh kerana berzodiak Pieces (dikatakanlah), sewajarnya perlu menolak kehadiran perempuan dalam hidup untuk berjaya. Tapi, abang dulu pun mula-mula tak percaya dengan statement tu. Abang degil jugak. Degil untuk ada perempuan di belakang abang kononya gitu. Supaya tambah semangat nak belajar, nak hidup. Jadi, pasanglah seorang perempuan. 

Akhirnya? Melingkup kaf lam alif wau ta.

Senang cakap. Kalau Ezan tanya isi hati abang mengenai perempuan buat masa ini. Abang memang kurang percaya dengan perempuan. Abang pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab pengalaman lalu. Mungkin abang serik. Entahlah. Abang tak nak macam ni kalau boleh. Abang kalau boleh harap ada perempuan yang boleh ubah persepsi abang ini depan mata abang sendiri. Setakat cakap dalam internet, twitter mahupun facebook tu baik tak payah. Memang abang takkan dengar. Kalau dengar pun untuk lega-kan hati saja lah.

Berkenaan 'ramai je yang cuba masuk dalam hati, tapi maybe abang memilih' ni pulak, abang rasa nak tergelak. Memilih mendenya? Abang bukan nak cari selawa Diandra Arjunaidi, cukuplah dengan baik budi pekerti. Kalau ramai yang cuba masuk wahai Ezan, mungkin abang dah update status yang abang dah nak bernikah.








...... dah takde masa nak cari makwe dah, sekarang kena cari bini. bini yang bakal jadi datin seri. :P

12 ulasan:

Hellioz berkata...

naikkan ibu jari

Azreen Amran berkata...

So boleh dikatakan hati kau ni keras betul. tapi, batu pun boleh terhakis kalau kena air setiap hari. :)

[wani_mn] berkata...

ni kira luka lama masih berparut lagi ni.. hahaha

EZAN IDMA berkata...

haha. terkejut pagi2 bukak twitter, ada link abam cc. bytheway, mybe abang x rase perlu ada sorg permpuan utk berjaya mungkin sbb pernah mgalamai experience yg spt abg ckp dlm entry ni rite? yeah, agree. but, insyAllah, one day, tuhan akan hadiahkan gadis yng betul2 menjadi tulang belakang kejayaan abang :) bukan lh mksud saya utk berjya kene ada permpuan, cuma prmpuan kan sbg suatu kelengkapan hdup sorg lelaki rite? hahaha, sy tak stuju lnsung abg tak ngaku ramai yg nak, kalau sy, sy pon berkenan dgn org yang pandai mengaji dan dh ada rncangan nak ajar anak mengaji, dan rotan di sebelah. haha. bukan mksud saya , sy suka kat abam aqram tau. jgn slh anggap. nnt ramai lak peminat abam serang. haha :p sy tau ada je gadis yg ada hati gn abg, cume mybe diorg tgh tggu abg buat pilihan. kehkeh. bytheway, smoga dpt gadis yang betul2 mnjadi tulang belakang kejayaan abang :)

Alexia Aqram berkata...

kita tengah balas surat pena ke apa ni ezan?

Wadi AR berkata...

pehh, ezan pgl abam la. hai bam

e4ezzati berkata...

amboihh,benar2 tulis dari hati nih.

yann berkata...

:)

CipDimdie berkata...

they said " behind every successful men is a women." just to be truth, women just looking for a successful men :P

Shiela Rahim berkata...

yg ni gue rase nk komen hahaha
cari bini eh?
semuge berjaya ;)

nz204 berkata...

Perempuan boleh menyebabkan kejayaan dan kegagalan seorang lelaki. Lelaki kena pandai la pilih.

Tanpa Nama berkata...

lama rasanye tak menjenguk kt sini.. rindu pada penulisan aqram... hope awk jumpe apa yg awak cari.. insyaAllah. Allah sntiasa ada.

- I -